Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Sunday, March 15, 2009

< Wanita adalah madrasah pertama yang akan menformat generasi >

Pinjam status YM orang..Sangat seronok bila status ini datang dari seorang bernama LELAKI [walaupun dia macam budak kecik =p]

Sengaja mahu tiru dan tampal dari Sirah Nabawiyah [Mustafa Siba'ie]

[Bahagian 4]

Peranan Aisyah & Asma r.h.a. ketika hijrah rasul membuktikan WANITA DIPERLUKAN dalam dakwah islah. Emosi mereka lebih halus dan lebih kuat desakannya. Jiwa mereka lebih toleransi dan hati mereka lebih baik. Apabila wanita beriman dengan sesuatu perkara, mereka tidak lagi menghiraukan segala kesusahan untuk menyebarkan keimanannya. Gerakan pengislahan akan terus melangkah perlahan dan kurang efektif dalam masyarakat SEHINGGALAH WANITA MENYERTAINYA..Merekalah membina generasi pemudi diatas asas iman, akhlak, kesucian dan kemurnian. Wanita IslamLah yang berperanan MEMBENTUK GENERASI-GENERASI DIATAS DASAR KECINTAAN KEPADA ISLAM DAN RASULNYA. Generasi tersebut merupakan generasi paling agung diketahui oleh sejarah dari segi tekad. Roda pengislahan Islam mampu kita tolak ke depan lebih kuat setiap kali bertambah bilangan pemudi-pemudi yang alim tentang agama, faqih tentang syariat, mahir dengan sejarah islam, mengasihi Rasulullah, berakhlak dengan akhlak baginda dan akhlak ummahat al-mukminin [Saya nak daurah sirah sahabiah!!]..Kita juga semakin menghampiri hari MASYARAKT ISLAM AKAN TUNDUK KEPADA HUKUM HAKAM DAN SYARIATNYA << perkara ini akan menjadi realiti..insyaAllah


Yuk teman-teman..Kita takde pilihan lain!! kita harus maju & laju..Sesungguhnya langkah mengembalikan kemenangan yang tertunda, adalah dari langkah-langkah kita..Bermula dari kita!! Kerana kitaLah Wanita-wanita Islam itu!! --------------------------------------------------------------------------------------------
[Bahagian 3]

Isteri Solehah yang beriman dengan dakwah kebenaran akan mempermudahkan banyak kesulitan yang dialami oleh suami yang berdakwah.Ini akan berlaku jika sekiranya si isteri turut berkongsi kerungsingan dan penderitaan suami.Dengan perkongsian itu, isteri akan meringankan bebanan kerungsingan suami. Ia juga akan membangkitkan dalam diri suami rasa untuk meneruskan dakwah dan tetap teguh di atas jalannya. Oleh itu, si isteri dapat memberi kesan kepada kejayaan dan kemenangan dakwah.

<>

Kepada teman-teman saya yang telah beramal di tangga ini, ini pahala besar kamu, semoga kamu berusaha dengan baik!! Kepada yang akan beramal di tangga ini, selamat bersiap sedia untuk mengarab pahala besar dan banyak yang lebih banyak dari anak tangga kami..

Wahai Pemuda perjuangan, sungguhpun kalian ada pilihan, sunnah telah menunjukkan yang terbaik [bc: Sebenarnya kamu tiada pilihan, jika kamu ingin menyoroti sunnah =p] Perjuangan ini tak kan pernah rugi dengan pilihan kamu, kamu yang akan rugi dengan pilihan kamu jika ia bukan yang terbaik ... hehe [siLa gelak dengan kejam]

2 comments:

farza said...

akk,bahagian 3 adalah sebelum bahagian 4...
apakah faktor anda menulis sedemikian utk entri ini?[dah tau,saja tanya!!]

[ Nazihah ] said...

=p Haha hanya orang yang kenal saya jer tahu kenapa ia jadi sebegitu ^_-