Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, May 28, 2007

< Tiada Kata Untuk Dikata >

Alhamdulillah,hujung minggu yang lepas menjadi peserta Mukrin Outdoor Di Negeri Sembilan.Sebelum program bermula aku berdoa pada Yang Maha Mendengar "Ya Allah, kau berikanlah aku sesuatu dengan mukrin ini".Kenapa aku berdoa camtu?Haha gara-gara aku tak berpuas hati dengan prestasi diri time Grumm hari tu.

25 May 2007

Bersiap dengan segera supaya tak lambat macam Grum hari tu.Tapi,perancangan Allah lebih berkuasa dan dia telah mentakdirkan malam tu ada masalah pengangkutan.Fuhuu,time tu ape lagi,bertindaklah mengikut arahan.Aku kene menguruskan barang-barang program dan 'menyumbatkan' peserta-peserta lain untuk ke tempat berkumpul..Apa yang aku belajar kat hulu langat,walaupun anda seorang peserta tapi anda perlu bersiap sedia menjadi ajk teknikal semasa hari kejadian jika perlu.Haha

Malam tu,seperti biasa,taklimat sikit-sikit kemudian bahagi group.Aku menggunaka teori 'Melobi untuk menjatuhkan diri sendiri' ketika memilih ketua kumpulan.Haha bukan menggelak tapi memberi peluang orang lain pulak untuk mengasah bakat kepimpinan..My groupmate??Alamak lupa nak bagi tau..Nasrul Izzah dan Siti Asmah

26 May 2007

Awal pagi dapat task untuk ke Ulu Bendul dari Al-amin,Bangi.Waktu bertolak tu aku memasang matlamat untuk sampai awal ataupun jadi orang yang mula-mula sampai..Tak salahkan kita mempunyai matlamat yang tinggi?Cuma setelah berazam kita perlu bertawakkal pada-Nya.Alhamdulillah,semasa naik komuter dan bas ke Ulu Bendul kami bersama-sama kumpulan akhawat yang lain.Tapi semasa tiba di Ulu Bendul kami berpisah untuk memenuhi task seterusnya..Task ke Dua -> Tawan puncak Gunung Angsi.Menurut Ranger di situ sepatutnya perjalanan menawan puncak gunung lebih kurang 3 jam,tapi group aku ambil masa 6 jam.Peerhh,lama bangat.Mau taknya 6 jam,sesatnya dah dua jam dahla dua tempat sesat.Apa perasaanku time sesat?EMOTIONLESS!!Dalam perjalanan,terjumpa dengan urusetia.."Camne antunna boleh sesat?".Dengan selambanya aku jawab "Dah rezeki dan jodoh,nak buat camne".Sewaktu mendaki gunung tu,sorang ahli kumpulan semput pulak..Hmm dugaan betul.Akhirnya dia turun bersama kumpulan lain,sebab tak larat sangat.Tinggallah kami berdua yang menyambung pendakian.Serious memang tak larat dihujung pendakian tu,aku serender taktala lagi 20 minit untuk sampai ke puncak.TAK LARAT.Sampai di puncak,aku terima 3 masej " Nazihah,dekat mana tu?", 3 voice mesej(sebab dalam perjalanan takde line)..Huhu mesti ramai giler yang cuak dan risau.Mau tak risau,group yang pertama naik,jadi group yang 2nd last sampai..Akhirnya kami turun bersama 2 fasi ikhwah, 1 group akhawat dan 1 group ikhwah.Ditakdirkan pulak group akhawat ni malu nak duduk depan ikhwah..so, apalagi kami la yang kene jalan depan ikhwah.Waktu tu memang benggang giler,tapi sabar jelah.Jalan depan cousemate laki tak segan,depan ikhwah segan pulak.Kalau nak dilayan,memang malu,malu kalau terjatuh depan ikhwah,malu kalau bertindak dengan tidak ayu dan banyak malu-malu yang lain.Tapi, malu pun malu la jugak,tapi bertempat la..ada tahapnya.KALAU NAK JADI PEREMPUAN AYU DAN PEMBERSIH BUKAN KAT HUTAN LA MEMBER,KALAU NAK CARI PEREMPUAN AYU BUKAN KAT HUTAN LA BROTHER..Aku tahu sebenarnya ikhwah akan lebih mudah penat jika follow kami yang slow dan lambat ni.Tapi time niLah menguji tahap kesabaran antum,kuang..kuang.Lepas tu ada pulak yang bersuara "Akhawat,boleh tak kami jalan didepan,rasa tak MANIS jalan belakang antunna".Atas dasar KETIDAK MANISAN itu,aku membiarkan mereka berjalan didepan.Tapi jangan SU'NU DZAN ye, mungkin mereka ada sebab-sebab tersendiri.Teringat statement dalam buku 'Woman can't read map,man can't listen',"sebenarnya lelaki ni protective,sebab tulah bila di bilik tidur mereka akan mencari tempat tidur di kawasan yang kurang selamat".Kemudian otakku mula berfikir dengan ligat,WHITE MAN JE KE YANG PROTECTIVE?MUSLIM MAN TAK LEH JADI PROCTECTIVE KE?.Astagfirullah..
Task ke-3 -> Pekan Batu Air Mawang.Selepas naik bas ke Kuala Pilah bersama group-group yang tadi,kami kene menaiki teksi,kene decide SIAPA SORANG AKHAWAT YANG KENE NAIK SATU TEKSI DENGAN 3 ORANG IKHWAH?? Lepas tengok muka akhawat-akhawat lain,aku tahu dah akulah AKHWAT YANG SORANG ITU.Fuhh..Redho dengan sangat.Otakku BERLIGAT kembali..Kenapa akhawat segan kalau naik seteksi gan ikhwah?Kalau gan lelaki lain tak pulak segan?Padahal sama je lelaki.Adakah sebab dah kenal?Dah kenallah bagus,kita lebih percaya dengan orang yang kita kenal atau akhawat sendiri yang tak percaya gan ikhwah?.MALU?Tu namanya MALU TAK BERTEMPAT.. Nasib baik hatiku tak boleh menjerit,kalau tak mesti tingkap teksi tu pecah.Aku bajet-bajet malam ni akan ada AKTIVITI YANG MENCABAR.Alhamdulillah,kami cuma perlu berdebat.(bila balik rumah,rupa-rupanya memang urusetia plan program yang HEVOC cuma tempat tu tak mengizinkan).
27 May 2007
Alhamdulillah,dapat bertahajud seperti yang diidamkan,atas kanvas yang berbumbungkan awan dan berlampukan bintang.Terasa seperti tentera Solahuddin yang akan menjatuhkan konstentinopel dan merampas kembali al-Aqsa..Tetiba terlihat khemah yang masih berisi orang,kalau ada Solahuddin,pasti dia akan kata "Bangunlah wahai pemuda,sesungguhnya aku amat risau jika kalian akan diserang dari sudut ini".Wahai pemuda-pemuda yang berselimut,bangkitlah walaupun sebentar.Sesungguhnya kalian mempunyai tanggungjawab yang besar dan kalian akan menghadapi hari-hari yang sibuk dan bergantunglah kepada Allah dengan sebaik-baik pergantungan.[Surah Al-Muzammil]
Jam 8 pagi kami bergerak memasuki Gua Batu Air Mawang.Peeeh,mencabar sangat!! Bayangkan anda perlu merangkak,mengiring,menelentang,mengempiskan perut dan badan untuk melalui jalan didalam gua tu.Tambah mencabar lagi ada lubang dan jalan-jalan yang memang kecil.
Sampai ada peserta yang kata "Lain kali kene tulis kat tempat masuk,UNTUK ORANG KURUS SAHAJA".Lepas tu kene pulak memanjat batu di air yang deras.Fuuh,Alhamdulillah selamat.
Sangat ta'jub sebenarnya dengan pemandangan dalam gua ni, seriosly sangat cantik..MasyaAllah.Alhamdulillah,ikhwah bersabar mengfollow kami,tanpa sebarang potong line berlaku..Sebenarnya ikhwah ni boleh follow akhwat dengan sabar.Tulah penting 'sending' and 'receiving' masej sewaktu follow-mengfollow.Cuma berlaku sesuatu yang tak diingini diakhir track.Alhamdulillah ada orang-orang area situ dihujung track dan ada ikhwah di belakang,kalau tak..tak taulah.Mungkin Allah nak menjawab persoalanku tentang protective muslim man semalam dan memberi kesedaran pada ikhwah 'kenapa antum perlu ada dibelakang'..Allahu'alam.Kak Hasnor tak sangka dia boleh berlari turun bukit untuk mendapatkan van sewaktu dia tengah penat,aku tak sangka aku boleh berlari untuk mendapatkan motor untuk mengejar 'pemegang kunci kereta' taktala kaki kananku sakit[walaupun taklah jauh sangat] dan melawan perasaan maluku untuk menahan atau meminjam kenderaan daripada orang yang tak dikenali.Percayalah diri anda boleh melakukan lebih dari apa yang anda sangka.Sungguh,jika aku yang menjadi mangsanya[na'uzubillah] aku akan rasa MALU..MALU dan SANGAT MALU dan yang membantu pun akan turut rasa sebegitu.Tambahan pula kita semua adalah rijal yang suci dari sebarang sentuhan haram..Aku kagum dengan abang botak taktala dia meminta izin untuk membantu..SANGAT KAGUM.Sesungguhnya dunia ini memahami kebenaran yang kita bawa,tinggal kita je yang perlu berusaha sehabis daya,InsyaAllah.Lepas ni bolehlah ikhwah dan akhawat junior menuntut ilmu pertolongan cemas daripada urusetia mukrin dan peserta ikhwah.Huahua
Selepas tamat mukrin,aku bersama Kak Hasnor ke Hospital Seremban untuk menziarahi.Disana hatiku terkedu,jiwaku membisu.Sungguh,ada orang lain yang ditimpa ujian yang lebih berat,namun dia tetap tabah dan tersenyum.Terasa ujian yang menimpa diri terlalu remeh,itupun masih mahu mengeluh,berputus asa,memanjakan diri.Ya Allah kerdilnya diri ini..
Sesungguhnya Allah telah meletakkan kita ditempat yang selayaknya kita berada..Siapa sangka anda merancang untuk ke walimah seusai subuh,tapi akhirnya anda menjadi seorang penyelamat.Siapa sangka anda merancang untuk ke walimah, namun di hospital juga akhirnya anda berada untuk melihat betapa TABAHNYA manusia,bahawa ada orang LEBIH TABAH dari diri anda sendiri..
Jazakumullah Khaira Jazak kepada Akhi Amir,Akhi Aizuddin,Akhi Helmi,Along,Kak Gee,Kak Hasnor,Kak Hawa,Kak Basmin,Kak Ija,Kak Shu dan Kak Liza diatas kerisauan antum time kami sesat dan sewaktu insiden Asmah itu..Semoga Allah membalas keringat antum yang menitis dengan Jannah yang Indah.Terima Kasih KAKAK diatas pelukan kedamaian taktala dhuha itu,walaupun saat itu pengharapan kita sama.Maaf diatas kekasaran dalam keselambaan..Sesungguhnya aku hanya insan yang sangat KERDIL bahkan lebih kerdil dari Semut-semut di tanah..Maaf andai ada yang terguris dan terhiris,sesungguhnya jika ada yang TERASA maka UBAHLAH apa yang perlu anda UBAH..Jazakumullah Khaira Jazak kepada ikhwah yang tabah dan sabar mengfollow kami sewaktu turun Gunung Angsi dan didalam gua serta membantu membawa turun Asmah..Sesungguhnya aku yakin bantuan dan sentuhan itu adalah kerana Allah dan jua kerana sifat rahman dan rahim yang Allah campakkan dihati kalian hasil dari ukhuwwah fisabilillah ini..
Sesungguhnya Allah memang meletakkan ujian itu pada orang-orang yang layak dan ujian itu memang akan meningkatkan darjat seseorang..Kalau tidak Bilal diuji dengan batu besar dan taktala itu dia hanya mampu mengucapkan 'Ahad..Ahad', dia tidak akan diingati hingga kini.Sumayah yang tabah itu tidak akan tercoret dalam sirah seandainya dia tidak menjadi syahidah yang pertama.Mus'ab bin Umayr tak bisa anda kenal seandainya dia tidak meninggalkan kekayaan,kekacakan dan haruman bahkan dia syahid dalam keadaan yang kekurangan.Terima Kasih Ya 'Aziz,Sesungguhnya Engkau pendengar yang setia dan Pemberi yang 'adil dan saksama,kau beri padaku apa yang selayaknya yang aku dapat.
-> Sangat sedih dan mutiara mataku menderu dengan deras sebab tak dapat pergi Walimah Kak Maryam.Tapi aku sedar dan redho,sesungguhnya Allah lebih tahu dimanakah sewajarnya aku berada saat itu..

No comments: