Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Saturday, November 1, 2008

< AlhamduliLah, thummaAlhamdulillah >

AlhamdulilLah..Allah permudahkan segala urusan. Segala janji telah terLunas.. Kini saatnya untuk menukarkan awLawiyat hidup. Meneruskan kembali apa yang telah dimuLai, mengLangsaikan amanah yang bersandar dan menampungi teman-teman seperjuangan yang kini ini di medan jihad untuk mendekati Jannah yang damai dan indah..

Teringat kata-kata luahan advisor kesayangan saya:

' camne nazihah, rasa macam lega tak ?? '

AlhamdulilLah, Dia mencampakkan sedikit kelegaan. Namun, urusan hidup takkan pernah tamat. Urusan lain telah sedia menanti sebelum saatnya janji ini terlunas.. Urusan mengembalikan kemenangan tertunda takkan pernah tamat sehingga KEMENANGAN MENJELANG. Urusan untuk mengurusi ummah ini takkan pernah tamat, kerana ummah ini sedang KRITIKAL, BERDARAH, PARAH..

Maaf andai kesenyapan di ketika lalu mengundang kesukaran buat kalian.. Semoga Allah sentiasa bersama hati hamba-hambanya yang SETIA.

No comments: