Suatu ketika dulu si Fatimah terasa sungguh jauh dari jiwaku.Tapi taktala ini, terasa seperti menyesali kenapa tidak suatu masa dahulu aku menjiwai jiwa seorang Fatimah.
Pastinya dia terlalu berharap hadirnya seorang pembantu taktala dia mengurusi isi rumah sendirian.Lalu dia hadir kepada seorang ayah memohon pengertian. Namun sang ayah hanya menitipkan 'BertasbihLah, bertahmidLah dan bertakbirLah..Disaat itu anakda akan merasakan seorang pembantu bersamamu'. Pernah menitis air mata si ayah ketika melihat tabahnya seorang anak menguli tepung sambil meyusukan si anak.
Pernah suatu ketika si Fatimah mengelilingi si suami hampir puluhan kali untuk menagih kemaafan atas keterlanjuran kata. Pasti saja kesungguhan dan keikhlasannya menyayat hati sang suami.Mungkin sahaja dia tidak sengaja atau mungkin juga dia tidak sedar bait-bait kalimah yang terpacul keluar dari lidahnya.Sungguhpun dia sangat berhak untuk merasai apa yang dia rasa kerana sesungguhnya Allah tak pernah ciptakan sesuatu itu sia-sia, tapi dia pasti yakin sesungguhnya syurga buat dirinya adalah disisi seorang suami.
Wahai Allah, berikanlah aku kesempatan untuk punyai jiwa Fatimah setelah kau berikan aku kesempatan menjiwai Khadijah dan Aisyah. Hanya padamu aku bermohon & menagih Allah, kirimkanLah untukku segunung kesabaran untuk aku terus menghadapi cabaran mengharungi hidup berkeluarga ini dan janganLah kau putuskan dariku jambakkan keikhlasan untuk aku terus berkhidmat dan untuk aku terus taat
Me and love to be myself
- [ Nazihah ]
- Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*
Thursday, December 24, 2009
Monday, December 21, 2009
< Supporter >
Untuk mengharungi jalan jauh, panjang & penuh onak liku ini,seharusnya setiap dari pengguna jalan DIDIKAN ini punya teman dampingan. Allah akan sentiasa berikan pada setiap dari penghuni jalan ini teman dampingan sejak dari mula hingga akhirnya.Sesungguhnya didikan ini adalah didikan kehidupan, didikan kasih sayang yang penuh dengan cinta hanya keranaNya.
Namun, hanya saja terpulang pada kita bagaimana menafsirkan seorang teman dampingan.Namun sesungguhnya, teman dampingan adalah manusia yang bisa bersama kita disetiap saat, baik senang mahupun sukar, baik ketika saat tertawa mahupun tanggis, taktala bahagia mahupun sengsara dan dia tak akan putus mendekat kita pada Dia maha Segalanya..
Jangan terlalu memilih untuk bersama seorang pendamping sungguhpun ia harus dipilih. Allah tak pernah lokek memberikan pendamping buat kita, namun hanya kita sahaja harus mencarinya. Seorang pendamping tidak semestinya seorang suami, mungkin juga teman sebilik, mungkin juga teman serumah, bahkan tidak mustahil seorang pendamping itu teman seperjuangan yang gigih berjuang diperantauan jauh.
Terima Kasih Allah untuk pendamping perjuanganku mengharungi liku onak duri ini yang tak pernah putus.Sesungguhnya engkau teramat Pengasih dan Penyayang.

< BarakallahuLakuma >

BarakallahuLakuma Wa Barakallahu'alaykuma Wa Jam'abainakumaFilKhayr
Hafizul Amin & Nur Sakinah
SeLamat Datang kawanku ke dunia yang penuh pahala. JadiLah juara pingat anugerah pengumpul pahala terbanyak. KejarLah barakah dalam setiap daripadanya.Semoga Mahligai kalian melimpah bersama Mawaddah, Sakinah dan Rahmah
Kinah, just to let you know, semua yang ustzh Marhamah kongsi dengan kita semuanya betul seh.So, bila sampai masa terasa nak buka lembaran tu, bukaLah..ada kekuatan disetiap kalimah yang kita coret bersama.
-----------------------------------------------------------------------------------
Terasa sayu dengan sebaknya ketika bait kalimah keluar dari bibir mak cik dan mengetahui satu rasa taktala menjadi pelakon yang diberi skrip saat akhir tapi kata-kata ibu saat itu benar-benar dari hati dan tembus masuk ke hati macam laser walaupun skripnya di saat akhir.Masa awal-awal macam control-control je tak nak bagi nangis kat nikah kinah, time sampai satu part ni terus En Air Mata meluncur keluar macam empangan pecah.
'Doakan saya supaya bersabar menghadapi cabaran rumahtangga dan ikhlas memberi khidmat dan ketaatan'

Just wondering masa baca dulu macam tak ter'qoute' pulak kata-kata ni, tapi time kinah nikah haritu macam terasa pulak dengan ayat ni. KAKAK pernah bagitau saya satu masa dulu, disaat saya masih kerdil erti kata sabar. Dan kini saya mengerti betapa besarnya sebuah kesabaran yang KAKAK ungkapkan dulu dan now i realise how huge dose the tolerate should be..Alhamdulillah..
Sunday, December 20, 2009
< BiLa Dibanjiri Emosi >
BiLa saat & waktu terus berLalu, taktala hati berubah-berubah tak menentu tanpa ketetapan, selepas banyaknya rahsia mereka terbongkar. Mungkin dulu aku manusia yang sering menyalahi kalian & kini aku mengetahui hakikatnya. Sungguhpun aku sedikit tenang dengan hakikat itu, namun aku manusia yang tak pernah puas & memang sentiasa ada sahaja yang tidak ku berpuas hati.Tapi setiap masalah itu lahir puncanya dari kedua-dua jiwa.
Pasti ada sebabnya kalian ditolak tapi kejamnya andai ditolak tanpa keadilan. Telah lama bermula saatnya aku kerap kali berkata pada teman-teman 'Kahwinlah wahai akhawatku'.Namun, Tidak adilnya cinta pernah menyentuh hati kalian beberapa kali sedang teman-temanku,itulah yang sulung menyentuh hati mereka..TERLALU TIDAK ADIL..Hatiku terus memberontak dengan dahsyat,alhamdulillah aku kuat mengimani adanya tuhan. Mungkin Dia mahu aku belajar ini 'Sesungguhnya cinta yang menyentuh kuat hati seorang lelaki adalah cintanya yang terakhir tetapi cinta yang menyentuh kuat hati seorang wanita adalah cinta yang pertamanya'. Wahai hati terimaLah didikan cinta ini, terimaLah wahai hati yang redha.
Wahai tuhan kau didikLah hati, jiwa,iman dan amal pemberontak bersiri ini Allah

Tuesday, November 17, 2009
Ketika hari ini 17 November 2009, maka genap sebulan jadi isteri orang..
Banyak yang belajar dan ramai yang setia menasihati TAPI si Barakallah masih tak sempat habis.Pertama dalam sejarah hidup tak berjaya habiskan satu buku dalam sebulan..huhu..
Lesson learn sepanjang sebulan..
- Kak Anfaal kata BersyukurLah dengan nikmat kesusahan sebab kita akan rinduinya suatu hari nanti..
- Abg Ammar pesan siLa layari hidup berkeluarga dengan baik kerana kita perlu menunjukkan qudwah yang baik
- Sila rancang ketika shopping selain dari plan budget, tengok-tengok barang apa yang takde..Sila pastikan barang-barang yang dibeli sesuai dengan kenderaan yang kamu bawa.Jangan Shopping macam ada kereta kalau kamu naik motor ^__^
Kejayaan saya selepas kawen..TAK TIDO LEPAS SUBUH [Yay!!]
Sebenarnya banyak yang saya belajar tapi tak tertulis hehe kene banyak membaca & banjir perasaan sikit supaya boleh tulis panjang-panjang..

Tuesday, October 27, 2009
< Apa Yang Harus Aku Rasa >

BisMillaH..
Entri pertama Pn Nazihah[Berhari jugak nak biasa dengan tittle baru ni]
Dan gambar yang keluar tak perlukan caption ^_- [i have no words in my mind]
AwwaLan fi Kulli Hal..
Terima Kasih Allah untuk semuanya yang Kau kurniakan
Allahmdulillah, sebaik-baik dan setinggi-tinggi pujian hanya layak untukMu
Dari awal sehingga kini dan sehingga ke akhir hayatku..
Terima Kasih Allah
Kau tentukan untukku sejak dari dalam rahim ibuku lagi
Teman-teman perjuangan yang tak pernah putus
Terima Kasih Allah
Kau tentukan aku punyai ibu & ayah seperti mereka
Dunia dan seisinya tak bisa menbayar seluruhnya dari mereka
Kau gantikanLah seluruh dari mereka untuk aku dengan Jannah yang paling muLia buat mereka
Terima Kasih Ayah & Ibu untuk semuanya
Terima Kasih Allah
Kau kirimkan untuk aku abah & ummi yang sangat memahami
Kau titipkam untuk aku seorang abang & kakak
ah..Kau lebih mengetahui kedamaian hatiku taktala hubungan aqidah bersama seorang kakak bertukar menjadi hubungan darah
2 hari bersama mereka begitu berharga
Tuhan kau peliharaLah hubungan kami sehingga ke Jannah
Terima Kasih Allah
Kau kirimkan untuk aku teman seperjuangan yang tak pernah lekang
Terima Kasih temanku yang setia menemani
Menabur rasa gabra pada manusia tak berperasaan sepertiku
Terima Kasih cik mesir untuk panggilanmu
Biar tuhan balas jasa kalian dengan syurga & permudahkan urusan BM kalian puLa
Terima Kasih Allah
Kau tentukan untuk dia untukku
seperti yang kuimpikan
Engkau Tuhan yang sentiasa Mengetahui
Wahai Allah
Hanya padamu aku bermohon dan berharap
Hanya padamu aku menagih dan merayu
Kau titipkanlah Mawaddah di hati-hati kami
Kau kirimkanlah Sakinah membasahi jiwa-jiwa kami
Kau penuhkanLah kami dengan RahmahMu
Kau lebarkanLah lembayung barakahMu menaungi kami
Semoga teratak kecil ini melimpah dengan Mawaddah, Sakinah dan Rahmah
Friday, October 16, 2009
< Kenangan Yang Dikenang >
[post di sepatutnya keluar, tapi tkk kuar huhu..lambat 4 hari]
Sehari sebelum saatnya saya harus menikah..Sengaja biarkan ianya dihari-hari akhir supaya husband to be saya tak sempat baca ^_- hehe jangan marah, nanti saya akan kelihatan jauh lebih muda dari kamu =pMelakarkan entri terakhir sebagai insan bujangan, dicoretkan khas buat insan yang terlalu banyak mengajari saya hidup dijalan ini adalah sebuah keindahan yang teramat..
Buat ahLi Bait sejak saya berusia 1 hari dalam kandungan ibu sehingga kini. Insan-insan luar biasa ini banyak menghulurkan bantuan dan sokongan yang tidak terhingga, tak terkata. Tempat saya melepaskan ketegangan dan ketenangan..Semoga Allah membalas dengan yang terbaik..[Saya akan tersangat rindu madrasah pertama saya ini ^__^ terutama bilik comel saya yang by default menjadi bilik saya..]
Buat cikgu-cikgu ketika saya masih 'toodler', banyak yang saya belajar dari kamu..Hidup yang banyak tercorak indah sejak zaman 'toodler' saya lagi. O0oohhhh saya akan sangat rindu dengan zaman 'toodler', saat bermuLa kisah kehidupan yang tersangat indah
Buat Teman-teman 'toodler' saya, maaf andai berita ini adalah kejutan buat kalian..Hidup akan lebih indah jika ada sedikit kejutan ^_- Terima kasih 6 toodler kecil + ramai toodler besar.. PanggiLan gayutan kamu akan saya ingat wahai cik Mesir .. Terima Kasih atas penat lelah kalian membantu mengurusi 'Program Istimewa' saya ini ..
Buat penghuni setia KAMAR KETENANGAN, fuuh tiada titipan yang boleh diungkapkan bila segala-galanya banyak dari sini..Terima Kasih untuk segaLanya
Kak Aida i'm gonna mis ur words..
Terima Kasih Ustazah Marhamah & Pak Cik Nahar, seharian bersama kalian ramadhan lalu begitu mendamaikan.Terima Kasih berkongsi segalanya agar langkahku teratur.Akan ku simpan bait-bait kalimah itu untuk bekalan segar hidupku nanti..Pak cik, i will remember your words, tarbiyah didalam kereta sesaat ada begitu berharga.
Buat Kawan-kawan 'high School' saya, buat KAKAK & Kawan & Adik, tanpa kalian mungkin saya kehilangan satu calitan warna pada kain kehidupan saya
Doakan saya untuk terus gagah melangkah di anak tangga ini bermula esok & Doakan saya agar bertahan dari kejatuhan, Doakan saya bisa mara pantas jauh lebih pantas dari dulu.. Semoga saya terus setia kepada KEKASIH pertama saya
[Kudengarkan buat kalian Teruskan Perjuangan - Brothers]
Subscribe to:
Posts (Atom)