Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, June 2, 2008

< Kegemilangan Pasti Berulang >

Menuju 100 ms terakhir ^_- dengan si Khadijah..Buku sirah pertama yang habis dengan tangkas. Biasanya kalau baca buku sirah nak dekat setahun jugak habis.

Islam mula memancarkan kegemilangan zaman ar-Rasul pabila pemuda-pemuda hebat mula menjadikan Islam sebagai ad-deen yang terpahat pada jasad, aqal dan ruh mereka..

Taktala ABU UBAIDAH ibnu Jarrah dan Sa'ad bin abi Waqqas menjadi penghuni madrasah rasul.Gementar hati-hati pemuka Quraisy

Taktala Hamzah berani memukul kepala abu jahal sehingga darahnya memancut keluar sambil berkata "Jangan berani lagi mengganggu Muhammad kerana aku penganut agamanya!!". Juga ketika Umar memberitahu seisi tanah haram "Aku penganut agama muhammad!!" dan sejak itu umat islam bisa bertawaf di ka'bah dengan berani dan izzah sehingga tiada siapa yang mengganggu..

Hebatkan pemuda acuan madrasah ar-Rasul??*rindu*
Mereka berani dan izzah[huhu pakai tag izzah islam dalam komuter pun malu..huhu..T_T]
Perempuan?? nanti ye..sebab saya sedang baca buku khadijah..belum sampai puncak tetinggi lagi..^_-

Kegemilangan lalu akan berulang jika sekiranya pemuda madrasah rasul lahir kembali..seperti mereka

saya -> pemuda tu termasuk lelaki dan perempuan ye..^_-

No comments: