Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, May 23, 2007

< Grumm '07 >

Gerakan Ummah 07 (Grumm '07)
* Intonasi, terpulang kepada anda yang menyebutnya *


Mula pada malam jumaat yang lepas hingga ahad tengahHari.Seriously, macam takde perasaan langsung nak pergi program,SELAMBA SUNGGUH.Siap boleh masak lagi petang tu [sebenarnya kalau tak masak, takde la makanan..huhu].

Malam tu convoi ke Kuala Langat beramai-ramai dari DS[sebenarnya 4 kereta je, dari UIA, UPM, UKM-for sure-].Saya menjadi penumpang kancil yang di pandu oleh Kak In.That was my first time mengenali dengan Kak In dan Kak Ifah dengan sesungguhnya.Terasa sangat seronok convoi malam tu, really-really sweet.Sebenarnya saya sangat suka program-program jaulah ni, lagi-lagi kalau jaulah yang santai-santai dan tak tertekan..

After the opening ceremony, kami bertolak ke tempat penginapan. Brothers menginap di Masjid [macam biasa], sisters menginap dibanglo berhadapan dengan masjid yang dikhabarkan besar ada swimming pool, ada kolam udang belakang swimming pool, 7 bilik yang besar dan each room ada toilet..rumah sorang PakCik Kuala Langat[sorry i can't remember his name] yang sekarang ni berada di oversea.TAPI..rumah tu tak siap sepenuhnya lagi..on construction.Kuang..kuang.Seriously, rumah tu memang besar. Takpelah merasa la jugak dok rumah besar walaupun tak siap lagi..Nak merasa rumah sendiri yang sebesar tu macam lama je lagi..

Pagi sabtu kami ada explorace[boleh tak panggil explorace?Bantai jelah..].Antara tasknya ialah da'wah non-muslim di shopping mall, tangkap-sembelih-masak ayam, mencari dana dan menjual dan saya pula dikehendaki mencari sejarah dan tinggal sejarah Kampung Bandar[kampung tempat kami tinggal tu].

Mencari tempat bersejarah disitu.Maaf saya sangat tidak gemar dengan sejarah yang kita belajar di sekolah dulu..TAK SUKA..kerana sangat bias.Seolah-olah orang puteh tu baik sangat,tapi saya sangat suka sejarah yang dibawa oleh Dr Hafidzi, make me proud to be a muslim, 'izzah menjadi orang yang berada 'di jalan ini'[Ya Allah letakkanlah aku sebagai orang yang istiqamah di jalan ini sehingga titis darah, air mata, dan keringat yang terakhir]. Tapi sepanjang pencarian tu, aku hanya berdoa dan meminta supaya aku menjadi orang yang KRITIKAL, tidak hanya menurut perintah serta menjadi orang yang tahu apa yang aku mahu..

Aku masih lagi mencari dan tercari-cari apa yang sepatutnya aku dapat bila balik nanti. ape,Ape,APE??Hmm dan sehari berlalu ni tapi macam takde bende yang masuk ke kalbu ni.Ke hati ni tetiba je jadi macam keras??Banyak persoalan yang menerjah ke fikiran.Kenapa aku pergi program-program macam ni?Untuk ape?Kenapa?Apa yang sepatutnya yang aku dapat dengan program-program camni?Ke sebab arahan dan aku takde pilihan atau ntah..Biarkanlah Aku terus mencari jawapan-jawapan untuk itu..

Pagi ahad memang sangat mengecewakan sebab..saya tak dapat menghayati pokok,bulan,bintang time sebelum subuh tu.Dapat tengok kejap je..Biasanya kalau ada qiam kat masjid mana-mana, saya akan mencari waktu untuk menghayati alam sebelum azan dan orang tidak akan menyedari 'kehilangan' saya, lagipun mereka sedang khusyuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Segalanya..Saat itu akan terkeluarlah apa yang terbuku di kalbu, meluahkan pada alam, pada yang menciptakan alam yang indah dan tenang, betapa sesaknya kalbu ini.Bila bersama alam, aku merasai 'ada' yang membelai, 'ada' yang amat memahami..
Ok..sambung balik cerita Grumm, lepas subuh kami semua pergi menawan Bukit Jugra.Sepanjang perjalanan ke Bukit Jugra, convoi lagi[SERONOK !!].Bayangkan udara yang segar jam 7 pagi..Memang segar,nyaman,tenang dan menceriakan.Dalam kereta tu, bukak tingkap besar-besar, kalau ikutkan hati,rasa macam nak keluarkan kepala, nak serap ketenangan dari angin yang nyaman.Tapi segan dan bahaya, lainlah kalau ada 'tingkap yang kat bumbung tu'[panggilan adik nazihah].Kenangan yang tak bisa dilupakan di atas Bukit Jugra, bersarapan dengan monyet..[tak sempat amik gambar, sebab takut giler].Bila kami nak mula sarapan, tiba-tiba 3 ekor monyet datang..Dahla dekat dengan sisters,agaknya monyet tu jantan kot..Perhh TAKUT giler..Walaupun agak lapar pagi tu, tapi jadi cepat kenyang pulak,selera terbantut gara-gara monyet-monyet itu.Nasi lemak yang sedap tu tinggal separuh lagi.Lagilah melihat monyet tu makan dengan rakus dan nampak gigi taringnya yang tajam.Taakuuut..Thankz PakCik menjaga kami dari monyet-monyet tuu..

Khabarnya ramai yang tak sihat sebaik sahaja balik dari grumm '07, tak pasti sebab tawan Bukit Jugra atau sebab makan dengan monyet yang rakus itu..haha.Di DS pulak, ramai yang tengah practice jadi ibu mengandung, sopan-sopan giler jalan, penangan 'panjat' Bukit Jugra dan pasang 'break' semasa turun Bukit Jugra.Hahaha

-> Masih lagi sedang berusaha untuk mengkompilekan gambar-gambar Grumm yang best-best.Kalau rajin nak buat video..InsyaAllah.Tengah pikir nak masak apa petang ni??Dah..dah,tak nak tunggu lama dalam lab ni, sebab takde aircon.Fuhuu, panas tu..

No comments: