Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, April 11, 2007

< Mencari Ketabahan >

Ketabahan juga seperti iman, ada turun naiknya, tapi jangan sampai ia jadi seperti chipsmore yang kejap ada kejap takde..Kekadang terfikir, sebenarnya orang yang pura-pura tabah lebih tabah dari orang yang tabah, sebab mereka memberi ketabahan pada orang lain tapi dalam masa yang sama mereka juga mencari ketabahan untuk diri sendiri. Seandainya anda sedang mencari ketabahan,carilah ia secepat mungkin..jangan lama-lama sangat... semakin lama masa yang di ambil untuk recharge ketabahan, makin banyak kerja yang tergendala
(recharge dengan kerap tapi tak lama)..
Mari kita berkongsi Charger-charger ketabahan:
( bagaimana ye mencari ketabahan ??)
.:: Pergi ke tempat yang ada air (tasik, pantai or air terjun) ::.
.:: Menangis(walaupun tak menyelesaikan tapi ia melegakan) ::.
.:: Balik Rumah ::.
.:: Berkomunikasi dengan alam
(Serap ketabahan dari angin yang bertiup ) ::.
.:: Berkongsi dengan orang lain ::.
.:: Duplicate ketabahan orang time solat jemaah
(tu la pasal kene solat rapat-rapat) ::.

1 comment:

'Umayr SRA said...

Ahaha! Semua sokong dan penah buat.