Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Friday, January 9, 2009

< Aku Hanya Seorang Aku >



Sebelum disapa sinar iman 
Kau bagaikan singa yang mengganas 
Membunuh anak perempuanmu 
Tanpa rasa belas dan kasihan 
Dipandu hati sekeras batu 
Jahiliah yang menyesatkan 

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa 
Lunturlah segala keangkuhanmu 
Berubah dan beralih arahmu 
Terbentur segala kekejaman 
Menjadi wira miskin nestapa 
Membela yang tak berupaya 

Tidurmu di rimbunan tamar 
Tenangmu tiada tercalar 
Berbantal lengan tanpa pengawal 
Berselimut embun keimanan 

Di malam yang hening 
Meratap menyesali diri 
Pada dosa kealpaan 
Dibasuh dengan airmata 
Memohon keampunan Tuhan 

Engkau khalifah berjiwa hamba 
Mentadbir tanpa singgahsana 
Menghina diri di hadapan Allah 
Kemuliaan diri manusia 

Mulia hidup bersulam taqwa 
Mulia matimu kau syuhada 
Pergi rohmu ke alam tinggi 
Terbang menuju ke syurgawi 

Aku hanya seorang Umar 
Kemuliaanku kerana Islam 
Semua ke syurga kecuali dia 
Ku bimbangi dialah diriku

Hati sekeras batu 
Menjadi selembut air 
Jadi teman kebenaran 
Jadi musuh pada kebatilan


------------------------------------------------------------

Di saat in terkenang si Umar 

Dia yang sentiasa peKa pada setiap perubahan ummah yang dipimpininya..
Di saat satu malam, megendong guni gandum dengan air mata yang mengaLir, air mata yang mengharap pengampunan tuhan..
Dia yang masih keras berdegil mengendong guni gandum itu seteLah ditawar oleh pegawainya membawa guni tersebut.. Lalu ini yang diucapkan " Semoga dengan keperitan dan kesakitan aku mengendong guni ini, Allah mengampuni aku kerana lalai sehingga keluarga ini keLaparan"  T_T

Pesanan Hasan al-Basri ketika umar abd aziz meminta pesanan darinya:[ku tujukan khas buat teman-teman seperjuanganku, seandai kalian membaca titipan hatiku ini..TampaLah dimana-mana yang kalian hendaki]

KetahuiLah wahai amirul mukminin, Sesungguhnya allah menjadikan pemimpin yang adil untuk meluruskan orang yang menyimpang, mengembalikan arah orang yang berdosa, membaiki yang rosak, memberi kekuatan yang lemah, menegakkan keadiLan bagi yang zalim, dan menyedarkan yang lalai

Pemimpin yang adiL wahai amirul mukminin, seperti pengembaLa yang penuh kasih sayang kepada gembaLaannya, mengiringinya ke tempat gembaLaan yang baik, menjauhkan mereka dari bahaya yang mengancam, memelihara mereka dari binatang buas, dan menjaga mereka dari panas terik dan hujan.

Pemimpin yang adil wahai amirul mukminin, seperti ayah yang bertanggungjawab.Lembut pada anaknya, bekerja untuk anak-anaknya ketika mereka masih kecil, mengajar dan mengurusi kebutuhan hidup mereka, serta menabung untuk kehidupan mereka setelah kematiannya.

Pemimpin yang adil wahai amirul mukminin, seperti ibu yang lembut pada anaknya. Ia mengandung dan melahirkan dengan susah payah, mengasuh ketika kecil, ikut berjaga di malam hari ketika anaknya bangun malam, dan ikut tenang ketika anaknya tenang. Suatu saat menyusuinya, pada saat yang lain melepaskannya. Merasa senang dengan kesihatannya dan merasa berduka dengan sakitnya.

Pemimpin yang adil wahai amirul mukminin seperti hati atas anggota badan. Anggota badan akan baik jika hatinya baik dan anggota badan akan rosak jika hatinya rosak.

Pemimpin yang adil wahai amirul mukminin, adalah orang yang berdiri diantara allah dan hambanya, mendengar firmanNya dan memperdengarkannya, mengenal Allah dan menyeru manusia kepadaNya, dipimpin allah dalam memimpin mereka.

IngatLah wahai amirul mukminin, pada kematian dan sesudahnya, iaitu sedikit teman dan pembeLaan buatmu disana. HendakLah engkau menyiapkan bekal untuk kematian dan kehidupan sesudahnya.
[buku nasihat untuk qiyadah dan kader dakwah]

Andai ada hak kamu yang tidak terlunas dari aku..sedarkanLah aku!!MaafiLah diriku. Semoga Allah merahmati kamu jika kamu memberitahuku aibku [kuambiL dari kata-kata Umar]

Orang yang peling berhak menerima taujihat,tadzkirat, dan nasihat adaLah qiyadah lalu kader. Orang yang paling wajib menjalankan taujihat, tadzkirat dan nasihat adalah qiyadah lalu kader [buku nasihat untuk qiyadah dan kader dakwah]

Aku ingin ketemu 'hasan basri'ku.Jangan biarkan saya menjadi pemimpin berjiwa rakyat, tapi izinkanLah diriku menjadi KhaLifah yang berjiwa HAMBA !! Aku mahu menjadi khaLifah yang hanya muLia dengan isLam yang ku anuti dan isLam yang ku praktiskan


2 comments:

Anonymous said...

bukan cik nazihah dah jumpa hasan basrinya ker???

[ Nazihah ] said...

Oooh En/Cik/Pn Enon Kamu memangLah sungguh teLah menimbuLkan kontroversi!! Tapi saya tidakLah memerLukan kesensasian itu =p Saya memerLukan 'hasan basri' yang tidak segan membaiki diri saya kerana SAYA HANYALAH SAYA