Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Tuesday, December 30, 2008

< KeLmarin, SemaLam dan Hari Ini >

KeLmarin

Tiada kata yang bisa terungkap [spechless bersama emosi keliru untuk beremosikan apa]. Maaf buat TEMAN ada rahsia yang saya simpan, bukan 1 bahkan 2..Maaf saya terpaksa simpan ada sebabnya [mungkin ini kelebihan bln 9, bijak bersembunyi disebalik rahsia dan merahsiai, anda tak bisa membaca rahsia mereka..] Terima Kasih KAKAK dan TEMAN atas huluran bahu kalian, untuk tumpangan saya sejenak, tumpangan pendamai seketika. Walau hanya beberapa ketika, biar hanya Allah yang layak membaLas huluran tumpangan bahu kalian..

SeMaLam

Terima Kasih ADIK meLunaskan kerinduan saya untuk bersama 'Aisyah..[lepas ni saya akan lebih femenisma kerana aisyah teLah berada disisi saya ^_-] Hari semalam ketika saya hanya hidup dari tenaga sebun roti dan 3 suapkan dari ADIK dari seawal pagi hingga saya tidur kembali.. Terima Kasih ADIK saya akan ingat jasa suapan awak hingga biLa-biLa..memori indah yang tak bisa dilupai..lagi-lagi suapan awak tiba disaat ia sangat diperlukan taktala tangan saya tak berkesempatah menyentuh butiran nasi.. Memori bersama awak takkan bisa saya lupa..
Hebatkan kuasa ta'aruf mendaLam hingga bisa tafahum yang tak disangka Lantas membuah takaful yang menggoncang dunia

Terima Kasih TEMAN (yang duduk sebelah saya dalam dewan) kerana mengingatkan saya kembali semua ini ..

Sesungguhnya tiada kerehatan untuk orang yang punya MARUAH AGAMA

dan

Orang sibuk itu adalah orang yang punya MISI BESAR DALAM HIDUPNYA

Kata-kata mu'alim ketika saya dizaman 'pra-sekolah kehidupan'

Hari Ini

Saya teLah menganggu manusia yang paling sibuk di abad raya ini..Lantas Dia titipkan ini untuk saya 'Usah diganggu Jentera Allah! SiLa hadamkan modul menganggu orang yang betul, dengan perkara yang betul di saat yang paling tepat' M . A . A . F!! Saya tak kan menganggu kamu lagi!! Saya akan simpan sendiri sehingga saya terdesak untuk menganggu..

3 comments:

[ Nazihah ] said...

KAKAK kata ada orang pelik melihat kami bersuapan [pelik ke jeles?? =p] Ahh, apa yang telah terjadi dengan dunia ini..yang bukan mahram bersuapan bukan lagi kepelikan tapi taktala yang mahram, bahkan mereka adalah Jundullah yang disatukan dengan aqidah yang HAQ diikat jalin dengan ukhwah lillah fillah PELIK pulak?? tuLah pasalnya orang kapel,ada kasih sayang yang HALAL tak nak guna baik-baik

Syahida said...

Baris-baris terakhir dlm perenggan terakhir, bunyinya seperti orang yg sdg berjauh hati. benar begitu?
[Sekadar menumpang lalu. Blog yg menarik. Lagi, terkesan ke dalam hati.]

[ Nazihah ] said...

TakdeLah!! bukan jauh hati cuma sekadar ingatan untuk saya supaya tak terlaLu emosi menganggu hidup TEMAN saya kerana saya hanya kedua dalam hidup mereka, sebab UMMAH adalah YANG PERTAMA !!