Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, April 14, 2008

< Minggu yang Lalu >

Minggu yang lalu telah banyak mengajar..tarbiyah yang sangat kental [meskipun tiap saat adalah tarbiyah dariNya]..khas untuk hati yang degil dan keras seperti hatiku [jangan punyai hati seperti hatiku, antara ciri-ciri kaum yang ditimpa bala' ialah mereka degil dan hati mereka keras untuk merasai hidayah Allah dan menghayati kekuasaanNya..Na'uzubilLah Min Zalik]

MOdul tarbiyah dari Allah..adalah Modul yang paling bijaksana..Dia Maha hebat dan Pintar..Dia sangat Mengetahui bagaimana caranya menyentak hatiku yang degiL ini..terima kasih ya Allah..Moga Hatiku bisa di'lembutkan' kembali.Menyentak hati yang keras dan degil ini umpama menLapah daging yang liat, hatiku umpama si daging..Ya, kesakitannya terasa hingga kini..

Minggu lalu, aku kian sedar dan merasai keterbatasan manusiawi..apatah lagi keterbatasan manusiawi andai diri seorang perempuan, Allah mengajar aku merasai perasaan takut dan risau.Dia mengajarku berhati-hati. Yang selama ini tidak pernah kuambil kisah dan tidak pernah kuambil kira [semuanya 'harung' je..ABAH kata 'daring']. Cabaran padaku adalah bahaya bagi kebanyakkan perempuan, tawakal si 'burungku', mereka bilang penyerahan gila.Tragedi-tragedi yang akan ku kenang..Detikkan hatiku berkata "bertuahkan jadi lelaki, tak perlu risau itu..risau ini, boleh kemana-mana sahaja bila-bila masa saje.." Itupun masih ada lelaki yang ingin jadi seperti kami..*pelik* [tapi masih..mereka akan merisaui sesuatu yang perempuan sepertiku tidak tahu]

AKu belajar supaya tidak terlalu over berdikari..berdikari pada tempat dan masanya..ada masanya bantuan perlu di pinta..TAPI aku sangat tidak gemar menyusahkan manusia dan seisinya, berusaha selagi ada daya walaupun setitis..bukan kah kita perlu qadirun 'ala nafs?? Ya, aku sedar ketidak sukaan ku menyusahkan orang lain pasti akan menyusahkan seseorang akhirnya.Tidak gemar memohon bantuan, tapi sangat suka andai ada bantuan yang dihulurkan..seperti gemarnya manusia memberi.. [Terkenang Krisis minyak di UIA, krisis minyak kali yang ke-3 buat diriku, bersama pak cik KBT & family, 'memorinya' ku simpan sampai kini, JZKK Kak Safura dan Nizam].Aku tidak suka 'mengambil' masa orang lain sepertimana aku tidak gemar masaku diambil sia-sia..tapi Allah ingin mengajarku sebagai bekalan, yang nanti akhirnya aku perlu mengfleksibelkan waktuku dengan seseorang dan manusia-manusia disekitarku..aku tidak boleh terus tamak[tamak pahala takpe ^_-] dan mementingkan diri..

Dia mengajarku untuk tidak sentiasa sendiri, Dia mendidikku sesungguhnya aku perlu berteman..sepertimana perempuan itu perlu sentiasa bermuhrim. TAPI setiap orang punya perancangan hariannya sendiri..Tidak gemar menganggu..dan ada masanya manusia perlu beruzlah/sendirian..dan masih belum ada sesiapa yang dibenarkan oleh Dia menemaniku tanpa perlu aku membuat sebarang permintaan.Akhirnya aku pulang, memandu bersama temanku yang paling akrab, yang kerapkali bersamaku taktala aku sendirian..pemanduanku yang sangat damai..

Adakah aku telah lepas modul Tarbiyah Allah ini??Rasanya belum lagi..masih dipertengahan.[BUKTINYA, masih banyak TAPI]
Semoga Allah terus memberiku kekuatan untuk melepasi 'Modul ' ini..

Cabaran hidup mengajar erti perjuangan

mOoood -> Sejuta Harapan, Mimpi Yang Indah, Kembali..[5X ulang..huhu]

No comments: