Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, August 13, 2008

< Tuhan izinkanLah kami untuk sentiasa mengingati >

Masih merasai usapan itu, kerana kata-katanya lahir ikhLas dari hatinya..walau dituju khas untuk semua, tapi hatiku berbekas dalam dengan kata-katanya, seolah-olah tepat pada waktunya..TakpeLah, tiada yang bisa ku aturi andai ini ketetapan yang Dia telah aturkan buatku..AKU..hanya bisa melalui jalan yang telah terbentang dengan TABAH yang LUAR BIASA..

Teringat kata-kata ADIK & KAKAK ketika suatu masa, masa bermulanya jasad + hatiku kedemaman..

Adik: Akak ok ke?
Saya: Ok je..
Adik: ye ke?..
Saya: ye..percayaLah
Adik: TakpeLah..andai bisa hati itu dikeluarkan, pasti banyak rahsia yang tersimpan..Tapi biarLah hanya tuhan yang tahu..

Kakak: Awak ok?
Saya: ok..tadi saya.....[ pelbagai alasan yang dicipta..alasan kejam..haha ]

[ Saya suka gambar ni ]

Kakak: Awak jangan lupa akak ye..
Saya: akak pun sama
Hati saya: BiarLah Allah yang menentukan yang terbaik, jika hidup ini boleh berjalan mengikut keinginan saya semata..saya tak mahu lupakan kenangan ini.. kenangan bersama orang yang bisa membaca setiap suara hati saya..

Kamar ini terlalu banyak rahsia yang terulit didalamnya, rahsia yang tak mampu menjadi rahsia.. Rahsia yang tak bisa dilupa, rahsia yang menjadi kenangan terindah.. kerana hati-hati yang bertaut adalah hati-hati yang terikat dengan ukhuwwah LUAR BIASA keranaNya.. ikatan luar biasa inilah yang mengesan bukan sahaja perubahan fizikal bahkan perubahan hati dan jiwa...

-------------------------------------------------------

Esok saya akan mula cuti sekoLah..hooreey..Genap seminggu lagi boyfrend [ merangkap bodyguard ^_- ] saya pulang [ mesti ada yang nak muntah..haha.. ], perlu diambil di KLIA. Kepada kawan-kawan boyfrend saya, jika kamu mahu jumpa boyfend saya sila beritahu dia supaya kami boleh bagi masa untuk kalian berjumpa, kalau tak, dia akan dipaksa pulang rumah dengan segera O_o [ baca dengan nada gurLfrend yang KEJAM !! ]. Lagi 2 minggu 4 hari taqwaguard saya [ mungkin kita ] akan datang untuk sebulan.. Meletakkan azam dan memenuhkan kalendar saya dengan kenangan terindah bersama taqwaguard saya ..heem..

moOood -> mencipta kenangan terindah

No comments: