Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, October 20, 2010

< Antara Tuhan dan Makhluknya >

Saat cunggapan semakin reda walaupun kadangkala cunggapan lebih dashyat daripada ribut. Adalah wajar jika peniup ribut itu orang luar tapi bila saatnya orang 'rapat' yang penuh 'kefahaman' boleh hilang sabar sementara dibuatnya,jika diikutkan rasa mahu bertukar menjadi orang awam..Mujur MAKCIK pesan jangan buat WAR, sia-sia je komfem kalah. Bukankah memahami untuk difahami. Ah manusia yang penuh kekurungan membuktikan hebatnya Tuhan. Hati perlu terus diubati walaupun sakit.Hanya tuhan yang mengerti.

UMMI (siapa yang telah lama bersamaku pasni kenal siapa UMMI) pernah kata manusia takkan berhenti bertanya soalan duniawi. Tika baru mula belajar ditanya bila nak habis, jika dah habis belajar ditanya bila nak kerja & kahwin, bila dah kerja ditanya gaji pulak, bila dah kahwin ditanya bila nak ada anak..Naik semput mendengar persoalan yang UMMI muntahkan. Soalan satu isu, cara menyoal satu lagi isu. Jika tanya beradab sedap juga menjawab, jika tidak, teringin nak melawan, tapi alhamdulillah belajar kena hormat orang lain. Jika ia hanya melibatkan cara menyoal, mendiamkan persoalan kadang-kala tindakan bijak

Namun ada juga manusia yang menghukum ketetapan dan ketentuan Allah ini dengan persoalan akidah 'antara Allah dan makhluknya'. Rasa geram pun ada, nak-nak jika DIDIKAN dah tinggi 'langit'.
'Ni tak kahwin lagi ni mesti ada benda cover ni'
' Ni kena pindah rumah, klau tak, tak dapat baby nanti'

Jika mikrofon boleh letak kat hati, satu dunia akan dengar satu suara hati 'Kalau Allah berkehendak takde sesiapa atau apa-apa yang boleh halang!! Sape tuhan ni?'

< Perutusan Permulaan >

Dengan Namamu Allah,

Seluruh kesyukuran dan kebertuahan hanya layak disandarkan buatmu..Terima Kasih Allah untuk segalanya, untuk melihat, merasai dan mendengar segala-galanya.

Setelah setahun 3 hari berlalu, bingkisan hatiku ini telah sunyi dari mogokkan, taufan dan kedamaian hatiku. Sungguh benar kata mereka, aku manusia kurang bicaranya, andai aku berbicara kalian pastu terkedu. Tidak berbicara tak semuanya beerti redo dan reLa bisa juga mogok dan ribut taufan. Kadang kala 3P mungkin bersatu,Pendiam, Perahsia dan Pendendam. Tak semua diam-diam ubi isinya akan elok.

Saat yang berlalu mengajari suatu yang berharga, mengenali diri untuk mengenali Allah. Indahnya insan bisa seperti itu. Bagaimana insan yang tak berperasaan, Allah bagi ruang untuk punya sedikit rasa. Lalu dia perlu belajar mengawal rasa terutama rasa yang tidak hasanah, mengawal memek supaya tidak mengecilkan hati.Ah, manusia sentiasa saja mahukan yang terbaik, inginkan yang terbaik. Kadangkala yang tersangat baik inilah yang menekan diri, meranakan jiwa. Kita sentiasa mahukan yang teramat baik namun yakinLah dalam setiap kesempurnaan manusia itu pasti ada lompongnya untuk membuktikan betapa sempurnanya Tuhan. TerusLah berubah menjadi yang lebih baik dan terus lebih baik..

Moga bingkisan ini terus dibaiki untuk mengkhabarkan yang jauh. Inilah aku,hamba tuhanku.

Tuesday, May 11, 2010

< Wanita Pendamping Mujahid Dakwah>

Sabtu lalu tuhan mengizinkan aku kembali mengasah diriku sebagai wanita. Walaupun tuhan takdirkan aku untuk lambat selama sejam untuk menhadirkan seorang mujahidah dari stesen. Sejam yang ikhlas itu Allah bayar dengan ucapan halus selepas itu.

Dari saat ke saat ...
Menyelusuri setiap detik kehidupan Sarah & Hajar juga Saudah& 'Aisyah bahkan juga khadijah.Juga bonda dan permaisuri ISHB. Nah sejarah lalu telah mengeluarkan mereka untuk diteladani!! MerekaLah wanita istimewa punya himmah 'aliyah, Hamasah, tadhiyyah dan loyalitas luar biasa.

Allah telah izinkan kata-kata BONDA menjahit dihati (setelah 7 bulan aku sunyi dari modul didikan yang satu ini):
Wanita ini adalah makhluk Allah yang dipakaikan sifat manusiawi tetapi dia sesungguhnya 'Khurul 'ain' yang tak pernah kenal penat, putus asa, sakit dan kecewa. Kita adalah insan istimewa. Wanitalah watak paling utama dalam membentuk dan mendidik generasi mujahid masa depan. Sesungguhnya kitaLah wanita pendamping setia mujahid dakwah.


Daripada,
Aku yang sentiasa tidak sabar untuk ke Taman BukuKu untuk menemui Pendamping Mujahid Dakwah hebat dicoretan sejarah dakwah yang lalu, supaya jiwa mereka menyerap masuk menguatkan diriku.

Friday, April 23, 2010

< Aku, Kita & Perubahan >

Setelah sekian lama mindaku dan jemariku tidak diasak untuk mengeluarkan persepsi. Mungkin sahaja persepsi ini adalah persepsi picisan namun aku masih percaya setiap yang dititipkan Allah takkan pernah ada yang sia-sia, pasti ada manfaatnya untuk diriku dan ummah.

Hari meniti hari, setiap dari kita akan berubah. PASTI . Namun, perubahan itu dipandu oleh makhluk istimewa bernama KITA. Perubahan itu pasti, namun kebaikan dengan perubahan itu dari doa dan usaha manusia. Hanya kita & pemilik sebenar kita yang mengetahui aras ukur perubahan diri kita, manusia lain bisa menilai dari luaran, adakalanya benar namun kadang-kala tidak sama-sekali. Jika manusia yang menjadi ukuran, percayalah itulah kesiksaan dan penderitaan yang teramat sangat sakit. BiarLah Allah dan dan Rasulnya menjadi neraca, cukuplah manusia menjadi cerminan check & balance, pelengkap timbang-tara bukan yang utama. Adakalanya perubahan perlu dirancang dan distrategikan adakala perubahan berlaku secara tidak dijangka kerana Allah itu paling hebat.Begitu bijaknya manusia jika mereka mampu menyesuaikan diri dengan keduanya.Yang pasti perubahan perlu dinilai. Merenung perubahan diri, saat sehingga ke tahun, Allah itu sungguh hebat. Menilik setiap inci perubahan dan ta'aruf mendalam tentang diri sendiri, kerdil sungguh seorang manusia bernama aku, aku sendiri tidak mampu mengetahui siapakah aku sebenarnya bahkan adakalanya aku menjadi manusia yang terkejut dan pelik dengan diriku sendiri, hari demi hari. Hebat sungguh Allah menciptakan aku sebagai aku dan bukan sebagai orang lain. Pernah disuatu saat dulu, ketika aku di toodler sebuah kehidupan, aku dititipkan dengan bait ini 'KalianLah mencetus arus perubahan, bukan dibawa arus'. Tapi disaat itu aku penerima yang baik tanpa banyak bicara, aku sisipkan kuat didalam jiwa. Namun, setelah aku mula berjalan meniti langkah-langkah hidup, persoalan tentang bait itu semakin bertambah hari demi hari.Semoga Allah titipkan hikmah dan furqan dalam setiap bab dan episod kehidupan aku dan kalian.

Puitiskah aku?Inilah hatiku.Namun aku pasti Allah akan menyentuh hati manusia dengan sedikit usaha dariku kerana mengembalikan kemenangan perlu daripada tangan manusia ia bukan magik

Friday, April 9, 2010

< Adakah Kerana Nama atau Kerana Kita MUSLIM >

Ini pendaman rasa saya digarisan awal MUDAH.Lama kiranya ia terkandas dalam memori bingkisan hati..
--------------------------------------------------------------------
Setelah lama tidak mendengar bait-bait kata indah, Lantas semalam mendengari sayup-sayup kata-kata adik.Aaah! AkuLah kakak yang penuh idealisma..TAPI semua manusia menilai bait kata-kata kita adik.

' Esok jangan lambat kita janji dengan bas jam 8 nanti rosak nama kelab kita'

Nah!! ayat ni berdesing dalam telinga dan mindaku hingga saat aku melelapkan mata.
Ini persoalan lanjutan hingga diriku tak mampu melelapkan mata..
'Adakah kita lebih malu lambat sampai ke destinasi yang dijanjikan kerana nama baik atau kita malu lambat sampai kerana usungan seorang MUSLIM yang kita bawa kehulu hilir??'

Thursday, March 4, 2010

< Daurah BD bergerak >

Telah lama coretan ini bersembunyi dalam catatanku. Hari ini didalam sela waktuku yang dicuri-curi ku coretkan buat kalian..
-----------------------------------------------------------
Didikan ini adalah didikan rabbaniyah dalam mengharungi setiap detik kehidupan hingga keakhirnya. Didikan ini tak pernah sekali mengekang ketamakkan mencari ilmu.Buat peserta didikan ini, lubuk ilmu bukan hanya di pusat-pusat dan ruang-ruang ilmiah tapi lubuk ilmu adalah daripada setiap manusia yang berilmu dan berpengalaman.

Sedetik lalu, daripada kesempatan pemberianNya menemukan aku dengan insan yang sudi berkongsi pengalaman tangga 2 ini. Kata kakak:

Hari pernikahan bukanlah hari merayakan bahagia dan cinta semata-mata bahkan ia sebenarnya juga adalah hari yang janggal kerana disaat hari ini 2 insan menerima amanah dan tanggungjawah dengan senyuman, sengihan,gurauan dan jenaka.Sungguhpun amanah dan tanggungjawab itu tidak ringan. BD ini adalah tarbiyah one-2-one 24 jam dari bangun tidur hingga tidur kembali, bahjan juga tarbiyah ketika tidur. BD tak pernah sunyi dari cabaran dan tanggungjawab walau sedetik, bahkan ia akan mengajar 2 insan ini untuk menerima dengan redha bukan sahaja sesuatu yang disukainya bahkan ia akan turut mengajar mereka menerima dengan penuh keredhaan yang penuh sesuatu yang tidak disukainya.BD ini harus menjadikan mereka individu yang lebih baik dari mereka yang sebelum ini disaat mereka di tangga 1.

Adik pernah bertanya padaku ''Akak, tak penatkah menikah?'
Lantasku jawab:
Biarlah kepenatan itu hanya Allah yang tahu. Jika kita ikhlas, secarik kepenatan itu akan hilang.Jika kita yakin setiap kebaikan itu ada balasan yang baik & setiap zarah daripadanya sangat pasti takkan terlepas daripada dibalas dengan kebaikan, secarik lagi kepenatan akan hilang.Jika kita yakin ini adalah jalan yang diredhaiNy, membawa kepada magfirah dan rahmah daripadaNya, pasti kepenatan itu takkan pernah sempat menyinggah. Saya tak pernah lupas pesanan sorang kakak ketika saatnya saya menikah "selamat datang ke kehidupan yang sarat dengan pahala buat mereka yang ikhlas sungguhpun ia tak pernah lekang dengan cabaran dan ujian.Menikahlah kerana Allah, untuk Allah dengan insan yang Allah pilih.Tika saatnya kita rasa dah tak terdaya lagi untuk mengharunginya, kita akan kembali ingat kita harus teruskan juga kerana Allah"

Friday, February 12, 2010

< Impian Duniawi >

Tak salah untuk punya impian kerana sesungguhnya dunia ini jambatan menuju Jannah.Namun, berhati-hatilah dengan dunia kerana dia bisa menarik kamu jauh dari Jannah. Wahai Allah, biarlah dunia ini di tangganku, jauhkanlah dari hatiku.

[ Impian Besar ]

1. Nak pendriva baru yang isinya besar
2. Nak Broadband
3. Nak Apple yang dalamnya ada Mac
4. Nak kerja yang boleh duduk kat 'sekolah' sentiasa
5. Nak masa yang banyak supaya boleh buat semua kerja
6. Nak..
7. Nak..

Tuesday, February 9, 2010

< MohonLah dengan Kesungguhan >

Segala Puji hanya layak buat Allah.DiaLah pengatur yang paling dan amat terbaik. Alhamdulillah.Untuk saat ini lafaz itu terkeluar dengan sepenuhnya rasa kesyukuran yang teramat.Sesungguhnya AllahLah yang mengatur semalam yang terbaik untuk menjadi kebahagiaan hari ini.

Sesungguhnya keterpaksaan yang ku harungi semalam memberi satu hikmah yang tak mampu dibayar oleh dunia.Menemani dengan redha, sungguhpun aku punya tugas yang sangat banyak. Menunaikan hak jasad untuk beriadah setelah tiga bulan, seawalnya kerana terpaksa, namun ia sangat memberi kelegaan pada jasadku. Namun yang paling utama adalah saat aku melarikan diri daripada bicara kekeretaan untuk menghayati damainya angin yang menyapa di tasik yang damai.

Walaupun waktu itu hanya seketika, dalam damainya angin yang menyapa ditasik itu. Hati ini sangat ikhlas merayu dan merintih pada Allah. Sehingga ketulusan itu mengalirkan air mataku setelah sekian lama. Hanya saja seketika bersama pengharapan yang teramat, bermula dari tasik itu sehingga ke malam harinya tanpa disedari oleh sesiapa.Pengharapan itu terus menapak, air mata itu terus bergenang.Dan diakhir pengharapanku ku titipkan
AKU MOHON SANGAT HANYA PADAMU ALLAH

Disaat ini aku bersyukur padaMu Allah, Kau dengar pengharapan, rayuan dan rintihanku semalam, Kau pasti saja melihat air mataku yang bergenang dan mengalir.Terima Kasih Allah untuk hadiah hari ini.Kau mudahkan dan lancarkanLah urusan kami hingga keakhirnya.Kau izinkanlah kami menjadi pejuangmu yang setia.
TERIMA KASIH YANG TERAMAT ALLAH

Wednesday, January 27, 2010

< Kita Harus Menjadi Luar Biasa >

Telah lama dan kerap kali Abang-abang saya berbicara, 'KITA HARUS JADI LAIN DARIPADA YANG LAIN', 'JADI YANG LUAR BIASA', 'JADI YANG ISTIMEWA'.

Sejak beberapa ketika dulu saya kerapkali membetulkan kalimah-kalimah yang kurang senang saya dengari gara-gara saya mencuri dengar.Kata-kata harus luar biasa, kerana kita bukan orang biasa.Kata-kata yang saya tak pernah kisah ketika saya bujangan, tapi kata-kata ini menyebabkan hati saya melompat-lompat dan meronta-meronta bila mendengarnya sekarang..Sila ubah bait kalimah kalian wahai ikhwan, apa yang anda katakan adalah apa yang anda rasa!!Jika anda tak merasai apa-apa,sila sedar orang yang mendengar @ curi-curi dengar ada perasaan ye..Sila betulkan frasa-frasa & persepsi ini..

1. ORANG RUMAH
Isteri kamu bukan orang @ orang-orang dirumah.Jangan jadikan isteri kalian PEROBOT CANTIK atau MERAK indah bulunya dirumah!! kerana ada ketikanya Ummah yang bernyawa lebih memerlukan isteri kamu daripada rumah yang tak bernyawa itu.Oleh itu, isteri kamu adalah seorang isteri bukan orang rumah.

2. PERASAAN LEGA SELEPAS KAHWIN, kerana ada 'orang' tolong urus.
Harap Maaf, semasa kamu jumpa emak & ayah isteri kamu sebelum nikah kamu katakan kepada mereka, kamu mahu jadikan dia sebagai isteri bukan PENGURUS KAMU atau BIBIK KAMU.Jika benar kamu niatkan untuk jadikan dia isteri, sila tanamkan dalam hati kamu yang paling dalam ada banyak ketikanya kamu harus mengurus diri kamu sendiri kerana ada masanya mengurus UMMAH yang sedang BERDARAH PARAH ini lebih UTAMA dari mengurus kamu SEORANG yang masih SIHAT..Oleh itu, isteri kamu adalah seorang isteri,bukan sepenuhnya seorang pengurus atau bibik.

Maka oleh itu wahai ikhwanku yang telah berkahwin atau akan berkahwin, silaLah ubah persepsi dan kata-kata kalian terhadap isteri anda, bakal isteri anda atau isteri sahabat-sahabat ana.So, buat yang masih bujangan sila jangan tanamkan istilah-istilah KUNO & Persepsi Biasa ini dalam jiwa kamu, jika tidak, kamu adalah manusia yang menzalimi kawan-kawan saya & Ummah.HARAP MAKLUM

Nota kaki & tangan: Hamburan ini tidak melambangkan roomate saya.Jika roomate saya, saya tak perlu taip dalam blog :)
........................................................
Alhamdulillah, Allah telah bagi saya nikmat untuk mengabaikan apa yang harus diabaikan yang suatu ketika dulu saya pernah migrain kerananya.Namun, yang paling disyukuri, Allah kirimkan insan yang membantu saya menyelesaikan perkara-perkara yang terpaksa saya abaikan.Thanks Allah, untuk waktu 3 bulan & 10 hari selepas menikah ini.Semoga helaian DIDIKAN yang Kau titipkan dalam buku pernikahanKu bisa menambah helaian dalam buku amal solehKu.