Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, April 23, 2008

< Tol naik tak? >

Aduh, ingatkan tadi didenda..nasib baik hanya tol ini..nasib baik tol tak naik..Fuuh, lega 0_o''

Lapan perkara yang anda tak tahu tentang diri saya..Apa yang awak tahu tentang saya??Aduh, lebih susah dari soalan exam isnin lepas 0_o.Nasib baik WM tak jadi cikgu saya, mesti saya nyaris-nyaris lulus ^_-

1. Saya dah lama tak mengikuti perkembangan dunia Luar selain saja yang terisi di kantung mail saya, kerana saya berada dalam penjara PSM [agaknya kalau malaya diserang pun saya tak tahu]..Saya tak sabar untuk 'dibebaskan', saya kebosanan bila sentiasa perlu 'berhibernasi'.. Waa..Bosan!!Tolong!! Saya tidak mahu sebarang masa tambahan.TIDAK!! Doakan saya 'dibebaskan' tanpa sebarang penalti dan tanpa sebarang masa tambahan. Izinkan saya melihat Matahari yang cantik..TAPI saya akan diterus dipenjarakan dari sebarang agenda dunia luar sehingga saya dibebaskan, Melainkan saya pandai melarikan diri TAPI saya akan juga di'tangkap' semula..Aduiii

2. Saya PELIK..sebab walaupun sesibuk manapun saya[walau dikurung dalam penjara sekalipun], saya akan isi juga papan blog saya terutama bila saya punyai keinginan yang kuat..^_^ kerana ia adalah kelegaan yang sangat. PercayaLah, tengah meeting pun saya boleh buat tambahan bahkan dalam 'seminar' juga. Dengan syarat ada 'Lingkungan tanpa wayar'..semuanya kerana saya HANTU BLOG..

3.Saya telah terima banyak tawaran kerja, walaupun saya masih belum lagi tamat sekolah. Menjaga si adik kecil, menjaga kanak-kanak kecil, menghadap web[jauhkan diriku dari komputer..TOLONG!!]. Tapi saya tak tahu nak pilih yang mana, saya tak mahu pilih yang mana-mana lagi sebab saya tak habis sekolah lagi, saya nak kerja yang tak lari dengan fitrah saya..[penat melawan fitrah]. Kerja dengan anak-anak atau kanak-kanak macam seronok, sebab dunia mereka hanya ada keseronokkan..Seronoknya jadi mereka..

4. Saya mudah BERTUKAR.di tengah-tengah marah saya boleh tersenyum, setelah melihat gelagat orang-orang tak bersalah..sampai adik saya selalu kata "Kak yong ni marah ke tak sebenarnya??".Saya boleh tiba-tiba meninggi setelah gabra yang teruk (macam perhimpunan besar hari tu ). Saya boleh buat lawak ditengah-tengah ketegasan(kegarangan), sampai orang tak berani nak gelak, bila saya gelak baru mereka gelak..

5. Saya macam BUDAK-BUDAK. Tak sangka 'adik-adik' saya tanya soalan ni beberapa hari yang lalu..

adik: umur akak ni berapa?
saya: Dah pernah 20 tahun..(huhu dah membesar rupanya)
adik: Akak ni tak macam 2* tahun la, macam kanak-kanak, kami pun lagi matang lagi dari akak.
saya: Ye?? do i look young?? (sambil sengih panjang)
adik: Tengok tu macam budak-budak..

Ibu pun pernah kata " Sedar pun dah besar, tapi perangai macam budak-budak "..Ketika saya bercerita tentang umur saya dan adik-adik..*homesick, walaupun baru balik*

Penat Ooo sentiasa jadi matang dan sentiasa jadi budak BESAR (besar la sangat..) bagi la chan jadi kanak-kanak yang bahagia seketika.

6. Saya PANTANG BERODA..baru saya tahu kenapa ibu dan ayah tak biarkan saya beroda percuma..Nanti pasti saya tak lekat dirumah..asyik ke sana ke sini..dalam kepala asyik nak berjalan je. Tapi berjalan yang paling menyeronokkan ke FAJAR ILMU..walaupun dekat je...Tak sabar nak pergi 'Tanah tinggi'

7. Saya mempunyai PENAAKULAN TINGGI..Siapa yang mahu bercerita dengan saya perlu mempunyai alasan yang kuat..Kalau tak, saya akan goyahkan pendirian banyak manusia..Tambahan: saya DEGIL..lagiLah anda perlu mempunyai hujah yang kuat + KENTAL..
Hanya tiga insan sahaja yang saya boleh terima cerita mereka tanpa penaakulan yang terer..sebab tuLah saya selalu cari mereka kalau saya buntu..Kadang-kadang nak pilih baju raya pun dia pilihKan untuk saya..haha.Siapa MEREKA?? Ibu, Ayah dan Ummi..


8. Saya PENGGANAS yang suka menganggu ketenteraman orang lain..terutama ketika saya bosan atau ketika saya dalam mood PEROSAK..Paling gemar menganggu adik, usik mereka sampai mereka menangis (comelLah budak kecik nangis, mewarisi perangai ayah)..Lepas tu pujukLa balik, kalau tak berjaya, apalagi..kenelah siapkan telinga dan menadah kata-kata hikmah ibu..Kadang-kadang sengaja jadi nakal supaya boleh mendengar 'kata-kata hikmah' ibu, Itulah yang paling dirindui bila duduk jauh dengan ibu..Saya juga suka menganggu ketenteraman teman-teman SEJASAD..cuit-cuit lepas tu kene cubit..Haa padan muka, tuLah ganggu orang lagi!! Tapi seronokLah ganggu orang..hehe.Tapi kalau salah line SIAPLAH !

aLaaa..awak dah tahu, nanti saya dah tak boleh nak kelentong lagi..

--------------------------------------------------------------------

Doakan saya dilancarkan kata-kata ketika memuntahkan wasiat malam esok..Fobia 'perhimpunan besar' masih lekat di kepala..

No comments: