Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, July 17, 2008

< Taktala Berteman Kerana DIA >

Hari-hari yang lalu aku berkata-kata bersama KAKAK di kejauhan..Biarpun dia jauh nun diatas tapi dia tak lupa melayangkan pesanan dan kata-kata..

Lama KAKAK meninggalkan pesan.. pesanan untuk mengharungi kehidupan.. Nasihatnya kusimpan utuh walaupun ku terima dengan air mata. BaikLaaah..
Malamnya aku mengabsorb kata-kata dari KAKAK mengandung, banyak yang dia tumpahkan buatku..Semoga tumpahan kata-katanya bermakna dengan sangat buatku..Saya tampalkan kata-kata KAKAK

setiap keputusan ada risiko
insyaAllah..segala amal kerana Allah akan dimudahkan Allah
nak maju ke dEpan pasti ada risiko yang kita kena ambil
Itu fitrah kehidupan
sebab tu, siapkan diri dgn bekalan :)
semakin masa berlalu...semakin bnyk keputusan yg perlu kita ambil
kerana kita semakin bnyk tanggungjawab
tApi makin banyak tanggungjawab makin banyak reward yg Allah akan bagi

Terima Kasih KAKAK semoga kalian diredhoi Allah setiap saat

No comments: