Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Sunday, May 4, 2008

< Marah + Geram = Benci >

Saya perlu ke Gombak tapi esok exam banyak tak baca lagi..tapi sekarang ni dah tak boleh baca sebab ada kejadian teruk berlaku di rumah ke dua saya..

Tadi ada satu pernikahan yang berlangsung. Saya macam pelik kenapa penikahan ni tak semeriah biasa..Heeem rupa-rupanya, si perempuan dah berisi dan ada kawan dia, si lelaki baik sanggup untuk kahwini dia..HEEEEI GERAMMMNYEEEER!! [baca nada seperti nada Saidina Umar geram]. Korang memangLa boleh tutup malu tu sekarang, kalau anak tu perempuan camne?? Nak tutup camne lagi malu tu??

Saya benci lelaki yang suka bunuh diri [hisap rokok] dan jahat [berteman dengan anak dara orang tanpa pengetahuan ibu & ayahnya]..Saya sibuk dengan si Zionis di Palestina tapi rupanya mereka telah menang di bumiku sendiri..Waaa sedihnya..Mesti si kuffar melonjak gembira..Waa saya telah ditawan di negara sendiri walaupun negara saya telah merdeka..

Lelaki jahat tu sangat gembira kerana dia telah merosakkan banyak kehidupan orang lain..Perempuan bodoh berisi. Padan muka, sape suruh percaya dengan lelaki jahat.Lelaki baik kene kawen dengan perempuan bodoh. Padan muka..sape suruh baik sorang-sorang.
Perempuan bijak tak kawen sampai mati sebab laki baik kene kawen dengan perempuan bodoh. Padan muka, sape suruh bijak sorang-sorang..Tapi ingat LELAKI JAHAT, tuhan saya sangat adil, Dia pasti membalas dosa anda SELAYAKNYA dan SETIMPALNYA..Waktu itu saya akan kata PADAN MUKA !!!

Saya menulis entri dengan hati yang membara dan air mata yang menitis..IniLah realiti ummah kini..BangkitLah wahai pejuang yang LEKA!!Kita dah tak punya masa untuk sesaat kelalaian..
Jom buat Hari ABJZ besar-besaran!!

7 comments:

-nadhirah ar- said...

kak nazihah..apa ini realiti depan mata akak??

subhanallah..selama nih hanya baca dalam novel..tp blm jumpe realiti sedemikian..

hm..yg menjadi kambing hitam tu???

ada + ada - nye...

[ Nazihah ] said...

huhu..sesungguhnya..
tapi nasib baik nampak orang nikah je..
kalau nmpk lg teruk, akak boleh tensi 1 minggu.
Takcam dan taknak kenal orangnya..
sedih nak tengok..
tuLah pasal kene kat akk, habis 1 alam tahu huhu
tapi salah tindakan tadi *melarikan diri* kalau kenal dengan perempuan tu,boleh tarik ke tarbiyah..

nad kesian kambing, tak pasal-pasal dia terbabit sama.. ^_-

Maryam Abu Ahmad said...

kenapa macam kenal ayat2 itew? hehehe..

takpa nazihah.. kerja kita memang banyak.. berapa kerja bole?

[ Nazihah ] said...

hehe ayat yang mana? yang 'lelaki bunuh diri dan lelaki jahat' tu ke? hehe..

berapa yer kerja yang boleh?
sebanyak boleh?? atau seoptima yang boleh?? Akak yang mana satu..
ke ada jawapan lain..

'Umayr SRA said...

Kesian... Sumer dipadanmukakan...

Kesian anak perempuan tuh. Apa yang dia nak jawab nanti kene tanya?

Tapi sangat kesian... Kalau perempuan tuh kene rogol dan bukan suka rela...

Kesian, kesian, kesian. Umatku yang tak tahu ertinya Islam.

[ Nazihah ] said...

to 'Umayr: huhu menakutkan sih statement dia..Tapi ituLah hakikatnya ummah kini..

nanami ichijo said...

yong..i know of a girl, dah hafaz beberapa juz quran di DQ but now, diri sendiri dia yg merelakan dn menggoda lelaki2 dn dia sendiri yg menceritakn keaiban dirinya pd org2 disekelilingnya trmasuk lecturer2..kerana apa? mahu simpati mungkin..sbnarnya kami dah tak sanggup dan tak terdaya nak buat apa2..