Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Sunday, December 23, 2007

< Rehat >

" Mereka itulah yang memperoleh syuga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka diberi gelang emas dan memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar diatas dipan-dipan yang indah. Itulah sebaik-baik pahala dan tempat rehat yang indah "[Al-Kahf(18):31]

Hanya dua pilihan
  1. Rehat didunia dan berkeringat disana yang teramat panjang
  2. Memerah keringat disini dan berehat dengan kerehatan yang sangat rehat yang sangat bahagia di sana yang tak kan berpenghujung
Ini sahaja pilihan yang ada, dan perlu dipilih antara dua tiada yang ketiga.

" Katakanlah: tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan (menang atau syahid). Dan kami menunggu-nunggu bagi kamu bahawa Allah akan menimpakan azab melalui tangan kami. Maka tunggulah, kami akan menunggu bersamamu "

--------------------------------------------------------------------------------

Perhatian untuk semua penumpang ke Bangi,
Masa transit anda di Johor akan tamat. Penerbangan anda adalah pada Hari Isnin. Semoga mengapai mardhotillah dan syahid yang diidamkan. SelamatLah kaki untuk terus melangkah, berlari dan selamat juga buat keringat untuk terus berlumba-lumba keluar.

Saturday, December 22, 2007

< Projek + Tesis >

Projek or Tesis or PSM or PFY or what everLah yang seangkatan dengannya..
untuk mereka yang di final year or final sem (macam me ^_^')

Apakah yang perlu dilakukan jika mendengar ini??

Kita rasa kita tak boleh nak aktif sangatlah sem depan, dengan projek lagi, banyak nak kene kejar takut tak terkejar..

--------------------------------------------------------------------------------


" TuhanmuLah yang melayarkan kapal-kapal dilautan untukmu, agar kamu mencari kurniaNya. Sungguh Dia Maha Penyayang untukmu "[Al-Isra(17): 66]

Mampukah kita untuk bernafas, kalau Allah tak bagi? Boleh ke kita membuka mata taktala bangun dari tidur, kalau Allah tak bagi?Ilham untuk tulis tesis tu atas kuasa kita ke?Error dari coding yang berjela-jela tu hilang dengan kuasa ajaib kita ke?Kalau Allah tak bagi, tak hilang error tu, walaupun keluar air mata darah sekalipun.Hidupkah kita nanti hingga saat itu? Sihatkah kita nanti untuk menghabiskan projek tu?Semuanya dengan kehendak Allah, atas kuasa dan kehebatanNya...Apa point kita nak berlagak? konon-kononnya projek itu dibuat atas kekuatan dan kuasa luar biasa kita.(helloo00o)

" Dan betapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, (padahal) mereka lebih hebat kekuatannya dari mereka(umat yang terdahulu) ini. Mereka penah menjelajah di beberapa negeri. Adakah tempat pelarian(dari kebinasaan bagi mereka) ?"[Qaf(50): 36]

Umat yang telah Allah binasakan dulu, semuanya mereka-mereka yang hebat, tapi kehebatan mereka dibalut sekali dengan riak + angkuh..Kononnya semua kehebatan mereka adalah dari mereka..Adakah ilham untuk menulis tesis tu nanti atas kehendak kita?Bersedialah mencari perlindungan dari kebinasaan yang kita takkan jumpai tempatnya, jika ya jawapannya..Na'uzubillah min zalik

Sudahkah kita menghayati syahadah, kandungannya, tuntutannya?Nak jadi muslim yang sepenuhnya, kene berkejar ke?(helloo00o)Kita ni muslim yang belajar, ke pelajar muslim?Ada ke part time muslim?Ada ke istilah 'Saya hanya muslim di masa lapang'?Kalau Allah bagi oksigen time Dia lapang je baru tahu!!nak oksigen setiap masa, tapi jadi muslim bila lapang je 0_o (daaa)

Cukupkah untuk sekadar berdiam? nasib baik 'usia'nya masih baru, jika dia seusia dengan ku apatah lagi teman-temanku, akan kumuntahkan semua ini..Kene hadam lagi ma'na syahadah(dan seangkatan dengannya) , ma'rifatullah dan ma'rifatul insan.

Kalau dengan orang-orang muda ni ayatnya perlu hikmah yang berbeza sikit, macam cakap dengan adik-adik..'speak with their language' - ad-deen itu nasihat-> kene dan tengah belajar lagi camne nak guna ayat yang tersangat halus yang sangat masuk ke dalam hati.Sungguh yang dari hati sahaja yang akan masuk ke hati.

Friday, December 21, 2007

< Disayangi dan menyayangi >

Mungkin moodnya macam lebih kurang sama dengan mood admire ni..
lbh seminggu post ni jadi draf..mood lepas small reU

Allah menjadikan kita dengan pakej yang lengkap..
lengkap sebagai manusia, punya jasad, punya akal dan punya ruh(segala emosi dan perasaan)
salah satu emosi yang Allah adunkan bersama kita ialah perasaan 'disayangi dan menyayangi'
Sungguh perasaan itu tidak akan pernah bersalah, bahkan ia adalah makhluk yang taat dan patuh
ia bisa lebih mulia dari pemiliknya jika ia tidak diperlakukan dengan adil tidak digunakan pada tempatnya

Setiap langkah dan setiap hirupan nafas kita perlu diiringi dengan ilmu..



buku-buku ni mungkin boleh membantu

Aku menikah di jalan dakwah, kado pernikahan untuk isteriku, gue must die, berpacaran selepas menikah, pernikahan dini dan ader satu rak, buku-buku camne kat fajar ilmu.
(the italic one i suggest most,exspecially for sisters)

macam banyak ke?Takpe..takpe sebab saya pun baru habis dua buku daripada banyak-banyak tu..tupun sekadar tahap fikrah dan basirah sikit-sikit.Sebab sekarang ni rasa buku ' kitab tazkiyah untuk aktivis dakwah' lagi awla kot..


A formula dari syuyukh Kamar Ketenangan, walaupun derang tak pernah cakap directly, tapi their action speak louder then their word..

" Dan sekiranya mereka benar-benar redho apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan RasulNya dan berkata "Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan rasulNya akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurniaNya.Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah "
[at-Taubah(9): 59]

Cukuplah Allah bagiku, bertawakal dan menyerahkan segala yang ghaib itu padaNya. Merancang dan melakukan sesuatu yang pasti, biarkan Dia yang menentukan yang tidak pasti itu kerana Dialah yang akan memastikan yang Terbaik dan Terlayak untuk hamba-hambanya.Lagipun, 24 jam tu bukan lah terlalu panjang untuk aktivis dakwah..(aku tak punya 24 jam yang panjang)

Monday, December 17, 2007

< Detik Bermula >

After a date dengan yang dirindui dari jauh [haha buat kontrovesi..].

Ala, tauLakan bile jumpa kawan-kawan lama ni, dah tau dah ape tajuk-tajuknya, macam dah ader skrip -_^ sampai boleh prepare skrip jawapan.Alih-alih kuar tajuk " Turning point untuk terus berada 'disini'? ".

Kenapa aku disini?Mengharungi jalan yang panjang dan berliku ni?Bila mula rasa untuk berada disini?


Jenuh gak mencari jawapan.At last i decide menghabiskan persoalan tu dengan: "Kalau ia telah datang, alhamdulillah, malas nak cari detiknya bila dan dimana, kalau belum, Semoga Allah membenarkan aku menjumpainya dengan suasana yg paling layak"

Time mencungkil balik 'manual' hidup muslim,terjumpa ini..ini..dan ini..

Katakanlah''Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikuti mengajakmu kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik " [Yusuf(12): 108]

Adakah aku punya pilihan?

" Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan "

"Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya"
" dan sungguh rugi orang yang mengotorinya " [As-Syams(91): 8-10]

Betul ke takde pilihan lain?

" Jika kamu berbuat baik, kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri.Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian yang nyata) itu untuk dirimu sendiri..."[Al-Isra(17): 7]

huhu Allah tak rugi pape kalau kita takde, Allah tak untung pape kalau kita ada, sebab DiaLah yang Paling Kaya..

Thanks Allah untuk ilham yang kau campak padaku..Marilah bersamaku untuk menyakini bahawa Dia telah memberikan 'manual' yang paling lengkap untuk melangkah dan bernafas dibuminya..

" Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian " [Al-Isra(17): 82]

dan Dia Sangat Tahu apa yang tersirat dihati setiap hambanya

" Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu, jika kamu orang yang baik, maka sungguh, Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat "[Al-Isra(17) : 25]

Saturday, December 15, 2007

< Terima Kasih Tuhan >

" Adalah salah jika ada yang mengira bahawa ikhwan mengajak manusia untuk bermalas-malasan dan tidak peduli terhadap permasalahan yang dihadapi masyarakat.Setiap saat, ikhwan menyerukan bahawa seorang Muslim harus menjadi pemimpin dalam segala hal.Dia tidak boleh merasa puas jika tidak memimpin, tidak berbuat, tidak berjihad,dan tidak berada di garis paling depan dalam segala kegiatan.Terlambat dalam bentuk apa pun adalah berbahaya bagi fikrah kami dan bertentangan dalam ajaran agama kami "
[Risalah ila asy-syabab]

Terima Kasih tuhan kau telah temukan aku dengan statement ni..Alhamdulillah bisa menjawab persoalan yang membuak di otakku..

