Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, May 19, 2008

< Membebel >

Mak cik barbara kata perempuan perlu menghabiskan banyak perkataan dalam sehari.Lebih 2000-3000 perkataan dari lelaki..iTulah sebabnya perempuan ni bahasanya lebih teratur.So, kalau perempuan tak habis perkataan yang banyak-banyak tu beerti dia keMURUNGan..bahasa biasa TENSION dan TERTEKAN.Pilihan yang ada hanyaLah DENGAR atau orang yang anda sayang KEMURUNGAN..Nah pilih antara satu, yang mana satu pilihan kalbu??

Jika anda yang berada didalam situasi begini saya sarankan baca buku..Man can't listen, woman can't read map. Selepas habis yang tu terus baca Man don't have a clue, Women always need new shoes. Supaya dapat tahu kenapa perempuan suka 'berkata-kata' dan bagaimana nak adapt..

Mak cik Barbara kata perempuan akan 'berkata-kata' dan 'bercerita' bila nakkan perhatian atau ingin berkongsi sesuatu dan mereka ingin dihargai..Lagi-lagiLah perempuan itu berkerjaya sebagai SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA. kerana mereka rasa kerja-kerja yang mereka lakukan hanya kerja-kerja picisan, buang sampah, sapu sampah, basuh pinggan dan dll.

Ramai remaja atau sesiapa sahaja tak berapa gemar ibu mereka mengeluarkan kata-kata hikmah..Tapi kan, ibu akan menghamburkan kata-kata hikmah kerana dia menyanyangi untuk orang yang dia sangat sayang..Cuba baca ini..Ibu telah sangat susah mengandungkan, kemudian melahirkan [huhu teringat kisah kak hana], menyusukan, memandikan dan kadang-kadang anda kencing padanya, menyuapkan makan, membesarkan dengan penuh sabar [tambahan jika anda nakal..hehe bukan saya ^_-] Kenapa seorang ibu menggagahi semua itu?? yang mungkin anda tak mampu..kerana DIA SANGAT SAYANG..sedang anda hanya perlu membalas segala apa yang dia lakukan dengan MENDENGAR HAMBURAN KATA-KATA HIKMAHNYA DENGAN RASA SAYANG DAN KASIH YANG SANGAT.Hanya setitis dari penggorbanan ibu yang terlalu banyak *homesick*. [Tambahan yang paling pertama dan utama doakan ibu & ayah tanpa henti]


Tapi kalau ada sepesen dengan saya, yang kadang-kadang sengaja membuatkan ibu mengeluarkan kata-kata hikmah bila selalu dengan sengaja jadi nakal..Itu NO KOMEN..^_-

No comments: