Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, August 6, 2008

< Sumber Inspirasi & Kekuatan >

Pernah suatu ketika dulu seorang ABANG khabarkan pada saya.. Sesungguhnya hidayah tuhan itu bisa menjengah ke dalam jiwa kita dengan pelbagai cara dan asbab.. andai diizinkanNya saat memakai kasut pun Dia bisa menitipkan cahayaNya, cahayaNya yang bisa membangkitkan sejuta kekuatan dan ketabahan luar biasa.. [ Teringat taktala ar-Rasul gelisah menanti wahyu dari Tuhan kami.. rindu dengan ketabahan ar-Rasul, terkenang ketegaran Khadijah kekasih setia]

Semalam, saya melayari segenap jejakan minda KELUARGA-KELUARGA saya.. Saya terjumpa ini.. Alhamdulillah, Tuhan saya telah menjadikan ia sumber ketegaran saya.. SAYA KENE JADI KHALIFAH YANG TABAH..kuatLah !!

Warkah Anak Tahan Tanpa Bicara

Ayah,

Pengalaman perit masih lagi menghantuiku dan segar dalam ingatan…

Masa tu kita baru sahaja selesai makan malam di rumah

Ibu masak lauk kegemaran ayah

Ayam masak lemak….

Ayah hirup kuah hingga menjilat jari…

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu

Bila buka pintu, ada beberapa orang polis berpakaian biasa

Katanya nak jumpa ayah…

Along lihat ayah dan ibu tengah bersembang-sembang dengan polis

Tetapi selepas itu, polis terus bawa ayah pergi…

Tak pulang sehingga kini…

Tujuh tahun berlalu,

Ayah masih tak kembali…

Kenapa mereka ambil ayah?

Kami masih belum tahu…

Mereka pun tiada bukti..

Ayah tak bersalah…

Ayah tak bersalah…

Ayah tahu tak…

adik semasa baru berumur 4 tahun,

Selalu tanya along dan ibu…

ayah mana?

bila ayah nak balik?...

mula-mula ibu dan along jadi bingung dibuatnya…

tak tahu apa nak jawab kepada adik

kadang-kadang merah mata ibu

terkedu dengan soalan adik

tapi kami sama-sama pakat…

jawab ayah balik satu haribulan…

tapi satu haribulan berapa? bila?

kami pun tak tahu….

tapi sekarang adik sudah beasar

10 tahun umurnya

Selama tujuh tahun membesar

Tanpa belaian seorang ayah…

Namun ayah,

adik membesar sebagai seorang anak pejuang

Ibu Berjaya mendidiknya dengan baik…

Ayah,

Masa mula-mula ayah kena tangkap

Masa tu along baru berumur lapan tahun…

Adik pula baru berumur tiga tahun…

Ibu kata masa, mula-mula ayah ditangkap…

Along jadi pendiam..taknak cakap dengan orang…

tak ceria… padahal along suka buat lawak…

Lepas tu along pasang tv kuat2….

sepahkan buku, koyakkan buku tulis…

Along selalu tak nak buat kerja sekolah…

Along juga selalu menangis bila hendak tidur….

Ibu tahu… along amat tertekan dan rindu kepada ayah…

Yelah, ayah rapat dengan along…

Selalu kongsi cerita dan bermain bersama along…

Along kan anak kesayang, buah hati ayah?...

Kasihan ibu…

Ibu lagi tertekan dengan karenah along…

Ibu cerita kat along…

Pada satu hari,

waktu tu umur along baru Sembilan tahun…

Along lapar minta ibu buat roti telur…

Along menangis terjerit-jerit dan terpecahkan pinggan…

Habis makanan berselerak di atas meja..

Mula-mula ibu sabar,

tapi along nangis lagi kuat…

Ibu dah hilang sabar…

terus capai sebatang penyangkut baju…

Hendak memukul along…

Along lari…

Along nangis lagi kuat…

Along taknak kena pukul…

Tapi Ibu terus kejar nak pukul along…

along terus ambil gambar ayah atas meja…

Along menangis teresak-esak ketakutan….

Ayah,

along kesian tengok ibu….

Along tahu…Ibu rindu sangat pada ayah…

Ibu tak pernah menangis depan kami,

Tapi along tahu ibu selalu menangis sorang-sorang dalam bilik…

Ibu tak nak tengok kami menangis….

Kerana ibu tak nak kami lagi sedih

Ayah,

Ibu buat semuanya….

ibu hantar kami ke sekolah….

Ibu bekalkan kami duit pergi ke sekolah…

Ibu baiki paip yang rosak di rumah…

Ibu bayar bil rumah, bil letrik,

Ibu pujuk kami bila kami sedih…..

Ibu tenangkan adik bila adik nangis…..

Tapi bila ibu menangis, siapa yang boleh tenangkan ibu?

Hanya Allah sahaja tempat mengadu…

ISA memang sangat zalim!

Meragut kasih sayang….penuh dengan kejahatan…

ayah

Masa genap ayah ditahan dua tahun,

Ibu kata ayah mungkin bebas tak lama lagi…

Masa tu umur along 11 tahun…

masa ayah kemungkinan bebas,

Along beli yong tau fu…

Makanan kegemaran ayah

Along nak kongsi dengan ayah bila balik nanti…

Tapi bila tunggu2… ayah tak juga pulang….

Ibu kata ayah ditahan lagi dua tahun…

Bila ditanya kenapa?

mata ibu merah lagi….

Apa salah ayah?

Ayah ditahan tanpa bicara dan tanpa kesalahan…

Ayah diambil dari kami… sudah tujuh tahun!

Along benci ISA!

Ayah,

Kini along semakin membesar…

Along kena tabah…

Tidak boleh bersedih lagi….

Along ingat pesan ayah…

Along mesti jaga ibu….

Along mesti berjuang hapuskan kezaliman….

Along akan ajak kawan2 along…

Berjuang dan menyedarkan masyarakat…

Betapa zalimnya ISA…

Kerana… along dilahirkan,

sebagai anak seorang pejuang….

Mari bersama wahai rakan2, wahai rakyat Malaysia!

Hapuskan kezaliman,

tegakkan keadilan!

Mari bersama GMI,


berjuang dalam usaha memansuhkan ISA…


Hasil Nukilan: Nahdia Ariffin..

Hulu Kelang,

30 Julai, 2008

(sempena Malam Seni Tanpa Bicara sempena 48 tahun kezaliman ISA)


Saya tampal balik kata-kata saya sendiri.. sebab saya yakin setiap apa yang saya keluarkan untuk orang lain, sebenarnya untuk diri saya sendiri..

YakinLah Allah sentiasa disisi, pendengar yang sangaaat setia,
Dia sangaaat memahami segala isi hati taktala seluruh manusia tidak memahaminya,
Dia menguji kerana Dia sangat menyanyangi,
rasaiLah belaian kasih sayangNya dengan ujian itu..
DengariLah suara ini di dasar hati taktala diuji
"HambaKu yang sangat Ku sayangi, ujian ini ku sisipkan buatmu agar kau kembali padaKu, untuk terus merasai damainya belaian kasih sayangKu
" BangkitLah menagih kasih sayangNya yang paling damai di 1/3 malam..
Wahai diri, anda tak bisa seperti dulu, kerana sesungguhnya tuhan sisipkan ujian itu supaya jiwa ini menjadi lebih istimewa dari dulu..

Ya Allah
Andai kau sisipkan ia terbaik untuk diri
Kau kirimkanLah buat ketabahan yang paling tabah,
kedamaian yang paling damai,
ketenangan yang yang teramat tenang
JanganLah kau tinggalkan sendirian..


Hai Jiwaku,
BERTASBIHLAH & SOLATLAH
saat urusan-urusanmu berat menyerangmu
Apabila hati merasa telah letih
dari bebanan hidup yang melelahkan
AlirkanLah air mata, wahai jiwa
lalu tumpahkanLah ia dalam SOLATMU
sungguh tuhan alam semesta mendengar
tangisan jiwa yang merintih kasih-Nya

[ Fiqh Dakwah, Sa'id Hawwa ]

Ramadhan akan datang menemani 3 minggu Lagi.. Allahumma BaarikLana fi Rajab Wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan..

3 comments:

nadhirah ar said...

kak nazihah..

ana teringat kisah adik yang meninggal tak sempat jumpa ayah dia..

kerdilnya rasa ujian yang ana dapat dibanding dia dan mereka yang lain =(

Anonymous said...

kak nazihah dah citer bab keluarga...bila pula nak bekeluarga??

[ Nazihah ] said...

nad: Ye benar..terusLah kuat..Jannah yang indah menanti..

En Anon: bila pulak saya bercerita bab keluarga ni?? O_o en salah entri kot? ke salah blog? terima kasih kerana tawaran itu, lagipun saya telah berkeluarga.. Ayah, ibu & adik2 ada di Johor [sorang kat irbid], saya jadi ibu[yang tak perlukan ayah] utk 2 keluarga, saya ada keluarga di KAMAR KETENANGAN + saya ada KAKAK yang ramai dan baik hati..Terima Kasih tuhan untuk keluarga yang telah saya miliki..cukup dengan apa yang ada, izinkan saya jadi hambaNya yang bersyukur..