Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, June 30, 2008

< CCTV >

Taktala ini saya menambah dari kedai donut popular..[konon-kononnya ada layaran percuma *kene tipu* ]
Berhenti seketika di persinggahan pulang ke rumah, menanti kereta roda 8, ada kerja yang saya perlu tunaikan, kerja seorang anak..
Dalam langkahan, saya terlintas kata-kata wirawati ini [wirawati dalam bayangan superb saya]

Wirawati 1: Ngapa sih kelihatan kurus benar ini?? Mikirin negara ya?

Wirawati 2: Ngaak, mikirin ummah..

[ ^_- copy paste, komunikasi dalam sang murobbi]

Kenapa ya terlintas kata-kata ini?? [ Cuba teka kalau handal??] sebab saya LAPAR !! tapi saya tak sempat lagi menjamah makanan. Baru sekejap tadi saya menjamah makan lauk tenggahari style mat soleh..saya menjamah sarapan jam 2 petang..Taktala mikirin ummah yang berdarah parah, perut yang lapar bisa jadi kenyang sih..

Teringat kata-kata saya kepada adik-adik kecil disekolah yang lalu..

“Adik-adik yang teramat saya sayang..Ummah ini sedang luka berdarah yang amat parah, umpama penghuni ICU yang menanti saat kematian, hidupkah atau matikah. Siapakah lagi yang akan bisa menamatkan luka parah berdarah ummah ini andai bukan kita adik-adikku, marilah bersama-sama kami adikku, bersama merawat luka ummah ini..Tak sanggup lagi rasanya mata dan hati ini melihat luka ummah ini yang kian parah”

Dalam langkahan ke stesen kereta roda 8, terjumpa ini

“ Laluan ini disertai CCTV untuk keselamatan”

Sekeping hati berkata, seandainya seluruh alam raya ini yakin dengan CCTV Allah, pasti saja CCTV manusia ini tak perlu fungsinya..CCTV Allahkan lebih hebat, CCTV yang bisa melihat pergerakan seisi alam raya tanpa halangan tembok, bahkan CCTV itu punya pancaran aura laser perlindungan dari sebarang bencana..kerana kejahatan dan bencana itu akan terjadi hanya dengan izin pemilik CCTV hebat itu.. [Imaginasi superb saya lagi] Tak sabar rasanya menanti saatnya seluruh alam raya meyakini sepenuhnya kuasa keagungan pemilik CCTV hebat itu..

Saturday, June 28, 2008

< Orang masuk rumah >

Mendapat khabar rumah dimasuki orang..seluruh warga rumah yang berada diluar rumah bergegas pulang, pulang dengan ke kelam kabutan..Kenangan paling manis di rumah ini..Habis segala manusia dihubungi untuk membantu kami. Khabar rumah kami dimasuki orang telah menghuru-harakan dan menggegarkan segala warga daerah kamar ini, habis segala manusia berada dalam stand by mode. Terima kasih buat Pak Cik dan Mak cik yang setia menjadikan kami anak-anak kalian, walaupun orang yang masuk itu hanyalah warga rumah [haha]. Pasti pak cik banner cemburui kami, bila kami punyai gantian ayah ibu yang jauh dengan ayah ibu yang berada di sekitar kamar ini.. Terima kasih tuhan untuk ikatan aqidah ini, kau berikan kami ayah dan ibu dimana saja kami berada..

Friday, June 27, 2008

< Bergambar >


Saya ambil gambar ini ketika singgah di kedai buku..tempat kegemaran saya.. ^_^

[Hanya orang yang sibuk sahaja yang punya masa !!]

Orang yang sibuk adalah orang yang punya AGENDA BESAR dalam hidupnya, kerana dia pErcaya tiada kerehatan untuk orang yang punya MARUAH AGAMA.Apakah mungkin islam akan mundur sedangkan jasad ini masih bernyawa, kerana masa itu umpama pedang yang menghunus diri.Sesungguhnya kerehatan yang damai hanya saja ketika berjumpa dengan tuhanNya di sepertiga malam dan paling bahagia di JANNAH


[ Pemberian dari seseorang ]

ADIK beri pada saya..walau pun berhabuk tapi bolehLah..pemberian untuk orang yang tak berperasaan.
HidupLah dengan CINTA, kerana CINTA. Walaupun, soalnya hidup ini bukan hanya ada cinta.Tapi semuanya antara Cinta dan perjuangan [terlupaLa lagi satu apa 0_o]



Tambahan ringkas dari saya..Saya sibuk tapi saya tak punya masa

< Pesanan KAKAK >

Saat lalu sebelum saya merancang dan memerah otak untuk mengaturi ADIK-ADIK, saya luahkan pada KAKAK

Kakak, boleh tak saya nak abaikan keperluan saya, boleh tak saya nak abaikan benda ni.
Kalau saya uruskan benda ni, banyak jiwa yang akan saya abaikan..

KAKAK pesan

Dik, kalau awak abaikan benda ni lebih banyak jiwa yang akan terkorban..Ingat, kalian orang utama, andainya hati kalian ternoda, kalian bisa menggugat pelbagai jiwa. Urusi hati kalian dengan baik dik..[hatiku tersentuh dan terusik]

KAKAK pernah sakit dan menggeletar, saya SANGAT risau..Saya berdoa pada tuhan waktu itu, kurniakanLah yang terbaik buat KAKAK..Saya khabar pada tuhan, TUHAN saya masih perlukan KAKAK disisi..Hari ini KAKAK pulang ke rumah, bekerja sebagai anak, kerana abah tak sihat..Baru sehari saya tak jumpa KAKAK, saya dah hilang arah, rindu keruan..Semoga Allah permudahkan urusannya..Saya impikan suatu hari nanti saya bisa punya hubungan darah dengan KAKAK, sebagaiman Umar berimpi untuk punya hubungan darah dengan ar-Rasul..

Thursday, June 19, 2008

< Didikan ini didikan kehidupan >

Didikan ini adalah didikan tentang kehidupan, didikan untuk hidup.. Pasti ramai yang belajar taktala melalui proses didikan ini..

Saya mula belajar kembali membawa kereta setelah berehat di matrikulasi juga kerana didikan. Saya di paksa membawa kereta oleh insan bertuah MKB [mesti banyakkan pahala dia paksa saya bawa kereta dulu, sehingga saya jadi hantu driving]. Tub..tub.. "Nah akak bawa kereta". Mengigil tanganku waktu itu, 1st time tuh bawak kereta, nak..nak terus kene bawak unser, dahLa unser baru. Sampai dapat statement "Akak, slowLa sikit, mcm orang mabuk je" ^_^ Tapi ituLah sebuah permulaan kembali membawa kereta. Paksaan dari sebuah didikan.

Saya belajar mengenai rumah dan seisinya juga kerana didikan. Bil air, bil elektrik, sewa rumah, deposit rumah, paip bocor, tukar paip. Kalau di rumah semuanya "Ayah, ...", " Ibu, ...", "Alang, Uda, paip bocor camne ni....". Disini, nak diharap pada siapa kalau bukan kami sendiri. IniLah peluangnya untuk belajar. Mencari sendiri isi-isi first aid kid dan tool box [kewajipan bagi setiap rumah], belajar memilih dan mengetuk paku [siapa kata perempuan tak boleh buat benda-benda ni?? Seperti mana lelaki boleh memasak O_0']. Belajar menjadi interior designer tak bertauliah, belajar memilih rumah.Rumah pilihan ini istimewa, kerana rumah ini bernyawa, kerana rumah ini rumah didikan, rumah ini rumah bersama.

Didikan juga mengajar untuk mengkoreksi potensi diri..Sebuah almari baju [kayu] boleh diangkat dengan hanya menggunakan tenaga 6 wirawati [Mak cik kata " Kuat jugak korang ni?? "..huhu.. apa nak buat O_o']. Lori 3 tan boleh dipenuhi oleh perobat dengan hanya menggunakan tenaga 7 wirawati + ibu tambahan + 2 jejaka tambahan. Wirawan?? ..hehe..

Didikan banyak mengajar sesungguhnya hidup ini sebatian suka dan duka, tawa dan tangis, tegar dan sabar, kuat dan tabah, adunan rata pahit, manis, masin. tawar dan masam. Soalnya hidup ini bukan hanya ada cinta..[pesanan yang ku kirim pada adik-adik lalu]

Monday, June 16, 2008

< Komunikasi Anak kecil >

Saat yang paling ditunggu ketika pulang ke rumah ialah GURL GOSIP DENGAN TEMAN [walaupun hingga tak tidur atau sehingga boleh terus tahajud].. Pasti teman yang jauh mencemburuinya dengan dahsyat.. ^_-

" Kenapa orang asyik kerapkali bertanya tentang itu, penat mendengarnya "


Orang lain akan terus bertanya sehingga mereka diberhentikan..Akhirnya mereka diajari sesuatu yang pernah kuamalkan dulu..MATI ITU LEBIH PASTI, REZEKI ITUKAN DI TANGAN TUHAN.. Jangan suka ambil kuasa tuhan !!

Perbincangan menjadi sengit ketika saya yang menjadi watak utamanya..huhu..Tapi saya tersenyap bila kalimah ini saya dengari, terkejut kerana kata-kata ini keluar dari ibu-ibu tarbiyah..

" Jangan jual mahal sangat.. Jangan ingat orang tak takut dengan awak, sebab awak tu anak professor "

Hatiku memberontak kencang hingga saat pulang ke KAMAR KETENANGAN.. Jika kami tidak jual mahal, adakah ertinya kami perlu jadi perempuan murahan?? Tapi kami ingin Allah membeli diri-diri kami dengan harga yang mahal..Tapi dulu cikgu ajar "letak diri atunna semahal-mahalnya, sampai masanya antunna tahu apa yang antunna perlu lakukan".. Salahkah kami menjadi anak professor?? itu baru ibu dan ayah yang professor belum kami sendiri yang professor? Apa jelah manusia sekarang ni..bukanke semakin berilmu seseorang itu, dia akan semakin tinggi kedudukannya disisi Allah??

Akhirnya saya ketemu prasa ini " Kalau tak nak sudah, saya pun tak hinggin !!".. Manusia suka sangat ambil kuasa tuhan.. benda-benda tu kan urusan tuhan, kenapa suka menyibuk?? Kerja sebagai hambanya sudah selesaikah?? Kan Dia kata, serahkan segala urusan itu padaNya, [ada dalam ayat kursi] Dia pengatur hidup hambanya yang sangat Bijaksana.. Jika tawakal tidak seperti burung berterbangan, kita tak akan mampu jadi hambanya yang meredhoi dan diredhoi..
Alhamdulillah kata-kata itu bukan bingkisan hikmah dari ibu, kalau tak pasti meluncur keluar jawapan-jawapan ini dari bibir saya ^_- [mungkinkah lebih dahsyat??]

< Berwajah baru >

Hari ini rumah saya berwajah baru..
Bertukar dari sini

[Banyak kenangan KEHIDUPAN di rumah ini..Terlalu banyak..]
ke sini..
[ KAMAR KETENANGAN setelah selesai disolek ]

WARNING!! Jangan tertipu dengan kebesaran rumah ini yang konon-kononnya besar..sebab yang bawah tu hanya rumah untuk kereta sahaja. Dan rumah untuk kanak-kanak nakal yang degil dan kene kurung dekat luar..^_^ Dan kami tak perLu joging selalu sebab kami boleh joging didalam rumah..

[Tangga 1 - yang akan dijumpai sebaik sahaja masuk dari pintu depan]

[ Tangga 2 - Yang akan dijumpai jika nak naik ke bilik ]

Kesimpulannya..pada sesiapa yang rasa nak menurunkan berat badan silaLah berkunjung ke rumah kami..haha..TAPI rumah ini NO ENTRY, FOR MAHRAM ONLY. ^_-

Jika ingin ke KAMAR KETENANGAN maklumi saya ye..saya takut ada yang tersalah rumah nanti..

Semoga mode dan hati-hati KAMAR KETENANGAN bertukar wajah baru yang lebih manis dan comel ^_-. Semoga pengHIJRAHan ini akan bisa mengembalikan kemenangan yang tertunda.

