Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Friday, August 1, 2008

< Khabar Baik >

Tadi sebelum berjumpa dengan adik-adik saya, saya dapat satu mesej gembira

.. Alhamdulillah, ana telah disahkan mengandung 3 minggu ..

Air mata kegembiraan saya menitis taktala membaca hantaran khabar itu..Waaa...seronoknya

Kawan yang paling dekat dengan saya..hehe..patutkan untuk rasa gembira ^_^ Semoga kawan saya dan baby dijaga dan dipelihara.. [ Doakan dia ye ^_^ ]

Saya sangat kagum dengan kehidupan dia yang lalu, ahli kamar pasti kata ' Tabahnya dia ' taktala cerita dia menjadi perbualan. Saat lalu, membuatkan saya lebih yakin bahawa pasti akan ada kemudahan selepas kesukaran, pasti ada kebahagiaan selepas derita.. Dan saat ini saya diuji dengan keyakinan itu kembali.. Semoga keyakinan saya akan terus kuat walau ditiup tsunami, semoga saya terus yakin, sesungguhnya Allah bisa membantu dengan pelbagai kaedah dan cara yang tidak diketahui bahkan tidak disangka.. Kesukaran akan biasanya membaluti kebahagiaan yang indah.. TABAHLAH !!

No comments: