Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Sunday, May 11, 2008

< Menemani dan ditemani >

Hari-hari lalu menemani pelbagai ragam teman, KAKAK dan ADIK..Masih mempercayai sesungguhnya memberi itu untuk diri sendiri..Kadang-kadang kita tidak sedar dengan memberi semangat pada yang lain itu sebenarnya untuk mengisi kekosongan jiwa sendiri dan hasamah yang menjalar dalam diri dan darah itu sebenarnya untuk bersama, milik bersama.. Menghulurkan bantuan pada yang lain itu sebagai tanda mengharap sangat pertolongan dari Allah Yang Maha Kaya..

Berkata-kata dengan KAKAK sesungguhnya tawakal itu sangat indah dan damai..Kerana penyerahan itu sesungguhnya layak untuk Dia. Hidup perlu optimis dan yakin pada Dia. Berteman dengan ADIK, menziarahiku dari seberang. Seronok bersama ADIK, mengkhabarkan padanya liku ini memang berduri dan KEKEBALAN melaluinya hanya dimiliki dengan merayu dan berharap padaNya. Mendengar kehidupannya, supaya boleh membantu apa terdaya[banyak yang kantoi best giler..].Berkongsi kehidupan yang lalu supaya ia bermanfaat padanya [harapnya begituLah..], semoga dia tidak mengulangi kesilapanku yang lalu..Bersama TEMAN, supaya merasai bersama hidup ini akan tersangat indah jika suka dan dukanya sentiasa dan seringkali bersama..Tawa dan dan tangisnya sebilik..bagai seJASAD..

Hidup ini akan TERAMAT INDAH jika sekiranya semua orang berfungsi dan menjadi yang sewajarnya dan selayaknya [ikut dengan taat dan jangan langgar ISO tuhan]..

2 comments:

cikEff said...

:D xde perkataan nak gambarkan terima kasih saya..
apepon, jasamu dikenang. tunjuk ajarmu akan diolah menjadi pedoman utk org2 disekeliling.
actly, shingga skrg, perkara itu masih tidak dikongsikan. he3...

[ Nazihah ] said...

apa yang awk tak kongsikan?? pelarian awk tu ke?? hehe *suspen*