Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, December 30, 2008

< KeLmarin, SemaLam dan Hari Ini >

KeLmarin

Tiada kata yang bisa terungkap [spechless bersama emosi keliru untuk beremosikan apa]. Maaf buat TEMAN ada rahsia yang saya simpan, bukan 1 bahkan 2..Maaf saya terpaksa simpan ada sebabnya [mungkin ini kelebihan bln 9, bijak bersembunyi disebalik rahsia dan merahsiai, anda tak bisa membaca rahsia mereka..] Terima Kasih KAKAK dan TEMAN atas huluran bahu kalian, untuk tumpangan saya sejenak, tumpangan pendamai seketika. Walau hanya beberapa ketika, biar hanya Allah yang layak membaLas huluran tumpangan bahu kalian..

SeMaLam

Terima Kasih ADIK meLunaskan kerinduan saya untuk bersama 'Aisyah..[lepas ni saya akan lebih femenisma kerana aisyah teLah berada disisi saya ^_-] Hari semalam ketika saya hanya hidup dari tenaga sebun roti dan 3 suapkan dari ADIK dari seawal pagi hingga saya tidur kembali.. Terima Kasih ADIK saya akan ingat jasa suapan awak hingga biLa-biLa..memori indah yang tak bisa dilupai..lagi-lagi suapan awak tiba disaat ia sangat diperlukan taktala tangan saya tak berkesempatah menyentuh butiran nasi.. Memori bersama awak takkan bisa saya lupa..
Hebatkan kuasa ta'aruf mendaLam hingga bisa tafahum yang tak disangka Lantas membuah takaful yang menggoncang dunia

Terima Kasih TEMAN (yang duduk sebelah saya dalam dewan) kerana mengingatkan saya kembali semua ini ..

Sesungguhnya tiada kerehatan untuk orang yang punya MARUAH AGAMA

dan

Orang sibuk itu adalah orang yang punya MISI BESAR DALAM HIDUPNYA

Kata-kata mu'alim ketika saya dizaman 'pra-sekolah kehidupan'

Hari Ini

Saya teLah menganggu manusia yang paling sibuk di abad raya ini..Lantas Dia titipkan ini untuk saya 'Usah diganggu Jentera Allah! SiLa hadamkan modul menganggu orang yang betul, dengan perkara yang betul di saat yang paling tepat' M . A . A . F!! Saya tak kan menganggu kamu lagi!! Saya akan simpan sendiri sehingga saya terdesak untuk menganggu..

Monday, December 22, 2008

< Muhasabah Cinta >


Album : 
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


HaLwa telinga [telinga boleh makan halwa ke?? ^_-] merangkap suara hati kegemaran saya sejak jam 12 pagi tadi dan hingga kini saya belum berhenti memutarkannya. Dan di saat yang sama, EMPANGAN simpanan saya pecah, dan masih belum dibaiki sehingga kini. Dah lama saya kumpulkan simpanan ni, agak lama dalam sejarah hidup saya sejak kebelakangan ini. Akhirnya, pecah juga EMPANGAN saya. [Semua orang dikehendaki berpindah segera ke tempat selamat..EMPANGAN DAH PECAH!!..haha..] Saya merindui saat ADIK telefon saya, bermula dari tone kesedihan & sayu dan akhirnya kami bertukar tone TAWA & RIANG [Saya tak sabar jumpa awak jumaat nanti!!] Jazakallah Khayra Jazaa Dr Jordan, coolkan saya pagi tadi [walaupun di ofis, nasib baik takde orang]..agak stabil sikit lepas banyak cerita kamu yang kantoi [haha]

Tuhan... KuatkanLah Kami
Lindungi kami  dari putus asa
Jika kami harus mati
Pertemukan Kami  denganMu
YakinLah wahai diri..
Saat bila terlalu  perit
biLa sedih
air mata bukan segalanya
sesungguhnya hanya pada Allah
tempat penyerahan segalanya

Tak sabar melayan diri saya petang ni, melayan diri dengan rancangan yang rapi.. Wahai diri, kamu perlu segera SIHAT & KUAT!!

[Maaf saya masih belum berjaya untuk dengarkan ianya pada kalian.Sape yang mahu boleh downlod je kat internet]

Thursday, December 11, 2008

< Sindrom Anak Ke-2 >

Ini puLa isi dalam majalah NUR disember..

Penyakit tetap buat anak ke-2, hingga kini tiada rawatan yang terbaik untuk penyakit ini [haha..tapi ISLAM ada penawar semua penyakit kan??]

Titipan untuk anak ke-2 yang dah 19 tahun hidup dengan penyakit ini bersama anak ke-1 yang brutal [extra: kejam!]. SiLa sedar awak ada penyakit ini yer!! [geLak tersangat kejam!!]

Buat semua anak ke-2 dan kepada semua yang TERJEBAK dengan anak ke-2, baik suami/isteri kamu, sibling kamu, kawan kamu, pakwe kamu atau bakal suami/isteri kamu..

Jika anak ke-2 kamu lelaki, jangan ditegur mereka berdepan nanti mereka memberontak! usap2Lah mereka baru ditegur..[patutnya kamu diusap time kecik2 duluLa..tapi komfem terus pergi toilet sebab geli..haha..]Lagi2 kalau mereka itu terpelajar dan mengetahui, baik beritahu mereke sebab-sebabnya dengan baik..[untuk uLasan lanjut, siLa beli NUR disember]

Kebanyakan masalah ini dihidapi oleh anak ke-2 LELAKI...

< Ya Pada Anak, Tidak Pada Suami >

Tu tajuk dari cover nur bulan november..

Aduuuh macam-macamLa perempuan zaman sekarang ni!! Nak anak tapi tak nak suami [PELIKLaaaaa] Sampai kat US ada yang sanggup membeLi sperma..Alhamdulillah adab ketimuran masih dipegang kukuh, 'Kamu hanya bisa ber-anak setelah bersuami' [tapi bayi luar nikah semakin banyak saban hari!! ..fuuh..]

Mungkin mereka merasai kewujudan anak menghiburkan[saya tiada pengalaman beranak, beradik ada], tapi setahu saya nak beranak(mengandung + bersalin) tersangatLah tidak mudah..Ada jugak manusia seperti ini ye?? Mungkin mereka merasai lelaki saban hari makin tidak boleh dipercayai ataukah mereka ini cetakan wanita hasil dari kempen ' kami bisa hidup tanpa lelaki ' [kempen perosak + giLer]

AlhamdulilLah, NUR menguLas topik ni..tapinya, uLasannya banyak dari sudut syari'tullah kurang dari sudut sunnatullah..bahkan kaitan antaranya juga kurang. BukanKah setiap syari'at yang diBOLDkan adalah selari dengan perjalanan sunnatullah manusiawi..

Buat Wanita,
[pesanan untuk wanita kerana aku pejuang femenisma]
Sungguh Kita adaLah istimewa
kita punya naluri dan kehendak, kita punya hati dan perasaan
Jangan walau sekali kita menafikan yang kita punyai
titipan perasaan ingin menyayangi dan disayangi dari tuhan
bahkan buah dari pokok yang dikahwinkan juga istimewa
apatah lagi kita,wanitaku, yang teLah sedia istimewa..
yakinLah karibku,
masih ada lelaki istimewa di tanah ini
masih ada urusan kita yang memerlukan campur tangan mereka
sungguh pun banyak urusan yang boleh kita langsaikan sendiri
kerana kita dan mereka adalah satu dan melengkapi
iniLah fitrah kita temanku
fitrah tak bisa dipisahkan, tak bisa dinafikan dari jiwa
raikanLah fitrah ini dengan baik dengan cara yang paling baik
jika fitrah ini tidak dirai selayaknya sahabatku,
bumi dan isinya bisa tergugat dengan pengabaian ini...

Saya -> Maaf berbicara tentang ini juga TERSANGAT AMAT PENTING...kerana majaLah buLan ni kebanyakannya berbicara tentang BaituL Muslim.Sungguhpun ada masa saya mungkin tidak suka berbicara tentang ini, kerana ia bukan segala-gaLanya TAPi masaLah berdarah parah ummah ini berpunca kuat dari diri musLim muslim yang tidak terurus dan BaituL Muslim yang TERABAI..dan kita adaLah apa yang kita baca, kita adaLah apa yang kita dengar, kita adalah apa yang kita makan, kita adalah apa yang kita lihat..KITA ADALAH APA YANG KITA LAKUKAN..Maka kita berhak dijudge dan dihukum dari apa yang kita lakukan!!


Saya adaLah apa yang saya coret..TAPI apa yang saya coret mungkin bukan seluruhnya saya..

Wednesday, December 10, 2008

< PerLukan Baby Siter?? >

Sepagi di Eid..Ada kebolehan baru yang terserLah..Siapa perlukan babysiter baru??
[Sorry takde gambar...Tak boleh transfer]

Kelebihan 1: Boleh buaikan baby sampai tido
Extra: Boleh juga buai baby dari tido sampai bangun balik,biasanya tak nangis dan tertido balik.. kalau nangis akan kuar ayat-ayat ini ' Ibu!! Kak Yong!! baby nangis ..' [aduuuh]

Kelebihan 2: Boleh tolong tengok-tengokkan baby kalau di letakkan di bawah
Extra: Kalau dia geram dia akan cium baby tu dan akan ada 'watak tambahan' yang akan cium baby tu sampai nangis kemudian melarikan diri..Hehe.. Lalu orang tambahan tersebut akan dimarahi oleh babysiter atau babysiter akan nangis sebab diusik oleh orang lain [hahaha]

Setakat ni tu je kebolehan yang boleh di kesan pada babysiter.. Ada yang perlukan khidmat babysiter?? Maaf umurnya baru 3 TAHUN, makanya dia masih belum boleh memegang baby atau memandikan baby apaLagi BASUH BERAK baby [Tahu baby berak pun dia dah geLi.. hahaha ]

saya -> 1st time jumpa tulang sum-sum lembu BESAR sungguh

Monday, December 1, 2008

< Mengapa Saya Lebih Sedikit Feminisma >

Rasa seperti tidak kepuasan hati dari tadi ingin di layan sebentar..Hari ini mood kewanitaan saya terlebih sedikit dari hari-hari biasa..

Beberapa hari lalu kantung mel saya terisi dengan ini [sory maya..saya terjumpa isi emel tu di blog awak, bukan kata awak tau -_-] Saya tidak puas hati dengan statement ini ..

1.Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin - Nah..dia hanya menceritakan bagaimana bahagianya lelaki setelah menikah. Ada yang sudi urusi. Jika dibaca pada nada saya dan teman-teman, pasti akan keluar keluhan ini 'mengurusi diri sendiri pun tidak terurus, apatah lagi ada tambahan. Dengan rumah, dengan ADIK-ADIK..ahh'. Anda berlaku ZALIM kerana keluhan ini terkeluar. Saya bukan menafikan hak dan tanggungjawab, tapi AYAH juga selalu membantu IBU, MENGAPA IA TIDAK DICORET?? Lelaki seperti ayah belum PUPUS!! Saya?? Saya hanya mampu memberi apa yang saya ada, tapi apa yang saya ada tak mampu untuk counter back semua itu..Teringat pakatan saya dengan KAKAK, pakatan untuk adakan program ADAPTASI.. ADAPTASI SEBUAH MIMPI NGERI..^_-

2.Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju - Nah, statement ini juga tidak berapa nak sesuai.. Jika baca tone
saya dan teman-teman, akan keluar tone ini 'Dia je ke yang laju, isteri dia??'. Kami masih mahu bawa adik-adik!! kami juga mahu lebih laju dan maju!! Saya tahu KAKAK-KAKAK saya ada yang lebih maju, tapi ia perlu dicoret, jangan biar su'nu Dzon terus membara supaya sunnah ini terus terpelihara. Supaya masa depan INSAN LAJU tidak MUNDUR.

Saya dah minta LELAKI untuk membeLa diri, sebab yang tulis artikel ini juga lelaki dan yang menghantar emel ini juga lelaki. Saya sekadar ingin tahu kenapa artikel ini disebarkan dengan jayanya?? Tapi saya terpaksa rasionalkan sendiri kehendak membara dan ketidak puasan hati saya ketika diskusi saya terbantut.. Ah! yang menghantar dan mengarang itu pun lelaki,pastiLah mereka mengarang dengan jiwa lelaki.. Cumanya, setiap coretan akan membentuk persepsi, anda memberi bayangan kepada LELAKI hidupnya nanti begini..sedang isterinya juga perlu memenuhi tuntutan UMMAH yang BERDARAH PARAH !! dan bayangan saya dan teman sejagat juga akan terbantut pabiLa sunnah ini dicalar dengan persepsi itu.. TAMATKANLAH SEGALANYA..CUKUP!!

Teringat kata-kata seorang teman 'Awak ni berjiwa kewanitaan, mungkin boleh jadi menteri wanita dan keluarga masa depan..' Haha seperti tidak layak kerana jiwa saya saja penuh kewanitaan tapi periLaku saya mungkin tidak terlalu kewanitaan [baca: TIDAK LANGSUNG!]

Saya -> Saya buka komen ni untuk diskusi..Telah adakah KAKAK-KAKAK yang bisa counter back pesepsi ni??

Monday, November 24, 2008

< Kembara Disember >

Semalam saya mengimpikan disember yang penuh dengan angin-angin kembara. Tapi hari ini saya disentak dengan disember yang penuh dengan taufan-taufan MEETING [aduuuhhh] Impian kembara ku hampir berkabus..Hari ini mesin kepala saya jem [versi jem mrr2 lepas ofis hour] untuk menyusun awlawiyat hari ini seolah-olah tiada lagi ruang untuk disumbatkan..[boLeh tak saya nak sewa kepala sesiapa??] Mesin kepala saya kini seolah-olah keliru, mengisi fitrah ataukah melaksanakan amanah..

1. Kawan-kawan saya akan berkumpul 2-3 hari lagi, saya?? saya selalu jadi orang yang ketinggalan T_T [SiLa baca dengan nada sangat SEDIH]. Saya baru sedar tadi yang ada jemputan untuk saya hujung minggu ini..huhu..Jumaat ini saya dituntut untuk menunaikan amanah lagi, TAPI maaf.. saya ada dating dengan UMMI [tiada toleransi untuk ini!!] Weken ni ada yang berharap untuk saya mengisi dengan sesuatu, tapi isnin sepatutnya saya ada di JB..untuk mengisi hak saya kepada hati-hati di Johor [Sape nak pinjamkan helikopter untuk saya??].SeLasa, saya akan 
VIVA..Rabu saya ada PROJEK UNTUK PRESENTATION DENGAN MIMOS.. Antara fitrah dan amanah yang mana yang harus saya pilih?? [Walaupun saya dah ada keputusannya]

2. 13- 14 Dis - Kami dah plan a family vacation untuk ke PAHANG..Bergembira dan berseronok di resort..BiLa pulang, rupa-rupanya hak amanah perlu ditunai pada 13 Dis.. Antara fitrah dan amanah, mana yang harus saya pilih?? Saya juga manusia yang ingin ada rasa gembira dan seronok !!

3. Saya telah putus pada tarikh ini, adaLah masa untuk saya..Gangguan takkan dijeling
8-12 Dis - Eid + Kampung
19-20 Dis - x-Usrahmate nikah
24-25 Dis - x-Usrahmate nikah

4. Saya mahu jadi seperti al-Ghazali yang punya 1/3 masa untuk tuhan, 1/3 masa untuk keluarga dan 1/3 masa untuk DIRI SENDIRI ..

Saya -> Hari ni saya terpaksa jadi PINK atas sebab yg diberi ADIK supaya mesin kepala saya tidak jem lagi...ader tak sesiapa yang sudi nak ciptakan hendset yang boleh hantar meseg dgn mengesan gelombong otak tuannya tanpa di taip.. Nanti saya jadi antara orang-orang awal memilikinya..

Sunday, November 23, 2008

< Life Fobia >

Fuuh hari yang mencabar dan telah menyebabkan bertambahnya kawasan fobia dalam kehidupan saya T_T

Kawasan 1. Saya telah melabelkan tempat yang sepatutnya jadi tempat paling selamat menjadi tempat yang paling berpuaka dalam hidup saya.Saya telah kehilangan 3 kawan baik merangkap kekasih hati juga sebagai PA saya disitu. Apabila kehilangan yang ketiga, maka saya serik dan cuba sedayanya mengelak untuk bertapak disitu. TAPI tempat tu adalah tempat berkumpulnya hamba-hamba Allah yang paling baik..

Kawasan 2. Singgahan Bas yang kerapkali saya bertapak sendirian sejak saya jadi budak sekolah di Bangi.. Selama bertahun sebelum ni tak pernah pulak jadi sesuatu yang tak best pada saya kat singgahan ini[alhamdulilLah, bersyukur dengan amat sangat]. Tapi sejak kebelakangan ni ade jer benda tak best jadi kat sini..Minggu-minggu lalu, saya disyaki dalam bahaya apabiLa BONDA cuba hubungi saya, lantas lelaki yang jawab[aduh en celcom..tengah time2 camtu pulak dia buat hal].Lantas seluruh manusia dikejutkan dengan khabar itu, Ayahda saya, Paman saya dan kawan saya yang akan ambil exam petang tu..huhu.. Sedang mereka kerisauan, saya berbahagia mencari alas kaki baru..HAHA..Maaf semua, saya tidak sengaja dan saya tak bersalah..EN CELCOM buat hal bukan pada waktu yang terbaik..

Hari ini saya berlalu lagi di singgahan itu.Ah! tak bisa dilupakan pengalaman hari ini..Saya terpaksa import pasukan penyelamat dari NILAI untuk mengambil saya di singgahan..huhu..Terkandas kerana menterkandaskan diri HAHA. CukupLah 2 kali pengalaman tak best di singgahan ini..SERIK!! Buat beberapa ketika ini saya mungkin tak akan singah di singgahan itu lagi kerana saya akan diambil dan dihantar betul-betul dihadapan pagar..[Fuuh..alhamdulillah] Terimakasih CiK NILAI kerana jadi heroin saya hari ni ^_- Nasib baik saya tak perlu carikan hero untuk awak..[fuuh..seLamat]

Kata harta karun dari BONDA:

" Eish awak ni!! dahLa sorang-sorang, dengan notebook lagi. BahayaLah!! Lain kali jangan buat camtu lagi"

Saya: BaaeqLaah..[Tambahan dalam hati: huhu nak buat camne Allah masih bagi nikmat untuk berjalan sorang-sorang..Mensyukuri nikmat sebelum nikmat ditarik -__- Walaupun kepakaran itu semakin berkurangan saban kali]

MORAL: Ini Amaran untuk saya -> SILA TAMATKAN DOSA YANG TAK BERHENTI-HENTI KAMU BUAT SEKARANG !!

To Cik Nilai: Maaf saya takleh bubuh nama awk sebab saya nak kontroversikan awak O_O

Saturday, November 15, 2008

< Heeemmm >

Saya tak dapat mencari tajuk yang terbaik..mungkin kerana telah 12 hari tak mencoret dan merepek..
[ sehingga KAKAK kata saya kelihatan sibuk..haha..camne kakak boleh nampak saya?? kan KAKAK jauh di negeri cik siti wan kembang. Owh, itu Speaker dan LCD keimanan namanya, suarahati dan amal Teman sejasad anda boleh kelihatan dari jauh .. Ah..merepek apakah saya ini .. ]

Saya bukan tidak mahu mencoret, saya macam dah ketandusan idea, ruang kosong yang ada dalam kepala saya sekarang banyak terisi dengan ijarah, mudharobah [dan seangkatan dengannya..huhu..] bila idea itu datang, masa pula kesempitan. Tambahan pula, biological dan fizikal jasad saya tak betul sejak kebelakangan ni..Sampai KAKAK kata pada saya ' kenapa awak ni unstabil emotion eh?? ' HAHAhaha saya pun tak tahu kenapa...mungkin tengah adapt dengan kehidupan baru saya agaknya. PadanLah cikgu kata dia hanya akan tabik hormat pada anak muridnya yang masih SETIA setelah KERJA dan berkeluarga.

CuMa sejak 2 hari lalu saya rasa nak menangis sambil tersenyum.. Segala Puji itu hanya Layak buat Allah, tuhan yang Maha hebat. baca: dengan hati yang bersyukur dengan sangat dan merasai hebatnya Allah [saya tak pasti saya rasa apa dan saya sebenarnya patut rasa apa] Jumlah gayutan yang telah kami buat hampir sejam untuk 2 hari.. Sindrom gayut luar biasa dengan TEMAN SEJASAD yang jauh. Kami telah merasai seyakinnya Qudrah dan Iradah Allah itu memang mengatasi Logika manusiawi..haha..tak sangka begini jadinya. Ah, Allah itukan penentu yang hebat dan berkuasa.. Berbual tentang tangga dan anak tangga, meyakini tangga ini hingga ke puncaknya. Teman, semoga urusan kamu dipermudahkan dan dilancarkan. Tapi yakinLah hidup ini indah kerana dihiasi dengan ujian. Teman, yakinLah dengan pasti jalan yang bakal kamu langkah itu kamu pasti akan diuji, yakinLah dengan pasti kerana UJIAN ITU PENGERAT DAN PENGUKUH KASIH SAYANG [ antara siapa dengan siapa itu terpulang kepada kamu untuk letak, hanya teman sejasad saya saja yang tahu bahasa saya ini ^_- ]

Saya rasa ubat untuk kembalikan KEPELIKAN dan REPEKAN saya ini adalah MENGHIRUP UDARA JOHOr [baca: NAK BALIK !!!] Padahal baru je balik hari tu...Saya perlu makan ubat, kalau tak sindrom saya ini akan LEBIH DAHSYAT..

Monday, November 3, 2008

< HiCORE >

Holistic Islamic Virtual banking System: SOA Parameter-based Semantic Approach

ItuLah tajuk projek yang sedang saya usahakan kini. Hari pertama jumpa dengan team leader, langsung tak punya perasaan kerana saya hanya diberitahu projek ini projek 6 million *baca: takde perasaan*

Tapi setelah membaca hampir separuh summary projek yang dititip oleh teman, saya dah mula merasai hamasah untuk berusaha gigih untuk projek ini dan saya telah rasa menyesal tertido tadi O_o' Kenapa projek ini dibangunkan?? kerana manusia tak mahu nilai interest *baca: riba* dalam urusan ekonomi mereka, walaupun dia bukan seorang muslim.. Jika muslim apatah lagi !!

Saya harus meneliti kehendak sebuah sistem perbankan islam yang boleh mengabungkan pelbagai prinsip/syari'at ekonomi islam tanpa melanggar sebarang syaratnya dan boleh memutuskan penggunaannya dalam sebentar saja [yang biasanya ambil masa 6 bulan O_O]. Mudhorabah, ijarah dan segala [saya belum study lagi yang ini].

Impian saya, saya nak sistem ini dibangunkan dengan lancar, digunakan oleh setiap bank di negara saya [sempadan negara saya hanyalah sempadan aqidah]. Saya tak sabar menonton sistem yang dibina atas kesyumulan Islam ini mengkuburkan kapitalisma dalam perbankan sedalam-dalamnya ^_- Bahkan saya tak sabar menanti seluruh sistem tiruan buatan manusia ini diganti dengan sistem yang paling syumul..Sistem Allah..

Semoga Allah meredhoi usaha sekecil zarah ini..Doakan saya kuat dan tabah, doakan saya agar terus IHSAN.. Saya akan memerlukan pandangan dan perkongsian ilmu teman-teman yang lebih mahir dari saya yang jahil ini dalam ilmu sistem ekonomi Islam ^_-

-----------------------------------------------------------------------

Dulu saya pernah berputus asa dan merasai kebosanan yang sangat teramat dengan bidang yang saya ceburi ini.. Namun, setelah menghadap projek pertama ini, saya terus kuat untuk meyakini TIADA YANG ALLAH CIPTAKAN ITU SIA-SIA

Saturday, November 1, 2008

< AlhamduliLah, thummaAlhamdulillah >

AlhamdulilLah..Allah permudahkan segala urusan. Segala janji telah terLunas.. Kini saatnya untuk menukarkan awLawiyat hidup. Meneruskan kembali apa yang telah dimuLai, mengLangsaikan amanah yang bersandar dan menampungi teman-teman seperjuangan yang kini ini di medan jihad untuk mendekati Jannah yang damai dan indah..

Teringat kata-kata luahan advisor kesayangan saya:

' camne nazihah, rasa macam lega tak ?? '

AlhamdulilLah, Dia mencampakkan sedikit kelegaan. Namun, urusan hidup takkan pernah tamat. Urusan lain telah sedia menanti sebelum saatnya janji ini terlunas.. Urusan mengembalikan kemenangan tertunda takkan pernah tamat sehingga KEMENANGAN MENJELANG. Urusan untuk mengurusi ummah ini takkan pernah tamat, kerana ummah ini sedang KRITIKAL, BERDARAH, PARAH..

Maaf andai kesenyapan di ketika lalu mengundang kesukaran buat kalian.. Semoga Allah sentiasa bersama hati hamba-hambanya yang SETIA.

Wednesday, October 29, 2008

< Nostalgia >

[ 5 tahun yang Lalu ]

Sengaja letakkan gambar ni sebab tengah berada di kawasan tempat bergambar ni *baca: sekarang ni telah dimajukan^_-* sambil mendengar lagu yang sedang berkumandang kini.

Melepaskan keinginan untuk makan pisang goreng yang dicicah dengan sambal kicap dan cendawan goreng yang ranggup yang tak dijumpai di bangi..


[Setahun yang telah berlalu]


Ya tuhanku
Tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya
Untuk menghadapi hidup
LimpahkanLah magfirah dan kasih sayangmu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat




Sunday, October 26, 2008

< Sayakah saya?? >

Setelah 2 minggu saya menyepi dan kini muncul kembali dicelahan kesempitan himpitan batuan kehidupan saya yang sangat menghimpit..Hanya saja Allah yang bisa melapangkannya..

Dibeberapa ketika yang lalu, disaat saya cuba menghirup udara kelapangan jiwa..Allah mengizinkan saya menjumpai ini

Jadilah orang yang kuat, andai tidak boleh maka tak payah jadi apa-apa

dan

“Maka apabila kamu telah selesai(dari suatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain” (94:7)

Wahai diri, segerakanLah urusan yang satu ini, Banyak lagi urusan yang beratur menanti.


------------------------------------------------------------------------

Saya perlukan mood kembara saya kembali, kembara sendiri mencari diri..kembara akal, kembara jasad, kembara jiwa, kembara hati.. Rindu yang sangat membara pada keempat-empat destinasi kembara saya, tempat awal saya menjadi saya [baca: saya rindu saya yang lalu dan kehidupan saya yang normal], tempat yang jiwa saya menjadi sangat lapang, tempat dimana saya dapat merasai hidup ini terlalu luas dan jauh dan banyak lagi yang saya perlu tahu, tempat yang saya terasa hampir dengan si Dia..

Moood -> Rapuh & Taubat [Opick]

Thursday, October 9, 2008

< Last Lecture>

Saya tahu saya patut isi entri ni awal-awal lagi atau sebaik sahaja saya jumpa atok..

Arahan 1: Sila baca pesanan last lecture ini dengan hati yang hidup, jangan hanya semata dengan
akal..

Arahan 2: Sila rasakan anda berada didalam satu ruang tamu hospital yang sunyi dan merasai kematian itu hampir..

Arahan 3: Sila bayangkan didepan anda seorang lelaki yang telah berusia 80++ yang telah disahkan BARAH PEPARU dan BARAH OTAK -> STAGE 4 yang bersama tongkat yang sangat TERAMAT serius[dia tak pernah seserius itu] menyampaikan pesanan pada cucu dia..


Ini pesanan atok:

Orang melayu sekarang suka bergantung pada orang lain..Dulu kami BERDIKARI [baca:berdiri sendiri, kendiri] sehingga malaya bisa merdeka..Anak muda sekarang MALAS CULAS [baca: sila rajin wahai saya yang PEMALAS], dulu kami baya kalian, kami telah punya cita-cita UNTUK MEMERDEKAKAN MALAYA..Kat malaysia sekarang ni orang melayu dah takde pape..tanah takde, semua dah takde..harta yang tinggal pada kita hanya ILMU [baca: Sila habiskan projek kamu segera!!] garap ilmu banyak2..sebanyak-BANYAKnya..Patutnya kamu kena jadi lebih baik dari kami, dari ibu dan ayah..sebab sekarang kemudahan sudah pelbagai..Malaysia sekarang ni dah teruk [kalau keluarkan statement ni kena masuk ISA tak??tapi atok yang cakap..] penuh dengan korupsi, orang melayu yang jatuhkan orang melayu, bapak makan anak.[baca: wahai orang muda yang CULAS PEMALAS sila tampar pipi kamu dan BANGKIT!!]


atok juga pesan sila tulis pesanan ini dan pastikan ramai orang yang baca !!


Allah telah merancang setiap kali waktu cuti saya dipenuhi dengan ZIARAH HOSPITAL sebagai sentakan ZIKRUL MAUT.. kami sekeluarga [kecuali en DR] adalah yang pertama yang tahu atok disahkan barah otak. Ayah kata metro bg tahu orang malaysia atok masuk hospital...atok selalu sisipkan pesanan setiap kali saya jumpa dia..Tapi hari itu saya teramat sangat kecewa, saya tercicir last lecture atok sebab semata-mata pergi TANDAS [waaaaa...] Lepas slot atok, mata ibu kelihatan berair, kalau saya ada kat situ mesti saya nangis T_T tapi atok sempat pesan pada saya " Kak Yong, belajar rajin-rajin " dan atok usap bahu saya (baca: sedih). Ibu kata atok banyak kali tanyakan saya 'mana kak yong' masa slot tuh.. [baca: sedih kuasa lima]

Selepas selesai saya terus hubungi Raudhah ppukm khabarkan atok saya di specialist HUKM.. Kalau kamu nak dengar nasihat dia yang best GILER pergiLah lawat dia di HUKM. Kalau kamu suka membaca terutama buku sastera mesti kamu kenal pengarang yang namanya arena wati, ituLah atok saya ^_- [yang saya pernah khabarkan yang saya dekat dengan orang yang berjiwa sastera]. Teringat ruang tamu rumahnya yang separuh darinya telah bertukar menjadi LIBRARY [baca: waaa bestnya..]

Jika kamu suka buat ziarah hospital ziarahLah orang2 kritikal yang tawakalnya sangat bulat pada Allah..ni tak, asyik ziarah orang bersalin jer..

Sebenarnya menziarahi orang sangat dekat dengan kematian membuatkan kita juga hampir dengannya.. bahkan menziarahi orang yang dikhabarkan berita gembira [bersalin] pulak akan membuatkan kita merasai MAHA HEBATNYA ALLAH..

Monday, September 29, 2008

< Eid Mubarak >



29 Ramadhan 1249

Dalam ramadhan yang masih berbaki ini, penuhkanLah ia seLagi ada..Andai ini ramadhan terakhir, biaLah ia menjadi saksi dan bukti untuk pemberat mizan ke Jannah..

Ramadhan permergianmu memilukan..Teringat SMS dari adik

Akak, kenapa saya sedih Ramadhan dah nak habis?
Sedangkan selama ni saya tak pernah sedih pun

- Sebab kali ni awak telah jadi pencinta si Ramadhan -

BiarLah ruh iman, mujahadah dan amal taktaLa Ramadhan yang Lalu masih bersuLam indah disetiap hati dan jasad hingga saatnya tiba ramadhan yang akan datang..

RaikanLah Syawal dengan senyuman tanda kegembiraan dan takbir tanda kebanggan sebuah KEMENANGAN.. BergembiraLah tanpa melupakanNya.. IngatLah wahai diri dan hati, menjelangnya Syawal..tanda kita telah kembali kepada fitrah yang seharusnya, fitrah dalam menjadi hambanya yang patuh dan taat, fitrah dalam menjadi HAMBANYA YANG SETIA.. fitrah dalam meletakkan Allah sebagai Robb, iLah dan MaLik [ tak usah lagi ambil kuasa tuhan ^_- ] fitrah dalam beramal dan hidup dengan lebih baik dari hari-hari laLu..

TerusLah memburu MARDHATILLAH pada setiap heLaan nafas, pada setiap bisikan suara hati, pada setiap langkah dan tindakan daLam seluruh amal ^_-

EID MUBARAK !!

[Baru boleh terima sebarang lagu raya]

Monday, September 22, 2008

< Inspirasi untuk menuLis >

Saya perLukan inspirasi untuk menuLis penamat sekoLah saya.. Saya perLu tamatKan.. BERSEMANGATLAH!!

Ustazah pernah pesan time kecil-kecil dulu, saat aku tidak mengerti apa-apa tentang hidup dan kehidupan..antara penawar kelelahan dan futur adalah kembalikanlah mereka pada kenangan lalu agar ia bisa mengasah hamasah dan memadamkan kelelahan dan putus asa..

- Malam Badar -

Setelah 4 tahun saya terlepas event tahunan sekoLah ini, tahun ni saya dapat merasainya kembali..[pasti ada hikmah, tuhan tak pernah cipta sesuatu dengan sia-sia] Saat pulang, atas kesempatan mencari adik yang hilang, saya pusing sekoLah untuk memusing kembali kenangan di Taman ini.. Kelas ting. 3, terimbau kenangan melarikan diri dari sesuatu bersama teman sepelarian. Kelas darjah 6, huhu kenangan kanak-kanak nakal, hanya geng kanak-kanak nakal yang tahu. Kelas ting.5 dan tempat sidaian sejagat ^_- Court badminton, tempat menjadi singa sekolah yang ke-2 dan padang sekolah, satu-satunya tempat yang bisa tidur beralaskan kanvas, berselimutkan bintang dan berbumbungkan langit..*baca: rindu*


Virus mengupdate blog saya telah dijangkiti oleh beberapa orang di KAMAR KETENANGAN.. Semoga mereka menemui sesuatu.. sesuatu untuk kebaikan mereka dan UMMAH.

< Hari Kasih Sayang >

Sebaik menjejak ke blog adik, terlintas terus pengalaman honeymoon saya..


Honeymoon pertama time form 5..di sebuah banglo di golf resort sekitar pasir gudang..2 hari, 1 malam yang akan dikenang. Petang tu jadi budak-budak, kami memenuhkan taman permainan..ahhh, tidak ambil peduli mata yang memandang. Lagi best takde banin time tu *baca: bahagia sangat*. Kami berjaya naik jongkang-jongkit seramai 10 orang[Pelik tapi benar] Pergi main bowling[welcome cik longkang], celup kaki kat kolam renang[takLeh mandi sebab kena pakai baju versi tak tutup aurat, kalau tak air kolam tu akn surut 3 meter paling kurang kami kerjakan], Malam tu, melantak ayam panggang sehingga menjilat jari.licin.. Yang tak boleh dilupakan oleh orang yang tido kat master bedroom.. pukul 3 ada orang nampak perempuan tak berkaki ketuk bilik kami..huhu..kecut sungguh time tu, ada yang menggeletar..habis segala ayat keluar..nasib baik ada husna z kat bilik tu..HAHA..

Akhirnya kami tido jugak. Akhirnya dapat dikesan perempuan tak berkaki tu esoknya, rupanya salwa dan hidayah..cess! penat jer menggeletar malam tu! Buang energy betul..


Honeymoon 2 di PD duduk kat hotel tajaan TNB..ditaja oleh orang yang kerja dengan TNB bersama penghuni KAMAR KETENANGAN [ADIK yang bakal duduk di Kamar Ketenangan anda boleh mula cemburu ye ^_- ].Destinasi pertama bila masuk sebarang tempat..ialah TOILET..perhh air panas tuh.. petang tuh berseronok jalan-jalan disekitar hotel, destinasi yang pertama yang saya tuju TAMAN MAINAN sebab saya tahu kat sini KAKAK dan TEMAN saya bisa jadi diri mereka yang sebenarnya dan bersama mainan kegemaran saya [Ini rahsia..penghuni KK je tahu apa dia ].Seperti yang sebelumnya, buat sesuatu yang luar biasa a.k.a PELIK sebab orang tak kenal..hehe..jadi makin boleh menjadi diri yang sebenarnya. Malam, sesi untuk santapan diraja *wink.wink*, kantoikan moskito & monito dan masa untuk jadi model buat aksi MELAMPAU yang tak boleh buat jika ada LELAKi. Moralnya malam itu, iniLah dunia bahagia bila hidup tanpa Lelaki[berbaur femenisma lagi ^_^]. Pagi esoknya main games seronok, gembira dan games yang tak pernah terbayang dek otak..Aduh, kental seh KAKAK ni kenakan kami..Yang paling ingat, tanam KAKAK dalam pasir..hahaha..*Gelak kejam*


Paling tak lupa..KAKAK pernah bawa kami MEMANCING..


Keperluan penting sebuah honeymoon..


  1. Jangan skema seperti selalu..terutama manusia seperti saya. Tak menafikan kewujudan manusia bernama LELAKI menyebabkan manusia-manusia seperti saya kena dan TERPAKSA jadi sedikit[mungkin banyak] skema dan membosankan *baca: nada bosan sangat dan penuh femenisme*

  1. SerLahkan dirimu yang sebenarnya..

  1. Jangan bawakan sebarang aktiviti kebiasaan..tinggalkan semua homework dan assignment dan masalah yang lebih tinggi dari everest tu..ini masa untuk berseronok dan bergembira.. bergembira dan berbahagia sehingga LUPA DUNIA dan ingat AKHRAT ^_-

  1. fokus yang PALING UTAMA..ciptaLah KENANGAN TERINDAH yang akan dikenang selamanya yang akan menjadi sumber inspirasi dan aspirasi ketika kelelahan dan sesuatu yang membanggakan untuk diceritakan pada generasi perjuangan masa depan.

  1. Jangan lupa KAMERA untuk menyimpan kenangan aksi MELAMPAU ^_-

Betul kata adik... Jika ada orang kata [mungkin ada orang yang kata, yang penting bukan saya ^_-] honeymoon bisa saja BERPERANAN BESAR SANGAT bagi 21 orang du’at untuk pembinaan dan pembentukan sebuah MUJTAMA’ MUSLIM..[yang ni dah tangga 3 ^_-]

Monday, September 15, 2008

< Selingan kehidupan >

Semalam sempat berjumpa dengan KAKAK.. Semoga Allah permudahkan urusan dia melahirkan..

Kemudian dapat sms dari En Celcom..

