Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, April 19, 2007

< Ketua negara yang bisa uruskan rumahtangga >

"Nilah ayah dalam rumah ni"

Ayat ni terpancul keluar dari mulut sorang housemate taktala saya menghulurkan duit untuk mereka membeli barang-barang keperluan rumah di SuqqulLail ataupun Nightmarket a.k.a pasar malam.Yup, salah satu peranan seorang ayah merangkap seorang suami ialah memberi nafkah keperluan hidup.Hmm, not interested to talk about suami,hak dan peranan(cukuplah dah masuk jadi topik exam semalam,[Perkahwinan,keluarga dan masyarakat]).
I'm interested to talk about macammana Rasulullah dalam masa baginda menjadi ketua negara,dia masih lagi boleh menguruskan hal-hal rumahtangga.Dalam dia menyelesaikan ekonomi negera, merancang strategi peperangan,dia masih lagi boleh memerah susu untuk diminum.Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad..indahnya akhlak baginda.Kalau suami zaman sekarang(tak semua,segelintir je..hehe),sibuk bekerja tapi jarum dan benang isteri letak kat mana pun tak tau..
Dalam kesibukan yang besar itu,Rasulullah bisa menjahit pakaiannya yang koyak sendiri(teringat time belajar menjahit time MISI06 dulu ^-^).Bila pulang agak lewat malam,dia sanggup untuk tidur didepan pintu rumah,gara-gara tak mahu kejutkan isterinya yang sedang enak tidur.Agaknya kalau kita pulang rumah lambat dan kebetulan tertinggal kunci di rumah, nak ke kita tidur je depan pintu rumah, takpun tidur dalam kereta??(ehmm..).Setelah usai bertahajjud,baginda akan bertanya pada isterinya "Kita ada makanan tak untuk dimakan hari ni?".Seandainya dijawab tidak,Baginda akan berkata "Takpelah aku akan berpuasa hari ni".Bila dihidangkan makanan pada Rasulullah,dia takkan banyak cerita,makan je apa yang ada depan mata.Walaupun Baginda seorang PM negara,tapi dia menerima semuanya adanya..
Ini tak bila tak sedap sikit bising,kurang itulah,kurang inilah.Makan ja eh,jangan banyak cerita..
Mampukah kita menjadi seperti baginda?? Boleh!! dan teruskan usaha itu sehabis baik.Terus hayati sirahnya dan praktikkan dalam kehidupan.InsyaAllah..

-> Inilah hasilnya gara-gara membaca anis keluaran april..hehe


1 comment:

'Umayr SRA said...

Ahahaha! Terasa malu membakar... Jauhnye aku dari arRasul sholla lLahu 'alayhi wassallam...