Me and love to be myself
- [ Nazihah ]
- Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*
Thursday, December 24, 2009
< Aku Perlukan Jiwa Seorang Fatimah >
Pastinya dia terlalu berharap hadirnya seorang pembantu taktala dia mengurusi isi rumah sendirian.Lalu dia hadir kepada seorang ayah memohon pengertian. Namun sang ayah hanya menitipkan 'BertasbihLah, bertahmidLah dan bertakbirLah..Disaat itu anakda akan merasakan seorang pembantu bersamamu'. Pernah menitis air mata si ayah ketika melihat tabahnya seorang anak menguli tepung sambil meyusukan si anak.
Pernah suatu ketika si Fatimah mengelilingi si suami hampir puluhan kali untuk menagih kemaafan atas keterlanjuran kata. Pasti saja kesungguhan dan keikhlasannya menyayat hati sang suami.Mungkin sahaja dia tidak sengaja atau mungkin juga dia tidak sedar bait-bait kalimah yang terpacul keluar dari lidahnya.Sungguhpun dia sangat berhak untuk merasai apa yang dia rasa kerana sesungguhnya Allah tak pernah ciptakan sesuatu itu sia-sia, tapi dia pasti yakin sesungguhnya syurga buat dirinya adalah disisi seorang suami.
Wahai Allah, berikanlah aku kesempatan untuk punyai jiwa Fatimah setelah kau berikan aku kesempatan menjiwai Khadijah dan Aisyah. Hanya padamu aku bermohon & menagih Allah, kirimkanLah untukku segunung kesabaran untuk aku terus menghadapi cabaran mengharungi hidup berkeluarga ini dan janganLah kau putuskan dariku jambakkan keikhlasan untuk aku terus berkhidmat dan untuk aku terus taat
Monday, November 24, 2008
< Kembara Disember >
1. Kawan-kawan saya akan berkumpul 2-3 hari lagi, saya?? saya selalu jadi orang yang ketinggalan T_T [SiLa baca dengan nada sangat SEDIH]. Saya baru sedar tadi yang ada jemputan untuk saya hujung minggu ini..huhu..Jumaat ini saya dituntut untuk menunaikan amanah lagi, TAPI maaf.. saya ada dating dengan UMMI [tiada toleransi untuk ini!!] Weken ni ada yang berharap untuk saya mengisi dengan sesuatu, tapi isnin sepatutnya saya ada di JB..untuk mengisi hak saya kepada hati-hati di Johor [Sape nak pinjamkan helikopter untuk saya??].SeLasa, saya akan VIVA..Rabu saya ada PROJEK UNTUK PRESENTATION DENGAN MIMOS.. Antara fitrah dan amanah yang mana yang harus saya pilih?? [Walaupun saya dah ada keputusannya]
2. 13- 14 Dis - Kami dah plan a family vacation untuk ke PAHANG..Bergembira dan berseronok di resort..BiLa pulang, rupa-rupanya hak amanah perlu ditunai pada 13 Dis.. Antara fitrah dan amanah, mana yang harus saya pilih?? Saya juga manusia yang ingin ada rasa gembira dan seronok !!
3. Saya telah putus pada tarikh ini, adaLah masa untuk saya..Gangguan takkan dijeling
8-12 Dis - Eid + Kampung
19-20 Dis - x-Usrahmate nikah
24-25 Dis - x-Usrahmate nikah
4. Saya mahu jadi seperti al-Ghazali yang punya 1/3 masa untuk tuhan, 1/3 masa untuk keluarga dan 1/3 masa untuk DIRI SENDIRI ..
Monday, May 26, 2008
< Bagaimanakah sebuah penghujung ?? >
Kehidupan akan datang seolah-olah tiada jaminan yang pasti..Adakah kita terus seperti sekarang?? atau kita akan hanyut bersama arus persekitaran?? Tiada yang disisi kita akan kekal. Kitakah yang menentukan pengakhiran kita?? kita menghafal sebuku al-Quran, terjaminkah?? kita memakai tudung labuh, terjaminkah?? kita pernah bersekolah disitu, terjaminkah?? kita ketua segala ketua, terjaminkah?? kita menjadi ibu & ayah, terjaminkah?? setiap malam kita bersama keluarga yang berbeza-beza, terjaminkah?? tiada apa yang bisa menjadi jaminan..kecuali hanya seuntai doa..
JanganLah kau palingkan hati kami setelah kau beri hidayah..Ya Robb
Wahai tuhan
yang membolak-balikkan hati
tetapkanLah hati kami
dengan agamamu
tetapkanLah hati kami
dengan ketaatan kepadaMu
tetapkanLah hati kami
untuk terus berada dijalan ini
hidupkanlah kami sentiasa dalam makrifatMu
matikanlah kami sebagai syuhada di jalanMu
Sesungguhnya KauLah yang memperkenankan doa.
Mustahil kita tidak sanggup dan tak mampu untuk melakukan sesuatu buat teman-teman kita yang telah tertawan dengan keindahan dunia diluar sana??pasti ?? walau hanya serangkai doa..kedekutkah kita?? [huhu T_T]
Thursday, May 8, 2008
< Bebas sikit >
Bagi meraikan saat keluar dari sel, saya puaskan hati menuju ke taman fajar ilmu. Tak banyak belanja hari ni, cuba kepingin satu buku lagi - Sirah Sahabiah, Jilid 1 - [ TuLah masa kat KONSIS ada,tak beli..jual mahal..kan dah takde kat taman]. 15 min memilih antara Khadijah the true love story of muhammad atau Khadijah drama cinta abadi sang rasul, akhirnya saya memilih si pink.