Nikmati 7 hari panggilan PERCUMA panggilan/SMS

Waaa.. seronok!! Selamat menggunakan dan memanfaatkan kemudahan yang diberi ^_-

< Curahan Baja Pohon Taqwa >

Menghabiskan separuh dari hujung minggu di masjid KLIA bersama-sama adik-adik yang suci dari noda dunia, mereka suci dari noda-noda yang telah ku temui sepanjang perjalanan hidupku.. Gembira bersama mereka seperti bahagia bersama bayi yang suci.. AlhamdulilLah tuhan telah menghantar aku ke sana, supaya pohon taqwaku kembali dibajai.. menghitung kembali perkembangan pohon taqwaku, suburkah pohon itu seperti yang sepatutnya atau terbantut pertumbuhannya[ yuk muhasabah graf pertumbuhan pohon taqwa ]..oh tuhan, semoga aku bisa jadi hambaMu yang SETIA..

Terkenang kata-kata guru pertama di masjid KLIA, sesungguhnya insan yang hebat itu adalah insan yang hatinya tak pernah putus berdoa pada Allah..berdoa, memohon dengan penuh pengharapan, penuh dengan Khauf dan Rajaa yang total. Semoga tergolong bersama insan-insan hebat ini. Saat itu, merindui ar-Rasul dengan sangat, rindui dia taktala menyelusuri kisah hidupnya, dia punyai akhlaq sempurna, terulung, tak bisa ditandingi tapi bisa diteladani.. sesungguhnya akhlaq itukan pemberat mizan. Kisah dimana as-Siddiq mendatangi si tua di hujung kampung, si tua yang buta yang seringkali diziarahi ar-Rasul ketika hayatnya. Lalu as-Siddiq memberi dia makan sambil dia memaki sang rasul mulia, lantas dengan hati yang membara as-Siddiq terus menyumbat roti di mulut si tua itu [aku mendengar cerita saja dah membara, kalau ku jumpa si tua itu, ntah apa jadi dengan dia] Lantas si tua itu berkata ' Kamu bukan orang selalu menyuapiku, dia pasti akan mengunyah dulu roti ini kerana aku tak bergigi ' . Hebatnya Muhammad yang mulia, masih sanggup mengunyah roti itu sedang saat yang sama dia maki oleh si tua itu. Lantas as-Siddiq berkata ' Sesungguhnya insan yang biasa menyuapimu itu telah wafat, dan dia ituLah Muhammad yang kamu maki tadi '. Indahnya akhLaq dia, semoga akhlaq itu juga sebati dengan diri ini..

Guru 2 banyak meninggalkan pesan gi mana harus digagahi jalan dakwah yang berduri bahagia ini..YakinLah dengan janji tuhan, yakinLah dengan sepenuh jiwa, yakinLah Allah akan tetapkan pendirianmu, urusi masa depanmu sebaiknya seandai saja kamu menjadi penegak agamanya yang SETIA. Sesungguhnya bekalan dakwah ini ada dua iman dan teman. Manfaatkan iman dengan hakikatnya yang turun dan naik..seandainya ia diatas manfaatLah ia sebaiknya, sepenuh untuk hampir pada tuhan. Seandainya ia dibawah manfaatLah ia untuk merayu tangis memohon ampunan dari Dia. YakinLah dengan syurga yang menjadi inspirasi kekuatan dan ketabahan, yakinLah dengan neraka supaya tiada keterlanjuan yang tersasar.. CariLah teman sejasad yang bisa menjadi cermin, menjadi cermin yang bisa mencantikkan akhlaq dan diri. Lantas dia terus menceritakan tentang teman hidupnya, pasti saja isteri kesayangannya. Benar kata-katanya, andai dipilih insan yang tidak memahami 'perjalanan' ini pasti sukar hidupmu nanti. Sedangkan diaLah yang akan menasihati bahkan diaLah yang akan menghulur hamasah gagah tika ketandusan.

Ini pesanan ringkas dan padat Guru 2

Bila bersama dakwah
segalanya untuk tarbiyah dan dakwah
bahkan diri diinfak sepenuhnya untuk tarbiyah dan dakwah
bahkan seluruh kehidupan diatur oleh tarbiyah dan dakwah
sehingga ia menjadi furqan untuk memilih
' ahli bait' dan 'sahabat rapat'

[ sengaja letakkan '' untuk ahli bait dan teman rapat kerana ia bisa memberi makna berbeza pada setiap orang ]


Terpaksa pulang awal kerana ada dating dengan UMMI ^_-

-> Terima kasih KAKAK untuk pinjaman si kancil. Moga pahalanya juga mengalir padamu..

Moo0ood -> Opick-Taubat

Friday, September 5, 2008

< Ekspedisi Kehidupan >

Bertukar mood rehat seketika..

[ Jumpa troli best ni di Jusco Melaka, beli hadiah kenakan abu *KEJAM*, bestnya dapat duduk dalam troli tuu ]

[Askar yang sepatutnya kene denda ^_- Apada askar tengok TV]

[Askariah untuk 1/2 jam, kemudian jd pinky balik]

[PinkyGurL..Kasut pun pink jugak..aduiii]

[Machomaan..ukhs]

[ Bosan dalam kereta, ketip hanset ]

[ Supper Mushroom Sup ]

[ Gambar comel saat kami diziarahi orang Bangi ^_-]

MooOOood -> Baru tukar playlist ramadhan & ringtone ramadhan..Kene jatuh hati balik dengan En Java..huhu T_T

Friday, August 29, 2008

< Ukhuwwah & Inspirasi >

<>

Pada ukhuwwah ada bekal, bekal yang bisa membangkitkan kembali hamasah gagah seorang insan luar biasa, untuk terus tegar dan tenang melalui jalan ini. Bekal yang mengembalikan inspirasi [ nama majalah sekoLah *Rindu* ] & aspirasi sebuah kehidupan istimewa agar terus setia menjadi pengemban dakwah hingga ke hujung nyawa [dengan izin Dia]..

[Patutnya jadi gambar akhir sebab last destination]

[ Bila kami ...]

[ BERGABUNG !! ]

[ Pinjam dari Khadijah ]

Ke Melaka, dengan berkumpulnya kembali anak-anak mama [ tapi tak sempat jumpa mama T_T ] gara-gara ada majlis walimah seorang teman..berkumpul kembali penggempur dan perosak KMM..sorang dari damansara, sorang dari bangi, sorang dari JB[boleh belajar nak tambat hati ibu dengan dia], sorang dari indonesia[balik cuti daa] dan sorang dari nilai.. Seperti biasa story hingga lupa dunia..gembira dan seronok kerana >> DAPAT BERITA BARU ^_^
Lanjutan PERJUMPAAN TERGEMPAR -> Saya dapat panggilan istimewa hingga jam 2 am, hari Pak cik saya dapat kerusi di Permatang Pauh. Terima Kasih kerana mengembalikan Hamasah saya, terima kasih kerana menjadi pendengar saya yang setia. Semoga Allah memberkati dan meredhoi hidup kalian hingga ke HUJUNG NYAWA..

[ Penanti Abg Rapid Yang Teramat Setia Bersama Titisan Hujan]
Gambar 5 bintang di hati saya

Ada nampak sesuatu yang istimewa tak dari mereka?? Hebatnya kamu jika dapat melihat.. kerana ukhuwwah luar biasa ini hanya dapat dilihat dan dirasai oleh sesiapa yang telah memilikinya ^_-

Monday, August 18, 2008

< Hidup Ini Umpama Pelarian >

Hidup ini umpama sebuah pelarian dari sesuatu yang sangat menakutkan. Mimpi ngeri yang membayangi walaupun dalam sedar. Umpama lembaga hitam yang tidak berhenti mengejari. Menyembunyikan diri agar tiada yang melihat, agar tiada kalimah itu yang didengari lagi, agar tiada bayangan hitam yang mambayang. Melarikan diri dari sebarang syak yang bermukim dihati, hasilan manusia atau jin. Melarikan diri sejauh-jauhnya agar terpelihara sekeping hati..sungguh hati ini hanya satu..hanya satu yang dimiliki,hanyaLah satu yang bakal menjadi saksi dan bukti buat YANG ESA..

Maaf IBU-IBUku [macam banyak IBU la pulak..IBU ikatan akidah O_o], maaf asatizahku, maafkan aku teman terpaksa melarikan diri dari kalian, ada sesuatu yang ku takuti, umpama lembaga hitam yang terlalu hampir.. Semoga doa-doa itu didengari tuhan..Semoga kata-kata itu menjadi kekuatan, sumber inspirasi untuk terus TABAH dan KUAT..Semoga tuhan mengaturi yang terbaik, semoga tuhan menyuluh jalan terbaik itu agar tidak tersalah simpang, agar tiada gear REVERSE yang perlu digunakan atau tidak terlalu panjang digunakan..supaya BREK tidak pernah kehabisan minyak..

Saya >> maaf..ada ketikanya saat darah sasterawan negara [dah lama tak jumpa atok..huhu] mengalir dalam jasad ini, mungkin tiada yang bisa mengerti tiap bait kalimahku, hanya pembaca suara hati, hanya penganggar firasat hati, yang bisa menterjemahkan setiap kalimah ini kepada sebuah didikan hati kehidupan.. puitiskah?? Jiwangkah??[ini yang akan jauh dari diri ni *eeiiiuuu*] terpulang.. izinkan aku menjadi diriku dalam aturan dan celupan tuhan Yang Esa.. aku hanya ingin menjadi diriku..hanya aku..dengan celupan tuhanku..

Sunday, August 17, 2008

< Warkah Kasih & Cinta Buat Adik >

Hari ini terasa kejam..kejam kerana telah membuatkan 2 orang ADIK menangis.. ADIK yang mencari saya dari kejauhan, dari sempadan negeri takLuk saya. Sempadan kami tidakLah terlalu jauh hanya minit 45 perjalanan..apatah lagi sempadan kami hanyaLah aqidah yang satu ^_-

Saya khabarkan pada ADIK..

Didikan yang kita lalui ini adalah didikan SEKOLAH KEHIDUPAN

Didikan ini tidak menginginkan lahirnya ROBOT yang tak berperasaan, tak berguna

Tapi didikan ini mahukan lahirnya MANUSIA yang berjiwa MANUSIA

Yang mengajar untuk MENANGIS taktala kesedihan

Mengajar untuk KETAWA apabila gembira

Mengajar untuk terus TERSENYUM sentiasa

Mengajar untuk SAYANG dan MENYAYANGI keranaNya

Mengajar erti BAHAGIA, TENANG dan DERITA

Mengajar untuk merasai 1001 rasa dan perasaan

Didikan ini sentiasa meraikan setiap perasaan dan kehendak fitrah manusiawi

Meraikan manusia yang punya ruh, akal dan jasad

Punya rasa ingin seronok, ingin bergembira, ingin dibelai apatah lagi ingin dihargai

iniLah yang perlu dirai pada setiap diri penuntut SEKOLAH KEHIDUPAN INI

disegenap darjah dan tingkatan

Didikan ini bukannya didikan yang mencipta KELELAHAN yang setiap saat mengeringkan jiwa dan jasad

Tapi didikan ini mengajar bahagia taktala BEKERJA kerana dia risau KEREHATAN akan membawa kelalaian

Bukan didikan yang menuntut keringat tenaga buruh

Tapi didikan ini menjadikan penuntutnya selalu punya rasa keringat ini tidak harus dibuang sia-sia

Kerana keringat ini bisa jadi saksi dan bukti tanda cinta pada TUHAN

Didikan ini tidak kejam

Didikan ini adalah adunan lengkap sebuah kehidupan

Mengalir bersama setiap titis darah di dalam jasad

Didikan ini meraikan setiap FITRAH MANUSIAWI

TerusLah menangis duhai adik..sungguh air mata itu tidak dicipta sia-sia..ia dicipta untuk dialirkan..jangan kejam pada setiap titis air mata..sesungguhnya tiada yang tuhan ciptakan sia-sia[jauhi kami dari neraka, tuhan]..semuanya dicipta untuk manusia..untuk manusia, agar dia mengerti setiap darinya adalah BUKTI CINTA TUHAN YANG PENGASIH dan PENYAYANG buat hambanya TERSAYANG..

Dari negeri YB Nizar

mooOd ->Rabithah

saya >> terasa penyayang La pulak..macam melakar surat cinta..WARKAH CINTA BUAT ADIK ^_- didikan ini juga meraikan fitrah manusiawi yang ingin menyayangi dan disayangi kan?? O_o

Thursday, August 14, 2008

< DakapLah Kesihatan Sebelum Sakit >

Saat ar-Rasul & as-Siddiq bersembunyi di gua Thur
ada si perempuan mengandung yang sangat TABAH, GIGIH & KUAT
berulang-alik menghantar makanan buat ayahda dan kekasih ummah
dengan bayi dalam kandungan bersama kenderaan yang dinaiki
di tengah padang pasir yang membahang
bersama makanan
sehingga suatu hari dia pernah di tampar oleh si Abu Jahal
DiaLah Asma' binti Abu Bakr

[ Ilham utusan Allah ketika ketidak laratan yang teramat ]

Lantas, terus bangkit dengan kuat.. Saya perlu kuat !! Dia mengharungi kepanasan padang pasir, saya hanya perlu mengharungi kepanasan jasad..Masih banyak kerja yang perlu dilangsaikan..

Pak Cik Mustafa Mashyur pesan terdapat bekalan buat pengemban dakwah ini di dalam sirah terdahulu, dalam kisah sahabat & sahabiah.. HirupLah bekalan ini hingga TABAH, KENYANG dan KUAT [macam ikLan milo..SIHAT & KUAT ^_- ]

saya -> teringat pada Kak As..Moga dia terus TABAH dan KUAT..

Wednesday, August 13, 2008

< Tuhan izinkanLah kami untuk sentiasa mengingati >

Masih merasai usapan itu, kerana kata-katanya lahir ikhLas dari hatinya..walau dituju khas untuk semua, tapi hatiku berbekas dalam dengan kata-katanya, seolah-olah tepat pada waktunya..TakpeLah, tiada yang bisa ku aturi andai ini ketetapan yang Dia telah aturkan buatku..AKU..hanya bisa melalui jalan yang telah terbentang dengan TABAH yang LUAR BIASA..

Teringat kata-kata ADIK & KAKAK ketika suatu masa, masa bermulanya jasad + hatiku kedemaman..

Adik: Akak ok ke?
Saya: Ok je..
Adik: ye ke?..
Saya: ye..percayaLah
Adik: TakpeLah..andai bisa hati itu dikeluarkan, pasti banyak rahsia yang tersimpan..Tapi biarLah hanya tuhan yang tahu..

Kakak: Awak ok?
Saya: ok..tadi saya.....[ pelbagai alasan yang dicipta..alasan kejam..haha ]

[ Saya suka gambar ni ]

Kakak: Awak jangan lupa akak ye..
Saya: akak pun sama
Hati saya: BiarLah Allah yang menentukan yang terbaik, jika hidup ini boleh berjalan mengikut keinginan saya semata..saya tak mahu lupakan kenangan ini.. kenangan bersama orang yang bisa membaca setiap suara hati saya..

Kamar ini terlalu banyak rahsia yang terulit didalamnya, rahsia yang tak mampu menjadi rahsia.. Rahsia yang tak bisa dilupa, rahsia yang menjadi kenangan terindah.. kerana hati-hati yang bertaut adalah hati-hati yang terikat dengan ukhuwwah LUAR BIASA keranaNya.. ikatan luar biasa inilah yang mengesan bukan sahaja perubahan fizikal bahkan perubahan hati dan jiwa...

-------------------------------------------------------

Esok saya akan mula cuti sekoLah..hooreey..Genap seminggu lagi boyfrend [ merangkap bodyguard ^_- ] saya pulang [ mesti ada yang nak muntah..haha.. ], perlu diambil di KLIA. Kepada kawan-kawan boyfrend saya, jika kamu mahu jumpa boyfend saya sila beritahu dia supaya kami boleh bagi masa untuk kalian berjumpa, kalau tak, dia akan dipaksa pulang rumah dengan segera O_o [ baca dengan nada gurLfrend yang KEJAM !! ]. Lagi 2 minggu 4 hari taqwaguard saya [ mungkin kita ] akan datang untuk sebulan.. Meletakkan azam dan memenuhkan kalendar saya dengan kenangan terindah bersama taqwaguard saya ..heem..

moOood -> mencipta kenangan terindah

Tuesday, August 12, 2008

< Perancangan 10 Tahun >

Tiba-tiba teringat kisah Fahri dalam novel glamour, ayat-ayat cinta..Lantas aku teringat ketika dia membentangkan perancangan 10 tahunnya..Secara tidak semena-mena, terlintas i'dad duat di mindaku taktala itu.. Tika saat muallim membentangkan buat kami bagaimana harusnya bentangan hidup seorang duat.. Ku selak kembali buku yang telah menguning-kecoklatan hasil dari tangan sendiri dan juga turut merasai selakan kehidupan yang lalu *rindu sangat*

Slot: Pemuda & Perubahan [ Pemuda & Perubahan, Fathi Yakan ]

Pemuda itu seharusnya bisa menentukan arah hidupnya sendiri..

0 - 7 tahun -> Bermain-main dengan tarbiyah

7 - 10 tahun -> Waktu menerapkan asas-asas secara serius

10 -13 tahun -> Kewajipan telah bermula [ ikutiLah orang-orang yg aktif dengan dakwah ]

13 - 18 tahun -> Biasakan diri dengan Islam yang sejati

Waktu Kritikal dan Kecemasan
18 -19 tahun -> Tentukan arah hidup
25 tahun -> aktif dengan gigih bersama dakwah, kahwin -> waktu akan jadi sangat TERHAD


25 - 40 tahun -> Menyusun kehidupan, kemuncak kematangan, pelaksanaan yang bersungguh-sungguh

63 tahun -> Penasihat

Aku dikhabarkan semua ini ketika usiaku hanya 16 tahun.. Ketika usia yang sewajarnya aku membiasakan diri dengan ISLAM YANG SEJATI. Perintis jalan ini telah bukakan jalan..jika mahu LaluLah.. jika tidak mahu terpulangLah..

Dimanakah kita??Telahkah merancang kehidupan sehingga ke 10 tahun akan datang?? Bukankah kebatiLan yang terancang bisa melenyapkan al-haq yang tidak terancang..

Wednesday, August 6, 2008

< Sumber Inspirasi & Kekuatan >

Pernah suatu ketika dulu seorang ABANG khabarkan pada saya.. Sesungguhnya hidayah tuhan itu bisa menjengah ke dalam jiwa kita dengan pelbagai cara dan asbab.. andai diizinkanNya saat memakai kasut pun Dia bisa menitipkan cahayaNya, cahayaNya yang bisa membangkitkan sejuta kekuatan dan ketabahan luar biasa.. [ Teringat taktala ar-Rasul gelisah menanti wahyu dari Tuhan kami.. rindu dengan ketabahan ar-Rasul, terkenang ketegaran Khadijah kekasih setia]

Semalam, saya melayari segenap jejakan minda KELUARGA-KELUARGA saya.. Saya terjumpa ini.. Alhamdulillah, Tuhan saya telah menjadikan ia sumber ketegaran saya.. SAYA KENE JADI KHALIFAH YANG TABAH..kuatLah !!

Warkah Anak Tahan Tanpa Bicara

Ayah,

Pengalaman perit masih lagi menghantuiku dan segar dalam ingatan…

Masa tu kita baru sahaja selesai makan malam di rumah

Ibu masak lauk kegemaran ayah

Ayam masak lemak….

Ayah hirup kuah hingga menjilat jari…

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu

Bila buka pintu, ada beberapa orang polis berpakaian biasa

Katanya nak jumpa ayah…

Along lihat ayah dan ibu tengah bersembang-sembang dengan polis

Tetapi selepas itu, polis terus bawa ayah pergi…

Tak pulang sehingga kini…

Tujuh tahun berlalu,

Ayah masih tak kembali…

Kenapa mereka ambil ayah?

Kami masih belum tahu…

Mereka pun tiada bukti..

Ayah tak bersalah…

Ayah tak bersalah…

Ayah tahu tak…

adik semasa baru berumur 4 tahun,

Selalu tanya along dan ibu…

ayah mana?

bila ayah nak balik?...

mula-mula ibu dan along jadi bingung dibuatnya…

tak tahu apa nak jawab kepada adik

kadang-kadang merah mata ibu

terkedu dengan soalan adik

tapi kami sama-sama pakat…

jawab ayah balik satu haribulan…

tapi satu haribulan berapa? bila?

kami pun tak tahu….

tapi sekarang adik sudah beasar

10 tahun umurnya

Selama tujuh tahun membesar

Tanpa belaian seorang ayah…

Namun ayah,

adik membesar sebagai seorang anak pejuang

Ibu Berjaya mendidiknya dengan baik…

Ayah,

Masa mula-mula ayah kena tangkap

Masa tu along baru berumur lapan tahun…

Adik pula baru berumur tiga tahun…

Ibu kata masa, mula-mula ayah ditangkap…

Along jadi pendiam..taknak cakap dengan orang…

tak ceria… padahal along suka buat lawak…

Lepas tu along pasang tv kuat2….

sepahkan buku, koyakkan buku tulis…

Along selalu tak nak buat kerja sekolah…

Along juga selalu menangis bila hendak tidur….

Ibu tahu… along amat tertekan dan rindu kepada ayah…

Yelah, ayah rapat dengan along…

Selalu kongsi cerita dan bermain bersama along…

Along kan anak kesayang, buah hati ayah?...

Kasihan ibu…

Ibu lagi tertekan dengan karenah along…

Ibu cerita kat along…

Pada satu hari,

waktu tu umur along baru Sembilan tahun…

Along lapar minta ibu buat roti telur…

Along menangis terjerit-jerit dan terpecahkan pinggan…

Habis makanan berselerak di atas meja..

Mula-mula ibu sabar,

tapi along nangis lagi kuat…

Ibu dah hilang sabar…

terus capai sebatang penyangkut baju…

Hendak memukul along…

Along lari…

Along nangis lagi kuat…

Along taknak kena pukul…

Tapi Ibu terus kejar nak pukul along…

along terus ambil gambar ayah atas meja…

Along menangis teresak-esak ketakutan….

Ayah,

along kesian tengok ibu….

Along tahu…Ibu rindu sangat pada ayah…

Ibu tak pernah menangis depan kami,

Tapi along tahu ibu selalu menangis sorang-sorang dalam bilik…

Ibu tak nak tengok kami menangis….

Kerana ibu tak nak kami lagi sedih

Ayah,

Ibu buat semuanya….

ibu hantar kami ke sekolah….

Ibu bekalkan kami duit pergi ke sekolah…

Ibu baiki paip yang rosak di rumah…

Ibu bayar bil rumah, bil letrik,

Ibu pujuk kami bila kami sedih…..

Ibu tenangkan adik bila adik nangis…..

Tapi bila ibu menangis, siapa yang boleh tenangkan ibu?

Hanya Allah sahaja tempat mengadu…

ISA memang sangat zalim!

Meragut kasih sayang….penuh dengan kejahatan…

ayah

Masa genap ayah ditahan dua tahun,

Ibu kata ayah mungkin bebas tak lama lagi…

Masa tu umur along 11 tahun…

masa ayah kemungkinan bebas,

Along beli yong tau fu…

Makanan kegemaran ayah

Along nak kongsi dengan ayah bila balik nanti…

Tapi bila tunggu2… ayah tak juga pulang….

Ibu kata ayah ditahan lagi dua tahun…

Bila ditanya kenapa?

mata ibu merah lagi….

Apa salah ayah?

Ayah ditahan tanpa bicara dan tanpa kesalahan…

Ayah diambil dari kami… sudah tujuh tahun!

Along benci ISA!

Ayah,

Kini along semakin membesar…

Along kena tabah…

Tidak boleh bersedih lagi….

Along ingat pesan ayah…

Along mesti jaga ibu….

Along mesti berjuang hapuskan kezaliman….

Along akan ajak kawan2 along…

Berjuang dan menyedarkan masyarakat…

Betapa zalimnya ISA…

Kerana… along dilahirkan,

sebagai anak seorang pejuang….

Mari bersama wahai rakan2, wahai rakyat Malaysia!

Hapuskan kezaliman,

tegakkan keadilan!

Mari bersama GMI,


berjuang dalam usaha memansuhkan ISA…


Hasil Nukilan: Nahdia Ariffin..

Hulu Kelang,

30 Julai, 2008

(sempena Malam Seni Tanpa Bicara sempena 48 tahun kezaliman ISA)


Saya tampal balik kata-kata saya sendiri.. sebab saya yakin setiap apa yang saya keluarkan untuk orang lain, sebenarnya untuk diri saya sendiri..

YakinLah Allah sentiasa disisi, pendengar yang sangaaat setia,
Dia sangaaat memahami segala isi hati taktala seluruh manusia tidak memahaminya,
Dia menguji kerana Dia sangat menyanyangi,
rasaiLah belaian kasih sayangNya dengan ujian itu..
DengariLah suara ini di dasar hati taktala diuji
"HambaKu yang sangat Ku sayangi, ujian ini ku sisipkan buatmu agar kau kembali padaKu, untuk terus merasai damainya belaian kasih sayangKu
" BangkitLah menagih kasih sayangNya yang paling damai di 1/3 malam..
Wahai diri, anda tak bisa seperti dulu, kerana sesungguhnya tuhan sisipkan ujian itu supaya jiwa ini menjadi lebih istimewa dari dulu..

Ya Allah
Andai kau sisipkan ia terbaik untuk diri
Kau kirimkanLah buat ketabahan yang paling tabah,
kedamaian yang paling damai,
ketenangan yang yang teramat tenang
JanganLah kau tinggalkan sendirian..


Hai Jiwaku,
BERTASBIHLAH & SOLATLAH
saat urusan-urusanmu berat menyerangmu
Apabila hati merasa telah letih
dari bebanan hidup yang melelahkan
AlirkanLah air mata, wahai jiwa
lalu tumpahkanLah ia dalam SOLATMU
sungguh tuhan alam semesta mendengar
tangisan jiwa yang merintih kasih-Nya

[ Fiqh Dakwah, Sa'id Hawwa ]

Ramadhan akan datang menemani 3 minggu Lagi.. Allahumma BaarikLana fi Rajab Wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan..

Tuesday, August 5, 2008

< ikhLas Sumber Kekuatan Luar Biasa dan Penawar KeLelahan >

IKHLAS..Orang kata mudah tapi sebenarnya tak semudah memetik jari.. Telah seminggu ia tersimpan dibenakku kerana saja minggu lalu aku harus menyampaikannya pada ADIK..

Kenapa Imam Nawawi letakkan niat di muka 1?? Kenapa hijrah itu ada dua hasilnya Allah & RasuL atau wanita yang sangat cantik untuk dikahwini?? Manusia mudah untuk mengejar sesuatu yang nampak.. Tapi Allah & Rasul adalah yang tertinggi paling tinggi..

Lantas teringat kata-kata KAKAK

TaktaLa kita mengharungi sesuatu kerana Allah, untuk Allah
Sampai saatnya ketika Allah uji kita dengan sesuatu yang tidak kita tertahan lagi
ingatLah saat itu kita harus tabah dan berserah kerana
ini semua kita redahi KERANA ALLAH & UNTUK ALLAH
[bukankah Allah kata jangan kata kamu beriman dan yakin jika sekiranya kamu tidak diuji]
Semoga Allah membayarnya dengan harga yang TERLAYAK & TERMAHAL


Bagaimana keikhLasan itu bisa menjadi sumber kekuatan Luar biasa.. Saat kita tidak tertahan lagi, ingatLah kembali niat yang diukir awalnya dulu[jika tak baik, baikiLah ia], yakinLah semakin besarnya niat yang tersandang makin kuatLah Allah uji..TAPI ingat.. setiap yang dititip Allah, Dia akan bayar harganya dengan keindahan yang sangat indah..Taktala kita tak tertahan lagi bacaLah 3 kuL, hadamLah tafsiranNya..biar ia terpahat kuat di jiwa.. tanamLah tafsiran al-'ALaa kuat di hati.. Allah itu pengasuh hambanya.. Seperti mana ibu & ayah mengasuh anaknya dengan rapi dan teliti.. Allah akan mengasuh hambanya dengan lebih Lagi.. [ Rindu Fi ZiLal Quran ]

Saya -> Baru jumpa hobi baru.. melayan kaki yang 'cedera' time mukhayyam weekend yang lepas..huhu..tolong saya..

Friday, August 1, 2008

< Khabar Baik >

Tadi sebelum berjumpa dengan adik-adik saya, saya dapat satu mesej gembira

.. Alhamdulillah, ana telah disahkan mengandung 3 minggu ..

Air mata kegembiraan saya menitis taktala membaca hantaran khabar itu..Waaa...seronoknya

Kawan yang paling dekat dengan saya..hehe..patutkan untuk rasa gembira ^_^ Semoga kawan saya dan baby dijaga dan dipelihara.. [ Doakan dia ye ^_^ ]

Saya sangat kagum dengan kehidupan dia yang lalu, ahli kamar pasti kata ' Tabahnya dia ' taktala cerita dia menjadi perbualan. Saat lalu, membuatkan saya lebih yakin bahawa pasti akan ada kemudahan selepas kesukaran, pasti ada kebahagiaan selepas derita.. Dan saat ini saya diuji dengan keyakinan itu kembali.. Semoga keyakinan saya akan terus kuat walau ditiup tsunami, semoga saya terus yakin, sesungguhnya Allah bisa membantu dengan pelbagai kaedah dan cara yang tidak diketahui bahkan tidak disangka.. Kesukaran akan biasanya membaluti kebahagiaan yang indah.. TABAHLAH !!

Saturday, July 26, 2008

< Membina Angkatan Mujahid >

Saat saya membelek kertas-kertas kitaran, saya terjumpa ini

Hai Jiwaku,
BERTASBIHLAH & SOLATLAH
saat urusan-urusanmu berat menyerangmu
Apabila hati merasa telah letih
dari bebanan hidup yang melelahkan
AlirkanLah air mata, wahai jiwa
lalu tumpahkanLah ia dalam SOLATMU
sungguh tuhan alam semesta mendengar
tangisan jiwa yang merintih kasih-Nya

[ Fiqh Dakwah, Sa'id Hawwa ]


Sungguh..pejuang-pejuang dulu juga pernah mengalaminya, mereka telah jumpai formulanya..
Sungguh iniLah kelegaan yang melegakan.. TerusLah menangis wahai ADIKKU, dikau pasti akan menemui dirimu setelah itu..

Monday, July 21, 2008

< Sahabat Lama >

[ Hasanah + SuhaiL ]

Akhirnya dapat jugak gambar mereka setelah gigih melayari blog2 anak-anak Mak Cik Hidayat.. Tapi masih lagi tamak dan nak tunggu gambar2 yang lagi gembira dan suka dari kawan-kawan di Mesir.. *baca dengan nada excited yang teramat sangat*

Semoga Allah terus memberkati dan meredhoi mereka dan seluruh mereka nanti.. Ameeeen

Saturday, July 19, 2008

< Aku Bukan Milikku >

Kusedari aku yang kini bukan aku yang dulu..Banyak yang telah berubah, banyak yang akan terus berubah..

Kini ADIK-ADIKku bukan seperti yang dulu, mereka tidak 'seramai' dulu..Malah mereka anggaran lantikan masa depan.. mendidik manusia-manusia masa depan.. Besarnya amanah ini tuhan.. Mendidik juga perlukan matlamat, ingin bagaimana dijadikan mereka ini..heem..

Moga Allah terus kurniakan aku kekuatan luar biasa, Moga dia terus memandangku dengan Kasih sayangNya..

Tadi Sahabat lama saya selamat melangkah ke 'tangga ke-2'..Semoga Mereka terus diberkati dan diredhoiNya..Disaat bundaku kembali membujang..[Waa seronoknyaaa ^_- ] Ketidak sabaran menanti si Ogos, saat waktunya sang Dr bakal menjadi bodyguard ..haha..
Bahkan juga si September, saat pesta ibadah kembali menyinggah..

Thursday, July 17, 2008

< Taktala Berteman Kerana DIA >

Hari-hari yang lalu aku berkata-kata bersama KAKAK di kejauhan..Biarpun dia jauh nun diatas tapi dia tak lupa melayangkan pesanan dan kata-kata..

Lama KAKAK meninggalkan pesan.. pesanan untuk mengharungi kehidupan.. Nasihatnya kusimpan utuh walaupun ku terima dengan air mata. BaikLaaah..
Malamnya aku mengabsorb kata-kata dari KAKAK mengandung, banyak yang dia tumpahkan buatku..Semoga tumpahan kata-katanya bermakna dengan sangat buatku..Saya tampalkan kata-kata KAKAK

setiap keputusan ada risiko
insyaAllah..segala amal kerana Allah akan dimudahkan Allah
nak maju ke dEpan pasti ada risiko yang kita kena ambil
Itu fitrah kehidupan
sebab tu, siapkan diri dgn bekalan :)
semakin masa berlalu...semakin bnyk keputusan yg perlu kita ambil
kerana kita semakin bnyk tanggungjawab
tApi makin banyak tanggungjawab makin banyak reward yg Allah akan bagi

Terima Kasih KAKAK semoga kalian diredhoi Allah setiap saat

Tuesday, July 15, 2008

< Tiada kebetulan dalam sebuah kehidupan >

Saya dah lama tak masukkan sisipan baru dalam bingkisan hati, maka tajuknya jadi pelik-pelik..
Beberapa hari yang lalu penghuni kamar ketenangan dibacakan ini:

Kehidupan moden dengan semua daya magnetnya menyerbu
kaum muslimin terutama wanita muslimah, dengan gencar.
Wanita muslimah menjadi target utama kerana dia benteng kaum muslimin.
[ Aku menjadi Akhawat, Haidar Quffah ]

Ya.. kami orang utama. IzzahLah menjadi muslim, IzzahLah menjadi wanita, IzzahLah dengan diri sendiri yang dicelup dengan celupan rabbaniah..

Muhammad yang istimewa memerlukan Khadijah kekasih sejati disisi,
[ Nak buku Aisyah The Beauty..Nak jugak..nak jugak. Emmm bila nak beli ye?? Masa.. Oooo Masa ]

Maka itu ayuh bangkit teman-teman.. Ayuh sehabis daya, Kemenangan generasi masa depan atas tangan kita..KITA MAMPU MENGUBAHNYA..

[Mengisi dicelahan waktu himpitan]
Mo0oo0od -> PuteriKu Sayang..

Monday, July 7, 2008

< ZikruL Maut >

[ Menemui kaunter ini buat yang ke-2 kali ]


[ Buat kali ke-2 sebagai pengunjung ]

Saat kali ke-2 kembali menyinggah ke sini, apakah ertinya semua ini?? Mengapakah hingga kali yang kedua?? Apakah maksudnya semua ini?? Apakah yang ingin tuhan sisipkan buat diriku??

Mungkin saja singgahan yang pertama itu tidak memberi kesan kuat buat diriku, lantas tuhan bagi kiriman kedua yang sangat menggetarkan supaya hati yang sombong berlagak ini kembali sedar, sesungguhnya saat kematian itu bukan yang dirancang, bahkan ia boleh datang sesuka hatinya dengan arahan dan keizinan dari tuhannya..


[ andai saat ini akuLah pesakitnya ]

Andainya saat ini, akuLah pesakitnya, kuatkah aku menghadapi jarum yang panjang??
Sedangkan melihat jarum yang panjang itu pun jasadku sudah menggeletar, apatah menghadapinya.. Mampukah aku untuk merasai kesakitan tangan yang berulit wayar yang berselirat?? Melihatnya pun sudah membuatkan aku terliur ketakutan dan kekeluan. Mampukah aku menghadapi semua itu???

[ Andai nanti nama itu adaLah aku ]

Andai nama tertulis itu nanti namaku?? Mungkin saja waktu itu aku tak bisa melakukan apa-apa selain mendengar kerana disahkan koma [ Na'uzubillah ] Alhamdulillah Allah memberi amaran dulu dengan menahan seketika.. Andai dia terus menjemput TANPA SEBARANG AMARAN..BERSEDIAKAH KITA??

Andai saat kematian itu sesaat lagi, cukupkah amalan ini untuk dihadapkan kemuka pengadiLan untuk menjadi hambaNya yang BERUNTUNG.. andai saat kematian sesaat lagi menjelang, telah siapkah penerus-penerus kita untuk ditinggalkan, akan terganggukah.. akan terberhentikah kerja-kerja yang selama ini kita usahakan.. andai saat kematian hanya berbaki sesaat, telah tertunaikah segala hak dan pengharapan, atau masih ada yang berbaki

Andai ini saat hidupku yang terakhir..
Hutangku masih berbaki ringgit dua..
Ku berharap moga Allah terus memberi hidayah kepada insan-insan yang teramat saya sayang
Ku pinta Moga Allah terus memberi kekuatan buat asatizahku membina kader serba bisa
Ku mohon Moga Allah terus memberi ketegaran dan ketabahan luar biasa buat teman-temanku untuk terus berjuang
dan
Ku berharap....[ BiarLah pengharapan ini menjadi rahsia antara aku dan tuhanku ]
Andai ini saat hidupku yang terakhir, maafi aku atas segala-galanya..

Ya..sesungguhnya kita tetap seorang hamba yang tidak bisa tahu bahkan tak juga bisa menganggar bagaimana saatnya kematian itu nanti?? Bilakah saatnya?? Adakah di pinggir jalanan, ataukah didalam kediaman?? Muliakah atau terhina?? Namun yang ada disisi kita seuntai doa agar tamatnya usia ini nanti dengan kemuliaan, dengan keimanan yang sangat jitu bahkan izinkanLah Ya Allah tamatnya usia kami sebagai Syuhada' dijalanMu..

-----------------------------------------------------------

Saat kematian adaLah motivasi terulung buat duat..kematian bisa saja membuatkan kita menjelajah hingga ke lubuk hati yang terdalam, menghalusi setiap langkah-langkah lalu, menginsafi sekecil-kecil mazmumah dan mungkar yang terlakar dalam catatan 'atid

Detik kematian juga bisa saja menjadikan duat berjuang sehabis daya, melangkah gagah sehabis kemampuan, berjuang tegar hingga ketitisan keringat, titisan air mata juga titisan darah yang terakhir kerana dia mahu amal yang disaksikankan buat tuhannya adalah amal yang tersangat baik..

mo00ood -> Mirwana, Andaiku pergi

------------------------------------------------------------------------

Sungguhpun begitu adik-adik gemar ziarah ke wad. SEBAB...

[ Adik-adik yang gemar ke hospitaL ]

[ Kenapa ?? ]

[ Kenapa mereka terlalu khusyuk ]

[ Kerana ini, kerana TV ^_- ]