Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Thursday, April 12, 2007

< 21 Orang adik-beradik >

Ramainya adik-beradikku..(macam tak caye kan.).Pelik tapi benar.Di Johor ada 10 orang adik-beradik yang sama ibu dan sama ayah.Di selangor, ada 11 orang adik-beradik, semua perempuan, yang lain mak dan lain ayah (tapi duduk serumah) dan ade 7 orang yang kembar. 2 orang lahir tahun 1985, 5 orang lahir tahun 1984.Sorang akakku akan kahwin tahun ni, dia tgh buat persiapan sekarang.6 orang akan grad tahun ni..(Gud luck kakakku..)
Di Johor jadi anak sulung, ada masanya kene jadi garang..hehe.Selalu suruh buat tu, buat ni, selalu tanya 'tengah buat ape tu?' or 'Nak pergi mana tu?'..Tapi kat sini, jadi anak bongsu.So,biler nak pergi mana-mana je, akan ada orang yang tanya "Nak pergi mana tu dik?","Tengah buat aper tu dik?", "Dah belajar ke dik?".Bila malas boleh manja-manja gan akak-akak..hehe...
2 watak yang berbeza, tapi aku suka jadi dua-dua, ada kelebihan dan keseronokkannya yang tersendiri.Moga talian kekeluargaan ini akan terus kekal dan membawa ke Syurga.InsyaAllah..

No comments: