Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, May 18, 2011

< Saat Si Penjaga Sarang itu Bercicip >

Saat sang helang yang tangkas mata & tangannya kembali ke sarang.Sang ibu helang yang kembali ke sarang pasti akan bercicip. Dia pasti akan bercicip walau hanya untuk seremah perkara yang berlaku disarangnya. Bercicip bila ada anaknya yang hilang, bercicip bila sarangnya lompong dan akan terus bercicip dari saat anaknya lapar sehingga mereka kekenyangan. Sesungguhnya cicipan itu bukan tandanya tidak bersyukur tapi si penjaga sarang berusaha memastikan yang tidak sempurna itu menjadi sempurna pada kehidupan jagaannya..Begitulah fitrah kejadian si penjaga sarang yang bercicip bukan bersahaja pasti ada sebabnya, ada puncanya..

Buat yang belum pernah merasai 'cicipan' si penjaga sarang, agak-agak tidak boleh menerima jangan menggatal menjebakkan diri dengan si penjaga sarang !!

Saturday, May 14, 2011

< Menerima Alasan Untuk Berbaik Sangka >

Ketika suatu masa nanti kita terpaksa memberi, memberi disaat kita sendiri sangat memerlukan, memberi untuk sesuatu yang kita pernah lalui tanpa meminta. BERILAH..BERILAH apa yang terdaya, apa yang termampu, apa yang terada..Sesungguhnya Dia Maha Tahu harga bagi sebuah pemberian.

Sungguhpun kalian tidak diasuh untuk meminta, sungguhpun kalian diasuh untuk bersusah daripada meminta..PercayaLah kalian bertuah diasuh sedemikian rupa kerana orang lain tidak seperti kalian. Sungguhpun kalian pernah menghadapi situasi yang sama tanpa meminta, percayaLah kalian bertuah menjadi diri kalian kerana kalian mampu BERDIKARI tanpa bergantung kepada orang lain. TETAPI kalian lebih bertuah jika kalian mampu untuk BERDIKARI tanpa menyusahkan orang lain dalam masa yang sama kalian adalah orang mampu BERMANFAAT untuk orang lain.

Duhai hati..terimaLah alasan itu supaya kamu mampu untuk berbaik sangka..

Wednesday, May 11, 2011

< Saat Lafaz Sakinah >

Halwa telinga..

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


< Kepuasan untuk berbuat kebaikan >

"Barangsiapa yang membawa kebaikan, maka dia memperoleh balasan yang lebih baik daripadanya, sedang mereka merasa aman dari kejutan yang dahsyat pada hari itu" (al-Naml:89)

Pernah suatu ketika dahulu terfikir hebatnya teman-teman ar-Rasul yang berlumba-lumba untuk kebaikan dan bagaimana Umar & abu bakar menyerahkan harta-harta mereka untuk sedekah..hebat sungguh mereka ini..

Alhamdulillah kini baru ku tahu sebenarnya Allah kirimkan buat mereka satu KEPUASAN. Kepuasan untuk mengarap rapat kebaikan. Merebut rakus pahala. Sungguh bila ia suatu kebiasaan, pasti kejanggalan akan terasa taktala terlepas peluang kebaikan. Peluang kebaikan itu akan terus direbut walaupun ada sedikit kesusahan kerana kepuasan membuat kebaikan yang ikhlas itu lebih mendamaikan & membahagiakan.

Sungguh kebaikan itu sangat mudah direbut & Allah beri peluang untuk melihat kebaikan yang sebelum ini tak pernah & tak terlintas untuk aku lakukan. Kebaikan di atas jalanraya & kebaikan yang membuatkan orang lain bahagia & ‘terkedu’..fuuh..

REBUTLAH PELUANG UNTUK BERBUAT KEBAIKAN & PAHALA WALAU HANYA MENGANGKAT SAMPAH DIJALAN

< Sebuah Nikmat >

Sesungguhnya pemberi nikmat itu adalah Allah..

Alhamdulillah kini aku kembali menukil segala rasa dan kata di bingkisan hatiku ini..kembali menyemarakkan rasa kerana apa sahaja yang Allah berikan pada setiap hambanya adalah HIKMAH untuk seluruh alam..

Alhamdulillah, Allah mengizinkan aku kembali memperbaiki diri kembali menjadi aku yang ‘dulu’. Semoga Allah memberiku ruang & kesempatan untuk aku menjadi yang lebih baik dari aku yang ‘dulu’ dan sekarang.

Alhamdulillah telah 25 tahun Allah berikan sebuah nikmat kehidupan dengan islam & iman. Dibesarkan dengan keluargaku sendiri. Keluarga yang ‘ ‘ad’u ilaAllah’ kesemuanya..

Alhamdulillah telah hampir 2 tahun. Belajar & terus belajar untuk terus ke tahun seterusnya & fasa seterusnya. Alhamdulillah Allah memberikan kefahaman, kesabaran, kematangan & ‘malas nak layan’. Sesungguhnya kuasa sabar itu BESAR.

Sesungguhnya tanpa penafian Allah mengkabarkan bahawa hambanya seringkali mengkufuri nikmatnya.Ah!!manusia apa yang ada tidak disyukuri yang tiada itu pula yang dilaung-laungkan. Saat dibangi dulu UMMI pernah kata ketika tadabbur “Sesungguhnya manusia takkan pernah berhenti untuk bertanya, bertanya tentang kehidupan, harta & zuriat, tapi tak pulak derang tanya tentang urusan akhirat”.

Setelah berhadapan dengan statement UMMI ini, sungguh orang terus bertanya. Lalu ini jawapanku ‘malas nak fikir’, ‘nantilah dulu’ & ‘tengokLa kalau Allah bagi ada, kalau tak takdeLa’. SalahLa kalau bertanya padaku, jawapannya pasti menyakitkan hati. Bukan sekadar jawapan, backup plan pun dah ada.. Apalah!! dari sibuk bertanya URUSAN ALLAH, baik doakan supaya Allah izinkan. Siapa tuhan ni sebenarnya!!

Aku pernah diuji dan aku akan terus diuji. Kadang-kadang lepas, kadang-kadang tewas. Ketika aku tewas, ku khabarkan pada diri ‘Wahai hati, kau pernah Berjaya dengan ujian ini. kau mesti kuat.’ Dari saat ini, jawapanku telah bertukar kepada jawapan yang dahulu dan backup plan telah dirancang. Perhatian!! Jika anda tidak kebal jangan bertanya padaku jawapan kepada URUSAN ALLAH, nanti jawapannya pasti menyakitkan hati walau siapapun anda. Daripada anda bertanya aalah lebih baik anda doakan saya.

Friday, February 18, 2011

< Penghujung Rasa II >

BisMillah..
Sungguhpun kisah itu telah lama berlalu,
meskipun ada babak-babak yang hampir pupus dari ingatanku,
namun kenangan itu berparut dihati,
menginggatinya mengores luka yang telah kering.
Namun, aku perlu menutup kisah ini supaya kekasih hatiku (I miss my beloved sisters so much) yang jauh dari mataku tidak merisauku.
Alhamdulillah Bingkisan Hatiku ini, adalah tempat mencalit kisah hidupku, disiniLah aku menjadi aku, meluahkan rasa hatiku taktala manusia kejam beraksi sebagai tuhan dan hanya insan yang benar-benar mengenaliku mengetahui 'kewujudan'ku disini.
....................................................................

Aku merasai betapa kejamnya masyarakat melayu kini. Taktala sang 'permaisuri' menjadi mangsa kata-kata akhir yang dijadikan penyelamat adalah KETAATAN..ahh..Sungguhpun sekiranya kalian penguasa sekali pun, tidak semua perkara perlu ditaati. Ketaatan bukan emosi paksaan tetapi ia hadir dengan penghormatan. Jika anda tidak dihormati kerana akhlak & iman kalian, mana mungkin kalian akan ditaati.

Ini diskripsi DIDIKAN yang kamu ingin ketengahkan,(Nah aku hamburkan buat kamu!!) DIDIKAN mengajar insan untuk mampu mengawal iman, amal & akhlaq supaya semakin hampir dengan Allah berlandaskan bekalan yag diberiNya. Menjadikan ahli DIDIKAN sebagai Qudwah dan Quwwah buat ummah. DIDIKAN menyeru ahlinya mengajak kepada MA'RUF YANG TELAH DIAMALKANNYA & MENCEGAH MUNGKAR YANG TELAH DITINGGAKANNYA Andainya kamu tak bisa mengawal kata, jangan khabarkan padaku tentang DIDIKAN kerana kalian yang sepatutnya menjadi Qudwah padaku. Ya, aku tahu tiada manusia yang sempurna tetapi seandainya kau tahu manusia itu tidak sempurna, sepatutnya aku juga tidak dilabelkan sebagai sempurna. Ahh sewajarnya kalian lebih mahir daripadaku tentang ini.

Yang pasti setiap itu ada hikmahnya, dan kini kusedari, bahawa kasih sahabat & teman itu membawa ke Jannah. Sungguhpun khabar yang ku terima dan hantar bukan dari mata ke mata, namun rindu itu tetap tak pernah luput. Kenangan akan terus disitu. Kini aku sedar dan menginsafi sesungguhnya meninggalkan bekalan dan berbekal untuk perjalanan panjang itu perlu, dan bekalan itu perlu lengkap untuk seluruh ahli rumah. Sungguh, aku menggagumi nenda-nendaku yang menjadi supporter bantuan ketika aku umpama 'mayat' bernyawa lalu seperti pelakon tambahan yang bertukar watak menjadi watak utama. Ah..mereka orang lama, dalam diam aku 'disantuni' seolah-olah memahami. Aku dibesarkan dengan didikan 'terus' baik secara terang, perli atau berselindung tetapi aku benci jika aku dididik secara 'tikam belakang'. Aku dibesarkan dengan qudwah bukan dengan kata-kata, maaf, lontarkanLah seribu kata kepadaku pasti ia akan menjadi sekadar angin yang bertiupan. YOUR ACTIONS SPEAK LOUDER THAN YOUR WORDS. Buat kali yang kesekian kali, aku tetap mahu menjadi aku, kalau rasa tak puas hati meh sini berdepan!!

..................................................................

Sungguhpun aku ini wanita luar biasa, aku masih seorang wanita. Wanita yang memaafkan tapi tidak semudah itu melupakan. Sungguhpun kini hampir ke 'H', apabila kejadian ini berlaku kembali, Kenangan dari 'A' pasti terhambur kembali. Maaf DIDIKAN ini menjadikan aku dari batu menjadi air bukan dari air menjadi batu.

Sunday, February 6, 2011

< Dipenghujung Rasa >

BisMilLah..
Disaat ini aku hanya ingin menjadi aku
aku yang sebenar, yang tidak pernah berpura-pura
kerana iniLah nazihah yang dididik sejak 25 tahun yang lalu
...............................................................................................................................................................

Sungguhpun ia telah berlalu, tetapi untuk kali ini ia terpahat jauh disudut hati.
Pendendamkah aku? Mungkin ya, tapi jika seteruk ini, manusia berhak untuk kata apa sahaja biar tuhan yang menentukan.
Berpura-purakah aku seandai ku khabarkan ia telah selesai sedangkan ia tersemat utuh? ahh tuhan itu adiL kadang kaLa perasaan itu untuk tuhan bukan manusia. Biar hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang aku tahu, aku tak mahu menjadi pencetus 'perang' kerana aku telah menjadi mangsa 'perang' dan deritanya sangat menyakitkan. KataLah apa yang kalian mahu katakan, kerana kalian tidak tahu apa aku tahu.
SaLahkah aku untuk siapkan 'bekalan'? andai ini bukan kali terakhir, aku tiada pilihan selain redho, bersedia & berserah. Kadang-kadang manusia suka berlagak seperti tuhan, menjadi penghukum dan mengeluarkan kata putus sesuka hati

Dikala melalui hari-hari itu, gembira dengan sokongan yang ku terima, kerana aku yakin aku tak sendiri.Terimakasih untuk ungkapan kata dan kesudian menghulurkan telinga. Terima Kasih untuk doa kalian. IniLah bayaran untuk untuk kata-kata UMMI 'Sabar sayang, Allah nak bagi yang lebih baik '. IniLah yang tuhan ingin tunjukkan padaku, aku ada insan yang akan terus berikan sokongan. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku umpama 'mayat' dikala itu, tiada rasa, tiada kata, hati terus berputus asa. Hinggakan hatiku merayu tanggis, "Tuhan andai meneruskan ini adalah terbaik berikanLah aku walau setitis kekuatan, jika tidak putuskanLah mana yang pernah tidak ada apa-apa, nikmatmu dulu sudah terlebih dari cukup padaku"
Aku tidak pernah selemah ini & aku tidak bersalah jika mengatakan kalian 'kejam' menjatuhkanku seperti ini kerana aku masih belum mampu untuk berdiri apatah lagi berdiri dengan yakin.
Disaat ketika aku di'tolak' jatuh tersungkur, ketaatan & DIDIKAN yang dijadikan kayu menganggkat aku kembali..Daaa.. Apakah tidak kalian fikirkan KETAATAN yang perlu ku penuhi & DIDIKAN yang aku perlu buktikan sebelum aku disungkurkan..

[To Be Bersambung ^_-]