Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, May 1, 2008

< Manisnya sebuah rukuk >

Saje je nak jadikan entri baru..^_-

Bila melazimi tahajjud,
memang terasa seakan-akan ada suatu energi yang menjalar dalam diri.
Yang banyak mempositifkan pemikiran dan tindakan.
Serius!!
Tapi kenapa kita malas bertahajjud?


Kataku ada 2 sebab [ada orang lain nak tambah sebab lain?]:

1. Kita tak rasa manisnya tahajjud.. tapi manis itu kene cari, macam kita cari gula kat kedai time orang sorok gula..Hanya si singa di siang hari sahaja yang mampu menjadi sang sufi di malam hari..Hanya sang sufi yang merintih dimalam hari sahaja yang bisa menjadi singa yang TANGKAS di pagi hari...

2. Ataukah kita hanya menjadi orang yang berselimut yang bangkit taktala ada insan istimewa yang kejut??Maniskah tahajjud tika itu??Bangun kerana insan yang kejut, bukan kerana untuk menemui Dia yang sangat istimewa..

3. Sebab kita suka berlagak dengan kuasa luar biasa sendiri..Ingat kita boleh jalani hari esok dengan kuasa luar biasa diri kita je ke??Padahal hari esok itu penuh dengan luar jangkaan..dan kita setiap masa perlukan hidayah Allah dalam setiap tindakan..

Yang mana satu kah kita?? Kalau takde ciri kita di atas..Kalian memang HEBAT !!

4 comments:

Anonymous said...

hm..masih blm menjadi org yg hebat..sbb ketiga-tiga ciri tu msh melekat dlm diri...

-nad-

[ Nazihah ] said...

bayi yang pandai berlari mula dengan pandai menangis..dan dia kerap kali terjatuh bila cuba untuk belajar berdiri, TAPI dia berusaha jugak untuk terus berdiri..

akak pun ada one of it jugak..hehe yang mana, RAHSIA..

cikEff said...

nak sangat org kejutkan...
diri sgtla lemah~
kejutkan saya sama~

[ Nazihah ] said...

okey..InsyaAllah..Saya teringat piramid kejutkan orang tahujud versi KAMMI