Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Sunday, April 27, 2008

< Inikah kehidupan >


Akak, beginikah sebuah kehidupan??
Seperti yang akak dan kaq Long lalui
[tak pasal2 kaqLong terbabit sama, upss..lupa kaqLong kan mama mereka]
Dari fasa ke fasa??
Selepas ini kemudian itu??


Seorang ADIK bertanya soalan ini padaku suatu ketika dulu..

YA..Inilah jalan kehidupan kita
Jalan ini MESTI dan PASTI kita lalui
7 Tangga ini harus kita naiki
untuk menggarab tanda KEREDHOAN yang telah kita yakini
Adakah kita punya pilihan??
Ya kita ada pilihan, walaupun sebenarnya tidak ada
kerana pilihan yang terbentang hanya FUJUR dan TAQWA
yang kita punyai hanya
Menelusuri fitrah kehidupan yang telah ditetapkan
sebagai tanda ketaatan padaNya
mengikut ketentuanNya

Pada saya, semua yang seperti saya telah ada ditangga ke tiga.Pelik??

Tangga 1 adalah asas yang paling penting, jika tiada tangga 1 takkan ada tangga yang 7, jika tangga 1 ditinggalkan walau hanya SESAAT, tangga ke 7 yang menjadi lambang keredhoan, hanyalah anganan dan igauan.Paling utama mendidik diri kita, dan dalam masa yang sama mendidik yang lain untuk memenuhi MT, kerana dalam kita mendidik orang sebenarnya kita mengasuh diri kita sendiri..Memberi itu sebenarnya untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain..[ada ayatnya, tapi can't remember, nanti dah jumpa saya tambah ye..insyaAllah]. Natijah insan tangga 1 sepatutnya boleh berhabis keringat yang terbaik untuk tangga 2 hingga tangga 7. Kita tak boleh tersangkut dimana-mana tangga.Jika tersangkut ertinya tangga 1 masih belum sempurna. Kita takkan boleh berlari jika tidak pandai berdiri, untuk terus melangkah kita perlu membina diri terbaik mungkin. Jika telah boleh berdiri, berdiriLah dengan kuat supaya boleh melangkah dengan perkasa.Jika kita akan ke tangga 2, kita perlu menjadi insan yang jaguh[paling baik] di tangga 1..

Ini kriteris-kriteria jaguh tangga 1
1. Aqidahnya sejahtera
2. Ibadahnya benar [seluruh hidup adalah ibadah kan??]
3. Akhlaqnya cemerlang [akhlaq rasul di admire oleh seisi bumikan?? umpama Quran yang bergerak]
4. Pengetahuannya luas..Tahu segalanya. [Wow..terer tuh..]
5. Badannya kuat
6. Berdikarinya luar biasa
7. Mampu bermujahadah dengan kuat pada dirinya
8. Sangat menjaga masa walau hanya sesaat
9. Urusannya tersusun. Harinya berjalan seperti yang dirancang.
10. Dia sangat bermanfaat pada orang lain. Jika dia ada banyak benda yang berjalan lancar


Tangga 2 [ kadang-kadang kurang gemar berbicara tentang tangga yang ini, tapi tanpa tangga 2 takkan ada tangga 3..huhu]. Ramai yang salah persepsi tentang tangga 2..Ia bukan hanya berkisah tentang 'keluarga baru' semata. Bukankah kita punya ayah?? punya ibu?? punya adik?? dan punyai keluarga besar yang sedia ada?? Kenapa perlu ditumpukan sepenuhnya pada 'Keluarga Baru'. Kita takkan diberi yang baru andai kita tak mampu urus yang sedia ada..Sudahkah setiap isi keluarga besar itu dibina dengan tangga 1? Kalau masih belum, kenapa mengharapkan keluarga tambahan yang lebih berat tanggungjawabnya..Itu nama bagi 'bubur nak nasi sedang usia baru 6 bulan' [analogi baru saya ^_-] tamak yang membahayakan..

Tangga 3 [Saya tengah hadam tangga yang ini..setelah selesai saya kongsi insyaAllah]

Melangkah bukan beerti kita melangkah dengan kedua-dua kaki, hanya satu kaki sahaja yang dibenarkan melangkah yang satu lagi perlu ditinggalkan ditangga pertama..Kaki kita perlu melangkah ditangga yang stategik mengikut suasana, mengikut keperluan tarbiah disetiap saat.

Olahan 3 daripada 7 anak tangga MA versi saya..


-------------------------------------------------------------

Dua hari lalu lahir lagi sorang 'perwira' baru..Waa ramainyee lahir tahun ni..Mesti korang sekelas nanti O_o Bila nak pergi ziarah ni??


mOood -> Siti Khadijah [sebab rindu dengan si 'pink', Khadijah the true love story of Muhammad]

No comments: