Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Saturday, July 5, 2008

< Cikgu Ika >

Teringat antara kawan rapat saya telah menjadi ayu dan telah bergelar cikgu ika..haha..comel nama tu CIKGU IKA..

Seronok sebenarnya bersama kanak-kanak girang banyak yang boleh kita belajar dari mereka sebenarnyaa..


[Macam raksasa runtuhkan bangunan]

[ Main rumah-rumah dan olok-olok tidur * dah berpuluh tahun tak main mainan ni = mainan imaginasi * ]

Kanak-kanak punya imaginasi luar biasa..penat jugak layan mereka dengan imaginasi mereka.. Tapi orang besar seperti kitaLah yang membentuk imaginasi mereka

[ Hantu buku versi kanak-kanak ]

[ Dari duduk sampai terbaring-baring ]

Dia dah pandai membaca?? ..insyaAllah.. Jangan tertipu dengan gambar ini. Dia bukak buku doremon tapi mulut dia menyanyi lagu wudhu' ke lagu subhanallah ..HAHA..

[ HantU CD & menyanyi ]

CD ni banyak membantu..Kanak-kanak kan imaginasi mereka hebat, maka imaginasi mereka perlu diisi dengan sesuatu yang bermanfaat atau yang SANGAT SOLEHAH.. saat mereka suci, putih bersih inilah masanya..

[ Muka Khusyu' ]

[ Belajar Wudhu' sambil nyanyi + tengah basuh hidung ]

[ Tengah basuh kaki sambil nyanyi ]

[ Basuh hidung sambil baring..haha.. ]


Budak perempuan kecik iniLah yang paling pelik antara kami bertiga [baca: anak-anak perempuan di rumah ini] sebab hanya dia sahaja yang HANTU PINK. Dari isnin sampai jumaat bajunya akan pink@merah, baru hari ini bajunya biru, tapi kakak-kakaknya ANTI-PINK..kenapa?? sebab setiap orang kan punya pilihan dan kehendak sendiri..

Banyak yang saya belajar ketika duduk dengan mereka,

Muhammad: Kak Yong Allah makan tak?
Saya: *Aduiii menguji betul soklan ni* Allah tak makan sebab dia tak lapar macam kita
Muhammad: sebab dia takde perut dengan mulut eh
Saya: sebab dia tak macam muhammad dan tak macam kak yong. Allah tak Yah makan macam kita

* Nasib baik dia dah berhenti tanya, kalau tak saya tak tahu nak jawab apa *

Saya: Samihah & muhammad nanti nak jadi apa?
Samihah: Nak jadi besar, nak belajar, pastu jadi besar.
Muhammad: A'ah, muhammad pun nak belajar, pastu boleh jadi besar..

Kalau tanya kat orang besar, " saya nak jadi kanak-kanak, sebab jadi kanak-kanak hanya gembira dan bahagia " * Komfius + peliK *

Samihah pernah tegur saya " Kak Yong jangan cakap macam tuh, nanti Allah marah "
Aduii kene tegur dengan adik 3 tahun, baikLah.. taat dan menurut perintah..

Moral yang saya belajar dari CD menyanyi:

1. Waktu kanak-kanak niLah saatnya untuk sumbatkan mereka dengan segala yang SOLEHAH
surah fatihah, 3 KuL[ituLah sebabnya imam syafi'e bisa hafal quran sepenuhnya ketika usia kecil], segaLa doa [dari bangun tidur sampai nak tidur balik], ajar solat, ajar ambil wudhu', ajar memulakan sesuatu dengan kanan. Dan banyak lagi, yang penting SUMBATKAN MEREKA DENGAN SOLEHAH SAHAJA..

2. Saya mula merasai bidang hidup mana yang sesuai saya ceburi..

3. Ayah-ayah masa depan kena belajaR MENYANYI..haha..Sebab dalam CD tu ayah dia asyik menyanyi je ^_- dalam kereta menyanyi..amik wudhu' pun nyanyi jugak bahkan pujuk anak dia nangis pun ayah dia menyanyi ..HAHA.. ^_-

2 comments:

Anonymous said...

k.yong & nor adalah sepesis perempuan yang x suka ngan warna pink kerana kami bukanlah perempuan sejati yg sukakan warna pink....

[ Nazihah ] said...

eLeeh kalau nak jadi perempuan sejati kene suka pink ke?? tak semestinya..hehe..^_-