< A Statement >

'Ok. Jangan macam itu. Tak boleh berhujah dengan emosikan? Pada abang, mungkin benar ramai ikhwah mempunyai kelemahan, tapi akhwat sendiri apa kurangnyakan? Ada juga akhawat yang belum lagi memenuhi ciri-ciri seorang isteri seperti pandai memasak, menjaga anak dan mengemas rumah. Maka kena sama-sama perbaiki kelemahan itu bukan'

[Perenggan yang di'copy' dari sebuah cerpen yang masuk dalam kantong emailku]

Teringat kata-kata dari Ustazah Khadijah waktu form 5: "Mengemas dan memasak ni bukan kerja perempuan semata-mata tapi itu kerja manusia "

Waktu matrix dulu, penah sorang budak laki ni kuarkan statement to his friend:
" Korang pun kene belajar masak jugak, takkan time wife korang dlm pantang korang nak makan maggie jer every day ".And that boy tu pandai buat kuih pelita..

What did i say to myself : " hell0oo..Rasulullah pun perah susu kambing dirinya sendiri, dia pun jahit pakaiaan dia sendiri, and dialah orang yang paling sibuk dengan dakwah dan tarbiyah time tu, plus, dia seorang pemerintah negara Islam.Daaa.Sunnah tu menunjukkan walaupun perempuan memegang peratus besar tentang urusan kerumah-tanggaan, lelaki pun ader peratus jugak, tiada pengecualiaan."

Kalau kita sedar sistem sedia ada yang menyebabkan sister sibuk sampai terabai masak dan kemas tu[rasa jaga anak tu dalam modul keluarga], kenelah ade sistem backup untuk cover bende-bende tu balik.Jika anda seorang ibu, samaada dari ikatan darah ataupun ikatan aqidah, you are responsible on it.Tapi untuk menyebabkan seseorang beramal, mereka perlu diberi yaqozah + fikrah + basirah baru boleh beramal, walaupun untuk ilmu basic kehidupan.

p/s: Sape yang nak cerpen tu let me know eh..

Thursday, December 13, 2007

< Misi Cuti >


[ Semoga diberi kelapangan untuk memiliki buku-buku ni ]
[+ buku Keperibadian Da'ie - Dr Irwan ]

Jika perlu terbang jauh, jangan lupa membawa sekali buku-buku yang boleh membantu untuk menstabilkan your iman and amal. Jangan penuh sangat your beg dengan makanan kering sampai takde ruang untuk buku.

---------------------------------------------------------------------

Apakah yang akan terjadi jika badan di Johor tapi kepala di Bangi?

a.Kepala dan badan akan tertanggal dan mempunyai kaki sendiri.
b.Kuffar melompat kerana mereka telah berjaya memisahkan Islam kepada jalur kenegerian
dan kenegaraan.
c.Jadilah seperti orang separuh
d.Ntah..ape-ape je la
e.Pasal pulak..bukan ke kene bekerja dimana sahaja anda berada.

Sila SMSkan jawapan anda pada komen post ini..




Wednesday, December 12, 2007

< Menjadi benih >

Jadilah sebutir benih yang taktala dicampak ke air bisa menjadi pulau,
dicampak di hutan bisa menjadi perkampungan..

Kata-kata yang hebat yang selalu menjadi sebutan dulu..dengan rasa hamasah yang tinggi, hamasah semata tak cukup untuk hidup di bumi tuhan..

Sesungguhnya medan berkata-kata itu sangat berbeza dengan medan amal.Pabila andalah orangnya yang perlu menjadi benih itu banyak persoalan yang menerjah ke jiwa..

Bisakah aku menjadi sehebat itu?
menjadi sekecil benih yang boleh bertukar menjadi sebesar pulau, bolehkah?
kuatkah aku, mampukah aku?
Tapi
Kekuatan itu bukan milikku
dan aku tak bisa mengukur kemampuanku
hanya Dia yang tahu mampukah aku..

Sahabat-sahabiah dulu bekerja untuk islam kerana mereka tanamkan di jiwa mereka, mereka akan terhina tanpa islam kerana yang mulia itu islam bukan diri mereka..mereka bekerja dengan kekuatan dari Yang Kuat Perkasa bukan kekuatan dan ketabahan yang konon dari diri mereka sendiri..

-------------------------------------------------------------

Islam tak kan rugi kalau kita tak mahu dan tak nak.Bahkan kitalah orang yang rugi jika kita menolak, kerana Allah akan gantikan kita dengan golongan yang lain.Sebagaimana Allah mengantikan Bani Israel dengan umat Muhammad..
'Bahtera' ini akan terus berlayar, rugilah orang yang tidak masuk kedalamnya betul-betul.Jika berada di pintu, masih berfikir "nak ke tak nak" pasti akan tercicir jika angin bertiup kencang. Jika menolak 'tawaran' ini, jadilah nanti seperti kaum Nabi Nuh yang lemas dilanda banjir..
Islam tak kan rugi jika kita tak mahu dan tak nak, kerana akan ada orang yang lebih nak dengan sepenuh jiwa dan raga..kita yang rugi kerana menolak.KITALAH ORANG-ORANG YANG RUGI ITU.Menjadi gerabak yang tertinggal dan tercicir.

Jika sekali terfikir untuk mengalah dan menyerah kalah, pasti jiwa itu akan kalah kerana tak yakin dengan janji Yang Paling Menepati Janji..bahawa ISLAM akan Gemilang menerangi bumi tuhan.Rugilah mereka yang tak bersama mengembalikan kegemilangan itu..

"Ya Allah, terlalu banyak yang kau beri..Tak layak untuk aku meminta lagi.Ya Robbi, aku hambamu yang sangat kerdil dan lemah, yang hanya bisa bergantung sepenuhnya padaMu.Ya Allah campakkanLah kekuatan agar aku terus teguh disini, membuktikan syahadahku Ya Allah.Mohon dengan sangat Ya Qowwi"

Kalau bukan kita,Siapa?
Kalau bukan sekarang,Bila?



Sunday, December 9, 2007

< Mission Accomplished >

Tambahan 10 Disember

3 hari 2 malam di kelantan..


Ke Empat-empat misi untuk berada di Kelantan tercapai dengan jayanya..



[ Hotel yang best sebab yang ada wireless ]

[ Mission 1: Jumpa senior sekolah ibu ]

[Mission 2: Shopping =p]

[Mission 4: Walimah Kak Raudhah]

p/s: Tengah transit di terengganu..

Thursday, December 6, 2007

< Hari-hari yang lalu >

AlhamdulilLah Allah lancarkan dan permudahkan segala urusan..Terima Kasih Ya Allah..
Terima Kasih juga untuk kalian yang melayangkan doa dari jauh..


Masa sangat sempit sejak kebelakangan ni, siapkan projek Li yang terburu-buru siap..Lepas habis Li, kene buat report pulak..Tarikh keramat: 3 Disember -> tamat segala urusan pratikal..Cuma lepas ni kene touch up sikit untuk pembentangan Latihan industri pulak,InsyaAllah.


KiNi..waktunya untuk servis diri, tukar 'minyak hitam' hati, isi 'air' supaya tak berhenti di pertengahan jalan, 'Merehatkan enjin' dengan jaulah jalan-jalan cari iman dan taqwa..Rehat sebentar bersama yang tersayang dan buku yang banyak untuk dihabiskan [sepatutnya dah kene habis sebelum 2nd year].

Lepas siap report,terus ke Perak, balik kampung jumpa Opah dan Mak Cik-mak Cik..Sekarang di Kelantan, di hotel yang canggih sebab ada wireless..Perjalanan ke Kelantan yang mencabar dengan pening + nak muntah.Pusing-pusing tuh jalan dier. TererLa orang selalu balik Kelantan.

7/12 -> Jumpa kawan ibu + jalan-jalan cari iman & taqwa + shopping de KB
8/12 -> 2 Walimah untuk di singgah
9/12 -> Balik Johor..singgah di Kuantan InsyaAllah
10/12 ->Dating dengan member-member yang ada di JB +
berkhidmat di JB pulak[berkhidmat tanpa henti + berkhidmat dengan 'gaji' yang telah Allah bei]
23/12 ->Walimah untuk singgah + De Bangi telah bermula, So..kene balik.


p/s: Tengah Cas bateri camera..InsyaAllah akan disisipkan gambar..

----------------------------------------------------------------------

"..Keputusan itu hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya Allah aku bertawakal dan kepada-Nya pula bertawakal orang-orang yang bertawakal"(12:67)

Serahkanlah segala yang ghaib [yang tidak pasti, yang tidak bisa dijangka dan di teka-teki] itu kepada Allah, bertawakalLah seperti burung di langit. Pasti Allah kurniakan bagi mu seperti Dia kurniakan pada si burung yang lapar di pagi hari dan kenyang taktala dia pulang ke sarang di petang hari..

chapter tawakal, bab 8, jilid 1, riyadusSolihin.