Duduk je atas bangku train, terus saja buka si pink, sehingga saya dan ADIK terlepas stesen sampai ke sri petaling..Gara-gara menghayati kisah hidup dan asyik bersama kisah cinta kekasih ar-Rasul.Saya mula mengerti kenapa saya mengagumi si Khadijah, rupanya dia si suci di zamannya taktala kematian 2 orang kekasih hati..Melihat, membayangkan, dan mengagumi ar-Rasul dari mata Khadijah. Novel hidup yang best, nasib saya masih ada tanggungan budak sekolah, jika tidak pasti saat ini saya sedang berdating dengan si pink..
- Nanti saya bergambar dengan buku-buku baru ye..InsyaAllah-
Friday, April 25, 2008
< Merasai debarannya juga >
Tuesday, April 8, 2008
< Kehilangan yang Berbayar >
Ya Allah..
Seandainya ini kifarah pada dosa-dosaku
yang ku sedari mahupun tidak
ampuni aku..
Seandainya ia exam kesabaran dan ketabahan
izinkanlah aku berjaya dengan A+
Hari ini saya menghabiskan beberapa jam untuk renew 'kad' itu..dikelentong oleh pemandu teksi, menunggu dengan berdiri 'pakcik panjang' untuk 1 jam..Setelah sampai disekolah, saya meredakan kelelahan dan menunaikan 'janji' saya pada Yang Esa..
Dalam perjalanan menunaikan 'janji', bertemu dengan 'sekecil' yang berjaya kuLasso tapi belum berkesempatan untuk kutarik..Kalimah yang pertama keluar dari bibirnya
Akak, saya kenal 'anak-anak' akak..
Ya Allah, andai ini bayaran sebuah kehilangan aku sangat bersyukur..Bersyukur kerana kau mengizinkan aku mendidik seorang lagi sekecil untuk ku hantar ke pentas syuhada'( teringat Khansa') ..biiznilLah..
Allah pasti akan menggantikan kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik..PASTI !! biiznilLah..
p/s: Saya sangat memerlukan sms kalian yang hanya saja mengandungi nama kalian..kerana saya mungkin akan kehilangan nombor-nombor kalian..mohon dengat sangat..
Wednesday, March 19, 2008
< Bolehkah??? >
--------------------------------------------------------------
Memberi secakir semangat disaat ku hanya punyai seteguk ketabahan..
Memberi kerana ia bukan milikku..memberi kerana Allah akan memberi lebih..
Memberi kerana kerana Allah akan menguji apa yang pernah kita ungkapkan..
MO0od -> Segenggam Tabah, KEMBALI dan Mimpi yang Indah..
Thursday, February 28, 2008
< Oh Tidurku.. >
Ya qowwi..mohon kekuatan yang kuat untuk kami terus bermujahadah terhadap diri kami sendiri..supaya kami bisa menjadi umatmu yang terbaik..Sesungguhnya menjadi yang terbaik itu bukan pilihan tetapi suatu perintah !! Berikanlah kesabaran, ketegaran dan ketabahan...mohon dengat sangat Ya Allah...
Friday, February 22, 2008
< Sendiri >
sendiri untuk menyendiri..
sendiri menguzlah diri..mencari diriku kembali..
sendiri untuk ku selami diriku kembali
sendiri agar si 'dia' keluar menemaniku
agar aku hanya bersama Dia..
mencari kembali semangat itu agar ia datang kembali..
Ya Qowwi kuatkanLah aku..jangan biarkan aku jauh darimu walau se'milimeter'
Thursday, February 7, 2008
< SelamatLah abang dan kakakku >
Semoga Allah mempermudahkan yang rumit, melapangkan yang sempit, melancarkan yang tersangkut-sangkut, memberi ketenangan yang paling damai, memberikan segalanya yang terbaik dan terlayak buat abang dan kakakku ini ..
Friday, January 11, 2008
< Hari ini >
Mengetahui ‘anak-anak’ku tidak berprestasi seperti yang diharapkan semester lalu..otakku mula ligat berfikir, apakah gayanya membantu..Haa!! aku kene jadi ibu yang temankan ‘anak’nya belajar lepas ‘isya..Ini je cara yang terlintas difikiranku kini *buntu*
Baru sewa satu loker di library UKM, sebagai langkah-langkah paksaan untuk menjadikan library sebagai ‘rumah’ pertamaku,dalam strategi-strategi menguzlahkan diri untuk mengelak dari men'extend’kan diri..i don’t have so much time for ummah even for myself..
Friday, January 4, 2008
< Kehidupan Yang Sukar >
Membuat pilihan (tak suka..tak suka..) untuk sesuatu yang MENCABAR
dan sangat MERBAHAYA
untuk saat-saat seterusnya
Semoga Dia menunujukkan jalan
Kau aturlah aku, sesungguhnya KauLah Pengatur yang Sangat Bijaksana
Doakan aku teman..
Sunday, November 18, 2007
< Nak Sangat >
TAPI..
Esok kene present projek untuk LI
BARU SIAP 30%
Tolong saya boleh?
Tolong doakan saya sempat siap hari ni
dan semoga esok dilancarkan dan dibantui Allah..



