Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Monday, May 7, 2007

< Selimutkanlah Aku Wahai Khadijah >

Alhamdulillah, semalam tamatlah Mukrin bagi pelapis-pelapis UKM di Medical Interest Group,Bangi. Yang bermula jumaat malam yang lalu.Tajuk-tajuknya usul 20, Manhaj Tagyir, Dakwah Fardiyah, 'Amal Jama'ie, Syura dan last sekali FIDAK..Walaupun ada tajuk-tajuk yang pernah dilalui sebelum ini, tapi setiap kali saya hadiri tajuk-tajuk yang sama ia akan memberi input yang berbeza.Percayalah!!

Yang paling seronok sekali apabila mengenangkan senior sekolah dulu yang memberikan input. Hehe rasa macam kelakar yang COMEL..Bila rasa macam BLUR atau bosan, mesti terkenangkan zaman-zaman sekolah dulu.RINDUNYA kenangan ketika itu.

Tapi yang paling best masa usul 20, rasa macam lebih paham dari dulu, sebab nampak kenapa dan mengapa adanya setiap usul tu.Nampak kaitan antara setiap satunya.Percaya tak boleh buat carta alir usul 20 dari talk hari tu !! dan saya lebih memahami kata-kata my senior time DERU hari tu "Kalau tak meningkatkan iman dan amal tinggalkan jealah, takde maknanya"( Usul 9). Tapi yang menyedihkan ialah saya mengambil masa yang sangat lama untuk hafal usul 1 dalam bahasa arab..Dahla saya yang minta ia dibariskan.[Alamak tak habis hafal lagi!!] MALUnya !! Dan sekarang saya sangat menyesal tak belajar bahasa arab rajin-rajin masa sekolah dulu, menyesal tidur dalam kelas BAT(Bahasa Aran Tinggi).Tapi sesungguhnya masa itu tidak boleh ditarik balik.

Setelah sampai di Darus Sakinah (DS, nama rumah sewa.Hehe), ketakutan yang amat mula menyapa diri.Setelah 'berkhalwat' di rumah selama 5 hari, jumaat malam tu terasa seolah-olah ada 'batu besar' yang digalas diatas pundakku yang tak seberapa kuat ini.Alhamdulillah ia tidak terasa sepanjang Mukrin.Tapi setelah tamatnya mukrin, terasa kesan kepada galasan 'batu besar' itu secara spiritualnya.huhu..Hampir 4 kali aku mengeluarkan ayat ini "Akak, akak gantikan kita nak tak?".Tapi jawapan yang ku terima semuanya tidak ada dalam skema jawapan.huhu..Satu jawapan yang paling terkesan dijiwa [dan menyebabkan mutiara mata menitis taktala mengosok baju pagi tadi].."Nazihah, sugguhpun kita tak sebaik orang lain, tapi kita adalah orang yang terbaik untuk menjadi DIRI kita sendiri".Terima kasih kakak.Terima kasih 'Khadijah'ku..Akan ku kenang ayat itu.Teringat kata-kata Khadijah kepada Ar-Rasul, "Sesungguhnya kau layak untuk itu, kaulah al-amin, kau menyambungkan sillaturahim, membantu orang-orang miskin...".Hemm..Tengah menanti siapakah 'Khadijah' yang akan membawaku berjumpa dengan 'Warakah bin Naufal'.Siapa ye yang akan menjadi 'Warakah bin naufal' ku?


->hari ni baru selesai kelas Projek Berkumpulan, kene tajuk robotik..Ingatkan takde kene mengena, rupanya kene jugak handle robot.Doakanlah supaya nazihah tak menjadi 'robot' habis sem 3 ni.Hehe

2 comments:

Hijrah Menuju Allah said...

Dik, awak tahu tak, awak pon selalu jadi khadijah yang menenangkan untuk kite.. betul ni, percayalah!

"Ya Allah, redhailah saudaraku ini. Sejukkanlah jiwanya dengan cintaMu. Tentukanlah kebaikan untuknya di mana jua. Satukanlah kami dengan rahmatMu di syurga nanti"

[ Nazihah ] said...

Tidak !!! Jangan buat mutiara ini menitis lagi...
Hehe