Daisypath Wedding Ticker

Me and love to be myself

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

Wednesday, May 30, 2007

< Apa Yang PerluKu Lakukan 2 >

Rancangnya nak biarkan sahaja isu semalam tu berlalu tanpa difikirkan dengan sangat..

nak biarkan saja ia berlalu
nak biarkan ia terus begitu
kerana dalam dunia ini ada yang kita tak perlu tahu
Alhamdulillah,Allah telah takdir penghujungnya lebih baik dari dibiarkan sahaja.Dapat slow talk dengan Kak Z semalam.Tak salahkan kita memberitahu kebaikan orang lain?Bukan untuk memuji dan memuja,tapi kerana itulah peribadinya..

Tuesday, May 29, 2007

< Apa Yang PerluKu Lakukan >

Semasa duduk berborak dengan member-member,tetiba je terkeluar cerita:

" Nazihah,tau tak Akak Z ni tak berapa berkenan dengan si H ni,sebab waktu turun Gunung Angsi tu ada ke patut dia.... "

Memang waktu-waktu macam camping ni lah,baru terkeluar siapa diri kita sebenarnya..Tapi 'don't judge a book by its cover'.Kita yang sepatutnya melatih diri kita untuk husnu Dzan bukan membuka keaiban orang didepan orang lain..

Waktu tu rasa tak puas hati,sebab saya mengenal si H dengan akhlak yang mulia[Walaupun sesungguhnya manusia punya kelemahan].Tapi,kenapa dia[Akak Z] boleh bersinopsis macamtu pada si H..TAK PUAS HATI..Dan bagi menambahkan ketidak puasan hati saya,dia bercerita pada orang yang baru mengenali 'Jalan ini'.GEERAMMNYA..[sabar..sabar] seolah-olah menampakkan kita ni tak bersatu hati,takde husnu dzan langsung..memanglah waktu camping ni kita akan menjadi lasak[atau bahasaku GANAS],bukan masanya menjadi ayu dan jalan macam pengantin!!Astagfurullahal 'Azim,dah..dah tak nak ulas panjang-panjang nanti makin geram,makin marah,makin banyak pulak dosa yang memang dah sedia banyak ni..Ya Allah,aku mohon dengan sangat, maafkanlah diriku !!

So,ape yang perlu saya buat:
1-Biarkan saja ia berlalu..
2-Berborak dengan akak Z dan memasukkan jarum HUSNU DZAN
3-Apa-apa yang anda rasakan perlu..

Takpelah mungkin akak tu pun masih baru lagi,masih sedang mendidik diri dan jiwanya.Semoga ia menjadi pengajaran buatku agar tidak mudah mengsinopsiskan orang sesuka dan sesedap rasa dan mendidikku agar lebih berHUSNU DZAN dengan orang lain.

Semoga Allah memberi peluang untuk Akak Z mengenali si H sebenarnya dan Allah menanamkan sifat Rahman dan Rahim dihatinya agar dia boleh mengasihi si H keranaNya,untukNya jua sebagai sahabat yang bersama di JalanNya seperti kasih sayang 'Aus dan Khazraj setelah memeluk Islam.AMEEEN

-Saya tak pasti adakah Z dan H tu ada kaitan dengan orang yang sebenarnya atau tak,mungkin ya mungkin tidak-

-> Tak sabar nak balik Johor..Takpe 2 hari lagi,InsyaAllah.JOHOR..I'm coming.Tak sabar nak pergi Walimah Kak Safura dan jumpa ramai orang yang dah lama tak jumpa terutamanya kawan-kawan lama..Lalala

Monday, May 28, 2007

< Tiada Kata Untuk Dikata >

Alhamdulillah,hujung minggu yang lepas menjadi peserta Mukrin Outdoor Di Negeri Sembilan.Sebelum program bermula aku berdoa pada Yang Maha Mendengar "Ya Allah, kau berikanlah aku sesuatu dengan mukrin ini".Kenapa aku berdoa camtu?Haha gara-gara aku tak berpuas hati dengan prestasi diri time Grumm hari tu.

25 May 2007

Bersiap dengan segera supaya tak lambat macam Grum hari tu.Tapi,perancangan Allah lebih berkuasa dan dia telah mentakdirkan malam tu ada masalah pengangkutan.Fuhuu,time tu ape lagi,bertindaklah mengikut arahan.Aku kene menguruskan barang-barang program dan 'menyumbatkan' peserta-peserta lain untuk ke tempat berkumpul..Apa yang aku belajar kat hulu langat,walaupun anda seorang peserta tapi anda perlu bersiap sedia menjadi ajk teknikal semasa hari kejadian jika perlu.Haha

Malam tu,seperti biasa,taklimat sikit-sikit kemudian bahagi group.Aku menggunaka teori 'Melobi untuk menjatuhkan diri sendiri' ketika memilih ketua kumpulan.Haha bukan menggelak tapi memberi peluang orang lain pulak untuk mengasah bakat kepimpinan..My groupmate??Alamak lupa nak bagi tau..Nasrul Izzah dan Siti Asmah

26 May 2007

Awal pagi dapat task untuk ke Ulu Bendul dari Al-amin,Bangi.Waktu bertolak tu aku memasang matlamat untuk sampai awal ataupun jadi orang yang mula-mula sampai..Tak salahkan kita mempunyai matlamat yang tinggi?Cuma setelah berazam kita perlu bertawakkal pada-Nya.Alhamdulillah,semasa naik komuter dan bas ke Ulu Bendul kami bersama-sama kumpulan akhawat yang lain.Tapi semasa tiba di Ulu Bendul kami berpisah untuk memenuhi task seterusnya..Task ke Dua -> Tawan puncak Gunung Angsi.Menurut Ranger di situ sepatutnya perjalanan menawan puncak gunung lebih kurang 3 jam,tapi group aku ambil masa 6 jam.Peerhh,lama bangat.Mau taknya 6 jam,sesatnya dah dua jam dahla dua tempat sesat.Apa perasaanku time sesat?EMOTIONLESS!!Dalam perjalanan,terjumpa dengan urusetia.."Camne antunna boleh sesat?".Dengan selambanya aku jawab "Dah rezeki dan jodoh,nak buat camne".Sewaktu mendaki gunung tu,sorang ahli kumpulan semput pulak..Hmm dugaan betul.Akhirnya dia turun bersama kumpulan lain,sebab tak larat sangat.Tinggallah kami berdua yang menyambung pendakian.Serious memang tak larat dihujung pendakian tu,aku serender taktala lagi 20 minit untuk sampai ke puncak.TAK LARAT.Sampai di puncak,aku terima 3 masej " Nazihah,dekat mana tu?", 3 voice mesej(sebab dalam perjalanan takde line)..Huhu mesti ramai giler yang cuak dan risau.Mau tak risau,group yang pertama naik,jadi group yang 2nd last sampai..Akhirnya kami turun bersama 2 fasi ikhwah, 1 group akhawat dan 1 group ikhwah.Ditakdirkan pulak group akhawat ni malu nak duduk depan ikhwah..so, apalagi kami la yang kene jalan depan ikhwah.Waktu tu memang benggang giler,tapi sabar jelah.Jalan depan cousemate laki tak segan,depan ikhwah segan pulak.Kalau nak dilayan,memang malu,malu kalau terjatuh depan ikhwah,malu kalau bertindak dengan tidak ayu dan banyak malu-malu yang lain.Tapi, malu pun malu la jugak,tapi bertempat la..ada tahapnya.KALAU NAK JADI PEREMPUAN AYU DAN PEMBERSIH BUKAN KAT HUTAN LA MEMBER,KALAU NAK CARI PEREMPUAN AYU BUKAN KAT HUTAN LA BROTHER..Aku tahu sebenarnya ikhwah akan lebih mudah penat jika follow kami yang slow dan lambat ni.Tapi time niLah menguji tahap kesabaran antum,kuang..kuang.Lepas tu ada pulak yang bersuara "Akhawat,boleh tak kami jalan didepan,rasa tak MANIS jalan belakang antunna".Atas dasar KETIDAK MANISAN itu,aku membiarkan mereka berjalan didepan.Tapi jangan SU'NU DZAN ye, mungkin mereka ada sebab-sebab tersendiri.Teringat statement dalam buku 'Woman can't read map,man can't listen',"sebenarnya lelaki ni protective,sebab tulah bila di bilik tidur mereka akan mencari tempat tidur di kawasan yang kurang selamat".Kemudian otakku mula berfikir dengan ligat,WHITE MAN JE KE YANG PROTECTIVE?MUSLIM MAN TAK LEH JADI PROCTECTIVE KE?.Astagfirullah..
Task ke-3 -> Pekan Batu Air Mawang.Selepas naik bas ke Kuala Pilah bersama group-group yang tadi,kami kene menaiki teksi,kene decide SIAPA SORANG AKHAWAT YANG KENE NAIK SATU TEKSI DENGAN 3 ORANG IKHWAH?? Lepas tengok muka akhawat-akhawat lain,aku tahu dah akulah AKHWAT YANG SORANG ITU.Fuhh..Redho dengan sangat.Otakku BERLIGAT kembali..Kenapa akhawat segan kalau naik seteksi gan ikhwah?Kalau gan lelaki lain tak pulak segan?Padahal sama je lelaki.Adakah sebab dah kenal?Dah kenallah bagus,kita lebih percaya dengan orang yang kita kenal atau akhawat sendiri yang tak percaya gan ikhwah?.MALU?Tu namanya MALU TAK BERTEMPAT.. Nasib baik hatiku tak boleh menjerit,kalau tak mesti tingkap teksi tu pecah.Aku bajet-bajet malam ni akan ada AKTIVITI YANG MENCABAR.Alhamdulillah,kami cuma perlu berdebat.(bila balik rumah,rupa-rupanya memang urusetia plan program yang HEVOC cuma tempat tu tak mengizinkan).
27 May 2007
Alhamdulillah,dapat bertahajud seperti yang diidamkan,atas kanvas yang berbumbungkan awan dan berlampukan bintang.Terasa seperti tentera Solahuddin yang akan menjatuhkan konstentinopel dan merampas kembali al-Aqsa..Tetiba terlihat khemah yang masih berisi orang,kalau ada Solahuddin,pasti dia akan kata "Bangunlah wahai pemuda,sesungguhnya aku amat risau jika kalian akan diserang dari sudut ini".Wahai pemuda-pemuda yang berselimut,bangkitlah walaupun sebentar.Sesungguhnya kalian mempunyai tanggungjawab yang besar dan kalian akan menghadapi hari-hari yang sibuk dan bergantunglah kepada Allah dengan sebaik-baik pergantungan.[Surah Al-Muzammil]
Jam 8 pagi kami bergerak memasuki Gua Batu Air Mawang.Peeeh,mencabar sangat!! Bayangkan anda perlu merangkak,mengiring,menelentang,mengempiskan perut dan badan untuk melalui jalan didalam gua tu.Tambah mencabar lagi ada lubang dan jalan-jalan yang memang kecil.
Sampai ada peserta yang kata "Lain kali kene tulis kat tempat masuk,UNTUK ORANG KURUS SAHAJA".Lepas tu kene pulak memanjat batu di air yang deras.Fuuh,Alhamdulillah selamat.
Sangat ta'jub sebenarnya dengan pemandangan dalam gua ni, seriosly sangat cantik..MasyaAllah.Alhamdulillah,ikhwah bersabar mengfollow kami,tanpa sebarang potong line berlaku..Sebenarnya ikhwah ni boleh follow akhwat dengan sabar.Tulah penting 'sending' and 'receiving' masej sewaktu follow-mengfollow.Cuma berlaku sesuatu yang tak diingini diakhir track.Alhamdulillah ada orang-orang area situ dihujung track dan ada ikhwah di belakang,kalau tak..tak taulah.Mungkin Allah nak menjawab persoalanku tentang protective muslim man semalam dan memberi kesedaran pada ikhwah 'kenapa antum perlu ada dibelakang'..Allahu'alam.Kak Hasnor tak sangka dia boleh berlari turun bukit untuk mendapatkan van sewaktu dia tengah penat,aku tak sangka aku boleh berlari untuk mendapatkan motor untuk mengejar 'pemegang kunci kereta' taktala kaki kananku sakit[walaupun taklah jauh sangat] dan melawan perasaan maluku untuk menahan atau meminjam kenderaan daripada orang yang tak dikenali.Percayalah diri anda boleh melakukan lebih dari apa yang anda sangka.Sungguh,jika aku yang menjadi mangsanya[na'uzubillah] aku akan rasa MALU..MALU dan SANGAT MALU dan yang membantu pun akan turut rasa sebegitu.Tambahan pula kita semua adalah rijal yang suci dari sebarang sentuhan haram..Aku kagum dengan abang botak taktala dia meminta izin untuk membantu..SANGAT KAGUM.Sesungguhnya dunia ini memahami kebenaran yang kita bawa,tinggal kita je yang perlu berusaha sehabis daya,InsyaAllah.Lepas ni bolehlah ikhwah dan akhawat junior menuntut ilmu pertolongan cemas daripada urusetia mukrin dan peserta ikhwah.Huahua
Selepas tamat mukrin,aku bersama Kak Hasnor ke Hospital Seremban untuk menziarahi.Disana hatiku terkedu,jiwaku membisu.Sungguh,ada orang lain yang ditimpa ujian yang lebih berat,namun dia tetap tabah dan tersenyum.Terasa ujian yang menimpa diri terlalu remeh,itupun masih mahu mengeluh,berputus asa,memanjakan diri.Ya Allah kerdilnya diri ini..
Sesungguhnya Allah telah meletakkan kita ditempat yang selayaknya kita berada..Siapa sangka anda merancang untuk ke walimah seusai subuh,tapi akhirnya anda menjadi seorang penyelamat.Siapa sangka anda merancang untuk ke walimah, namun di hospital juga akhirnya anda berada untuk melihat betapa TABAHNYA manusia,bahawa ada orang LEBIH TABAH dari diri anda sendiri..
Jazakumullah Khaira Jazak kepada Akhi Amir,Akhi Aizuddin,Akhi Helmi,Along,Kak Gee,Kak Hasnor,Kak Hawa,Kak Basmin,Kak Ija,Kak Shu dan Kak Liza diatas kerisauan antum time kami sesat dan sewaktu insiden Asmah itu..Semoga Allah membalas keringat antum yang menitis dengan Jannah yang Indah.Terima Kasih KAKAK diatas pelukan kedamaian taktala dhuha itu,walaupun saat itu pengharapan kita sama.Maaf diatas kekasaran dalam keselambaan..Sesungguhnya aku hanya insan yang sangat KERDIL bahkan lebih kerdil dari Semut-semut di tanah..Maaf andai ada yang terguris dan terhiris,sesungguhnya jika ada yang TERASA maka UBAHLAH apa yang perlu anda UBAH..Jazakumullah Khaira Jazak kepada ikhwah yang tabah dan sabar mengfollow kami sewaktu turun Gunung Angsi dan didalam gua serta membantu membawa turun Asmah..Sesungguhnya aku yakin bantuan dan sentuhan itu adalah kerana Allah dan jua kerana sifat rahman dan rahim yang Allah campakkan dihati kalian hasil dari ukhuwwah fisabilillah ini..
Sesungguhnya Allah memang meletakkan ujian itu pada orang-orang yang layak dan ujian itu memang akan meningkatkan darjat seseorang..Kalau tidak Bilal diuji dengan batu besar dan taktala itu dia hanya mampu mengucapkan 'Ahad..Ahad', dia tidak akan diingati hingga kini.Sumayah yang tabah itu tidak akan tercoret dalam sirah seandainya dia tidak menjadi syahidah yang pertama.Mus'ab bin Umayr tak bisa anda kenal seandainya dia tidak meninggalkan kekayaan,kekacakan dan haruman bahkan dia syahid dalam keadaan yang kekurangan.Terima Kasih Ya 'Aziz,Sesungguhnya Engkau pendengar yang setia dan Pemberi yang 'adil dan saksama,kau beri padaku apa yang selayaknya yang aku dapat.
-> Sangat sedih dan mutiara mataku menderu dengan deras sebab tak dapat pergi Walimah Kak Maryam.Tapi aku sedar dan redho,sesungguhnya Allah lebih tahu dimanakah sewajarnya aku berada saat itu..

Wednesday, May 23, 2007

< Grumm '07 >

Gerakan Ummah 07 (Grumm '07)
* Intonasi, terpulang kepada anda yang menyebutnya *


Mula pada malam jumaat yang lepas hingga ahad tengahHari.Seriously, macam takde perasaan langsung nak pergi program,SELAMBA SUNGGUH.Siap boleh masak lagi petang tu [sebenarnya kalau tak masak, takde la makanan..huhu].

Malam tu convoi ke Kuala Langat beramai-ramai dari DS[sebenarnya 4 kereta je, dari UIA, UPM, UKM-for sure-].Saya menjadi penumpang kancil yang di pandu oleh Kak In.That was my first time mengenali dengan Kak In dan Kak Ifah dengan sesungguhnya.Terasa sangat seronok convoi malam tu, really-really sweet.Sebenarnya saya sangat suka program-program jaulah ni, lagi-lagi kalau jaulah yang santai-santai dan tak tertekan..

After the opening ceremony, kami bertolak ke tempat penginapan. Brothers menginap di Masjid [macam biasa], sisters menginap dibanglo berhadapan dengan masjid yang dikhabarkan besar ada swimming pool, ada kolam udang belakang swimming pool, 7 bilik yang besar dan each room ada toilet..rumah sorang PakCik Kuala Langat[sorry i can't remember his name] yang sekarang ni berada di oversea.TAPI..rumah tu tak siap sepenuhnya lagi..on construction.Kuang..kuang.Seriously, rumah tu memang besar. Takpelah merasa la jugak dok rumah besar walaupun tak siap lagi..Nak merasa rumah sendiri yang sebesar tu macam lama je lagi..

Pagi sabtu kami ada explorace[boleh tak panggil explorace?Bantai jelah..].Antara tasknya ialah da'wah non-muslim di shopping mall, tangkap-sembelih-masak ayam, mencari dana dan menjual dan saya pula dikehendaki mencari sejarah dan tinggal sejarah Kampung Bandar[kampung tempat kami tinggal tu].

Mencari tempat bersejarah disitu.Maaf saya sangat tidak gemar dengan sejarah yang kita belajar di sekolah dulu..TAK SUKA..kerana sangat bias.Seolah-olah orang puteh tu baik sangat,tapi saya sangat suka sejarah yang dibawa oleh Dr Hafidzi, make me proud to be a muslim, 'izzah menjadi orang yang berada 'di jalan ini'[Ya Allah letakkanlah aku sebagai orang yang istiqamah di jalan ini sehingga titis darah, air mata, dan keringat yang terakhir]. Tapi sepanjang pencarian tu, aku hanya berdoa dan meminta supaya aku menjadi orang yang KRITIKAL, tidak hanya menurut perintah serta menjadi orang yang tahu apa yang aku mahu..

Aku masih lagi mencari dan tercari-cari apa yang sepatutnya aku dapat bila balik nanti. ape,Ape,APE??Hmm dan sehari berlalu ni tapi macam takde bende yang masuk ke kalbu ni.Ke hati ni tetiba je jadi macam keras??Banyak persoalan yang menerjah ke fikiran.Kenapa aku pergi program-program macam ni?Untuk ape?Kenapa?Apa yang sepatutnya yang aku dapat dengan program-program camni?Ke sebab arahan dan aku takde pilihan atau ntah..Biarkanlah Aku terus mencari jawapan-jawapan untuk itu..

Pagi ahad memang sangat mengecewakan sebab..saya tak dapat menghayati pokok,bulan,bintang time sebelum subuh tu.Dapat tengok kejap je..Biasanya kalau ada qiam kat masjid mana-mana, saya akan mencari waktu untuk menghayati alam sebelum azan dan orang tidak akan menyedari 'kehilangan' saya, lagipun mereka sedang khusyuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Segalanya..Saat itu akan terkeluarlah apa yang terbuku di kalbu, meluahkan pada alam, pada yang menciptakan alam yang indah dan tenang, betapa sesaknya kalbu ini.Bila bersama alam, aku merasai 'ada' yang membelai, 'ada' yang amat memahami..
Ok..sambung balik cerita Grumm, lepas subuh kami semua pergi menawan Bukit Jugra.Sepanjang perjalanan ke Bukit Jugra, convoi lagi[SERONOK !!].Bayangkan udara yang segar jam 7 pagi..Memang segar,nyaman,tenang dan menceriakan.Dalam kereta tu, bukak tingkap besar-besar, kalau ikutkan hati,rasa macam nak keluarkan kepala, nak serap ketenangan dari angin yang nyaman.Tapi segan dan bahaya, lainlah kalau ada 'tingkap yang kat bumbung tu'[panggilan adik nazihah].Kenangan yang tak bisa dilupakan di atas Bukit Jugra, bersarapan dengan monyet..[tak sempat amik gambar, sebab takut giler].Bila kami nak mula sarapan, tiba-tiba 3 ekor monyet datang..Dahla dekat dengan sisters,agaknya monyet tu jantan kot..Perhh TAKUT giler..Walaupun agak lapar pagi tu, tapi jadi cepat kenyang pulak,selera terbantut gara-gara monyet-monyet itu.Nasi lemak yang sedap tu tinggal separuh lagi.Lagilah melihat monyet tu makan dengan rakus dan nampak gigi taringnya yang tajam.Taakuuut..Thankz PakCik menjaga kami dari monyet-monyet tuu..

Khabarnya ramai yang tak sihat sebaik sahaja balik dari grumm '07, tak pasti sebab tawan Bukit Jugra atau sebab makan dengan monyet yang rakus itu..haha.Di DS pulak, ramai yang tengah practice jadi ibu mengandung, sopan-sopan giler jalan, penangan 'panjat' Bukit Jugra dan pasang 'break' semasa turun Bukit Jugra.Hahaha

-> Masih lagi sedang berusaha untuk mengkompilekan gambar-gambar Grumm yang best-best.Kalau rajin nak buat video..InsyaAllah.Tengah pikir nak masak apa petang ni??Dah..dah,tak nak tunggu lama dalam lab ni, sebab takde aircon.Fuhuu, panas tu..

Wednesday, May 16, 2007

< Memerlukan Bantuan >

To: N.Mesriyah[8.30 pm -waktu Malaysia-]
Tolong!!Camne nak buang perasan su'nu dzan ni..Fuhh dah lama pendam,sakit tu..Tengah tunggu nak meletup je..Bau pun dah macm kentang busuk.

From:N.Mesriyah
Cepat-cepat istigfar bila ade perasaan camtu.Then cuba ingat balik kebaikan dia lakukan dan kene ingat selalu kedudukan kita di sisi Allah camne, mana tau dia lebih mulia..Sori lambat.

Jazakillah Khairan Khathira Sis
.:: Late is Better then Never Miss Mesriyah ::.

->Nak tulis pasal pelangi..Tapi macam tak sempat hari ni.Nanti yea..

< Selamat Hari Guru >

Buat guru-guru dan asatizah yang pernah mengajar dan mendidik diri ini.Sesungguhnya kalian sangat berjasa dan kalianlah penunjuk jalan yang setia.Walaupun hanya ilmu duniawi yang kalian curahkan, tapi yang PALING PENTING DAN UTAMA kalian telah ajarku ILMU KEHIDUPAN DI DUNIA YANG FANA INI

SELAMAT HARI GURU
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT
SEMOGA ALLAH MEMBALAS DENGAN SELAYAKNYA
SETIAP TITIS PELUH KALIAN YANG MENGALIR
SETIAP TITIS AIR MATA KALIAN YANG MENITIS
SEGALA KERISAUAN YANG MEMENINGKAN
SEGALA PENAT DAN LELAH
YANG KALIAN CURAHKAN BUAT KAMI
ANAK-ANAKMU INI
SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH YANG LAYAK MEMBALASNYA
JASA KALIAN TAK TERNILAI
SUNGGUHPUN BUMI DAN ISINYA
TAK MAMPU MEMBAYAR SEGALANYA
YA ALLAH KAU TEMPATKANLAH MEREKA DIKALANGAN PENGHUNI FIRDAUSI
BERSAMA SYUHADA YANG SYAHID DIJALANMU
SESUNGGUHNYA YA ALLAH MEREKA LAYAK UNTUK ITU
KERANA MEREKA TELAH MENDIDIK KAMI MENJADI
SINGA-SINGA ISLAM
- Yang Merindui dengan segenap kerinduan -
Aku..masih merindui apa yang pernah aku ada dulu..Teman sekelas, seperjuangan, seusrah[jomla balik Malaysia kejap..yang dah ada kat Malaysia dok sini diam-diam!!], sepergaduhan dan SEse yang lain..merindui kenangan-kenangan indah di Taman Hidayah.MERINDUI APA YANG PERNAH AKU ADA.Rindu dengan Ustazah Suhana [kata-katanya yang 'menampar' jiwa untuk mnyedarkan diri-diri yang lalai agar terus melangkah], Ustazah Syahidah [ummi yang setia mendengar dan menasihati], Ustazah Jamilah [yang tak lekang menasihati], Ustazah Azimah [sangat rindu dengan ketegasannya], Ustazah Hamizah [rindu kenangan di Kem Komanden,kenangan menjadi ketua fatayat,kenangan menjadi orang yang betul-betul kuat dan tabah,kenangan menjadi 'singa' time syabab fatayat], Ustazah Haniza [yang suka mengusik],Ustazah Rashidah[mesti dia tengah sibuk, sebab walimah Kak Safura dah nak dekat], Ustazah Zuraidah [Wa..menyesal tak belajar B.Arab rajin-rajin, padan muka sendiri yang rugi !!], Ustazah Norizah [Tiada kata-kata untuk dikata], Ustazah Suharti, Ustazah Norimah, Ustazah Fauziah, Ustaz Masdinizam, Ustaz Ezaidin, Ustaz Syaharuddin [rasa macam salah spell..]..TERIMA KASIH DENGAN AMAT DAN SANGAT

Lalaa..tetiba teringat kene marah gan Komander Abang dalam bas, time nak nalik dari Kem Komanden kat Terengganu.

-> Menaip dengan tangan dan air mata [baru bertakung, tak melimpah lagi..sebab kat Lab.Kalau tak, tuhan je yang tahu]

Tuesday, May 15, 2007

< Buat Mereka Yang Lelah 1 >

Sesungguhnya di Syurga ada tingkatan yang tidak dapat di capai oleh seorang hamba dengan amalnya, walau apa pun amalnya.

Allah menyediakan kedudukan tertentu di Syurga bagi hambanya-hambanya yang beriman bukan kerana amal mereka melainkan kerana ujian dan cobaan yang menerpa. Oleh kerananya Allah menghantarkan bagi mereka sebab-sebab yang akan menghantarkan mereka kepada ujian dan cubaan itu.

Ada tingkatan iman yang tidak bisa dicapai oleh seorang hamba dengan amalnya.Ia hanya akan mencapainya dengan ujian dan cubaan.Allah berkehendak untuk meningkatkan imannya, maka Allah pun menetapkan ujian dan menolongnya untuk bersabar dan teguh menghadapinya.Jadi, ini merupakan rahmat dari-Nya bagi sang hamba.

[nantikan sambungannya yea..banyak lagi, sebab dah nak balik dah..]
-> Huhu..menaip balik dari Penawar Lelah Pengemban Dakwah[Dr Abdullah Azzam]

Monday, May 14, 2007

< Saat Indah Inilah Yang Ku Nantikan >

Hari ini saya menantikan sesuatu yang indah.Menanti dari pagi hingga ke petang.Seolah-olah tiada yang indah untuk dikenang.Balik dari lab, tunggu bas rapid di busstop fakulti.Kemudian turun di Hentian Kajang.Kene tunggu bas bangi lebih kurang satu jam[itu sudah biasa dan menjadi kebiasaan]. Tadi hujan dengan sangat lebat, kilat pun ada.Otak ligat membuat keputusan, nak naik bas ke nak tunggu?? Kalau naik bas, basah, tapi sempat sampai rumah.Kalau nak tunggu, kene tunggu lagi sejam..AKHIRnya, naik bas.Tak kisahlah basah kuyup pun, janji sampai rumah,pastu mandilah..

Nak dijadikan memori, sampai je kat tempat yang kene turun, hujan masih lebat, kilat pun adalah jugak tapi taklah bersambung-sambung..Pak Cik bas tu dah tanya "Boleh ke ni? Dahla takde payung" , " Takpe PakCik dekat je [adalah dalam 5 minit jalan, tu tak masuk lintas jalan]". Seronok ada orang ambil berat walaupun saya hanya pura-pura selamba dan COOL, tapi dalam hati TUHAN jealah yang tahu..Macam-macam terlintas dihati." Ya Allah, andai kau takdirkan aku mati terlanggar kereta atau kene sambar kilat, tempatkanlah aku dikalangan syuhada' yang berjuang dijalanmu ". Memang tawakkal giler tadi..La Haula Wala Quuwata Illa Billah[tak lekang..] Takpelah, lagipun dah lama tak main hujan[ni ayat nak sedapkan hati].
Sampai je kat petronas dah basah kuyup, tapi tak peduli, jalan jea buat selamba walaupun ramai orang pandang
[TAK PEDULI NAK SAMPAI RUMAH JUGAK !!].Sampai kat exit keluar petronas, ada sorang abang berhenti gan kereta..Ntah apa ntah yang dia cakap, tak dengar.Dah la tengah hujan, pastu ada kilat pulak tu, tudung dah basah kuyup..Mana nak dengar.Maaf Bang..Jangan dia kata saya sombong pulak lepas ni dah..


Alhamdulillah, Allah masih mentakdirkan saya untuk terus hidup,untuk terus menjadi pejuang agamanya..tak kene langgar kereta, tak kene sambar kilat.Sampai je kat rumah, " Ya Allah, basah kuyupnya budak ni..".Tau dah..tau dah, itu baru akak Darus Sakinah belum ibu lagi..Waa..takut !! [tengah prepare ayat kalau ibu tanya..]

-> Haha saya tak boleh update blog di hujung minggu..Kenapa?? takde tempat yang dekat untuk access internet.Kalau ada pun, kene usaha yang gigih sebab jauh.Tapi yang sebenarnya saya takde lagi hujung minggu untuk bulan ni..Maaaf.

< Yazid Wa YanQuz 1 >

Iman itu bertambah dan berkurang..

" Ya Allah, jauhkanlah aku dari kesalahanku, sebagaimana pakaian yang putih dibersihkan dari kotoran. Ya Allah, cucikanlah aku dari kesalahanku dengan air, salju dan air yang dingin"
" Ya Allah yang Maha Pengampun, jauhkanlah antara diriku dan kesalahanku, sebagaimanaEngkau telah jauhkan antara tempat terbitnya matahari dan tempat tenggelamnya"
"Ya Rabbana, bagi-Mu ruku'ku, kepada-Mu aku beriman, kepadamu aku menyerahkan diri ini, kepada-Mu aku bertawakkal, Engkau tuhanku.Pendengaranku, penglihtanku, dagingku, darahku dan tulangku telah tunduk bagi Allah semesta alam"
" Ya Allah, berilah ampunan padaku, sayangilah aku, cukupilah aku, bimbingilah aku dan berikanlah aku rezeki "
" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksaan neraka Jahannam, aku berlindung kepada-Mu dari siksaan kubur, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dajjal dan aku berlindung kepada-Mu fitnah ketika hidup dan semasa mati "
" Ya Allah, aku memohon rahmat dari sisi-Mu agar dapat membimbing hatiku, menghimpun urusanku, mengumpul urusanku yang berciciran, mengembalikan yang terlepas dariku, mengangkat yang ada padaku, membersihkan pekerjaanku, mengilhami fikiranku, mengembalikan keramahanku dan menjagaku dari segala yang buruk "
" Ya Allah, aku menyerahkan kepada-mu segala keperluanku. Apabila fikiranku tidak tepat, amalku menjadi lemah, dan aku sangat membutuhkan rahmat-Mu, maka aku memohon pada-Mu wahai tuhan yang memenuhi segala urusan dan melapangkan dada, sebagaimana Engkau menyelamatkan diantara lautan, maka selamtkanlah aku dari siksa api neraka dari penggilan kebinasaan dan dari siksa kubur. Ya Allah, jalan fikiranku selalu tidak tepat hingga masalah dan niatku tidak sampai pada kebaikan. Engkau telah menjanjikan seseorang dari makhluk-Mu suatu kebaikan yang hanya Engkaulah mampu memberi kebaikan padanya.Sesungguhnya aku sangat menyukai kebaikan pada-Mu dan aku memohon pada-Mu dengan rahmat-Mu Ya Rabbal 'Alamin"


Bingkisan dari buku Ar-Rasul tulisan Said Hawwa

Rasulullah yang maksum tu pun banyak doa pada Allah, aku yang banyak dosa ni..Ntahla..Hmm azam baru!!

Kelas petang ni batal, rasa macam nak menyesal je datang fakulti.Tapi kalau tak datang fakulti taklah dapat guna internet.Hmm..tak jadilah nak menyesal.
-> Selangor?Johor?Selangor?Johor?Wa...camne ni?Senang camni..Mana yang dapat,kat situlah nazihah akan ada..Hhhmm.Boleh ke camtu?.

< MakCik Nazihah >

Dulu sangat fobia dgn title 'MakCik',kerana membayangkan sinonimnya MakCik dengan usia.Tapi sejak duamenjak ni macam dah boleh terima.MakCik pun Makcik la..(yang menyedari diri ini sudah layak dipanggil Makcik!!).

Macamana boleh tersedar??Beberapa hari yang lepas baru berkesempatan berjumpa dengan Naufa Maisarah dengan Kak Nusaibah.Tiba-tiba Kak Nusaibah cakap dengan Naufa, "Naufa ni MAKCIK NAZIHAH tau".Time tu mulalah mengeluarkan reaksi muka yang seolah-olah pelik..Lepas berfikir beberapa ketika,Betullah,lupa pulak Pakcik Naim dulu senior sekolah(senior 3 tahun). So,by default kira dah jadi Makcik Nazihah la..huhu.

Balik rumah hari tu masih lagi memikirkan isu Makcik ni lagi.Makan masa lama tau nak tukar status Makcik ni.Lepas penat study hari tu dok mengira anak sedara (anak-anak senior sekolah).Kak Khumaizah[sorang],Kak Amrah[2 orang],Kak Mardiyah[sorang],Pakcik Naim[sorang],Pakcik Irfan[sorang],Kak Hani[sorang],Kak Aliya[sorang],Kak Effa[sorang].Semuanya 9 orang.[Haha ibu pun dah jadi nenek dah]Itu tak masuk lagi yang terlupa dan yang tak masuk otak..Fuuuh,maka akhirnya diri ini menerima hakikat bahawasanya statusku telah bertukar menjadi Makcik.Baiklah..aku terima dengan redho.

Sabtu yang lepas,di Pusat Komuniti JIM,Taman Melawati [PKJ] sempat berjumpa dengan bakal-bakal ibu dan ayah.Sorang due bulan Jun,Sorang due bulan Ogos,Sorang bulan September.[OK..ok..Tahu dah jadi Makcik !!]InsyaAllah ada sorang yang akan due 17 september,Wow bestnya.Nanti kalau baby lahir 17 september,kita bolehla kongsi birthday yang sama..[Jangan jelous 'abyd ;P ].Tapi yang penting baby lahir sihat,comel [ada ke baby yang tak comel??] dan jadi anak soleh-solehah.

-MakCik Nazihah-

-> Hari sabtu lepas pakai baju merah..Macam tak caya!!Tapi dapat free punya pasal,Balunla..Saje je nak konfidentkan diri untuk pakai baju merah, preparation untuk my mak cik kawin nanti.Karang kecik hati kang susah pulak.

Wednesday, May 9, 2007

< Laksaku Ada Nenas >

Alhamdulillah,Pujian selayaknya hanya pada Allah Yang Maha Segalanya,Yang mencipta pelbagai rasa dan perasaan.Hari ni nak kembali menjadi nazihah yang ceria..Hidupni sebenarnya penuh dengan keindahan dan kebahagiaan.Kekecewaan,derita dan lelah itu hanya secubit cuma..Yang peliknya, ramai yang masih mahu mengenangkan yang lelah itu sedangkan banyak yang membahgiakan jiwa.

Lagipun buat apa kenangkan yang pahit dan perit jika ianya hanya membuatkan jiwa terus sakit.Baik terus hidup dengan optimis dan ceria agar kita terus nampak jalan yang terbentang..Makin rasa lelah dan tertekan,makin banyak kerja yang tak jalan,makin banyak waktu rehatnya.Daa..Enjoy your life[you should know how to
enjoy yourself].

Lepas bayar sewa rumah yang tertangguh tadi[baru 6 hari je ye] dan deposit cek[sayangnya duit tu tak masuk akuan saya] kat wisma aman,UKM, pergi makan jap kat situ.Saje je nak test-test makan kat situ.tak sangka sedap pulak.Order..Laksa gan ABC.[Mesti my adik akan cakap "Wa mewahnya kak yong makan!"].Saje je nak raikan diri sendiri,mengembirakan diri sendiri.Hanya kita sendiri je yang tahu cara nak menggembirakan diri kita sendiri.Haha.Yang menariknya laksanya ada NENAS,pelik tak?Untuk saya ia sangat pelik.ABCnya pulak ada bebola warna merah dan biru[bukan fishball eh!!]Dia macam jelly-jelly sikit, tapi takde rasa.Mungkin sekadar memeriahkan ABC tu atau memenatkan orang yang makan tu untuk kunyah heee.TAPI..kuah laksanya tak habis,sebab kurang memenuhi citarasa.Manataknya compare dengan laksa yang ibu masak.ABC pun tak habis gak,ada la 2-3 suap lagi,gara-gara lupa nak pesan kat akak tu jangan letak jagung.Huhu..

Mulai saat ini mungkin kene naik bas rapid,sebab bas UKM sangat jarang ada.Orang pregnant 7 bulan pun boleh bersalin agaknya sebab LAMBAT+BOSAN.Dari UKM naik rapid,lepas tu,tukar bas rapid ke bangi di Hentian Kajang ^_^.Time kat Hentian Kajang, saya mengisi masa lapang dengan mengUSHA satu family yang kelihatan bahagia..BAHAGIA YANG SANGAT COMEL[walaupun bahagia tu dijiwa,tapi ia mampu diterjemahkan dengan sinaran wajah].Si ayah melayan si kakak, si Ibu mengendong si adik..Sambil-sambil membaca saya dok menjeling-jeling gelagat si kakak bersama ayah dan ibunya.COMELNYA..teringat kat Nuha[adik Sakinah] sebab gelagatnya ala-ala Nuha dan teringat kat Samihah[Wa..Rindunya!!].Dah lama tak jumpa adik djah, adik raihan..Usahkan adik,kakaknya pun saya tak berkesempatan untuk jumpa lagi.Pasallah korang ni sibuk-sibuk belaka..Bak kata Nahdia,sibuk mengalahkan PM..

Tuesday, May 8, 2007

< Give It And Live It >

I really hate the statement, and it is what i feel right now.Tapi malas nak layan sebab nanti mesti geram, mesti benci [yang sangat tak elok dalam Islam] Nanti mesti sakit dada dan kesannya banyak negative dari positive..So,baik lupakan saje..

I hope the people yang menyebabkan aku mencoretkan entri ni membaca entri ni.But i know orang lain sumer sibuk..Ehmm malas nak berharap, nanti kecewa..

TO: SELURUH INSAN YANG MENGENALIKU DAN BERADA DISAMPINGKU...

Sungguhpun kalian nampak aku sangat gah, konon-konon nampak hebat.Tapi aku adalah insan yang masih tengah belajar,persis anak kecil yang baru belajar melangkah.Aku masih perlukan pimpinan,"Pimpinlah aku supaya aku tidak terjatuh dan terluka"[kata-kata anak kecil yang baru melangkah].Beritahulah padaku jalannya,apa yang perlu aku lakukan.."Nazihah sepatutnya camni..camtu".Kata kita tak punya masa untuk buat kesilapan, tapi takde pun orang nak guide.Orang tahu aku sangat dengan amat sukar membuat keputusan dan orang tahu hari ini aku perlu membuat keputusan yang besar,tapi aku dibiarkan sendirian.Kalau nak buat keputusan untuk diri sendiri aku tak kisah.Bila salah atau tersilap, aku akan tanggung padah yang perit itu sendiri tak perlu nak libatkan orang lain.Nak buat keputusan yang melibatkan orang lain ni yang agak susah kerana bimbang keputusan itu akan menyukarkan SELURUH DUNIA.Aku tahu jika tersalah membuat keputusan yang disyurakan,kita akan peroleh 1 pahala.Tapi bukan itu isunya, isunya aku benci MENYUSAHKAN ORANG LAIN. Aku sangat tidak gemar meminta bantuan dari orang lain,tidak gemar menyusahkan, benci untuk kecewa.Namun,taktala aku memohonkan seribu pertolongan,ketahuilah..aku sangat-sangat membutuhkan pertologan itu, saat itu..Aku tahu aku perlu bertanya jika aku tidak tahu, memang..aku akan bertanya apa yang aku tak tahu.Tapi bagaimana jika aku tidak tahu apa yang sepatutnya yang aku perlu tahu?? Apa yang disisi orang lain telah ada disisiku,tapi yang disisiku masih lagi bersamaku.Kau memberi tapi kau biarkan aku sendirian !! HAHA..[gelak dalam nada kecewa]


Perasaan: Nak lari jauh-jauh atau terbang tinggi-tinggi..

Buat sahabat-sahabatku di alam maya ini, mungkin anda akan keliru siapa aku yang sebenarnya..Realitinya aku nampak lain, dipersada maya ini aku kelihatan lain.Mungkin kalian akan tertipu dengan perwatakanku di alam realiti, kerana ada saatnya aku mungkin berpura-pura.Haha..Biarlah keikhlasan itu nilaiannya disisi Yang Maha Mengetahui Segalanya.

-> Aku masih lagi menanti saat waktu ' Khadijah membawa berjumpa dengan Warakah bin Naufal' ?_? Siapakah gerangan 'Khadijah' dan 'Warakah bin Naufal' itu? Akanku nantikan dengan penuh setia..

Monday, May 7, 2007

< Selimutkanlah Aku Wahai Khadijah >

Alhamdulillah, semalam tamatlah Mukrin bagi pelapis-pelapis UKM di Medical Interest Group,Bangi. Yang bermula jumaat malam yang lalu.Tajuk-tajuknya usul 20, Manhaj Tagyir, Dakwah Fardiyah, 'Amal Jama'ie, Syura dan last sekali FIDAK..Walaupun ada tajuk-tajuk yang pernah dilalui sebelum ini, tapi setiap kali saya hadiri tajuk-tajuk yang sama ia akan memberi input yang berbeza.Percayalah!!

Yang paling seronok sekali apabila mengenangkan senior sekolah dulu yang memberikan input. Hehe rasa macam kelakar yang COMEL..Bila rasa macam BLUR atau bosan, mesti terkenangkan zaman-zaman sekolah dulu.RINDUNYA kenangan ketika itu.

Tapi yang paling best masa usul 20, rasa macam lebih paham dari dulu, sebab nampak kenapa dan mengapa adanya setiap usul tu.Nampak kaitan antara setiap satunya.Percaya tak boleh buat carta alir usul 20 dari talk hari tu !! dan saya lebih memahami kata-kata my senior time DERU hari tu "Kalau tak meningkatkan iman dan amal tinggalkan jealah, takde maknanya"( Usul 9). Tapi yang menyedihkan ialah saya mengambil masa yang sangat lama untuk hafal usul 1 dalam bahasa arab..Dahla saya yang minta ia dibariskan.[Alamak tak habis hafal lagi!!] MALUnya !! Dan sekarang saya sangat menyesal tak belajar bahasa arab rajin-rajin masa sekolah dulu, menyesal tidur dalam kelas BAT(Bahasa Aran Tinggi).Tapi sesungguhnya masa itu tidak boleh ditarik balik.

Setelah sampai di Darus Sakinah (DS, nama rumah sewa.Hehe), ketakutan yang amat mula menyapa diri.Setelah 'berkhalwat' di rumah selama 5 hari, jumaat malam tu terasa seolah-olah ada 'batu besar' yang digalas diatas pundakku yang tak seberapa kuat ini.Alhamdulillah ia tidak terasa sepanjang Mukrin.Tapi setelah tamatnya mukrin, terasa kesan kepada galasan 'batu besar' itu secara spiritualnya.huhu..Hampir 4 kali aku mengeluarkan ayat ini "Akak, akak gantikan kita nak tak?".Tapi jawapan yang ku terima semuanya tidak ada dalam skema jawapan.huhu..Satu jawapan yang paling terkesan dijiwa [dan menyebabkan mutiara mata menitis taktala mengosok baju pagi tadi].."Nazihah, sugguhpun kita tak sebaik orang lain, tapi kita adalah orang yang terbaik untuk menjadi DIRI kita sendiri".Terima kasih kakak.Terima kasih 'Khadijah'ku..Akan ku kenang ayat itu.Teringat kata-kata Khadijah kepada Ar-Rasul, "Sesungguhnya kau layak untuk itu, kaulah al-amin, kau menyambungkan sillaturahim, membantu orang-orang miskin...".Hemm..Tengah menanti siapakah 'Khadijah' yang akan membawaku berjumpa dengan 'Warakah bin Naufal'.Siapa ye yang akan menjadi 'Warakah bin naufal' ku?


->hari ni baru selesai kelas Projek Berkumpulan, kene tajuk robotik..Ingatkan takde kene mengena, rupanya kene jugak handle robot.Doakanlah supaya nazihah tak menjadi 'robot' habis sem 3 ni.Hehe

Thursday, May 3, 2007

< I'm home >

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara di Johor.Kenapa kadang-kadang saya terlebih seronok berada di Johor?? My family is here(hujah yang paling kuat), member-member lama kebanyakkannya ada di sini, for sure, sekolah yang banyak menyimpan kenangan dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5 pun di johor dan saya baru keluar dari johor 3 tahun yang lalu, sejak dari matrikulasi.Walaupun saya baru menjadi warga johor selama 17 tahun..tapi 17 tahun tu lama la jugak.
Banyak nak kene catch up kat sini sambil menunaikan hak dan tanggungjawab yang tergendala sepanjang diri ini diperantauan (macam jauh la sangat!!).Yang paling best cuti kali ni,dapat contact member lama yang dah lost contact.Seronoknya!!.Masa dapat email dari dia,rasa macam nak melompat.Dapat la jugak chat kejap(oklah tu), sebab dia ade exam pagi tadi..Cepatla balik Malaysia,cepatlah...Rindunya kat korang.
Berkesempatan tadi untuk balik kampung dan tengok rumah nenek yang telah bertukar menjadi warna pink(PINK!! jangan tanya, yang pasti bukan saya yang cat,kalau saya yang kene cat,akan ku tumpahkan semua cat itu..).Rumah tu di cat baru gara-gara walimah mak cik yang akan dilangsungkan 2 June 2007,hari yang sama dengan walimah Kak Safura di Rumah Alumni(Alhamdulillah,pakatan dengan ibu telah berjaya untuk cabut tengahhari tu ke Rumah Alumni).Tema walimah my mak cik is MERAH(Marroon),tu la pasal rumah nenek bertukar jadi pink tu..Walaupun saya tak berapa gemar dengan warna MERAH dan YANG SEANGKATAN DENGANNYA, tapi kad jemputan walimahnya memang sangat lawa,Mungkin sebab gabungan design dan warnannya kene..
(Nanti saya cuba scan kad walimah tu, InsayaAllah)

->Nak pergi sekolah ke tak nak?nak?taknak?nak?Nak tapi...Tak nak tapi..