Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, December 6, 2007

< Hari-hari yang lalu >

AlhamdulilLah Allah lancarkan dan permudahkan segala urusan..Terima Kasih Ya Allah..
Terima Kasih juga untuk kalian yang melayangkan doa dari jauh..


Masa sangat sempit sejak kebelakangan ni, siapkan projek Li yang terburu-buru siap..Lepas habis Li, kene buat report pulak..Tarikh keramat: 3 Disember -> tamat segala urusan pratikal..Cuma lepas ni kene touch up sikit untuk pembentangan Latihan industri pulak,InsyaAllah.


KiNi..waktunya untuk servis diri, tukar 'minyak hitam' hati, isi 'air' supaya tak berhenti di pertengahan jalan, 'Merehatkan enjin' dengan jaulah jalan-jalan cari iman dan taqwa..Rehat sebentar bersama yang tersayang dan buku yang banyak untuk dihabiskan [sepatutnya dah kene habis sebelum 2nd year].

Lepas siap report,terus ke Perak, balik kampung jumpa Opah dan Mak Cik-mak Cik..Sekarang di Kelantan, di hotel yang canggih sebab ada wireless..Perjalanan ke Kelantan yang mencabar dengan pening + nak muntah.Pusing-pusing tuh jalan dier. TererLa orang selalu balik Kelantan.

7/12 -> Jumpa kawan ibu + jalan-jalan cari iman & taqwa + shopping de KB
8/12 -> 2 Walimah untuk di singgah
9/12 -> Balik Johor..singgah di Kuantan InsyaAllah
10/12 ->Dating dengan member-member yang ada di JB +
berkhidmat di JB pulak[berkhidmat tanpa henti + berkhidmat dengan 'gaji' yang telah Allah bei]
23/12 ->Walimah untuk singgah + De Bangi telah bermula, So..kene balik.


p/s: Tengah Cas bateri camera..InsyaAllah akan disisipkan gambar..

----------------------------------------------------------------------

"..Keputusan itu hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya Allah aku bertawakal dan kepada-Nya pula bertawakal orang-orang yang bertawakal"(12:67)

Serahkanlah segala yang ghaib [yang tidak pasti, yang tidak bisa dijangka dan di teka-teki] itu kepada Allah, bertawakalLah seperti burung di langit. Pasti Allah kurniakan bagi mu seperti Dia kurniakan pada si burung yang lapar di pagi hari dan kenyang taktala dia pulang ke sarang di petang hari..

chapter tawakal, bab 8, jilid 1, riyadusSolihin.

No comments: