Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Saturday, May 31, 2008

< Kehidupan >

Kini berada dalam mode ini.

Tergiang kata-kata KAKAK

"Tangisan olok-olok awak tu macam, tangisan sebenarnya hati awak.."
"Apa kata awak menghadap layar sebulan. Fokus betul-betul untuk sebulan"

Tiada sebarang kata diutus pada KAKAK, takut jika dia tidak mengerti. Tapi saya takkan berhenti berbicara dengan diri. Aksi hati saya bukan untuk tontonan..hanya pemilik sebenar dan pemilik sementara hati ini sahaja yang tahu. Basah, keringnya hati ini, hanya dua pemilik itu sahaja yang tahu..
KAKAK saya bukan manusia yang pentingkan diri sendiri. Saya boleh saja buat sesuka hati saya..cabut lari, duduk menghadap layar [konon-konon memberi tumpuan penuh]. Ada jaminan ke kerja saya akan langsai jika saya buat gitu? Tapi jika saya cabut lari sesuka, 100 diri dan hati dibawah jajahan saya itu, siapa yang sudi menganti saya untuk uruskannya?? Ada yang sudi?? *senyum sinis* Sedang saat dan waktu ini sepatutnya saya telah mula mengurusi hati-hati itu..Saya hanya memberi masa tambahan untuk diri supaya boleh lakukan yang lebih baik dan masa yang sama, saya hanya menunaikan hak 100 jiwa dan hati dalam diri saya..Saya boleh larikan diri disini..tapi hari mahkamah tuhan tu nanti, siapa yang sudi selamatkan saya??


-----------------------------------------------------------------------------------

Saya perlu buat keputusan besar lagi sekali. Saya tak gemar membuat keputusan, but LIFE IS ALL ABOUT MAKING DECISION.. Antara kehendak total diri sendiri atau ketentuan Dia pada hambanya? Sukarnya kehendak ini, hanya saja pemilik hati itu yang tahu..

Dia akan pasti menguji hambanya yang berimankan?? [semoga aku bukan manusia yang perasan diuji] TAPI.. Hanya insan-insan yang terpilih saja yang diuji begitukan?? TAPI.. Dia tidak memberi sesuatu yang hambanya tak mampukan?? TAPI.. Dia akan mengganti sesuatu yang pergi dengan yang lebih baik kan?? TAPI..

Dia pemilik seisi langit dan bumikan!! Dia Maha Kuasa pada semuanyakan!! Dia pemilik segala jiwa dan tempat dikembalikan atas segala urusankan!! Dia mengetahui segala yang lalu dan masa depankan!! Cuba belajar menjadi hamba yang diredhoi dan meredhoi.. Jangan suka ambil kuasa tuhan !!

BaikLah.. semoga Dia tunjuki jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Dia kurniakan nikmat
Moga tiada apa yang dizalimi dan tiada siapa yang terzalimi..Semoga terus KUAT dan TABAH TAK BERBELAH BAGI. Semoga terus SABAR..

..taktala Dia membiarkan diriku sendiri lagi..

Wednesday, May 28, 2008

< Dekstop >

Hari ini ketika memulakan tugas harian yang hampir menjadi kebiasaan beberapa bulan yang lalu[semoga kebiasaan ini akan tamat segera..ameeen..]saya terjumpa word file bernama LELAKI.Sejak ntah bila-bila ia ada dipaparan notebook saya??[pelik !!].Cuba teka apa yang saya buat??mestiLah saya buka..hehe..^_^

Apabila saya scroll fail ini sampai ke bawah, baru saya tahu kenapa fail word ni diberi nama LELAKI..rupa-rupanya ada se'panjang' sajak yang diberi nama lelaki..haha..[gelak sambil pegang perut].Tapi sebelum sajak tu, ada sejarah Pak hassan..Ada-ada saja penghuni kamar ini.[Lawak di pagi hari ^_-]. Ketika awal membaca saya ingat ia sekadar sajak biasa-biasa[maksudnya: tak berapa nak tajam dan menghiris] Tapi lepas saya habis baca, berdarah juga hati saya dibuatnya..Ini sajaknya..

Lelaki
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, kental berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki mempejuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku ,
Kepada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madasah Rasul.
[saya suka frasa ini: KembaliLah syabab..kembaliLah menjadi rijal yang menyinga..bukan kijang yang pengecut.]

(fatimah syarha mohd noordin , syabab musafir kasih, 2008)

Mati-mati saya ingat karangan teman didalam KAMAR KETENAGAN..rupanya karangan fatimah syarha dalam buku baru nya [ceh..], buku Syabab musafir kasih..Lepas habis baca sajak ni, saya terus capai buku syabab.

Kini KAMAR KETENANGAN dilanda bayangan Syabab, imaginasi superb buku syabab musafir kasih,bukan lagi fahri, ayat-ayat cinta..haha.. Saya tahu jiwa-jiwa didalam kamar ini terpahat yakin sesungguhnya KHALID sedang dimedan, USAMAH akan terus menjadi panglima muda terbilang, MUS'AB takkan pernah jemu menyampai.. Merekalah pejuang abad baru, merekaLah KHALID, USAMAH dan MUS'AB versi 2020. Dan kamiLah KHADIJAH, NUSAIBAH, AISYAH dan 'ASMA juga FATIMAH versi 2020 yang sedang membina diri..

Dulu saya pernah melobi buku mak cik Barbara kemudian Khadijah the true love story of muhammad [habis segala manusia mencari-cari buku-buku ini..haha..] Lepas ni saya nak lobi buku syabab musafir kasih pula..kemudian Aisyah: the true beauty..
Buku Khadijah[djot..jangan perasan eh], bercerita tentang ar-Rasul yang sabar dan tabah..Buku Aisyah, bercerita tentang ar-Rasul yang penyayang dan Romantik..
[sudah-sudah tu wahai diri, buku Khadijah pun tak habis lagi..cukup..cukup] Inilah analog sihantu buku !!

Saya ->SiapaLah yang rajin taip sajak panjang ni dan simpan di peti simpanan saya??Jangan salahkan saya tentang sajak itu ye..Memang Allah takdirkan ia ada dipaparan yang saya hadap ni..

Monday, May 26, 2008

< Underconstruction >



UNDERCONSTRUCTION !!
[rumah ini tengah di tambah..dan dibesarkan]

















Rumah ini sedang ditambah dengan sebiji batu yang baru O_0

[ haha sengaja..*nakal* sengaja nak bagi orang rasa, perasaan buka rumah orang lain dengan harapan..rupanya underconstruction.Kalau kejap takpe jugak..lama sangat. Mungkin tukar kontraktor kot..O_o']





Tak sabar nak tunggu bulan 6, BulanMadu kami yang kedua, Ulang tahun kehidupan bersama kami yang ke-2..
















Setelah 2 tahun hidup bersama didalam rumah tangga KAMAR KETENANGAN. Mengemudi bahtera TARBIYAH bersama. [dengan izinNya]




< Bagaimanakah sebuah penghujung ?? >

yong..i know of a girl, dah hafaz beberapa juz quran di ** but now, diri sendiri dia yg merelakan dn menggoda lelaki2 dn dia sendiri yg menceritakn keaiban dirinya pd org2 disekelilingnya trmasuk lecturer2..kerana apa? mahu simpati mungkin..sbnarnya kami dah tak sanggup dan tak terdaya nak buat apa2..

Hanya segelintir sahaja manusia yang memanggil saya dengan YONG.1st,family *homesick lagi*. 2nd member-member sekelas [extra: yang feminin only ^_-], tapi seingatnya mula time menengah atas, sejak ibu mula mengajar anaknya sendiri. Paling tak best bila ibu mengajar is when she start talking about anak-anak dia. Tak senang duduk time tu walaupun orang lain seronok je dengar..*rindu sekolah & kenangan lalu*

Kehidupan akan datang seolah-olah tiada jaminan yang pasti..Adakah kita terus seperti sekarang?? atau kita akan hanyut bersama arus persekitaran?? Tiada yang disisi kita akan kekal. Kitakah yang menentukan pengakhiran kita?? kita menghafal sebuku al-Quran, terjaminkah?? kita memakai tudung labuh, terjaminkah?? kita pernah bersekolah disitu, terjaminkah?? kita ketua segala ketua, terjaminkah?? kita menjadi ibu & ayah, terjaminkah?? setiap malam kita bersama keluarga yang berbeza-beza, terjaminkah?? tiada apa yang bisa menjadi jaminan..kecuali hanya seuntai doa..

Ya Allah..
JanganLah kau palingkan hati kami setelah kau beri hidayah..Ya Robb
Wahai tuhan
yang membolak-balikkan hati
tetapkanLah hati kami
dengan agamamu
tetapkanLah hati kami
dengan ketaatan kepadaMu
tetapkanLah hati kami
untuk terus berada dijalan ini
hidupkanlah kami sentiasa dalam makrifatMu
matikanlah kami sebagai syuhada di jalanMu
Sesungguhnya KauLah yang memperkenankan doa.

Mustahil kita tidak sanggup dan tak mampu untuk melakukan sesuatu buat teman-teman kita yang telah tertawan dengan keindahan dunia diluar sana??pasti ?? walau hanya serangkai doa..kedekutkah kita?? [huhu T_T]

Thursday, May 22, 2008

< Lelaki dan Wanita [lagi..BOSANLa tajuk ni]>

Hari ini status YM saya ['Nape kene lelaki ada ' MODE. Jangan ganggu!! Saya akan release sendiri!!] dan saya ambil masa 1 jam untuk cari balik mood PSM saya yang hilang T_T. Sesiapa yang ada dalam kotak YM saya mesti tertanya-tanya..Maaf. Saya bukan pejuang feminisme, saya cuma mahu orang lain tahu PEREMPUAN dan LELAKI itu SANGAT BERBEZA dan tidak menafikan ada sedikit persamaan. Saya juga bukan TAKSUB dengan makcik barbara..tapi mak cik barbara banyak meredakan jika saya berada dalam mood 'Lelaki ni PELIK' . Saya seringkali pelik kenapa saya ada mood ni sedang saya punya ramai adik lelaki?? Saya tidak pernah bersekolah di sekolah PEREMPUAN only..

Ustazah dulu, UMMI, ABAH, ABANG juga berpandangan yang sama seperti makcik barbara. Quran juga bicara tentang itu

Wahai orang yang beriman, sesungguhnya kami ciptakan kamu dikalangan lelaki dan perempuan, pelbagai puak dan bangsa untuk saling mengenali. Sesungguhnya yang terMULIA dikalangan kalian adalah yang PALING BERTAQWA

Ustazah pernah khabarkan dulu "Banin dan banat ni lain. Kalau dengan banat ustazah direct jer, takyah bersilat lama-lama sangat". Ummi pernah kata "Lelaki ni memang lain sikit". Abah kata "Perempuan suka dihargai, apa kata korang buat tukar-tukar hadiah.Lelaki ni slow sikit bab-bab hadiah ni". Abang kata " Memang pendekatan lelaki dan perempuan ni lain. Perempuan ni selalu kene ceritakan peranan dia pada generasi masa depan, dia, keluarganya dan anak-anak. Lelaki ni kene SEDARkan dia tentang masyarakat dan negara.Siapa nak jadi menteri masa depan? Siapa nak jadi PM time 2020? ". Mak cik barbara kata "Man is lunch-cheaser, woman is a nest-defender"..LIHAT !! Semuanya hampir samakan??Tapi kenapa didikan kita tak meraikan si lunch-cheaser dan si nest-defender??

Di tadika kehidupan, saya juga dibesarkan dalam suasana yang sama..Bertemu, berbicara, dan berbincang dengan lelaki bila ada keperluan. [Sila rujuk buku Fatwa Yusuf al-Qardawi jilid 7]. Kini ABAH juga didik kami dengan didikan yang sama " Kita da'ie, kene jaga syakhsiyah ".
Perkara-perkara ini pernah ada dalam fikiran saya sebelum ni:

1. Kita bekerja kerana mengisi jawatan yang kosong ke kita bekerja kerana ada kerja?? Jawatan itu datang atas dasar organisasi??

2. Kita buat sesuatu kerana keperluan ke kerana kehendak??Saya suka tanya KENAPA pada orang lain..supaya matlamatnya jelas..seperti "Kenapa kene ada banner?" [Nasib baik pak cik banner dapat jawab ^_-]

3. Kita menyelesaikan masalah ke kita mewarisi teknologi tarbiyah lampau??

4. APA??KENAPA??BAGAIMANA?? Penting ke guna susur galur ini sebelum lakukan sesuatu??

Saya telah temui jawapannya..

Hari ini telah menzahirkan jiwa seorang pemberontak yang 'bekeng'. Ya, saya keras dan degil. Tapi Khadijah r.a juga keras dan degil.Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya yang dah jadi everest ni, serta kezaliman dan kekejian yang telah saya lakukan.. Nasib baik KAKAK tenang reply email itu..Tak sabar nak jumpa UMMI, supaya UMMI tahu apa yang saya rasa.

Monday, May 19, 2008

< Membebel >

Mak cik barbara kata perempuan perlu menghabiskan banyak perkataan dalam sehari.Lebih 2000-3000 perkataan dari lelaki..iTulah sebabnya perempuan ni bahasanya lebih teratur.So, kalau perempuan tak habis perkataan yang banyak-banyak tu beerti dia keMURUNGan..bahasa biasa TENSION dan TERTEKAN.Pilihan yang ada hanyaLah DENGAR atau orang yang anda sayang KEMURUNGAN..Nah pilih antara satu, yang mana satu pilihan kalbu??

Jika anda yang berada didalam situasi begini saya sarankan baca buku..Man can't listen, woman can't read map. Selepas habis yang tu terus baca Man don't have a clue, Women always need new shoes. Supaya dapat tahu kenapa perempuan suka 'berkata-kata' dan bagaimana nak adapt..

Mak cik Barbara kata perempuan akan 'berkata-kata' dan 'bercerita' bila nakkan perhatian atau ingin berkongsi sesuatu dan mereka ingin dihargai..Lagi-lagiLah perempuan itu berkerjaya sebagai SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA. kerana mereka rasa kerja-kerja yang mereka lakukan hanya kerja-kerja picisan, buang sampah, sapu sampah, basuh pinggan dan dll.

Ramai remaja atau sesiapa sahaja tak berapa gemar ibu mereka mengeluarkan kata-kata hikmah..Tapi kan, ibu akan menghamburkan kata-kata hikmah kerana dia menyanyangi untuk orang yang dia sangat sayang..Cuba baca ini..Ibu telah sangat susah mengandungkan, kemudian melahirkan [huhu teringat kisah kak hana], menyusukan, memandikan dan kadang-kadang anda kencing padanya, menyuapkan makan, membesarkan dengan penuh sabar [tambahan jika anda nakal..hehe bukan saya ^_-] Kenapa seorang ibu menggagahi semua itu?? yang mungkin anda tak mampu..kerana DIA SANGAT SAYANG..sedang anda hanya perlu membalas segala apa yang dia lakukan dengan MENDENGAR HAMBURAN KATA-KATA HIKMAHNYA DENGAN RASA SAYANG DAN KASIH YANG SANGAT.Hanya setitis dari penggorbanan ibu yang terlalu banyak *homesick*. [Tambahan yang paling pertama dan utama doakan ibu & ayah tanpa henti]


Tapi kalau ada sepesen dengan saya, yang kadang-kadang sengaja membuatkan ibu mengeluarkan kata-kata hikmah bila selalu dengan sengaja jadi nakal..Itu NO KOMEN..^_-

Saturday, May 17, 2008

< Golongan yang tercicir >

Kerana ketangguhan lalu, hari ini aku menjadi salah seorang dari golongan-golongan yang tercicir..Aku keciciran taktala teman-temanku turun ke medan bersama hati-hati yang bersih untuk dibentuk. Temanku turun ke medan tapi aku INSAN YANG KETINGGALAN kerana ketangguhan dan kelalaian T_T. Adakah aku akan di boikot seperti tertinggalnya insan itu dari medan uhud??

Temanku bermandikan air yang sangat damai yang mengalir dengan penuh tenang, aku?? masih disini..
Temanku bertemu tuhanku tanpa halangan, berlantaikan tanah berbumbungkan langit, aku?? ntah bangkit ntah tidak..
Temanku mendaki meneliti setiap ciptaan tuhan, jalan untuk hampir denganNya, sedang aku masih disini konon-konon setia menghadap si layar ini..

Semoga aku tidak menjadi kambing yang diterkam si musang..Lindungi dan peliharaLah aku tuhan..Semoga tiada lagi keciciran yang perlu ku lalui ..cukupLah ini yang pertama dan terakhir..Doakan aku teman..

Tuesday, May 13, 2008

< Update.. >

Mengupdate khabar terbaru teman-teman..Rupanya banyak yang telahku ketinggalan. Akukah yang bermain diduniaku sendiri?? Atau itu hakikat kehidupan yang aku tak bisa mengetahui segalanya..Huhu..

Kemana-mana, berjumpa dengan sesiapa saja, agenda utamaku adalah mengupdate kehidupan terbaru kalian..Mungkin rindu, mungkin tersangat rindu, mungkin teringat memori lalu sewaktu ketika menjadi kanak-kanak kecil di sekolah kehidupan T_T atau mungkin ingin tahu yang amat sangat.

Sengajaku biarkan mereka bersembunyi, aku paham gelora rasa yang berkehendakan persembunyian itu.Sesungguhnya semua orang berhak bersembunyi andai dengan itu mereka bisa rasa terselamat..kerana aku yakin kalian akan tetap jua keluar dari gua persembunyiaan kalian [akak baru keluar gua jangan terasa yea]

[Baru lepas YM dengan orang mesir yang nk pekse haha..Semoga Berjaya..]

Sunday, May 11, 2008

< Menemani dan ditemani >

Hari-hari lalu menemani pelbagai ragam teman, KAKAK dan ADIK..Masih mempercayai sesungguhnya memberi itu untuk diri sendiri..Kadang-kadang kita tidak sedar dengan memberi semangat pada yang lain itu sebenarnya untuk mengisi kekosongan jiwa sendiri dan hasamah yang menjalar dalam diri dan darah itu sebenarnya untuk bersama, milik bersama.. Menghulurkan bantuan pada yang lain itu sebagai tanda mengharap sangat pertolongan dari Allah Yang Maha Kaya..

Berkata-kata dengan KAKAK sesungguhnya tawakal itu sangat indah dan damai..Kerana penyerahan itu sesungguhnya layak untuk Dia. Hidup perlu optimis dan yakin pada Dia. Berteman dengan ADIK, menziarahiku dari seberang. Seronok bersama ADIK, mengkhabarkan padanya liku ini memang berduri dan KEKEBALAN melaluinya hanya dimiliki dengan merayu dan berharap padaNya. Mendengar kehidupannya, supaya boleh membantu apa terdaya[banyak yang kantoi best giler..].Berkongsi kehidupan yang lalu supaya ia bermanfaat padanya [harapnya begituLah..], semoga dia tidak mengulangi kesilapanku yang lalu..Bersama TEMAN, supaya merasai bersama hidup ini akan tersangat indah jika suka dan dukanya sentiasa dan seringkali bersama..Tawa dan dan tangisnya sebilik..bagai seJASAD..

Hidup ini akan TERAMAT INDAH jika sekiranya semua orang berfungsi dan menjadi yang sewajarnya dan selayaknya [ikut dengan taat dan jangan langgar ISO tuhan]..

Thursday, May 8, 2008

< Bebas sikit >

Beberapa hari yang lalu saya telah dikeluarkan dari sel..Sekarang ni, saya tengah dibawa oleh pegawai penjara menuju pintu keluar..Doakan saya bisa keluar dengan jaya yang terbaik..

Bagi meraikan saat keluar dari sel, saya puaskan hati menuju ke taman fajar ilmu. Tak banyak belanja hari ni, cuba kepingin satu buku lagi - Sirah Sahabiah, Jilid 1 - [ TuLah masa kat KONSIS ada,tak beli..jual mahal..kan dah takde kat taman]. 15 min memilih antara Khadijah the true love story of muhammad atau Khadijah drama cinta abadi sang rasul, akhirnya saya memilih si pink.

Duduk je atas bangku train, terus saja buka si pink, sehingga saya dan ADIK terlepas stesen sampai ke sri petaling..Gara-gara menghayati kisah hidup dan asyik bersama kisah cinta kekasih ar-Rasul.Saya mula mengerti kenapa saya mengagumi si Khadijah, rupanya dia si suci di zamannya taktala kematian 2 orang kekasih hati..Melihat, membayangkan, dan mengagumi ar-Rasul dari mata Khadijah. Novel hidup yang best, nasib saya masih ada tanggungan budak sekolah, jika tidak pasti saat ini saya sedang berdating dengan si pink..

- Nanti saya bergambar dengan buku-buku baru ye..InsyaAllah-

Sunday, May 4, 2008

< Marah + Geram = Benci >

Saya perlu ke Gombak tapi esok exam banyak tak baca lagi..tapi sekarang ni dah tak boleh baca sebab ada kejadian teruk berlaku di rumah ke dua saya..

Tadi ada satu pernikahan yang berlangsung. Saya macam pelik kenapa penikahan ni tak semeriah biasa..Heeem rupa-rupanya, si perempuan dah berisi dan ada kawan dia, si lelaki baik sanggup untuk kahwini dia..HEEEEI GERAMMMNYEEEER!! [baca nada seperti nada Saidina Umar geram]. Korang memangLa boleh tutup malu tu sekarang, kalau anak tu perempuan camne?? Nak tutup camne lagi malu tu??

Saya benci lelaki yang suka bunuh diri [hisap rokok] dan jahat [berteman dengan anak dara orang tanpa pengetahuan ibu & ayahnya]..Saya sibuk dengan si Zionis di Palestina tapi rupanya mereka telah menang di bumiku sendiri..Waaa sedihnya..Mesti si kuffar melonjak gembira..Waa saya telah ditawan di negara sendiri walaupun negara saya telah merdeka..

Lelaki jahat tu sangat gembira kerana dia telah merosakkan banyak kehidupan orang lain..Perempuan bodoh berisi. Padan muka, sape suruh percaya dengan lelaki jahat.Lelaki baik kene kawen dengan perempuan bodoh. Padan muka..sape suruh baik sorang-sorang.
Perempuan bijak tak kawen sampai mati sebab laki baik kene kawen dengan perempuan bodoh. Padan muka, sape suruh bijak sorang-sorang..Tapi ingat LELAKI JAHAT, tuhan saya sangat adil, Dia pasti membalas dosa anda SELAYAKNYA dan SETIMPALNYA..Waktu itu saya akan kata PADAN MUKA !!!

Saya menulis entri dengan hati yang membara dan air mata yang menitis..IniLah realiti ummah kini..BangkitLah wahai pejuang yang LEKA!!Kita dah tak punya masa untuk sesaat kelalaian..
Jom buat Hari ABJZ besar-besaran!!

< Wanita itu sangat dimuliakan >

Saya tengah dengar kuliah subuh tentang 'Memuliakan wanita'..[macam menarik, tapi saya 'faham' sebab ngantuk + slow].

Rupa-rupanya ada dalam Riyadus Solihin..Nampak sangat tak habis bongkar RS lagi..Indahkan Islam..Meraikan kedua-duanya.

Islam ajar untuk menunaikan hak, bukan menuntut hak..sebab tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima..

Ni apa yang saya dapat tadi dalam 3 minit terakhir (dari 1 jam, 3 minit je 'tak paham' ^_-) Ni apa yang pak cik kuliah subuh cakap..

1. Hak isteri yang perlu dipenuhi ialah memberinya makan dan pakai yang baik dan
berbuat baik padanya [bahasa Mak Cik Barbara loving and caring] haha Islam dah ajar dulu, Mak cik lambat = p Kiranya semua tuntutan tu untuk memenuhi keperluan asasi wanita <- Motifnya

2. Hak suami -> Jangan bagi orang masuk rumah without his permission..Nak tolong saya tak? Apa motifnya ye? Mesti ada sebab dan akibatnya..Mesti ada motifnya bila Islam ajar boleh dan tak boleh..[tapi sahabat-sahabiah dulu takde pun tanya kenapa dan mengapakan?? Derang taat dan patuh je *malunya*] Saya tak dapat nak relatekan pada apa-apa pembacaan saya..Pak Cik Allan tak bagitau pape pun tentang ini..

-> Tambah time Pak Cik kuliah subuh tengah bagi talk sebab ada ternet.. O_o

< Budak Kecik >

Pembaca senyap saya bersuara semalam..

Kenapa banyak sangat cerita pasal budak-budak kecik ??

Sebab kat Malaysia ni tiap minggu/bulan saya dikhabarkan tentang berita kelahiran..
Masa yang lalu, kelahiran anak-anak KAKAK saya dan Mak Cik saya dah bersalin (tapi saya tak ziarah lagi walaupun dekat je, padahal dah jumpa si kembar tu 2 kali O_o)..Bulan ni sorang lagi KAKAK saya bersalin, 2 bulan lagi sorang lagi, bulan 11(ramainyeer kakak saya.. ^_-).

Friday, May 2, 2008

< Nakba Palestin >

Sungguhpun jasadku berada di talk palestina, namun ruhku tidak merasainya sepenuhnya. Merasai sesuatu yang berbeza dari orang lain [mungkin..sayakan PELIK], tapi dapat juga tambah update news tentang palestina..sesungguhnya update dari insan yang punya hamasah 'Free Palestine' yang tinggi sangat berbeza dengan baca dalam kantung mail..

Ya..saya tahu kalian tahu ini..
Mereka dicatu makannya, sedang kita pantang lapar sikit [aduiii]
Mereka di'boikot', sedang kita KEDEKUT
[makan boleh nak dekat ringgit 10, bagi ringgit 1 pun susah..kena lagi..]
Mereka takde letrik, takde petrol, takde ubat..
[Kita yang serba-serbi ada, pun tak reti-reti bersyukur..]
Fuuh..CukupLah..hatiku dah berdarah [baru hati yang berdarah, belum jasad]

Ini yang saya terfikir tadi..

Layakkah untuk berada dibaris syuhada' sedang mereka mendahului?? Ibu yang melahirkan yakin dia tak bisa mengasuh anaknya kerana UBAT takde..Mereka bertahan dengan KUAT, saya hanya mampu mengedar flyers [kerdilnya..]. Melihat ayah singa yang tidak berapa sihat boleh mengaum dengan gah, saya masih muda dan sihat..Apa yang saya buat?? huhu buang masa sokmo, lalai sokmo..Andai umur ayah singa tak lama, ada ke anak singa yang telah siap siaga mengganti? Dalam kepalaku ada 2 orang..sorang akan melaungkan azan untuk ke medan. Sorang lagi akan bersama kami untuk mendidik generasi masa depan dengan cerita-cerita kegemilangan dan wira-wirawati ISLAM sebagai bed-time story mereka supaya mimpi mereka menjadi wira[siapa mereka??RAHSIA]. Tapi cukup ke 2 orang jer?? Tidak..kami bersama. Tiba-tiba teringat nyanyian samihah(3) dan muhammad(5)..

Kami anak kecil nusery Taman U
Kami anak comel WAWASAN UMMAH..

Hebatkan tangan yang mendidik dan mengasuh..
Tapi buku quantum tarbiyah ajar -> Menjadi yang paling baik dengan keterbatasan yang kita ada..

Saya fikir begitu kerana saya minta supaya diberi yang terbaik yang wajar saya dapat..mungkin saya hanya layak dapat refresment..


---------------------------------------------------------------------------------

Baru tamat baca Aku Terima Nikahnya, Abu Saif..

Hati kata : Alhamdulillah sebuah bait ad-Dakwah telah selamat dibukukan, ada siapa nak jadi penerus?[Kalau dapat buat gabungan cerpen okey jugak..Tajuk: Bercouple yang bahagia, tapi cerita tentang mereka yang nikah tanpa bercinta, versi org2 muda..kalau kami boleh buat, kalian juga pasti boleh] Biar mereka di luar sana sedar sesungguhnya couple [sebut kupLe] itu takkan bawa kemana-mana, buang masa[dan segalanya].takde hasil..

Thursday, May 1, 2008

< Manisnya sebuah rukuk >

Saje je nak jadikan entri baru..^_-

Bila melazimi tahajjud,
memang terasa seakan-akan ada suatu energi yang menjalar dalam diri.
Yang banyak mempositifkan pemikiran dan tindakan.
Serius!!
Tapi kenapa kita malas bertahajjud?


Kataku ada 2 sebab [ada orang lain nak tambah sebab lain?]:

1. Kita tak rasa manisnya tahajjud.. tapi manis itu kene cari, macam kita cari gula kat kedai time orang sorok gula..Hanya si singa di siang hari sahaja yang mampu menjadi sang sufi di malam hari..Hanya sang sufi yang merintih dimalam hari sahaja yang bisa menjadi singa yang TANGKAS di pagi hari...

2. Ataukah kita hanya menjadi orang yang berselimut yang bangkit taktala ada insan istimewa yang kejut??Maniskah tahajjud tika itu??Bangun kerana insan yang kejut, bukan kerana untuk menemui Dia yang sangat istimewa..

3. Sebab kita suka berlagak dengan kuasa luar biasa sendiri..Ingat kita boleh jalani hari esok dengan kuasa luar biasa diri kita je ke??Padahal hari esok itu penuh dengan luar jangkaan..dan kita setiap masa perlukan hidayah Allah dalam setiap tindakan..

Yang mana satu kah kita?? Kalau takde ciri kita di atas..Kalian memang HEBAT !!