Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Friday, May 2, 2008

< Nakba Palestin >

Sungguhpun jasadku berada di talk palestina, namun ruhku tidak merasainya sepenuhnya. Merasai sesuatu yang berbeza dari orang lain [mungkin..sayakan PELIK], tapi dapat juga tambah update news tentang palestina..sesungguhnya update dari insan yang punya hamasah 'Free Palestine' yang tinggi sangat berbeza dengan baca dalam kantung mail..

Ya..saya tahu kalian tahu ini..
Mereka dicatu makannya, sedang kita pantang lapar sikit [aduiii]
Mereka di'boikot', sedang kita KEDEKUT
[makan boleh nak dekat ringgit 10, bagi ringgit 1 pun susah..kena lagi..]
Mereka takde letrik, takde petrol, takde ubat..
[Kita yang serba-serbi ada, pun tak reti-reti bersyukur..]
Fuuh..CukupLah..hatiku dah berdarah [baru hati yang berdarah, belum jasad]

Ini yang saya terfikir tadi..

Layakkah untuk berada dibaris syuhada' sedang mereka mendahului?? Ibu yang melahirkan yakin dia tak bisa mengasuh anaknya kerana UBAT takde..Mereka bertahan dengan KUAT, saya hanya mampu mengedar flyers [kerdilnya..]. Melihat ayah singa yang tidak berapa sihat boleh mengaum dengan gah, saya masih muda dan sihat..Apa yang saya buat?? huhu buang masa sokmo, lalai sokmo..Andai umur ayah singa tak lama, ada ke anak singa yang telah siap siaga mengganti? Dalam kepalaku ada 2 orang..sorang akan melaungkan azan untuk ke medan. Sorang lagi akan bersama kami untuk mendidik generasi masa depan dengan cerita-cerita kegemilangan dan wira-wirawati ISLAM sebagai bed-time story mereka supaya mimpi mereka menjadi wira[siapa mereka??RAHSIA]. Tapi cukup ke 2 orang jer?? Tidak..kami bersama. Tiba-tiba teringat nyanyian samihah(3) dan muhammad(5)..

Kami anak kecil nusery Taman U
Kami anak comel WAWASAN UMMAH..

Hebatkan tangan yang mendidik dan mengasuh..
Tapi buku quantum tarbiyah ajar -> Menjadi yang paling baik dengan keterbatasan yang kita ada..

Saya fikir begitu kerana saya minta supaya diberi yang terbaik yang wajar saya dapat..mungkin saya hanya layak dapat refresment..


---------------------------------------------------------------------------------

Baru tamat baca Aku Terima Nikahnya, Abu Saif..

Hati kata : Alhamdulillah sebuah bait ad-Dakwah telah selamat dibukukan, ada siapa nak jadi penerus?[Kalau dapat buat gabungan cerpen okey jugak..Tajuk: Bercouple yang bahagia, tapi cerita tentang mereka yang nikah tanpa bercinta, versi org2 muda..kalau kami boleh buat, kalian juga pasti boleh] Biar mereka di luar sana sedar sesungguhnya couple [sebut kupLe] itu takkan bawa kemana-mana, buang masa[dan segalanya].takde hasil..

No comments: