Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, April 30, 2008

< Anak Tiri >

Seusai tadabbur surah at-Talaq..terus istisyarah dengan KAKAK tentang TALAK..Sengaja dikorek kembali ilmu yang tersembunyi jauh di ruang otak..Tentang rumahnya,auratnya, nafkahnya, anaknya..

Siapa kata ISLAM mengANAK TIRIkan perempuan?? Tak percaya??

1. KalauLah talak itu ditangan wanita, mesti penuh bilik kat pejabat islam negeri penuh dengan kes-kes cerai..kalau advance lagi, satu bangunan kot O_o

2. Kenapa ada 'iddah, sebab sepanjang waktu ituLah wanita perlu menstabilkan EMOSI dengan perubahan baru kehidupan mereka..Juga tanda Allah sangat sayang dengan sebuah keluarga..Namun jika tiada penyelesaian yang lebih baik dari TALAK..maka silaLah..tapi, pasti seisi bumi bergetar..Tapi sebelum TALAK ada kaedah merawat keluarga kan?? [Ni kene tanya orang yang belajar, bukan orang jahil seperti saya -_- ].

Kenapa penting sangat EMOSI pada wanita? Sebab EMOSI ituLah ciri-ciri penting si 'nest-defender' [sila baca man can't listen, woman can't read maps], ituLah sebabnya ibu itu ada 6 sense kerana dia perlu peka dengan perubahan keluarganya. Hanya ibu saja yang bisa tahu tangisan si baby itu kerana apa, laparkah atau lampingnya perlu diganti atau sebab tak nampak ibu di depan mata [tapi adik2 saya menangis bila jumpa ibu, camne tu ye??]. Bayangkan sebuah keluarga yang ayahnya kurang emosi, ibunya pun kurang emosi juga maka jadiLah anak-anak itu ROBOT yang tak berEMOSI..

3. Perempuan perlu mengambil masa untuk sebarang perubahan dalam kehidupan mereka kerana mereka perlukan masa untuk membentuk EMOSI untuk kehidupan baru. MAKA berikanLah mereka masa.. seperti wanita bersalin, mereka di beri 2 bulan..ingat senang ke nak bangun every 2 hours untuk susukan baby..[sayaLah orang yang malas nak bangun bila adik nangis di dini hari haha]. Sama juga wanita yang di TALAK..

4. Kenapa wanita yang mengandung 'iddahnya sampai bersalin?? kerana ketika itu wanita sangat memerlukan sokongan tambahan.[based on pengalaman tengok ibu dan KAKAK mengandung ^_- ] HelloOOon ingatkan senang ke nak mengandung?? suka-suki je nak TALAK time tu..KAKAK damaikan saya, kalau jodoh sampai time tu je nak buat camne..Saya terima jawapan itu, walaupun hati tak puas dengan kenyataan tu. Bunyinya maca tak BERHATI PERUT dan TERUK LANTAK bila menceraikan isteri ketika ada baby dalam rahimnya..Tapi Allahu'alam..

5. Kenapa ibu yang menyusu anak perlu dibayar upah/nafkah lepas TALAK..sebab baby yang menyusu adalah 'penyerap' nutrien ibu yang paling aktif. Bahasa saya [bukan bahasa seorang ibu], ibu yang makan, yang lain pulak dapat nutriennya..Menyusukan anak perlukan komitmen[ini sebab baca dan lihat], kerana ibu kerapkali tertidur ketika menyusukan adik..
MORAL -> SayangiLah ibu anda..haha

AdilKan ISLAM??

No comments: