Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, May 26, 2008

< Bagaimanakah sebuah penghujung ?? >

yong..i know of a girl, dah hafaz beberapa juz quran di ** but now, diri sendiri dia yg merelakan dn menggoda lelaki2 dn dia sendiri yg menceritakn keaiban dirinya pd org2 disekelilingnya trmasuk lecturer2..kerana apa? mahu simpati mungkin..sbnarnya kami dah tak sanggup dan tak terdaya nak buat apa2..

Hanya segelintir sahaja manusia yang memanggil saya dengan YONG.1st,family *homesick lagi*. 2nd member-member sekelas [extra: yang feminin only ^_-], tapi seingatnya mula time menengah atas, sejak ibu mula mengajar anaknya sendiri. Paling tak best bila ibu mengajar is when she start talking about anak-anak dia. Tak senang duduk time tu walaupun orang lain seronok je dengar..*rindu sekolah & kenangan lalu*

Kehidupan akan datang seolah-olah tiada jaminan yang pasti..Adakah kita terus seperti sekarang?? atau kita akan hanyut bersama arus persekitaran?? Tiada yang disisi kita akan kekal. Kitakah yang menentukan pengakhiran kita?? kita menghafal sebuku al-Quran, terjaminkah?? kita memakai tudung labuh, terjaminkah?? kita pernah bersekolah disitu, terjaminkah?? kita ketua segala ketua, terjaminkah?? kita menjadi ibu & ayah, terjaminkah?? setiap malam kita bersama keluarga yang berbeza-beza, terjaminkah?? tiada apa yang bisa menjadi jaminan..kecuali hanya seuntai doa..

Ya Allah..
JanganLah kau palingkan hati kami setelah kau beri hidayah..Ya Robb
Wahai tuhan
yang membolak-balikkan hati
tetapkanLah hati kami
dengan agamamu
tetapkanLah hati kami
dengan ketaatan kepadaMu
tetapkanLah hati kami
untuk terus berada dijalan ini
hidupkanlah kami sentiasa dalam makrifatMu
matikanlah kami sebagai syuhada di jalanMu
Sesungguhnya KauLah yang memperkenankan doa.

Mustahil kita tidak sanggup dan tak mampu untuk melakukan sesuatu buat teman-teman kita yang telah tertawan dengan keindahan dunia diluar sana??pasti ?? walau hanya serangkai doa..kedekutkah kita?? [huhu T_T]

5 comments:

Anonymous said...

Bagaimanakah sebuah penghujung??
Apabila membaca post ini, risau juga memikirkan,kawan-kawan dalulu aktif, belum Grade pun ada yang dah LARI....Hanya doa sahajalah kita pohonkan, Moga2 dilindunginya...Alhamdulillah dalam halaqah kami sekarang cuba back up tajuk berkaitan ini..Mgkn penghujungnya,kita STOP atau FUTUR atau ON OFF...nauzubillah, Namun sudah pasti ada puncanya, betul tak?...Mgkn Tulisan Dr Said Muhammad Nuh yang dibincang dalam usrah kami boleh dijadikan iktibar..

[ Nazihah ] said...

to En anon:[harap betulLa En], saya lebih banyak risau tentang diri saya sendiri, apakah saya akan terus thabat bila tanggungjawab semakin bertambah??[macam risau dengan dosa sendiri] kemudian baru risau jika ia melanda teman-teman yang saya sayang. Tulisan Dr Said Muhammad Nuh tajuk apa ye?..Tambahan -> Kalau awk tulis nama sendiri, mesti ruang komen saya tak banyak pak cik anon..*gembira*

Anonymous said...

(Anon 2008)

Yup, yang utama sekali diri kita lah.. Kita lah yang bertanggungjawab terhadap diri kita..Rasanya tajuk buku itu ialah punca2 futur, ada dua jilid...Terbitan Robbani Press atau Gema Insani..Yang saya ingat, bab pertama dia ceritakan punca futur; antaranya adalah berlebih-lebihan.
Kata murobbi saya, tanggungjawab itu jangan di tanggung seorang-seorang.Kongsi la bersama2 sahabat lain,gunakanlah ilmu dari mak cik Barbara awk tu..

[ Nazihah ] said...

To En anon 2008: bolehLa nama tuh..saya comfius apa kaitan tulisan mak cik barbara dengan futur?? O_o memang betul..sebab-sebab futur adalah kerana kita lelah di jalan tarbiyah dan dakwah. Punca kelelahan ialah kerana kita tak bersama memikul amanah dan tanggungjawab ini..kalau saya, kita tak SEJASAD dalam setiap kali senang dan susah [huhu..medan menaip itu sangat mudah dari medan amal T_T]. Untuk berlebih-lebihan boleh rujuk 3:147

Anonymous said...

(anon 2008)

Mak cik barbara tu mmg tidak ada kaitan dengan futur, ia ada kaitan dengan berkongsi tanggungjawab yang ada..Kongsi=mesti cakap kan, sama ada mahu minta tolong dan sebagainya. Yang jadi penat tu mungkan berpunca menanggung kerja seorang-orang..Saya lebih suka ber"anon" lagipun saya tidak kenal awk dan awk tidak kenal saya, jadi anon lah lebih sesuai.