Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, May 22, 2008

< Lelaki dan Wanita [lagi..BOSANLa tajuk ni]>

Hari ini status YM saya ['Nape kene lelaki ada ' MODE. Jangan ganggu!! Saya akan release sendiri!!] dan saya ambil masa 1 jam untuk cari balik mood PSM saya yang hilang T_T. Sesiapa yang ada dalam kotak YM saya mesti tertanya-tanya..Maaf. Saya bukan pejuang feminisme, saya cuma mahu orang lain tahu PEREMPUAN dan LELAKI itu SANGAT BERBEZA dan tidak menafikan ada sedikit persamaan. Saya juga bukan TAKSUB dengan makcik barbara..tapi mak cik barbara banyak meredakan jika saya berada dalam mood 'Lelaki ni PELIK' . Saya seringkali pelik kenapa saya ada mood ni sedang saya punya ramai adik lelaki?? Saya tidak pernah bersekolah di sekolah PEREMPUAN only..

Ustazah dulu, UMMI, ABAH, ABANG juga berpandangan yang sama seperti makcik barbara. Quran juga bicara tentang itu

Wahai orang yang beriman, sesungguhnya kami ciptakan kamu dikalangan lelaki dan perempuan, pelbagai puak dan bangsa untuk saling mengenali. Sesungguhnya yang terMULIA dikalangan kalian adalah yang PALING BERTAQWA

Ustazah pernah khabarkan dulu "Banin dan banat ni lain. Kalau dengan banat ustazah direct jer, takyah bersilat lama-lama sangat". Ummi pernah kata "Lelaki ni memang lain sikit". Abah kata "Perempuan suka dihargai, apa kata korang buat tukar-tukar hadiah.Lelaki ni slow sikit bab-bab hadiah ni". Abang kata " Memang pendekatan lelaki dan perempuan ni lain. Perempuan ni selalu kene ceritakan peranan dia pada generasi masa depan, dia, keluarganya dan anak-anak. Lelaki ni kene SEDARkan dia tentang masyarakat dan negara.Siapa nak jadi menteri masa depan? Siapa nak jadi PM time 2020? ". Mak cik barbara kata "Man is lunch-cheaser, woman is a nest-defender"..LIHAT !! Semuanya hampir samakan??Tapi kenapa didikan kita tak meraikan si lunch-cheaser dan si nest-defender??

Di tadika kehidupan, saya juga dibesarkan dalam suasana yang sama..Bertemu, berbicara, dan berbincang dengan lelaki bila ada keperluan. [Sila rujuk buku Fatwa Yusuf al-Qardawi jilid 7]. Kini ABAH juga didik kami dengan didikan yang sama " Kita da'ie, kene jaga syakhsiyah ".
Perkara-perkara ini pernah ada dalam fikiran saya sebelum ni:

1. Kita bekerja kerana mengisi jawatan yang kosong ke kita bekerja kerana ada kerja?? Jawatan itu datang atas dasar organisasi??

2. Kita buat sesuatu kerana keperluan ke kerana kehendak??Saya suka tanya KENAPA pada orang lain..supaya matlamatnya jelas..seperti "Kenapa kene ada banner?" [Nasib baik pak cik banner dapat jawab ^_-]

3. Kita menyelesaikan masalah ke kita mewarisi teknologi tarbiyah lampau??

4. APA??KENAPA??BAGAIMANA?? Penting ke guna susur galur ini sebelum lakukan sesuatu??

Saya telah temui jawapannya..

Hari ini telah menzahirkan jiwa seorang pemberontak yang 'bekeng'. Ya, saya keras dan degil. Tapi Khadijah r.a juga keras dan degil.Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya yang dah jadi everest ni, serta kezaliman dan kekejian yang telah saya lakukan.. Nasib baik KAKAK tenang reply email itu..Tak sabar nak jumpa UMMI, supaya UMMI tahu apa yang saya rasa.

5 comments:

WF:ciktim said...

heh~ kakak saya kenapa ni?
meh saya gelak dulu kat awak...
ha3+27 0_o
akak saya yakin ada juga lelaki berfikiran spt awk,
cuma belum muncul depan kita.
sbb dia dikelilingi oleh makcik2 yg buat dia rasa spt awk.
buleyh tak?
adanya org spt mereka melengkapkan rasa hidup kita, kan^^

[ Nazihah ] said...

0o0oo awk dah pandai gelakkan saya eh O_o

saya tak paham buleyh tak utk apa??

Saya takleh bayang kalau dunia ni hanya dipenuhi oleh perempuan yg sangat emosional..esti lg byk perang kot..

Anonymous said...

Bekeng? Wah, mantap tulisan awk...dah mula masuk bahasa kelate..ni mesti kak we yang ngaja..hahaha. Kalu awk nak tahu, bekeng ni biasanya untuk beruk...maaf la cakap...memang tu bahasanya di beberapa kawasan kat kelate...yang sesuai adalah (pongoh..Try tanya kakwe balik lah..

Bahasa kelate jiwa bangsa....hehehe

[ Nazihah ] said...

0oo00oo ye ke?? Tapi kalau bahasa budak-budak johor macam saya bekeng tu untuk orang yang keras kepala..dan cepat 'melantun'..
Thats de beauty of Allah..puak dan bangsa untuk saling mengenali

WF:ciktim said...

saya gelak pada kakak saya sebab saya sedang membayangkan muka awak sedang tulis n3 nih..
sorry..
tak gelak dah.
agaknya lah.
pompuan emo=selfish.
of coz makin byk perang.
ee.
awk jgn jadi emo ek.
*kite hanya pemberontak tau*