Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, April 8, 2008

< Anak sedara >

Beberapa ketika yang lalu KAKAK-KAKAK saya melahirkan baby mereka.Saya..seronok kegirangan. Jumpa dengan si kembar muaz dan mus'ab dan kiss pipi mereka sampai puas, cuma tak sempat nak usik sampai mereka nangis sebab pergi dengan kakak-kakak baik ( Jangan jeles mak cik salwa =p ) Dapat khabar sorang telah lahir beberapa hari lalu..dan 3 orang lagi bakal menyusul..Eee seronoknya !! comelnya mereka !! + rindunya dengan budak-budak kecik di rumah..NAK BALIK !!!

Untuk perjumpaan besar di JB yang akan datang, mesti penuh dengan kanak-kanak kecil..kene ada yang jadi baby sitter, kene ada game untuk kanak-kanak + kene ada orang yang suka mengusik budak kecik macam SAYA..hehe dan kene ada orang berkebolehan untuk memujuk dan melayan mereka macam makcik niebah dan mak cik 'Atiq..RINDUNYA!!NAK BALIK !!!

Camne ye saya boleh ada anak sedara sedang saya anak sulung?? sedang saya cucu sulung di keduanya??


---------------------------------------------------------------------------------
Minggu yang lalu, satu sentakan jiwa melanda diri..

Kita ini makan dan tidur untuk menunaikan hak manusiawi ataukah
menunaikan tuntutan dari Dia??


Habis semua manusia ku lemparkan soalan ini ( orang yang baru bersalin jer tak bagi ^_-) Jawapan dari seorang kakak yang agak keibuan ( padanLah..beberapa hari lalu..ada yang mengkhabarkan dia bakal menjadi ibu..tak sabar nak jumpa dia esok InshaAllah.. )

Kita menunaikan fitrah manusiawi yang ditentukan Dia
sebagai tanda ketaatan dan kesyukuran
dalam ISO Quran dan Sunnah

Atas dasar inilah ar-Rasul bisa saja bengkak kakinya bersujud, berdiri di dini hari kerana 'Salahkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur'

No comments: