Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, April 30, 2008

< Anak Tiri >

Seusai tadabbur surah at-Talaq..terus istisyarah dengan KAKAK tentang TALAK..Sengaja dikorek kembali ilmu yang tersembunyi jauh di ruang otak..Tentang rumahnya,auratnya, nafkahnya, anaknya..

Siapa kata ISLAM mengANAK TIRIkan perempuan?? Tak percaya??

1. KalauLah talak itu ditangan wanita, mesti penuh bilik kat pejabat islam negeri penuh dengan kes-kes cerai..kalau advance lagi, satu bangunan kot O_o

2. Kenapa ada 'iddah, sebab sepanjang waktu ituLah wanita perlu menstabilkan EMOSI dengan perubahan baru kehidupan mereka..Juga tanda Allah sangat sayang dengan sebuah keluarga..Namun jika tiada penyelesaian yang lebih baik dari TALAK..maka silaLah..tapi, pasti seisi bumi bergetar..Tapi sebelum TALAK ada kaedah merawat keluarga kan?? [Ni kene tanya orang yang belajar, bukan orang jahil seperti saya -_- ].

Kenapa penting sangat EMOSI pada wanita? Sebab EMOSI ituLah ciri-ciri penting si 'nest-defender' [sila baca man can't listen, woman can't read maps], ituLah sebabnya ibu itu ada 6 sense kerana dia perlu peka dengan perubahan keluarganya. Hanya ibu saja yang bisa tahu tangisan si baby itu kerana apa, laparkah atau lampingnya perlu diganti atau sebab tak nampak ibu di depan mata [tapi adik2 saya menangis bila jumpa ibu, camne tu ye??]. Bayangkan sebuah keluarga yang ayahnya kurang emosi, ibunya pun kurang emosi juga maka jadiLah anak-anak itu ROBOT yang tak berEMOSI..

3. Perempuan perlu mengambil masa untuk sebarang perubahan dalam kehidupan mereka kerana mereka perlukan masa untuk membentuk EMOSI untuk kehidupan baru. MAKA berikanLah mereka masa.. seperti wanita bersalin, mereka di beri 2 bulan..ingat senang ke nak bangun every 2 hours untuk susukan baby..[sayaLah orang yang malas nak bangun bila adik nangis di dini hari haha]. Sama juga wanita yang di TALAK..

4. Kenapa wanita yang mengandung 'iddahnya sampai bersalin?? kerana ketika itu wanita sangat memerlukan sokongan tambahan.[based on pengalaman tengok ibu dan KAKAK mengandung ^_- ] HelloOOon ingatkan senang ke nak mengandung?? suka-suki je nak TALAK time tu..KAKAK damaikan saya, kalau jodoh sampai time tu je nak buat camne..Saya terima jawapan itu, walaupun hati tak puas dengan kenyataan tu. Bunyinya maca tak BERHATI PERUT dan TERUK LANTAK bila menceraikan isteri ketika ada baby dalam rahimnya..Tapi Allahu'alam..

5. Kenapa ibu yang menyusu anak perlu dibayar upah/nafkah lepas TALAK..sebab baby yang menyusu adalah 'penyerap' nutrien ibu yang paling aktif. Bahasa saya [bukan bahasa seorang ibu], ibu yang makan, yang lain pulak dapat nutriennya..Menyusukan anak perlukan komitmen[ini sebab baca dan lihat], kerana ibu kerapkali tertidur ketika menyusukan adik..
MORAL -> SayangiLah ibu anda..haha

AdilKan ISLAM??

Tuesday, April 29, 2008

< Pesanan >

Pesanan dari Ummu Fateh beberapa hari lalu, di keramaian adik-adik..

Hidup ini, yang penting adalah barakah dariNya dalam segenap urusan
bukan banyaknya usaha dalam sesuatu urusan
bukan banyaknya belajar untuk periksa,
tapi barakahnya saat-saat masa mentela'ah.
bukan banyaknya makanan mengisi si perut,
tapi barakahnya setiap isian.
bukan banyaknya duit menghuni si kocek,
tapi barakah dari setiap sen darinya..
bukan banyaknya buku yang dibeli atau dibaca,
tapi barakah dari setiap buku yang dihadam.
USAH TINGGAL TAHAJUD
KERAPKAN LIDAH MENGHAFAZ QURAN

Apakah ukuran sebuah keberkatan dari NYa??ketenangan kah??kelancaran kah??
Tapi yang pasti DOSA itu benteng yang akan menjauhkan tuannya dari BARAKAH..walau hanya sebesar zarah
Masih banyak persoalan yang perlu diterokai jawapannya..tanda kekerdilan seorang hamba, tanda ceteknya pengetahuan dari ilmuNya yang Maha Luas..
[diriku masih dalam pencarian]

Monday, April 28, 2008

Dahsyatkan Diri

Beberapa hari lalu saya ditawarkan bantuan untuk mengasah potensi diri..
[tak pasti respon diri sendiri O_0 ]

Lalu hari ini saya ketemui ini..

Barangkali sebelum ini kita tidak serius dalam menggali potensi untuk mendahsyatkan diri,
Belum sungguh-sungguh mengelola waktu untuk meraih ilmu
Masih begitu banyak kelalaian dan
Masih begitu sedikit kesyukuran

[Membangun kecerdassan tarbiyah, Quantum Tarbiyah mencetak kader serba bisa]

Ketika membaca, terasa menusuk ke kalbu..BaikLah tawaran untuk membantu saya mengasah potensi untuk mendahsyatkan diri diterima..TAPI [saya tak suka tapi yang ini..] saya perlu 'membebaskan' diri saya dulu...

Upah untuk hari ni..-_-


TARBIYAH ITU MENCERDASKAN !!!

Sunday, April 27, 2008

< Inikah kehidupan >


Akak, beginikah sebuah kehidupan??
Seperti yang akak dan kaq Long lalui
[tak pasal2 kaqLong terbabit sama, upss..lupa kaqLong kan mama mereka]
Dari fasa ke fasa??
Selepas ini kemudian itu??


Seorang ADIK bertanya soalan ini padaku suatu ketika dulu..

YA..Inilah jalan kehidupan kita
Jalan ini MESTI dan PASTI kita lalui
7 Tangga ini harus kita naiki
untuk menggarab tanda KEREDHOAN yang telah kita yakini
Adakah kita punya pilihan??
Ya kita ada pilihan, walaupun sebenarnya tidak ada
kerana pilihan yang terbentang hanya FUJUR dan TAQWA
yang kita punyai hanya
Menelusuri fitrah kehidupan yang telah ditetapkan
sebagai tanda ketaatan padaNya
mengikut ketentuanNya

Pada saya, semua yang seperti saya telah ada ditangga ke tiga.Pelik??

Tangga 1 adalah asas yang paling penting, jika tiada tangga 1 takkan ada tangga yang 7, jika tangga 1 ditinggalkan walau hanya SESAAT, tangga ke 7 yang menjadi lambang keredhoan, hanyalah anganan dan igauan.Paling utama mendidik diri kita, dan dalam masa yang sama mendidik yang lain untuk memenuhi MT, kerana dalam kita mendidik orang sebenarnya kita mengasuh diri kita sendiri..Memberi itu sebenarnya untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain..[ada ayatnya, tapi can't remember, nanti dah jumpa saya tambah ye..insyaAllah]. Natijah insan tangga 1 sepatutnya boleh berhabis keringat yang terbaik untuk tangga 2 hingga tangga 7. Kita tak boleh tersangkut dimana-mana tangga.Jika tersangkut ertinya tangga 1 masih belum sempurna. Kita takkan boleh berlari jika tidak pandai berdiri, untuk terus melangkah kita perlu membina diri terbaik mungkin. Jika telah boleh berdiri, berdiriLah dengan kuat supaya boleh melangkah dengan perkasa.Jika kita akan ke tangga 2, kita perlu menjadi insan yang jaguh[paling baik] di tangga 1..

Ini kriteris-kriteria jaguh tangga 1
1. Aqidahnya sejahtera
2. Ibadahnya benar [seluruh hidup adalah ibadah kan??]
3. Akhlaqnya cemerlang [akhlaq rasul di admire oleh seisi bumikan?? umpama Quran yang bergerak]
4. Pengetahuannya luas..Tahu segalanya. [Wow..terer tuh..]
5. Badannya kuat
6. Berdikarinya luar biasa
7. Mampu bermujahadah dengan kuat pada dirinya
8. Sangat menjaga masa walau hanya sesaat
9. Urusannya tersusun. Harinya berjalan seperti yang dirancang.
10. Dia sangat bermanfaat pada orang lain. Jika dia ada banyak benda yang berjalan lancar


Tangga 2 [ kadang-kadang kurang gemar berbicara tentang tangga yang ini, tapi tanpa tangga 2 takkan ada tangga 3..huhu]. Ramai yang salah persepsi tentang tangga 2..Ia bukan hanya berkisah tentang 'keluarga baru' semata. Bukankah kita punya ayah?? punya ibu?? punya adik?? dan punyai keluarga besar yang sedia ada?? Kenapa perlu ditumpukan sepenuhnya pada 'Keluarga Baru'. Kita takkan diberi yang baru andai kita tak mampu urus yang sedia ada..Sudahkah setiap isi keluarga besar itu dibina dengan tangga 1? Kalau masih belum, kenapa mengharapkan keluarga tambahan yang lebih berat tanggungjawabnya..Itu nama bagi 'bubur nak nasi sedang usia baru 6 bulan' [analogi baru saya ^_-] tamak yang membahayakan..

Tangga 3 [Saya tengah hadam tangga yang ini..setelah selesai saya kongsi insyaAllah]

Melangkah bukan beerti kita melangkah dengan kedua-dua kaki, hanya satu kaki sahaja yang dibenarkan melangkah yang satu lagi perlu ditinggalkan ditangga pertama..Kaki kita perlu melangkah ditangga yang stategik mengikut suasana, mengikut keperluan tarbiah disetiap saat.

Olahan 3 daripada 7 anak tangga MA versi saya..


-------------------------------------------------------------

Dua hari lalu lahir lagi sorang 'perwira' baru..Waa ramainyee lahir tahun ni..Mesti korang sekelas nanti O_o Bila nak pergi ziarah ni??


mOood -> Siti Khadijah [sebab rindu dengan si 'pink', Khadijah the true love story of Muhammad]

Friday, April 25, 2008

< Merasai debarannya juga >


Hari ini merasai debarannya yang kencang..Semoga Allah memberikanku kelancaran..Semoga mereka akan beroleh hikmah dari perjalanan hidupku
Semoga kenangan lalu tidak berulang lagi..

< Rindu >

Saat ini aku merindui kenangan indah di bilik elektif, si bilik kecil..taktala H*****Nku tak sehandal dulu..Merindui saat dulu yang aku mampu mengungkap dilidahku bait-bait kalimah pak cik imam..

Bersama teman-teman, berlumba-lumba menanam dustur didada, dilidah dan dijiwa..Bersama Ustazah Norimah yang kadang-kadang tergugat dengan 'kecekapan' kami. Saat kami seringkali mengalahkan semua 'Perwira'..RIndu kalimah ini " Camne kamu ni??Bukankah kamu lebih tinggi agamanya daripada mereka, kenapa mereka lebih tangkas " ^_- [macam bangga dengar..Tapi itu DULU..]

Mengimbas kembali wajah-wajah dibilik kecil itu [yang mana ingat je huhu], 3 orang di Mesir, 2 di Johor, Aku disini, Sorang di UK, sorang di Sarawak, sorang di UIA..Kami berpisah untuk menimba ilmu tuhan, menimba ilmu kehidupan..Apa khabar teman?? Moga kalian terus bersama di Jalan Ini..Semoga kalian terus Tabah dan Tegar. Semoga dustur tuhan terus tertanam dilubuk hati kalian.Andai kita tak bisa berjumpa lagi, doaLah kita berjumpa diJannah..InsyaAllah..

Ya Allah bantuiku untuk kembali menyelami dustur yang tertanam dijiwa dan di bait-bait lidah..

Wednesday, April 23, 2008

< Tol naik tak? >

Aduh, ingatkan tadi didenda..nasib baik hanya tol ini..nasib baik tol tak naik..Fuuh, lega 0_o''

Lapan perkara yang anda tak tahu tentang diri saya..Apa yang awak tahu tentang saya??Aduh, lebih susah dari soalan exam isnin lepas 0_o.Nasib baik WM tak jadi cikgu saya, mesti saya nyaris-nyaris lulus ^_-

1. Saya dah lama tak mengikuti perkembangan dunia Luar selain saja yang terisi di kantung mail saya, kerana saya berada dalam penjara PSM [agaknya kalau malaya diserang pun saya tak tahu]..Saya tak sabar untuk 'dibebaskan', saya kebosanan bila sentiasa perlu 'berhibernasi'.. Waa..Bosan!!Tolong!! Saya tidak mahu sebarang masa tambahan.TIDAK!! Doakan saya 'dibebaskan' tanpa sebarang penalti dan tanpa sebarang masa tambahan. Izinkan saya melihat Matahari yang cantik..TAPI saya akan diterus dipenjarakan dari sebarang agenda dunia luar sehingga saya dibebaskan, Melainkan saya pandai melarikan diri TAPI saya akan juga di'tangkap' semula..Aduiii

2. Saya PELIK..sebab walaupun sesibuk manapun saya[walau dikurung dalam penjara sekalipun], saya akan isi juga papan blog saya terutama bila saya punyai keinginan yang kuat..^_^ kerana ia adalah kelegaan yang sangat. PercayaLah, tengah meeting pun saya boleh buat tambahan bahkan dalam 'seminar' juga. Dengan syarat ada 'Lingkungan tanpa wayar'..semuanya kerana saya HANTU BLOG..

3.Saya telah terima banyak tawaran kerja, walaupun saya masih belum lagi tamat sekolah. Menjaga si adik kecil, menjaga kanak-kanak kecil, menghadap web[jauhkan diriku dari komputer..TOLONG!!]. Tapi saya tak tahu nak pilih yang mana, saya tak mahu pilih yang mana-mana lagi sebab saya tak habis sekolah lagi, saya nak kerja yang tak lari dengan fitrah saya..[penat melawan fitrah]. Kerja dengan anak-anak atau kanak-kanak macam seronok, sebab dunia mereka hanya ada keseronokkan..Seronoknya jadi mereka..

4. Saya mudah BERTUKAR.di tengah-tengah marah saya boleh tersenyum, setelah melihat gelagat orang-orang tak bersalah..sampai adik saya selalu kata "Kak yong ni marah ke tak sebenarnya??".Saya boleh tiba-tiba meninggi setelah gabra yang teruk (macam perhimpunan besar hari tu ). Saya boleh buat lawak ditengah-tengah ketegasan(kegarangan), sampai orang tak berani nak gelak, bila saya gelak baru mereka gelak..

5. Saya macam BUDAK-BUDAK. Tak sangka 'adik-adik' saya tanya soalan ni beberapa hari yang lalu..

adik: umur akak ni berapa?
saya: Dah pernah 20 tahun..(huhu dah membesar rupanya)
adik: Akak ni tak macam 2* tahun la, macam kanak-kanak, kami pun lagi matang lagi dari akak.
saya: Ye?? do i look young?? (sambil sengih panjang)
adik: Tengok tu macam budak-budak..

Ibu pun pernah kata " Sedar pun dah besar, tapi perangai macam budak-budak "..Ketika saya bercerita tentang umur saya dan adik-adik..*homesick, walaupun baru balik*

Penat Ooo sentiasa jadi matang dan sentiasa jadi budak BESAR (besar la sangat..) bagi la chan jadi kanak-kanak yang bahagia seketika.

6. Saya PANTANG BERODA..baru saya tahu kenapa ibu dan ayah tak biarkan saya beroda percuma..Nanti pasti saya tak lekat dirumah..asyik ke sana ke sini..dalam kepala asyik nak berjalan je. Tapi berjalan yang paling menyeronokkan ke FAJAR ILMU..walaupun dekat je...Tak sabar nak pergi 'Tanah tinggi'

7. Saya mempunyai PENAAKULAN TINGGI..Siapa yang mahu bercerita dengan saya perlu mempunyai alasan yang kuat..Kalau tak, saya akan goyahkan pendirian banyak manusia..Tambahan: saya DEGIL..lagiLah anda perlu mempunyai hujah yang kuat + KENTAL..
Hanya tiga insan sahaja yang saya boleh terima cerita mereka tanpa penaakulan yang terer..sebab tuLah saya selalu cari mereka kalau saya buntu..Kadang-kadang nak pilih baju raya pun dia pilihKan untuk saya..haha.Siapa MEREKA?? Ibu, Ayah dan Ummi..


8. Saya PENGGANAS yang suka menganggu ketenteraman orang lain..terutama ketika saya bosan atau ketika saya dalam mood PEROSAK..Paling gemar menganggu adik, usik mereka sampai mereka menangis (comelLah budak kecik nangis, mewarisi perangai ayah)..Lepas tu pujukLa balik, kalau tak berjaya, apalagi..kenelah siapkan telinga dan menadah kata-kata hikmah ibu..Kadang-kadang sengaja jadi nakal supaya boleh mendengar 'kata-kata hikmah' ibu, Itulah yang paling dirindui bila duduk jauh dengan ibu..Saya juga suka menganggu ketenteraman teman-teman SEJASAD..cuit-cuit lepas tu kene cubit..Haa padan muka, tuLah ganggu orang lagi!! Tapi seronokLah ganggu orang..hehe.Tapi kalau salah line SIAPLAH !

aLaaa..awak dah tahu, nanti saya dah tak boleh nak kelentong lagi..

--------------------------------------------------------------------

Doakan saya dilancarkan kata-kata ketika memuntahkan wasiat malam esok..Fobia 'perhimpunan besar' masih lekat di kepala..

< Kita adalah Manager >

Tak pasal-pasal keluar entri ni..free-free je bagi idea tambahan pada saya..

Kita adalah si Manager, Kita punya Manager..

Pengurus si HAMBA adalah TUHANya,
Pengurus si PENGIKUT adalah RASULnya,
Pengurus
si ANAK adalah IBU & AYAHnya,
Pengurus
si MUTAROBBI adalah MUROBBInya,
Pengurus
si RAKAN adalah TEMANnya,
Pengurus
si RAKYAT adalah PEMIMPINnya,

Makin banyak menjadi PENGURUS, semakin lambat operasi 'exam' di Mahsyar nanti..
Tapi jika berjaya menjadi PENGURUS yang baik, pasti akan berpotensi BESAR menghuni SYURGA

Jadilah MANAGER yang 'berlesen' dan mengikut 'kontrak' yang di beri 'JPJ' alam sejagat..Jangan sesekali jadi MANAGER yang berLesen TERBANG..

ABAH selalu pesan " Jaga Syakhsiyyah !! [spelling versi saya]. Mengaku da'ie tapi tak jaga syakhsiyyah, apa kes?? "


p/s: Saya hutang K.WM satu entri..nanti saya kabulkan bila saya bosan dengan si buku

Monday, April 21, 2008

< Impress >

Kagum dengan ayat sendiri..Tak pasti macammana boleh terkeluar ayat ni..Yang pasti ilham Dari yang Maha Bijaksana

21.04.08, 8 am

Put your trust to Allah
Dia takkan membiarkan hamba-hambanya 'hanging'
He always have the solution
MohonLah Allah tunjuki jalan Yang Lurus
Semoga Allah memberi hidayah disetiap perilaku

Sesuatu yang berharga itu mahal harganya
Bayaran Jannah juga tidak murah
Selepas kesusahan itu pasti datang kemudahan dan kesenangan
Kesukaran dan kepayahan itu datang
supaya kita menghargai sebuah kenikmatan dan kebahagiaan

Sunday, April 20, 2008

< Tertarik kerana Menarik >

Menyelongkar seluruh layar blog kerana bosan dengan buku..[konon-konon macam dah banyak baca =p]
dan akhirnya terjumpa ini >> Wanita
bukan feminisme tapi sesungguhnya semua orang perlu berperanan dengan gigih untuk mengubah masa depan..

Saturday, April 19, 2008

< Abdullah Mu'adz & Abdullah Mus'ab>

[ Kenapa waktu jumpa mereka kelihatan berbeza, tapi dalam gambar macam sama?? ]
Tak qesahLa..Yang pasti COMEL ^_-


Buat mereka yang tak berkesempatan lagi berjumpa menemui anak-anak kecil ini..Dan memenuhi permintaan beberapa orang
Titipan gambar dari 'Pak Cik' Abdullah, walaupun 'pak cik' salah eja nama Mu'adz hehe

Wednesday, April 16, 2008

< Jasa yang tidak terbayar >

Jasa insan yang memberi sebuah kehidupan, sejak hanya pandai menangis sehingga kini hampir tamat sebuah fasa kehidupan..
Sejak dari dulu dia tidak banyak meminta dan aku hanya meminta tanpa jemu dan bosan..
Cukup hanya membuka lembaran saat aku dilahirkan, diriku tak bisa membayangkan kengerian saat itu[mungkin imaginasiku tahap hiperbola ^_^]..kengerian yang sangat ngeri dan sejak kebelakangan ini, kengerianku bertambah dengan cerita tambahan dari mama baru dan dari kisah dari teman sejasadku. Aku tidak pernah berjaya menonton siri tontonan saat kelahiran, mataku akan tertutup dengan sengaja atau tidak..

Hari ini..taktala kerinduan tahap gunung everest bergabung dengan berita dia 'berdarah' fuuh.. terburai semuanya..Saat itu, En Tesis dan Dr projek dipersalahkan sepenuhnya..Nasib baik Pn Final tak terbabit sama..Dengan imaginasi yang hiperbola, membayangkan dia yang berdarah dan dicuci..Sistem pintar otak terus mengeluarkan rule Aku mahu pulang..Tak kira

Doakan si'dia' ku sembuh seperti yang terbaik untuk dirinya..dan doakan aku selamat sampai menemui insan-insan yang teramat sangat dirindui..MerekaLah insan yang paling berharga dalam kehidupanku..

Inilah coretan dari insan yang telah sampai ke kemuncak kerinduan..Baru saja Allah menghantarkan khabar ketidak sihatan..Huhu..Dia tahu aku belum bersedia untuk membiarkan mereka jauh dari sisi..

Monday, April 14, 2008

< Minggu yang Lalu >

Minggu yang lalu telah banyak mengajar..tarbiyah yang sangat kental [meskipun tiap saat adalah tarbiyah dariNya]..khas untuk hati yang degil dan keras seperti hatiku [jangan punyai hati seperti hatiku, antara ciri-ciri kaum yang ditimpa bala' ialah mereka degil dan hati mereka keras untuk merasai hidayah Allah dan menghayati kekuasaanNya..Na'uzubilLah Min Zalik]

MOdul tarbiyah dari Allah..adalah Modul yang paling bijaksana..Dia Maha hebat dan Pintar..Dia sangat Mengetahui bagaimana caranya menyentak hatiku yang degiL ini..terima kasih ya Allah..Moga Hatiku bisa di'lembutkan' kembali.Menyentak hati yang keras dan degil ini umpama menLapah daging yang liat, hatiku umpama si daging..Ya, kesakitannya terasa hingga kini..

Minggu lalu, aku kian sedar dan merasai keterbatasan manusiawi..apatah lagi keterbatasan manusiawi andai diri seorang perempuan, Allah mengajar aku merasai perasaan takut dan risau.Dia mengajarku berhati-hati. Yang selama ini tidak pernah kuambil kisah dan tidak pernah kuambil kira [semuanya 'harung' je..ABAH kata 'daring']. Cabaran padaku adalah bahaya bagi kebanyakkan perempuan, tawakal si 'burungku', mereka bilang penyerahan gila.Tragedi-tragedi yang akan ku kenang..Detikkan hatiku berkata "bertuahkan jadi lelaki, tak perlu risau itu..risau ini, boleh kemana-mana sahaja bila-bila masa saje.." Itupun masih ada lelaki yang ingin jadi seperti kami..*pelik* [tapi masih..mereka akan merisaui sesuatu yang perempuan sepertiku tidak tahu]

AKu belajar supaya tidak terlalu over berdikari..berdikari pada tempat dan masanya..ada masanya bantuan perlu di pinta..TAPI aku sangat tidak gemar menyusahkan manusia dan seisinya, berusaha selagi ada daya walaupun setitis..bukan kah kita perlu qadirun 'ala nafs?? Ya, aku sedar ketidak sukaan ku menyusahkan orang lain pasti akan menyusahkan seseorang akhirnya.Tidak gemar memohon bantuan, tapi sangat suka andai ada bantuan yang dihulurkan..seperti gemarnya manusia memberi.. [Terkenang Krisis minyak di UIA, krisis minyak kali yang ke-3 buat diriku, bersama pak cik KBT & family, 'memorinya' ku simpan sampai kini, JZKK Kak Safura dan Nizam].Aku tidak suka 'mengambil' masa orang lain sepertimana aku tidak gemar masaku diambil sia-sia..tapi Allah ingin mengajarku sebagai bekalan, yang nanti akhirnya aku perlu mengfleksibelkan waktuku dengan seseorang dan manusia-manusia disekitarku..aku tidak boleh terus tamak[tamak pahala takpe ^_-] dan mementingkan diri..

Dia mengajarku untuk tidak sentiasa sendiri, Dia mendidikku sesungguhnya aku perlu berteman..sepertimana perempuan itu perlu sentiasa bermuhrim. TAPI setiap orang punya perancangan hariannya sendiri..Tidak gemar menganggu..dan ada masanya manusia perlu beruzlah/sendirian..dan masih belum ada sesiapa yang dibenarkan oleh Dia menemaniku tanpa perlu aku membuat sebarang permintaan.Akhirnya aku pulang, memandu bersama temanku yang paling akrab, yang kerapkali bersamaku taktala aku sendirian..pemanduanku yang sangat damai..

Adakah aku telah lepas modul Tarbiyah Allah ini??Rasanya belum lagi..masih dipertengahan.[BUKTINYA, masih banyak TAPI]
Semoga Allah terus memberiku kekuatan untuk melepasi 'Modul ' ini..

Cabaran hidup mengajar erti perjuangan

mOoood -> Sejuta Harapan, Mimpi Yang Indah, Kembali..[5X ulang..huhu]

Tuesday, April 8, 2008

< Anak sedara >

Beberapa ketika yang lalu KAKAK-KAKAK saya melahirkan baby mereka.Saya..seronok kegirangan. Jumpa dengan si kembar muaz dan mus'ab dan kiss pipi mereka sampai puas, cuma tak sempat nak usik sampai mereka nangis sebab pergi dengan kakak-kakak baik ( Jangan jeles mak cik salwa =p ) Dapat khabar sorang telah lahir beberapa hari lalu..dan 3 orang lagi bakal menyusul..Eee seronoknya !! comelnya mereka !! + rindunya dengan budak-budak kecik di rumah..NAK BALIK !!!

Untuk perjumpaan besar di JB yang akan datang, mesti penuh dengan kanak-kanak kecil..kene ada yang jadi baby sitter, kene ada game untuk kanak-kanak + kene ada orang yang suka mengusik budak kecik macam SAYA..hehe dan kene ada orang berkebolehan untuk memujuk dan melayan mereka macam makcik niebah dan mak cik 'Atiq..RINDUNYA!!NAK BALIK !!!

Camne ye saya boleh ada anak sedara sedang saya anak sulung?? sedang saya cucu sulung di keduanya??


---------------------------------------------------------------------------------
Minggu yang lalu, satu sentakan jiwa melanda diri..

Kita ini makan dan tidur untuk menunaikan hak manusiawi ataukah
menunaikan tuntutan dari Dia??


Habis semua manusia ku lemparkan soalan ini ( orang yang baru bersalin jer tak bagi ^_-) Jawapan dari seorang kakak yang agak keibuan ( padanLah..beberapa hari lalu..ada yang mengkhabarkan dia bakal menjadi ibu..tak sabar nak jumpa dia esok InshaAllah.. )

Kita menunaikan fitrah manusiawi yang ditentukan Dia
sebagai tanda ketaatan dan kesyukuran
dalam ISO Quran dan Sunnah

Atas dasar inilah ar-Rasul bisa saja bengkak kakinya bersujud, berdiri di dini hari kerana 'Salahkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur'

< Kehilangan yang Berbayar >

Saya telah kehilangan sementara sesuatu yang sangat berharga pagi tadi..sesuatu yang sangat berharga untuk menemukan saya dengan dunia luar, berharga untuk saya bergerak dan bekerja..Alhamdulillah saja saya ini telah diTarbiyah dijalanNya..Bersyukur amat, Dia telah lintaskan ini dihati saya

Ya Allah..
Seandainya ini kifarah pada dosa-dosaku
yang ku sedari mahupun tidak
ampuni aku..
Seandainya ia exam kesabaran dan ketabahan
izinkanlah aku berjaya dengan A+

Hari ini saya menghabiskan beberapa jam untuk renew 'kad' itu..dikelentong oleh pemandu teksi, menunggu dengan berdiri 'pakcik panjang' untuk 1 jam..Setelah sampai disekolah, saya meredakan kelelahan dan menunaikan 'janji' saya pada Yang Esa..

Dalam perjalanan menunaikan 'janji', bertemu dengan 'sekecil' yang berjaya kuLasso tapi belum berkesempatan untuk kutarik..Kalimah yang pertama keluar dari bibirnya

Akak, saya kenal 'anak-anak' akak..

Waaa!!! Terima kasih Ya Allah..diaLah sikecil yang ku berhasrat untuk didik, tapi aku hanya sempat untuk berbual tambahan di ruang menunggu pak cik panjang..Terima Kasih kerana mendengar suara hatiku..

Ya Allah, andai ini bayaran sebuah kehilangan aku sangat bersyukur..Bersyukur kerana kau mengizinkan aku mendidik seorang lagi sekecil untuk ku hantar ke pentas syuhada'( teringat Khansa') ..biiznilLah..
Allah pasti akan menggantikan kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik..PASTI !! biiznilLah..

p/s: Saya sangat memerlukan sms kalian yang hanya saja mengandungi nama kalian..kerana saya mungkin akan kehilangan nombor-nombor kalian..mohon dengat sangat..

Sunday, April 6, 2008

< Islam = lesen kereta >

ABAH bagi talk pada kami...seronok...ABAH bawa sekali adik ammar.Comel je adik ammar bila dia betulkan LCD time ABAH bagi talk..

Islam adalah 'lesen' menumpang di bumi dari KERAJAAN ALAM.

Sungguh,(agama tauhid) inilah agama kamu, agama yang satu
dan Aku adalah tuhanmu, maka sembahlah aku.[Al-Anbiya' (21): 92]

..Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah aku cukupkan nikmatKu
untukmu, dan telah Aku redhoi ISLAM sebagai agamamu..
[Al-Maidah(5): 3]


Lepas dapat lesen kita perlu 'memandu', kita bukan sekadar penumpang

..Kalian adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan
untuk (memandu) manusia..(Ali Imran(3): 110)

Pemanduan memerlukan matlamat..supaya arah terpandu..

Katakanlah, Inilah jalanku, mengajak (manusia) kepada Allah
dengan yakin, aku dan orang-orang yang mengikutiku, dan aku tidak termasuk oang-orang musyrik
[Yusuf(12): 108]

Kita bisa saja 'excident' jika tidak berhati-hati dengan rasa TAQWA terhadap dosa dan kekejian bahkan kezaliman tehadap diri sendiri..Taqwa umpama brek kereta, perlu digunakan setiap kali enjin dipasang, perlu sentiasa dipastikan selamat..Andai brek tidak digunakan atau 'sakit', kereta perlu dihantar ke bengkel istigfar dan taubat..

Jangan sampai kita disaman oleh KERAJAAN ALAM, tidak cukupkah tsunami yang lalu?? tidak cukupkah gempa bumi yang satu itu?? Kerajaan Alam bisa saja menggunaka 'cctv' atau speed tracker yang tidak bisa kita jejak kewujudannya..

Yang PALING penting dan utama..Jangan sampai 'lesen' kita ditarik oleh PEMILIK TOTAL KERAJAAN ALAM..saat itu, kitalah penghuni alam yang paling RUGI


Jadilah pemandu yang cermat..Selamat sampai ke destinasi yang dituju.

----------------------------------------------------------------------

KAKAK mengkhabarkan bahawa blogger ada kuasa misteri sampai ada ura-ura hendak diadakan perjumpaan blogger seMalaya..Malaya telah membuktikan blog punya kuasa untuk mengembalikan kemenangan yang tertunda..mengapa KITA menjadi golongan yang tercicir?? Blog bisa saja menjadi suara bilal yang melaungkan azan KEMENAGAN dan KEGEMILANGAN Ayuh, gunakan setiap ruang dan peluang untuk MENANG.Tegakkan ISLAM disetiap penjuru..

Nazihah >> Bila 'Kelab' kita nak buat perjumpaan blogger gigih 'Kelab' seMalaya??bergabung
tenaga kan bisa menggegar dunia??Paling cikai pun buat gabungan Malaya di alam
maya..Pedang penulisan perlu diasah tajam lagi..[easy too say La upss taipLa -_-']

Saturday, April 5, 2008

< BerhakKah? >

Terpaksa menghilangkan 'dia'..Mungkin aku tak berhak rasa apa yang aku rasa atau perasaan aku itu hanya milikku..heeem..Dia lebih mengetahui..

Tapi ini lapangan untuk suara hatiku 'menjerit'..Izinkan ia memuntahkan apa yang ia rasa tanpa sebarang persoalan atau masa kecederaan.Suara hatiku perlu dihambur keluar, supaya cahaya ketabahan boleh meluru masuk tanpa segan silu...Mohon dengan sangat..Izinkan aku menjadi diriku, walau hanya di alam maya..

m0ood -> edCoustic- menjadi diriku...

Friday, April 4, 2008

< Berehat seketika >

Merindui Ramadhan..
Tak sabar... Tak sabar
Ramadhan akan menjengah 5 bulan lagi..
Yey..Yey
Seronok !!

m0oo0d -> Ramandhan 2 zaman..