Tuesday, June 10, 2008

< Hadiah sebuah mujahadah >

Saat awal kaki melangkah ku khabarkan pada Dia " Tuhan izinkan aku temui sesuatu saat nanti aku sibuk menyentuh hati-hati hambaMu, jangan biarkan hatiku kosong, aku mohon kekuatan dariMu, hanya kau saja bisa bagi kekuatan luar biasa " Berikan aku sesuatu nanti tuhan, untuk aku lebih kuat dan tabah..

Menjalani 3 hari luar biasa. Hari yang lain dari hari biasa.. aku perlukan segalanya dengan lebih, supaya aku kuat dan tabah, supaya mujahadahku tak pernah kalah.Mujur ada KAKAK di sisi. Saat 3 hari itu aku sentiasa melayangkan pesanan padanya disaat aku hampir-hampir kalah dengan mujahadahku, saat aku hampir tewas dengan muraqobahku walau dia hanya saja disisiku. Terima kasih KAKAK untuk terus berada disisiku, menjadi temanku yang setia, membantu aku mempertahankan mujahadahku.

Semoga bait-bait katanya kusimpan kukuh dalam hatiku, semoga pahala buatnya terus mengalir setiap saat aku kukuh bermujahadah atas nasihat dia. Semoga pahalanya terus bertambah buat pemberat mizan ketika semakin ramai insan terus kuat bermujahdah dengan kata kalimahnya..Ini pesanan KAKAK padaku.

SunnahLa mujahadah tu sakit..Tapi kesakitan dan keperitan itulah yang Allah nilai..
TabahLah wahai hati, YakinLah mujahadah itu takkan pernah sia-sia, Dia maha mengerti peritnya air mata yang mengalir atas mujahadah itu..Jangan kalah wahai hati.

Semalam tuhanku bayar mujahadah ku dengan sebuah berita gembira..Terima Kasih tuhan
Terima Kasih KAKAK..Semoga benteng mujahadah yang cuba KAKAK bina kembali terus utuh dan kukuh hingga akhirnya.JualLah padanya dengan harga yang mahal, saat Dia membelinya, kitaLah insan yang paling istimewa dan bahagia..

Teman, perhatikanLah setiap bait katamu.. jangan sampai ia bisa meruntuhkan benteng mujahadah seorang teman. Alhamdulillah KAKAK ada disisi ketika temanku yang lain cuba menanggalkan batu mujahadahku tanpa dia sedari.. Kita hanya saja punya sekeping hati, jangan sesekali mencemarkan hati insan lain, apatah lagi insan yang setia bermujahadah..

saya -> mungkin saya dah boleh mula tulis novel?? tapi semua novel saya asyik terkandas jer..

< B & B >

[Buku + Baca = Hantu Buku]


Teringat suatu masa ADIK pernah korek rahsia hantu bukuku..

Rahsia 1: Memang keluargaku hantu buku..Ayah boleh baca satu perenggan sementara menanti lampu merah dipersimpangan jalan menjadi hijau + boleh habis 3 novel dalam 3 hari 0_o[macam tak percaya]. Bila ibu dah pegang buku..memang selamat..lagi-lagi kalau boleh habis berbuku-buku dalam 3 hari. Saya boleh baca buku dimana-mana kecuali dalam tandas [haha], dalam kereta, dalam bas walaupun tengah berdiri, waktu orang tengah membebel, tengah meeting[upss..kantoi], tengah berjalan, sebelum tido,tengah tunggu bas. Adik-adik ada sealmari komik..ibu langgan majalah bulanan..Kalau takde masa sangat memang kene curi-curi masa, kalau tak haritu mesti rasa macam tak best.

Rahsia 2: Kedua-dua rumah saya takde TV..Ayah kata perasaan bosan itu sangat elok, lepas kita bosan kita akan mencari untuk buat sesuatu. Saya benci BOSAN tu sebab saya tak suka duduk diam. Penat kadang lebih seronok dari bosan. Orang kata penantian itu suatu penyeksaan, tapi saya kata KEBOSANAN adalah penderitaan yang menyeksakan. Bagus jugak takde TV, sebab saya jugak ketagih TV, so kurang sikit buat dosa dan kurang sikit buat kerja-kerja lagha ^_-

Rahsia 3: Saya baca ikut mood. Kalau saya perlukan semangat, saya akan baca buku quantum tabiyah mencetak kader serba bisa. Kalau malas, saya akan baca buku surat dari garis depan atau hari-hari dalam hidupku [tapi dah hilang T_T]. Kalau lelah, baca buku penawar lelah pengemban dakwah. Kalau lemah, baca RS[Riyadus Solihin] atau kaitan hidup dengan ketuhanan Allah [ni pun hilang jugak T_T]. Kalau penyayang, baca Khadijah[tapi dah habis -_-, kene cari buku baru yeye ^_^]. Kalau kosong, baca buku berat-berat.Ini namanya membaca buku kaedah memancing bukan menjala. Tapi ada masa kene guna kaedah menjala jugak.

Rahsia 4: Sebab membaca ada dalam borang tanda harian..Kalau nak borang tanda cantik, kene buatLa..

Moralnya, saya kene tambah almari buku dan nanti saya kene ada bilik/ruang extra untuk jadikan maktabah untuk jadi rumah dan penempatan untuk buku-buku saya[tapi takLah banyak sangat]

Wednesday, June 4, 2008

< Fuzzy future >

Tajuk ini hanya akan difahami oleh orang-orang 'robot dan mesin' seperti saya..^_-

Ketika seluruh penghuni KAMAR KETENANGAN berkumpul dan bermadah untuk pertukaran destinasi..ketika ADIK menyenaraikan penghuni KAMAR KETENANGAN. Ada KIV disisi namaku..
KIV a.k.a Keep In View

Mungkin tiada sesiapa yang tersedari ada seseorang yang tersentuh dengan kalimah itu. Separuh hati berkata "Wa..bangganya aku dalam perhatian, aku diperhatikan..ada yang sudi memerhati diriku" [aku tahu..Tuhanku pemerhatiku yang setia.Dia tidak penah lokek memberikan pehatian]. Namun hatiku kuat berkata "Kerdilnya aku..futureku masih fuzzy..tiada satu pun dalam bayangan. Aku tidak langsung boleh merancang untuk membantu teman". Tapi tuhanku kata -> sesungguhnya masa depan dan masa silam itu dia sahaja yang tahu..

Ya..wahai diri..tawakal masih tak setinggi burung bertebangan..Taqwa pun entah ya entah tidak..





Monday, June 2, 2008

< Kegemilangan Pasti Berulang >

Menuju 100 ms terakhir ^_- dengan si Khadijah..Buku sirah pertama yang habis dengan tangkas. Biasanya kalau baca buku sirah nak dekat setahun jugak habis.

Islam mula memancarkan kegemilangan zaman ar-Rasul pabila pemuda-pemuda hebat mula menjadikan Islam sebagai ad-deen yang terpahat pada jasad, aqal dan ruh mereka..

Taktala ABU UBAIDAH ibnu Jarrah dan Sa'ad bin abi Waqqas menjadi penghuni madrasah rasul.Gementar hati-hati pemuka Quraisy

Taktala Hamzah berani memukul kepala abu jahal sehingga darahnya memancut keluar sambil berkata "Jangan berani lagi mengganggu Muhammad kerana aku penganut agamanya!!". Juga ketika Umar memberitahu seisi tanah haram "Aku penganut agama muhammad!!" dan sejak itu umat islam bisa bertawaf di ka'bah dengan berani dan izzah sehingga tiada siapa yang mengganggu..

Hebatkan pemuda acuan madrasah ar-Rasul??*rindu*
Mereka berani dan izzah[huhu pakai tag izzah islam dalam komuter pun malu..huhu..T_T]
Perempuan?? nanti ye..sebab saya sedang baca buku khadijah..belum sampai puncak tetinggi lagi..^_-

Kegemilangan lalu akan berulang jika sekiranya pemuda madrasah rasul lahir kembali..seperti mereka

saya -> pemuda tu termasuk lelaki dan perempuan ye..^_-