Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Friday, April 20, 2007

< Every Day Is Special >

Seorang adik saya baru mencipta hobinya yang baru, pergi interview.Selama tiga minggu ni, dia dah pergi 3 interview.Kebetulan semalam dia ada interview di Uniten,Kajang.Apa lagi,amiklah peluang jalan-jalan sambil mencari semangat baru..
Ingatkan dia datang bangi sorang-sorang,punyalah risau takut dia salah naik train ke, apa-apa jadi ke.Sekali dia call pagi tu,"Kitaorang kat tasik selatan ni".Kitaorang!!sangat confius time tu,rupa-rupanya ayah teman dia datang sini.Hmm penat je merisaukan diri.Apalagi,semangat pun makin bertambah la sebab ayah pun ada.YEYE SERONOKNYA.
Menunggu di tempat interview tu dari pukul 8.30 pagi sampai 2 petang.Fuhh lama tu.Tapi, bila duduk dengan ayah benda yang paling best bila dia dah start bercerita(Yeye ayah dah start cerita (^-^)).Dapat banyak news tentang Johor semalam(Nak BAlik!!).Cerita pasal Masjid yang dekat dengan rumah, dah mula beroperasi seperti masjid yang sebenarnya hasil dari air tangan PakCik dan MakCik di Johor.Masjid tu baru je buat game futsal dan badminton dan ayah cerita lagi tentang program-program cadangan untuk masjid yang tengah menanti keringat untuk diperah.Cerita pasal darul Ukhuwwah, 25 April nanti akan ada satu lagi majlis di Masjid,InsyaAllah.Cerita pasal member-member di UTM.Cerita pasal PakCik-PakCik di Johor(sikit-sikit).Cerita sikit pasal MakCik dan PakCik di Perak.Dan cerita yang paling diingati,cerita pasal JAGA MAKAN.
Ayah kata area-area subuh tu sepatutnya kita semua kene bersihkan usus(hehe).
Pastu,sarapan(7-9 am),lunch(12-2 pm),makan malam(before maghrib) dan jangan lompat-lompat waktu makan, takde BRANCH, takde LUNCH+TEA, nanti perut penat. Makan time 9-12 mlm akan rosakkan limpa, time 12-3 akan rosakkan usus..(Kempen Da'ie Sihat).
Lepas Maghrib ada diskusi buku "Bekalan Sepanjang Jalan Da'wah" by Mustafa Masyhur.Hmm, sahabat-sahabat dulu,mereka membaca Quran dengan hati(buat apa-apa pun memang kene dengan hati),bertadabbur, menghayatinya sepenuh jiwa dan mengamalkannya.Sangat suka mendengar perbincangan dan perkongsian orang-orang yang lebih tua, sebab kadang-kadang ia membuatkan kita lebih matang, lebih terbuka dan lebih serious sebab ada banyak benda yang mereka fikirkan yang kita tak terfikir.

-> Baru dapat ubat dari Dr M (a.k.a Malas) dan Dr HS(a.k.a HomeSick)

3 comments:

'Umayr SRA said...

MOga Siddiq beroleh course yang best dan dia suka.

Alaa... Medic ah tuh. Jangan dah dapat kang benci plak sudah. (tul kan dia nak medic?)

-[[`abyd]]- said...

wawawahh~siddiq nk amek medic ek~bestnye!! best tgk org len amek medic.diri sdiri tak nak.haha~

[ Nazihah ] said...

hahaha..
ntahla siddiq nak amik ape,kene tanya tuan punya badan..
setakat ni mungkin medic or engineering..[ye ke?]
Tapi ada kemungkinan gak masuk matrix[kuang3x]
sorry alang popularkan alang.Ada orang kenal la pulak..Tapi bukan awak memang dah popular ke??