Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Sunday, April 6, 2008

< Islam = lesen kereta >

ABAH bagi talk pada kami...seronok...ABAH bawa sekali adik ammar.Comel je adik ammar bila dia betulkan LCD time ABAH bagi talk..

Islam adalah 'lesen' menumpang di bumi dari KERAJAAN ALAM.

Sungguh,(agama tauhid) inilah agama kamu, agama yang satu
dan Aku adalah tuhanmu, maka sembahlah aku.[Al-Anbiya' (21): 92]

..Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah aku cukupkan nikmatKu
untukmu, dan telah Aku redhoi ISLAM sebagai agamamu..
[Al-Maidah(5): 3]


Lepas dapat lesen kita perlu 'memandu', kita bukan sekadar penumpang

..Kalian adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan
untuk (memandu) manusia..(Ali Imran(3): 110)

Pemanduan memerlukan matlamat..supaya arah terpandu..

Katakanlah, Inilah jalanku, mengajak (manusia) kepada Allah
dengan yakin, aku dan orang-orang yang mengikutiku, dan aku tidak termasuk oang-orang musyrik
[Yusuf(12): 108]

Kita bisa saja 'excident' jika tidak berhati-hati dengan rasa TAQWA terhadap dosa dan kekejian bahkan kezaliman tehadap diri sendiri..Taqwa umpama brek kereta, perlu digunakan setiap kali enjin dipasang, perlu sentiasa dipastikan selamat..Andai brek tidak digunakan atau 'sakit', kereta perlu dihantar ke bengkel istigfar dan taubat..

Jangan sampai kita disaman oleh KERAJAAN ALAM, tidak cukupkah tsunami yang lalu?? tidak cukupkah gempa bumi yang satu itu?? Kerajaan Alam bisa saja menggunaka 'cctv' atau speed tracker yang tidak bisa kita jejak kewujudannya..

Yang PALING penting dan utama..Jangan sampai 'lesen' kita ditarik oleh PEMILIK TOTAL KERAJAAN ALAM..saat itu, kitalah penghuni alam yang paling RUGI


Jadilah pemandu yang cermat..Selamat sampai ke destinasi yang dituju.

----------------------------------------------------------------------

KAKAK mengkhabarkan bahawa blogger ada kuasa misteri sampai ada ura-ura hendak diadakan perjumpaan blogger seMalaya..Malaya telah membuktikan blog punya kuasa untuk mengembalikan kemenangan yang tertunda..mengapa KITA menjadi golongan yang tercicir?? Blog bisa saja menjadi suara bilal yang melaungkan azan KEMENAGAN dan KEGEMILANGAN Ayuh, gunakan setiap ruang dan peluang untuk MENANG.Tegakkan ISLAM disetiap penjuru..

Nazihah >> Bila 'Kelab' kita nak buat perjumpaan blogger gigih 'Kelab' seMalaya??bergabung
tenaga kan bisa menggegar dunia??Paling cikai pun buat gabungan Malaya di alam
maya..Pedang penulisan perlu diasah tajam lagi..[easy too say La upss taipLa -_-']

No comments: