Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, May 14, 2007

< Saat Indah Inilah Yang Ku Nantikan >

Hari ini saya menantikan sesuatu yang indah.Menanti dari pagi hingga ke petang.Seolah-olah tiada yang indah untuk dikenang.Balik dari lab, tunggu bas rapid di busstop fakulti.Kemudian turun di Hentian Kajang.Kene tunggu bas bangi lebih kurang satu jam[itu sudah biasa dan menjadi kebiasaan]. Tadi hujan dengan sangat lebat, kilat pun ada.Otak ligat membuat keputusan, nak naik bas ke nak tunggu?? Kalau naik bas, basah, tapi sempat sampai rumah.Kalau nak tunggu, kene tunggu lagi sejam..AKHIRnya, naik bas.Tak kisahlah basah kuyup pun, janji sampai rumah,pastu mandilah..

Nak dijadikan memori, sampai je kat tempat yang kene turun, hujan masih lebat, kilat pun adalah jugak tapi taklah bersambung-sambung..Pak Cik bas tu dah tanya "Boleh ke ni? Dahla takde payung" , " Takpe PakCik dekat je [adalah dalam 5 minit jalan, tu tak masuk lintas jalan]". Seronok ada orang ambil berat walaupun saya hanya pura-pura selamba dan COOL, tapi dalam hati TUHAN jealah yang tahu..Macam-macam terlintas dihati." Ya Allah, andai kau takdirkan aku mati terlanggar kereta atau kene sambar kilat, tempatkanlah aku dikalangan syuhada' yang berjuang dijalanmu ". Memang tawakkal giler tadi..La Haula Wala Quuwata Illa Billah[tak lekang..] Takpelah, lagipun dah lama tak main hujan[ni ayat nak sedapkan hati].
Sampai je kat petronas dah basah kuyup, tapi tak peduli, jalan jea buat selamba walaupun ramai orang pandang
[TAK PEDULI NAK SAMPAI RUMAH JUGAK !!].Sampai kat exit keluar petronas, ada sorang abang berhenti gan kereta..Ntah apa ntah yang dia cakap, tak dengar.Dah la tengah hujan, pastu ada kilat pulak tu, tudung dah basah kuyup..Mana nak dengar.Maaf Bang..Jangan dia kata saya sombong pulak lepas ni dah..


Alhamdulillah, Allah masih mentakdirkan saya untuk terus hidup,untuk terus menjadi pejuang agamanya..tak kene langgar kereta, tak kene sambar kilat.Sampai je kat rumah, " Ya Allah, basah kuyupnya budak ni..".Tau dah..tau dah, itu baru akak Darus Sakinah belum ibu lagi..Waa..takut !! [tengah prepare ayat kalau ibu tanya..]

-> Haha saya tak boleh update blog di hujung minggu..Kenapa?? takde tempat yang dekat untuk access internet.Kalau ada pun, kene usaha yang gigih sebab jauh.Tapi yang sebenarnya saya takde lagi hujung minggu untuk bulan ni..Maaaf.

2 comments:

'Umayr SRA said...

Hoho! Takde ujung minggu?

Mesti banyak program kan? kan? kan? eheh!

[ Nazihah ] said...

Program banyak.Banyak ke?Tak jugak..Ader orang lain lagi yang ader lagi BANYAK program..Mungkin sebab nazihah kat malaysia tinggal sorang kot.Nazihah AR cepat la balik malaysia..