Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, June 10, 2008

< B & B >

[Buku + Baca = Hantu Buku]


Teringat suatu masa ADIK pernah korek rahsia hantu bukuku..

Rahsia 1: Memang keluargaku hantu buku..Ayah boleh baca satu perenggan sementara menanti lampu merah dipersimpangan jalan menjadi hijau + boleh habis 3 novel dalam 3 hari 0_o[macam tak percaya]. Bila ibu dah pegang buku..memang selamat..lagi-lagi kalau boleh habis berbuku-buku dalam 3 hari. Saya boleh baca buku dimana-mana kecuali dalam tandas [haha], dalam kereta, dalam bas walaupun tengah berdiri, waktu orang tengah membebel, tengah meeting[upss..kantoi], tengah berjalan, sebelum tido,tengah tunggu bas. Adik-adik ada sealmari komik..ibu langgan majalah bulanan..Kalau takde masa sangat memang kene curi-curi masa, kalau tak haritu mesti rasa macam tak best.

Rahsia 2: Kedua-dua rumah saya takde TV..Ayah kata perasaan bosan itu sangat elok, lepas kita bosan kita akan mencari untuk buat sesuatu. Saya benci BOSAN tu sebab saya tak suka duduk diam. Penat kadang lebih seronok dari bosan. Orang kata penantian itu suatu penyeksaan, tapi saya kata KEBOSANAN adalah penderitaan yang menyeksakan. Bagus jugak takde TV, sebab saya jugak ketagih TV, so kurang sikit buat dosa dan kurang sikit buat kerja-kerja lagha ^_-

Rahsia 3: Saya baca ikut mood. Kalau saya perlukan semangat, saya akan baca buku quantum tabiyah mencetak kader serba bisa. Kalau malas, saya akan baca buku surat dari garis depan atau hari-hari dalam hidupku [tapi dah hilang T_T]. Kalau lelah, baca buku penawar lelah pengemban dakwah. Kalau lemah, baca RS[Riyadus Solihin] atau kaitan hidup dengan ketuhanan Allah [ni pun hilang jugak T_T]. Kalau penyayang, baca Khadijah[tapi dah habis -_-, kene cari buku baru yeye ^_^]. Kalau kosong, baca buku berat-berat.Ini namanya membaca buku kaedah memancing bukan menjala. Tapi ada masa kene guna kaedah menjala jugak.

Rahsia 4: Sebab membaca ada dalam borang tanda harian..Kalau nak borang tanda cantik, kene buatLa..

Moralnya, saya kene tambah almari buku dan nanti saya kene ada bilik/ruang extra untuk jadikan maktabah untuk jadi rumah dan penempatan untuk buku-buku saya[tapi takLah banyak sangat]

3 comments:

Anonymous said...

yee..hm baru ku tahu rumah akak tak de TV..Insyaallah nanti pakat dgn amatullah&lain2 serbu teratak akak!

bersedia ye!

-nad-

[ Nazihah ] said...

Ok..insyaAllah..jemputLa datang..cuma teratak akak yang mana awak nak serbu ni?Sebab teratak akak kat bangi akan bertukar destinasi..

Anonymous said...

ibu dah beli banyak buku ader buku,salju sakinah...banyak lagilah mls nak sebut...