Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, April 22, 2009

< PujukLah Diri dengan Kasih-Nya >

[SiLa berSin & baca Alhamdulillah, dan baca entri ni sambil dengar lagu shoutul amal - Guruku & Nostalgia]

Saat saya sendiri memecut pulang dari berjumpa adik-adik debat ke Bangi, Allah bagi saya peluang untuk sendiri.. Allah bagi saya peluang untuk berjumpa dengan kawan baik saya yang hanya keluar bila saya sendirian [sebab dia pemalu dengan orang lain ^_-] dan saya terkenang minggu rajukan saya [ADIK, kamu sorang je yang tahu tahu!! Jangan bagitahu orang lain!!] Melayan rajukan dan membawa diri..

Minggu rajukan saya yang lalu ada kaitan dengan zaman 'toodler' saya. Bermula dengan panggiLan cik Mesir. Serius!! rindu sangat dengan kamu.. Oh, bila taufan khabar saya sampai pada kamu baru kamu hubungi saya ye!! Terima kasih gayut dengan saya untuk 2 jam, walaupun saya kene marah ^__^ insyaAllah saya akan poskan permintaan kamu nanti tapi kene bagi alamatLa yer!!

Esoknya, biLa mesej saya tak disempurnakan dengan baik.. Saya tak punya limpahan masa untuk ingat dan sempurkan semua perkara, tapi jika saya mohon bantuan untuk selesaikan urusan yang menyemak dikepala saya, tolong saya bereskannya ye.. Saya punya urusan yang lebih besar dari urusan mengurus diri saya sendiri.. Saya benci bila urusan mengurus diri menyebabkan saya tangguhkan urusan yang lebih besar!! KAKAK pernah pesan 'Jika kamu tak bisa mengurus diri dengan baik gimana kamu mahu mengurus ummah??'

Disaat ADIK menuntut supaya saya pertahankan apa yang saya mahu tapi KAKAK ajar saya untuk BERTOLAK ANSUR dalam DOS YANG SANGAT TERAMAT TERLALU BESAR!! walaupun kita kelihatan sama, tapi kita tak pernah serupa. Ibu & ayah kita tak sama!!

Membawa diri jauh dari orang lain sendirian.. Saya tahu,saya telah lulus ujian hidup sendirian.. Hidup dengan sesuka hati dan rasa tanpa banyak fikir orang lain.. Hidup begini memang sangat menarik.. Berjumpa dengan semua orang yang sehati dengan saya dimana-mana sahaja.. Menumpang katil & bantal TEMAN SEJASAD dimana sahaja..

Pagi esoknya saya jumpa CIK INDONESIA di KLIBF.. menjerit kaku di pintu bila berjumpa dia, setelah 5 tahun tak jumpa. Hanya tuhan yang tahu perasaannya. Sehingga kawan baik saya tak berhenti keluar disetiap waktu saya berjumpa tuhan.. ADAKAH RAJUKAN INI HARGA SEBUAH PERTEMUAN!! Saya telah paksa dia pulang Malaysia syawal nanti ^_- Jom buat reunion!! Orang mesir nak join?? =p [siapa nak no cik indonesia tanya saya] Saya sempat beli buku untuk orang yang buat saya marah..

Saya telah menyebabkan kawan 'toodler' saya gayut dengan saya untuk redakan rajukan saya yang masih berbaki.. Mekasih KAWAN!! Jasa kamu sangat dihargai..

Akhirnya, rajukan saya tamat di hari ke-3 bila ADIK lancarkan peluru pandu Surah Ali-imran pada saya.. 'Akak, cuba teka siapa orang yang bertaqwa?.. Orang tunaikan solat, orang yang bersabar ketika marah dan memaafkan kesalahan orang lain' .. Fuuh, ayat yang mengena pada masanya.. TERIMA KASIH ADIK!! >> Maka berakhirLah kisah minggu rajukan saya!!

Esok saya kene kongsi zaman 'toodler' saya dengan adik-adik di Bangi.. Semoga Allah permudahkan dan bagi yang terbaik.. Semoga saya boleh sampaikan dengan terbaik, supaya mereka rasa apa yang saya rasa.. yang paling penting, semoga kawan baik saya tak keluar time tu huhu TAPI kawan baik saya pasti akan keluar bila saya rindu dan terkenang zaman 'toodler' saya..

Kak WM adakah ini sindrom SAKIT RUMAH & SAKIT SEKOLAH ?? T.I.D.A.K!!

Tenet saya slow..takleh letak gambar!!