Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, June 10, 2008

< Hadiah sebuah mujahadah >

Saat awal kaki melangkah ku khabarkan pada Dia " Tuhan izinkan aku temui sesuatu saat nanti aku sibuk menyentuh hati-hati hambaMu, jangan biarkan hatiku kosong, aku mohon kekuatan dariMu, hanya kau saja bisa bagi kekuatan luar biasa " Berikan aku sesuatu nanti tuhan, untuk aku lebih kuat dan tabah..

Menjalani 3 hari luar biasa. Hari yang lain dari hari biasa.. aku perlukan segalanya dengan lebih, supaya aku kuat dan tabah, supaya mujahadahku tak pernah kalah.Mujur ada KAKAK di sisi. Saat 3 hari itu aku sentiasa melayangkan pesanan padanya disaat aku hampir-hampir kalah dengan mujahadahku, saat aku hampir tewas dengan muraqobahku walau dia hanya saja disisiku. Terima kasih KAKAK untuk terus berada disisiku, menjadi temanku yang setia, membantu aku mempertahankan mujahadahku.

Semoga bait-bait katanya kusimpan kukuh dalam hatiku, semoga pahala buatnya terus mengalir setiap saat aku kukuh bermujahadah atas nasihat dia. Semoga pahalanya terus bertambah buat pemberat mizan ketika semakin ramai insan terus kuat bermujahdah dengan kata kalimahnya..Ini pesanan KAKAK padaku.

SunnahLa mujahadah tu sakit..Tapi kesakitan dan keperitan itulah yang Allah nilai..
TabahLah wahai hati, YakinLah mujahadah itu takkan pernah sia-sia, Dia maha mengerti peritnya air mata yang mengalir atas mujahadah itu..Jangan kalah wahai hati.

Semalam tuhanku bayar mujahadah ku dengan sebuah berita gembira..Terima Kasih tuhan
Terima Kasih KAKAK..Semoga benteng mujahadah yang cuba KAKAK bina kembali terus utuh dan kukuh hingga akhirnya.JualLah padanya dengan harga yang mahal, saat Dia membelinya, kitaLah insan yang paling istimewa dan bahagia..

Teman, perhatikanLah setiap bait katamu.. jangan sampai ia bisa meruntuhkan benteng mujahadah seorang teman. Alhamdulillah KAKAK ada disisi ketika temanku yang lain cuba menanggalkan batu mujahadahku tanpa dia sedari.. Kita hanya saja punya sekeping hati, jangan sesekali mencemarkan hati insan lain, apatah lagi insan yang setia bermujahadah..

saya -> mungkin saya dah boleh mula tulis novel?? tapi semua novel saya asyik terkandas jer..

No comments: