Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, February 26, 2009

< Jangan Sombong Berkata M.A.A.F >

Sekalimah kata yang akan memberikan sentuhan istimewa kepada pendengarnya

Kenapa sukar untuk melafazkan M.A.A.F
Egokah??
Sungguhpun tiada salah yang kita rasa telah terlanjur
Tapi jika ada hati yang terguris, kecewa, adakah kita tahu??
Sombongkah??
Tiada hati yang terguris bisa bersuara 'HATIKU TERGURIS KECEWA'
Tiada!! dan Tidak akan pernah ada!!
Ah kenapa sahaja hati du'at ini tidak peka dengan sebuah kemaafan
Hinakah orang yang memohon kemaafan, walau mungkin sahaja tiada kesalahan yang terlanjur..
Maaf bukan beerti kamu telah melakukan kesalahan
Maaf itu tanda >> andai ada kesalahan pada kamu, Maafi aku ya..
Berdosakah memohon maaf
Wahai manusia yang berlagak!!Sila hentikan lagakkan kamu, kerana kamu hanya manusia..

Wahai hati,
Mungkin ada saja sahabatmu yang menghulurkan maaf bukan dengan kata-kata
Mengungkapkan maaf tidak wajib dengan kata-kata
Sesungguhnya kamu lebih mengerti sahabatmu
MaafkanLah segala kesalahan mereka duhai hati
Memaafkan itu sebuah kedamaian yang menenangkan
Tamatkanlah rajukanmu
Mulakanlah segala yang baru

*pengubat hati sendiri, kerana hanya Dia yang bisa mengerti *

[kepada penghuni Kamar Ketenangan sila jangan terasa dengan entri ini..huhu..jiwa dan hati penghuni Kamar Ketenangan terlalu lembut dan sensitif kerana saya tahu kalian sangat dekat dengan tuhan ^_-]

Wednesday, February 25, 2009

< What a wonderful day >

Mengubat rindu mencoret diruangan hati ini..o0oohhh tersangatLah rindu. Namun tak bisa di lakukan apa-apa, masa yang ku punyai tidak pernah mencukupi [tapi ada time buang masa jugak..PELIK!!]

Semalam menumpang dalam kehidupan adik.. Kehidupan dia yang sangat menarik.. Jam 7 tiba dirumah [baca: dengan kelelahan ofis yang masih tersisa] Hanya berbaki 1 jam untuk memasak untuk 10 orang serta mengurus diri dan menjadi hambaNya setelah itu ke pasar untuk kesediaan makanan untuk 4 hari bagi 10 orang [sengaja tak mahu letak koma dan titik supaya dapat menunjukkan adegan yang tidak berhenti] Setelah tertunai semua itu, ke kampus kembali menunaikan hobi terulung YB DIDIKAN .. Dating [baca: Syura ^_-]

Setelah kembali di Kamar Ketenangan.. Ada yang berbicara..

Kamu tahu apa modul didikan mahu asuh kamu hari ni??

Supaya kamu siap menjadi rahbatul Bait dan bonda kepada syuhada' masa depan .. ^_-

[aksi saya: terkedu dalam mEnarik nafas tenang. Nasib baik ayat itu bukan untuk saya.. S.E.L.A.M.A.T ^__^]

Tuesday, February 3, 2009

< ALhamduliLah..Terima Kasih Allah >

Seinfiti kesyukuran ku panjat pada dia yang Maha Agung, Tertinggi dan Teristimewa...

Penggorbanan yang sedikit, tadhiyah yang secubit pasti Dia bayar dengan segengam yang terindah yang tak kan pernah disangka-sangka..Ah!! Allah bisa saje melakukan apa sahaja yang Dia mahu, jika itu kataNya, maka ituLah yang akan terjadi..No obligation!! ItuLah kenikmatan yang paling indah pabiLa kesandaran yang tertinggi hanya diletakkan pada yang terlayak dan tertinggi...

Tadhiyah yang sedikit, mujahadah yang secubit lalu Allah permudahkan segaLanya..seoLah-olah kesukaran itu pergi seperti angin lalu, seoLah-olah kerisauan tak pernah menyingah..Maha Hebat Allah..Menghilangkan kerisauan nak ajar lab takut lambat, lalu dia khabar ketundaan hari mengajar..Terima Kasih Allah, taktaLa Engkau mengeluarkan diriku dari Little Mermaid Mode.. Ya, dia akan permudahkan seluruhnya hanya dengan satu piawai >> SANDARKAN SELURUHNYA & SEPENUHNYA PADA DIA [walaupun dalam perjalanan itu penuh dengan kepedihan, derita dan air mata (jalan ini takkan pernah sunyi dari air mata yang mengalir..PERCAYALAH!!)]

Walau susah, walau mudah, walau derita atau bahagia yang sarat..terusLah pahat dalam diri hikmah dari Al-Fajr:15-16

Saya akan mula mengajar Khamis ni..Doakan saya mengajar dengan baik [Extra: tak mengeletar.. huhu]