Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Sunday, February 6, 2011

< Dipenghujung Rasa >

BisMilLah..
Disaat ini aku hanya ingin menjadi aku
aku yang sebenar, yang tidak pernah berpura-pura
kerana iniLah nazihah yang dididik sejak 25 tahun yang lalu
...............................................................................................................................................................

Sungguhpun ia telah berlalu, tetapi untuk kali ini ia terpahat jauh disudut hati.
Pendendamkah aku? Mungkin ya, tapi jika seteruk ini, manusia berhak untuk kata apa sahaja biar tuhan yang menentukan.
Berpura-purakah aku seandai ku khabarkan ia telah selesai sedangkan ia tersemat utuh? ahh tuhan itu adiL kadang kaLa perasaan itu untuk tuhan bukan manusia. Biar hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang aku tahu, aku tak mahu menjadi pencetus 'perang' kerana aku telah menjadi mangsa 'perang' dan deritanya sangat menyakitkan. KataLah apa yang kalian mahu katakan, kerana kalian tidak tahu apa aku tahu.
SaLahkah aku untuk siapkan 'bekalan'? andai ini bukan kali terakhir, aku tiada pilihan selain redho, bersedia & berserah. Kadang-kadang manusia suka berlagak seperti tuhan, menjadi penghukum dan mengeluarkan kata putus sesuka hati

Dikala melalui hari-hari itu, gembira dengan sokongan yang ku terima, kerana aku yakin aku tak sendiri.Terimakasih untuk ungkapan kata dan kesudian menghulurkan telinga. Terima Kasih untuk doa kalian. IniLah bayaran untuk untuk kata-kata UMMI 'Sabar sayang, Allah nak bagi yang lebih baik '. IniLah yang tuhan ingin tunjukkan padaku, aku ada insan yang akan terus berikan sokongan. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku umpama 'mayat' dikala itu, tiada rasa, tiada kata, hati terus berputus asa. Hinggakan hatiku merayu tanggis, "Tuhan andai meneruskan ini adalah terbaik berikanLah aku walau setitis kekuatan, jika tidak putuskanLah mana yang pernah tidak ada apa-apa, nikmatmu dulu sudah terlebih dari cukup padaku"
Aku tidak pernah selemah ini & aku tidak bersalah jika mengatakan kalian 'kejam' menjatuhkanku seperti ini kerana aku masih belum mampu untuk berdiri apatah lagi berdiri dengan yakin.
Disaat ketika aku di'tolak' jatuh tersungkur, ketaatan & DIDIKAN yang dijadikan kayu menganggkat aku kembali..Daaa.. Apakah tidak kalian fikirkan KETAATAN yang perlu ku penuhi & DIDIKAN yang aku perlu buktikan sebelum aku disungkurkan..

[To Be Bersambung ^_-]

2 comments:

NSyahidaS said...

cari butang 'like' utk di klik. mlgnye x ketemu. :-)

[ Nazihah ] said...

'like'??
setiap kali saya baca balik entry ni saya mesti nangis