Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Saturday, May 17, 2008

< Golongan yang tercicir >

Kerana ketangguhan lalu, hari ini aku menjadi salah seorang dari golongan-golongan yang tercicir..Aku keciciran taktala teman-temanku turun ke medan bersama hati-hati yang bersih untuk dibentuk. Temanku turun ke medan tapi aku INSAN YANG KETINGGALAN kerana ketangguhan dan kelalaian T_T. Adakah aku akan di boikot seperti tertinggalnya insan itu dari medan uhud??

Temanku bermandikan air yang sangat damai yang mengalir dengan penuh tenang, aku?? masih disini..
Temanku bertemu tuhanku tanpa halangan, berlantaikan tanah berbumbungkan langit, aku?? ntah bangkit ntah tidak..
Temanku mendaki meneliti setiap ciptaan tuhan, jalan untuk hampir denganNya, sedang aku masih disini konon-konon setia menghadap si layar ini..

Semoga aku tidak menjadi kambing yang diterkam si musang..Lindungi dan peliharaLah aku tuhan..Semoga tiada lagi keciciran yang perlu ku lalui ..cukupLah ini yang pertama dan terakhir..Doakan aku teman..

2 comments:

Mashizaki Keikan said...

suatu perkara yang bahaya... kita mesti sentiasa berusaha agar da'wah itu hidup bersama kita dan kita ini hidup bersama da'wah... jgnlah kita menjadi seperti kaab bin malik dgn beberapa org temannya yang tercicir sewaktu di perang tabuk. Allah dan Rasulnya telah mengajar kepada kita ttg betapa pentingnya bersama dengan Jamaatul Muslimin...

[ Nazihah ] said...

huhu betul tu..pak cik hassan cakap 'biar dakwah itu lentur dalam diri mereka'