Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, December 12, 2007

< Menjadi benih >

Jadilah sebutir benih yang taktala dicampak ke air bisa menjadi pulau,
dicampak di hutan bisa menjadi perkampungan..

Kata-kata yang hebat yang selalu menjadi sebutan dulu..dengan rasa hamasah yang tinggi, hamasah semata tak cukup untuk hidup di bumi tuhan..

Sesungguhnya medan berkata-kata itu sangat berbeza dengan medan amal.Pabila andalah orangnya yang perlu menjadi benih itu banyak persoalan yang menerjah ke jiwa..

Bisakah aku menjadi sehebat itu?
menjadi sekecil benih yang boleh bertukar menjadi sebesar pulau, bolehkah?
kuatkah aku, mampukah aku?
Tapi
Kekuatan itu bukan milikku
dan aku tak bisa mengukur kemampuanku
hanya Dia yang tahu mampukah aku..

Sahabat-sahabiah dulu bekerja untuk islam kerana mereka tanamkan di jiwa mereka, mereka akan terhina tanpa islam kerana yang mulia itu islam bukan diri mereka..mereka bekerja dengan kekuatan dari Yang Kuat Perkasa bukan kekuatan dan ketabahan yang konon dari diri mereka sendiri..

-------------------------------------------------------------

Islam tak kan rugi kalau kita tak mahu dan tak nak.Bahkan kitalah orang yang rugi jika kita menolak, kerana Allah akan gantikan kita dengan golongan yang lain.Sebagaimana Allah mengantikan Bani Israel dengan umat Muhammad..
'Bahtera' ini akan terus berlayar, rugilah orang yang tidak masuk kedalamnya betul-betul.Jika berada di pintu, masih berfikir "nak ke tak nak" pasti akan tercicir jika angin bertiup kencang. Jika menolak 'tawaran' ini, jadilah nanti seperti kaum Nabi Nuh yang lemas dilanda banjir..
Islam tak kan rugi jika kita tak mahu dan tak nak, kerana akan ada orang yang lebih nak dengan sepenuh jiwa dan raga..kita yang rugi kerana menolak.KITALAH ORANG-ORANG YANG RUGI ITU.Menjadi gerabak yang tertinggal dan tercicir.

Jika sekali terfikir untuk mengalah dan menyerah kalah, pasti jiwa itu akan kalah kerana tak yakin dengan janji Yang Paling Menepati Janji..bahawa ISLAM akan Gemilang menerangi bumi tuhan.Rugilah mereka yang tak bersama mengembalikan kegemilangan itu..

"Ya Allah, terlalu banyak yang kau beri..Tak layak untuk aku meminta lagi.Ya Robbi, aku hambamu yang sangat kerdil dan lemah, yang hanya bisa bergantung sepenuhnya padaMu.Ya Allah campakkanLah kekuatan agar aku terus teguh disini, membuktikan syahadahku Ya Allah.Mohon dengan sangat Ya Qowwi"

Kalau bukan kita,Siapa?
Kalau bukan sekarang,Bila?



No comments: