Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, February 26, 2009

< Jangan Sombong Berkata M.A.A.F >

Sekalimah kata yang akan memberikan sentuhan istimewa kepada pendengarnya

Kenapa sukar untuk melafazkan M.A.A.F
Egokah??
Sungguhpun tiada salah yang kita rasa telah terlanjur
Tapi jika ada hati yang terguris, kecewa, adakah kita tahu??
Sombongkah??
Tiada hati yang terguris bisa bersuara 'HATIKU TERGURIS KECEWA'
Tiada!! dan Tidak akan pernah ada!!
Ah kenapa sahaja hati du'at ini tidak peka dengan sebuah kemaafan
Hinakah orang yang memohon kemaafan, walau mungkin sahaja tiada kesalahan yang terlanjur..
Maaf bukan beerti kamu telah melakukan kesalahan
Maaf itu tanda >> andai ada kesalahan pada kamu, Maafi aku ya..
Berdosakah memohon maaf
Wahai manusia yang berlagak!!Sila hentikan lagakkan kamu, kerana kamu hanya manusia..

Wahai hati,
Mungkin ada saja sahabatmu yang menghulurkan maaf bukan dengan kata-kata
Mengungkapkan maaf tidak wajib dengan kata-kata
Sesungguhnya kamu lebih mengerti sahabatmu
MaafkanLah segala kesalahan mereka duhai hati
Memaafkan itu sebuah kedamaian yang menenangkan
Tamatkanlah rajukanmu
Mulakanlah segala yang baru

*pengubat hati sendiri, kerana hanya Dia yang bisa mengerti *

[kepada penghuni Kamar Ketenangan sila jangan terasa dengan entri ini..huhu..jiwa dan hati penghuni Kamar Ketenangan terlalu lembut dan sensitif kerana saya tahu kalian sangat dekat dengan tuhan ^_-]

No comments: